مَنْ رَآى مِنْكُم مُنكَراً فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ، فإن لَم يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فإن لَم يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيْمَانِ.
Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
Rasanya ini sudah jelas bagi mereka yang membaca. Di mana2, stesen KTM, gerabak KTM, KLIA, KL Sentral, KLCC, LCCT, restoran mamak, ayam kampung, dan di mana2, pastinya kemungkaran jelas terbungkang di depan mata. Jangan dikira yang pakaian perempuannya, yang lelaki pun sekarang sudah naik pening dibuatnya. Orang selalu berkata, "hek eleh.. biase lah tu..", tapi langsung tak sedar bahawa dengan ungkapan itu atau detikan hati yg begitu, dia telah meruntuhkan apa yang dipanggil "selemah2 iman" dalam hadis di atas. Jika bukan selemah2 iman, apa pula? Wallahua'alam.
Setelah saya lama berfikir bagaimana mahu berlepas diri daripada semua perkara ini, saya temui satu formula baru. Formula senang, tapi terberantakan antara 2 perkara baik dan buruk, Husnuzzhon atau Su'uzzhon. Formulanya sudah saya ungkapkan dala tajuk di atas, iaitu orang Gila dan tak Cukup umur.
"macam mana nak cari dan pastikan tenaga kerja yang betul2 berkualiti?" ungkap seorang pengurus syarikat.
"Jangan ambil orang gila dan tak cukup umur"
Sesetengah pembaca mungkin sudah dapat tangkap apa kaitannya orang gila dan tak cukup umur dengan masalah di atas. Baiklah. Formulanya senang nak difahami.
Kemungkaran itu berlaku apabila orang itu berbuat dosa. Namun, ada beberapa golongan yang jika dibuat kemungkaran tahap gaban sekalipun, dia tidak dianggap membuat kemungkaran kerana dia tidak mukallaf (dipertanggungjawabkan ke atas dia hukum). Antaranya ialah orang gila dan tak cukup umur, kan?
Dalam Islam, orang yang tak wajib tutup aurat ialah orang yang Gila, kerana dia tidak dipertanggungjawabkan hukum atas dia. Begitu juga dengan orang yang belum baligh a.k.a tak cukup umur. Lalu, hanya orang gila yang tak cukup umur saja yang pakai pakaian koyak raka, tak tahum malu, dedah sana dedah sini, pakai ketat2 walaupun muka kalau cipan pun lebih menenagkan jiwa, koyakkan seluar yang pada asalnya tak koyak, tak suka rambut warna hitam, tak boleh tengok telinga tak berlubang, dan bunuh diri. Semua benda ni orang gila je yang buat.
Jadi, org tak tutup aurat+orang tu gila= tak perlu tegur sebab dia gila, tak dipertanggungjawabkan hukum ke atas dia.
Boleh ke macam ni? bukan dinamakan su'usnuzzhon ke?
Itulah husnuzzhon sebenarnya. Cuba fikir, "oh, orang ni otak tak betul ni. Kalau otak dia betul mesti dia malu nak tayang badan dia sedangkan muka dia buruk tahap gaban." "kalau dia tak gila mesti dia pakai tudung". "kalau dia tak gila mesti dia tak koyakkan seluar dia kat lutut". Kan? Husnuzzhon kan namanya? entahlah..... terpulang pada anda..
YANG PENTING, jangan hilangkan perasaan benci pada dosa dengan mengatakan, "alah.. biase je tu.. ko yang tak selalu keluar rumah." kerana dikhuatiri, anda merobohkan iman anda yang sudah sedia menjadi selemah2 iman. Jika dilihat mana2 kitab pun, "mengingkari maksiat dengan hati" perlukan kepada dua benda:
1. membenci perbuatan itu.
2. Melarikan diri daripada tempat maksiat.
So, bagaimana mahu diletakkan yang nombor 2 itu? Solusinya saya sudah jelaskan. Terpulang mahu menerima atau tidak....
-------------------------------------------------------
"anta tak tegur ke orang tu. Maksiat tu"- ujar seorang kawan yg jarang menaiki kenderaan awam.
"takpe, diorang tu orang gila. Sebab tu diorang pakai macam tu. kan orang gila je yang tak malu macam ni." saya menjawab dengan suara yang kuat..
Berpasang2 mata menoleh..... Saya menoyekan muka. Woha!

