Zaman ini, semuanya perlu ditajdid.. sesuai dengan perkembangan semasa katakan.. Mahukan pembaharuan. Blog ini juga rasanya perlu ditajdid. Bukan tajdid, tapi taghyir! lalu,dengan itu......
"Saya, selaku pemilik, blog ini.. mengumumkan, esok Raya! mulai hari ini, URL/link adress blog ini akan bertukar dari http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/ kepada "http://alfateh.via.my".. Harap maklum.."
Kepada yang follow, jangan risau.. rss Feed masih berfungsi seperti biasa.. Begitu juga yg ikut feed2 yang lain.. Juga jangan risau kepada mereka yg tidak tahu kerana tiada masalah kalau anda rajin menulis http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/ , anda akan tetap dapat http://alfateh.via.my/..
Senang diingati dan jimat tenaga menulis...
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, June 13, 2009
Tajdid!
Friday, June 12, 2009
Fantasi vs Realiti... Buntu!
Agak kebuntuan bila memikirkan apakah isu yang boleh lagi dibangkitkan dalam blog yang hampir bersawang itu. Lalu, untuk menenangkan kepala, cuba pula untuk mengaktifkan diri kembali dalam nasyid dan nasheeds ini.. Oleh itu, terupdate lah jugak blog sampinganku itu yang banyak kali tertunda oleh banyak sebab.. Jadi, terabailah sekali lagi teratak utama ini.. tetapi, tidak semudah itu aku tumbang dengan helah ini. Lalu aku cuba bangkitkan kembali sesuatu yang pernah menggegarkan kepala otakku dulu..
"kenapa ya... Bukankah Islam ini agama Allah, dan semestinya sangat kuat.Tapi, sekarang, Islam sangatlah lemah dan ketinggalan.. Bukankah ini agama benar yang sepatutnya sangat menguasai dunia dan sangat hebat dan sangat yang lain2nya.. Kenapa jadi begini?"
Sebetulnya, soalan ini mempunyai banyak dan pelbagai jawapan yang teramat tepat.. Namun satu jawapan yang pendek, tapi perlukan kepada penjelasan yg agak panjang menarik minatku..
"kerana Fantasi takkan dapat kalahkan Realiti"
Uhh! jawapan yang buat pertama kali dengar agak tinggi dan memang kaitan.. Senang cerita sesiapa yang dengar buat pertama kali terus faham, maka ketahuilah dia adalah seorang yang hebat lagi genius..
Apa kaitan realiti vs fantasi dengan lemahnya Islam sekarang? Nampak susah, tapi hakikatnya senang je nak faham.. Bayangkan, sebuah agama datang dari Allah, lalu mestinya kuat.. lawan dengan agama yang sesat, sudah tentu pandangan pertama yg datang Allah akan menang besar.. Tapi cuba bayangkan begini..
Seorang ahli tinju, mungkin Mike Tyson.. Berlawan dengan seorang kanak2 berusia 10 tahun.. Keputusannya senang, tanpa musykil lagi.. Kemenangan condong satu pihak, masakan pula Mike Tyson kalah..
Bagaimana pula jika.... kanak2 berusia 10 tahun itu berhadapan dengan Mike Tyson, tapi malangnya itu hanya patung Mike Tyson saja, bukan Mike Tyson sebenar.. Patung pula hanya diperbuat daripada kertas mahjong pulak.. Alahaiii!.. Senang juga keputusannya.. berpihak kepada budak 10 tahun itu..
Jadi, kesinambungannya dengan lemahnya Islam sekarang jelas.. Kita ibarat Mike Tyson dalam sketsa tadi, nampak sekali pandang..WoW!!.. pasti menang, namun malangnya hanya sekadar fantasi, bukan realiti.. Sedangkan org kafir sekarang benar2 realiti.. Mahukan bukti?
Bukti paling kuat aku petik dari Al-Qur'an sendiri...
"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم "
"Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha denganmu sehingga kamu mengikuti cara hidup mereka" (Al-Baqarah : 120)
Itulah hakikatnya sebenar musuh Islam, yang mana mereka benar2 mengamalkannya.. Bermaksud, mereka benar2 realiti, bukan fantasi, patung, anime, animasi, dan sebagainya...
Lihat pula ayat ini..
"إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ"
"Sesungguhnya orang - orang yang beriman apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat - ayatNya , bertambah keimanan mereka dan kepada Allah jua mereka bertawakkal . " (Al-Anfal:2)
Baca saja ayat di atas, tiada siapa yang boleh menyangkalnya.. Hatta aku sendiri pun teramat..amat..amat.. jauh sekali untuk memenuhi kehendak di atas.. Sedangkan ini baru satu ayat yang mana menunjukkan satu perkara yang mejadikan ummat Islam itu satu realiti, sebaliknya, sekarang hanya fantasi yang tinggal.. Tiada yang boleh mengamalkan aat di atas dengan sebenar2nya.. Tinggallah fantasi..
Lalu, adakah sesuatu yang nama saja Islam, yang datang daripada Allah, tapi hanya nama saja, dan FANTASI, berlawan dengan musuh yang REALITI? Akan menangkah sesuatu fantasi yang gebat pada nama menentang realiti yang lemah? Jawapannya ada pada anda..
Lalu, perlukah selamanya berFANTASI? Sehingga bilakah? Bangunlah DIRIKU! Bangunlah ANDA! Realitikan dirimu KITA...
BACA SELANJUTNYA..
Friday, June 5, 2009
Man Ra'a Minkum Munkar
Tiada apa2.. cumanya untuk memenuhi juga satu permintaan pembaca di sini.. Jadi terimalah dari saya yang dha'if..
Kod:
Semoga bermanfaat!
BACA SELANJUTNYA..
Zina Hati...Apakah itu?
Dah lama rasanya tak menulis. Maaf kerana sibuk. Post ini juga mungkin hanya satu persoalan yg dilontarkan kpd ana untuk menjawabnya, dalam keadaan ramai lagi yg lebih layak untuk menjawabnya. Namun, sebagai memenuhi hak iaitu meraikan si penyoal, maka aku cuba juga kupaskan isu yang sudah lamma berlegar2 di alam maya ini.
Soalannya, "boleh tak buat post tentang zina hati?? ana teringin nak tahu.."
Lalu, mulalah aku cuba menulis sebagai jawapan mengikut ilmu dan kefahamanku yang memang tak seberapa ini.
Zina hati ialah satu perkataan yang ntah beberapa tahun yang lalau mula muncul di web2 islamik yang mana banyak menggemparkan kebanyakkan orang. Mestilah, bunyinya pun dah menggerunkan. Tapi, kupasan tentangnya hanyalah separuh2, ataupun tidak dibuat oleh org yg ahli dlm bidang ini (aku juga bukan orang yang ahli) yang hanya sekadar mengikut logik akal saja. Ini membuatkan ramai org yg keliru, ataupun faham separuh jalan saja. Jadi, mule2 sekali, dari manakah terbitnya perkataan tuh?
"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Dari situlah sebenarnya terbitnya perkataan 'ZIna Hati'. Memandangkan ini perkara ini adalah soalan yang biasa dikupas, lalu aku bukanlah mahu menghuraikannya lebih lanjut memandangkan aku bukanlah orang yang layak. Namun, apa yang penting soalan2 ataupun kemusykilan yang selalu berlegar2 di fikiran.
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu 'Tasawwuf'. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan. Jadi, untuk meyakinkan anda semua, aku akan menulis berdasarkan ilmu tasawwuf yg telah ku pelajari setakat ini.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan pertama: "apakah maksud detail zina hati?"
al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, hiraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur'an: "janganlah kamu mendekati zina" (al-isra':32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah "mendekati". Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah "perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan". Harap maklum.
Kemusykilan kedua: "adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?"
al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
PERINGATAN: Baca penulisan ini sehingga habis kerana soal perasaan ini akan di detailkan lagi..
Kemusykilan ketiga: "abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"
al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak...
ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie'. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..
Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. dhaif..
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 24, 2009
Aii..!! Susahnya..
Mulanya berkira2 mahu berehat, biarkan saja teratak biru ini bersawang. Tetapi otak diterjah2 pula oleh beberapa perkara yang rasanya membutuhkan untuk saya menulis lagi. Maka, dengan ini penulisan saya yang tak seberapa saya cuba sediakan untuk semua. Satu isu yg dulu amat kerap saya menulis tentangnya, namun dah lama rasanya saya tidak sentuh perkara ini.
Tidak lain tak bukan ianya ialah berkenaan dengan akhir Zaman. Zaman fitnah, dunia yang makin dekat menuju pengakhirannya. Macam2 perkara memeningkan kepala berlaku. Daripada orang atasan sehinggalah pencacai bawahan. Dengan gila kuasa, politik wang, dadah, rompak, ragut, mat alfateh rempit, rogol, dan macam2 lagi.
