Jujurnya, saya semakin lama semakin risau dengan keadaan ummat Melayu Islam di Malaysia ni. Baru2 ni, kita disogok dengan Malaysia sebagai hab hiburan. Satu cita2 yang langsung tak bermaruah. Mungkin hab hiburan yang menjadi contoh kepada negara Islam lain. Tak habis2 hedonisme.
Inilah yang dikatakan Saidina Umar apabila ditanya:
"Apakah mungkin satu tempat yang aman dan tenteram ditimpakan bencana oleh Allah?"
"Bencana akan datang, jika orang yang berbuat kemungkaran lebih ramai daripada orang yang berbuat kebaikan."
Adakah Malaysia boleh ditimpakan bencana?
(anda jawab sendiri)
Baru2 ini terdengar ada filem baru yang akan muncul dibintangi pelakon2 terkenal tanah air. Memang selalu saya dihinggapi dengan preview2 filem yang baru dek kerana The Mines yang boleh dilihat bangunannya dari tingkat dua rumah saya. Banyak rakan2 yang sudah selesai menonton sesuatu filem baru membuat iklan free kepada saya. Sebab itu, bagi filem-filem, kadangkala mungkin saya agak up to date walaupun televisyen tidak wujud di rumah.
Berbalik kepada filem terbaru itu, saya rasa tak perlu untuk saya cerita panjang kerana saya yakin sudah ramai yang mungkin dapat mengagak apa yang akan saya tulis berkenaan filem Melayu tanahair. Tapi, bagi yang mungkin tidak berapa up to date tentang kefasadan tanah air di kalangan ummat Melayu Islam sekarang, saya sediakan gambar saja.
Adegan ini ditunjukkan dalam trailer, untuk promosi cerita. Ternyata, ummat Melayu Islam sekarang sudah tidak lagi malu untuk mempromsikan kefasadan yang mereka lakukan. Fasad sungguh. Mungkar depan mata. Ke mana hilangnya
Lebih menyedihkan lagi, ana juga yang beranggapan begini:


Saya tak tahu berapa lama lagi Malaysia ini akan bertahan. Benar hadis nabi (mafhum):
"jika Allah berkehendak memusnahkan sesuatu kaum itu, Dia akan mencabut dahulu persaan malu daripada kaum itu"
Fikir2kan...
(ada hikmah wujudnya golongan ini. mereka merangsang saya untuk menulis kembali. Woha!)