Bagi mereka yang tak pernah lagi, ataupun baru di Cetusan Minda ini, takpun mereka yg belum lagi membaca tulisanku berkenaan perkara sewaktu dengan ini, mungkinlah masih belum mengetahui punca2 berlakunya perkara ini. Bagi yg dah lama di sini pula, kalau masih termangu2 memikirkan punca semua ini, amatlah tidak wajarnya. Punca kepada semua kejadian2 akhir zaman ini ialah KETANDUSAN IMAN. Opp.. ade yang tak faham? Senang cerita kerana tidak berpegang teguh kepada Islam sepenuhnya. Sebab itu rahmat Allah tidak turun.
Dalilnya, Hadis Nabi:
"Seorang penzina tidak akan berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah seseorang meminum khamar ketika ia minum ia dalam keadaan beriman.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lalu bertanya lagi manusia, bagaimana iman seseorang itu boleh hilang? Dalam konteks akhir zaman ini, rasanya sesuai kalau saya sertakan satu lagi hadis:
"Iman dan malu itu dua perkara yang berkaitan. Sekirang hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah kedua2nya.."
Pokoknya di sini ialah malu. Hilangnya sifat malu dari diri kita. Sebagaimana dalam hadis yang lain mafhumnya(maaf, tak sertakan matannya), jika Allah mahu musnahkan sesuatu kaum itu, ia akan menarik sifat malu mereka dahulu. Mudah bukan? Itulah yg berlaku dalam persada dunia berorientasikan fitnah ini.
ISLAM DI ZAMAN FITNAH
Yang ini, saya mahu sekali lagi sertakan hadis Nabi:
"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (RIwayat Muslim)
Hadis ini jelas sekali bukan? Penerangan tentang satu benda yang memang secara lazimnya dapat kita perhatikan dalam suasana sekarang. Bayangkan saja, seorang yang lengkap berjubah, berserban, dengan janggut panjang masuk ke dalam sebuah pasaraya, ataupun masuk ke dalam KTM. Bagaimana rasanya.. asing bukan? Itulah antara ciri2 bahawa Islam sudah kembali asing, seperti mana yg tertera dalam hadis tadi. Bahkan turur asing dalam kalangan ummat islam sendiri. Tak percaya? Saya cabar anda pergi ke Midvalley dalam memakai kopiah saja sudah cukup. Ade berani? Jelas bukan? Keasingan itu amat terasa.
Tambahan pula bagi mereka yang bergelar muslimah. Satu yang amat sedih ingin saya katakan apabila melihat kehidupan mereka. Sangat sedih melihat mereka yang mahu berubah, dan mendapat tentangan. Lebih sedih lagi jika mereka terus berhenti daripada percubaan untuk berubah itu. Mudah2an tiada yg seperti itu.
Ada yang asalnya tidak pakai tudung, lalu cuba berubah untuk pakai tudung, dikatakan kene panah petir, lalu otak jadi terbalik, lalu pakailah tudung. Yang dari tudung bawal pendek tahap maut nak bertukar kepada tudung labuh, diperlinya "ustazah", alim gila nak mati, dan macam2 lagi. Bila fikir situasi ini, tiba2 ter're-call' balik satu hadis Nabi:
"Akan datang satu zaman yang mana seseorang itu berpegang kpd Islam ibarat mengenggam bara api" (Riwayat Tarmizi)
Maka, tak perlulah bersedih, hairan, pening2kan kepala memikirkan kenapa semua ini terjadi. Semuanya sudah disebut nabi. Tinggal perlu fikir saja apa yang perlu dibuat oleh segala2 gejala yang mendatang ini.
POSITIVE THINKING DAN REVERSE PHSYCOLOGY
Jangan berkerut sangat memandang sub tajuk di atas. Itu hanya gimik saja. Apa yang saya akan tuliskan adalah sesuatu yang sgt mudah untuk difahami. Ia adalah bagaimana seseorang itu perlu reaksi apabila ia berdepan dengan situasi yg telah disebut di atas. Anyway, mungkin tak berapa berkesan untuk perempuan kerana ana rasa perempuan lebih emosi (jgn marah, ianya fakta). Berlainan dengan lelaki yang boleh berkeadaan selambe dalam ape keadaan sekalipun keadaan itu memang berkehendak kepada keseriusan.
Bagi mereka yang dicaci2, diperli, dikutuk, dan macam2 lagi atas sebab cubaan anda ingin berubah, maka ketahuilah bahwa anda tidak perlu berasa sedih, berduka, dan yg sewaktu dengannya. Kenapa pula?
-Anda diperli dengan "weyh, ape ah ko ni 'alim sangat", ketahuilah bahwa itu bukanlah satu yang perlu dianggap sebagai kutukan atau perlian, malah itu adalah doa' untuk kita. Jadi, bergembiralah dan aminkanlah apa yg mereka katakan kerana doa' seorang rakan kpd rakannya yg lain adalah lebih mustajab berbanding doa' untuk diri sendiri. (meskipun jelas niatnya ialah untuk memerli)
-Jika anda dikutuk "fullamakk.. dah jadi Ustazah.." ataupun.. "woi, jage sikit cakap tuh.. Ade sutazah kt sini", ketahuilah juga, anda termasuk dalam golongan yg di atas tadi.
-Ataupun jika anda di caci, dicerca, dengan kata2 yg lain daripada yg di atas, ketahuilah bahwa anda sudah pun masuk dalam kalangan orang2 yang disebut oleh nabi dalam hadis2 yg telah saya nyatakan tadi. Maka, berbanggalah, kerana itu tanda2nya anda seorang mu'min sejati.
Kesimpulannya:
Biarlah apa pun mereka nak kata, sehebat manapun tentangan, dan sekeras manapun cacian kutukan yang dilontarkan kepada mereka ingatlah, semua itu tak lebih daripada hanya sekelumit daripada apa yang telah ditimpa oleh nabi dan para sahabat. Cuba banayang2kan kembali bagaimana Nabi berdakwah ke Ta'if, balik dalam keadaan bermandi darah, dilempar batu oleh budak2 hingusan yang sudah menunggu di jalanan. Ketika itu, Nabi masih boleh lagi mendo'akan hidayah untuk penduduk Ta'if. Menakjubkan. Bayangkan pula Bilal bin Rabah, yg dijemur panas terik matahari di tengah padang pasir. Seketul batu berada di atasnya. Arghh! tak sanggup aku.
Bila mereka disiksa, mengadulah mereka pda Nabi..
lihat firman Tuhan Al-Baqarah ayat 214..:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
Maksud:" Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak lagi ditimpakan ujian seberat umpama kaum2 sebelum kamu?..(ila akhir ayat)"
Lalu, di manakah kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? Sama2 muhasabah diri masing2..
BACA SELANJUTNYA..
Monday, May 18, 2009
Syukran Ya Murabbi!
Rasanya sudah dalam jangkaan, aku baru saja diam beberapa ketika. Pasti ramai yang mengagngap diri ini sibuk. Hehehe.. Cuma perasan sibuk saja. Keluar pula di shoutbox. Bunyinya seperti mendambakan tulisanku mengenai Hari Guru yang lepas sudah sabtu yang lalu. 16 Mei. Tarikh keramat setiap insan bergelar guru.
Sebelum memulai apa2, elok rasanya jika aku ana mengucapkan maaf kepada semua guru atas ketidak tulisan saya tentang guru. Harapnya, mana2 guru yang terasa, a'asiff jiddan, SORRY, minta maaf, (dan sebagainya lagi). Tapi, rasanya semuanya sudah dicoret oleh penggiat2 blog yang lain. Atas kata lainnya, tulisan ana yang ini tak lebih hanya sisa2 isi yang telah mereka2 yang lain kemukakan. Cumanya, yang mungkin lebih sedikit ialah, yang menulisnya ialah saya, bukan orang lain. Lalu, mereka yang menanti2 penulisan saya pasti mengharapkan sesuatu. Untuk tidak mengecewakan, dan sebagai memenuhi tuntutan seorang muslimin ke atas seorang muslimin yang lain , iaitu jika diminta diberi peringatan, maka hendaklah dia bagi, maka saya terbitkan penulisan hasil sisa2 isi yang tak terambil oleh blogger2 lain.
Mungkin ramai yang bertanya, "Awatnyer hang lambat sangat tulisa pasal guru. Hang sibuk ke apa? Tak sayang cikgu ek?". Begitulah lebih kurangnya hati2 anda berbicara. Bagi saya, tak salah rasanya saya menulis hari ini. Minggu depan pun tidak mengapa. Hatta, jika Allah tak kurniakan taufiq kepada saya langsung untuk menulis, mungkin tulisan saya terbit bulan depan pun saya tidak kesah.
Mengapa? Soalan yang rasanya ramai orang boleh menjawabnya lantaran penulisan2 blogger lain yang sering menerbitkan isi penting ini. Tak lain tak bukan, jawapannya ialah, "mengingati guru bukan sehari". Bahkan sebagaimana yang telah diteriakkan dalam penulisan2 yang bertebaran di alam maya ini, guru itu tidak wajar untuk hanya diperingati satu hari saja. Iaitu hanya pada 16 Mei setiap tahun. Mereka patut dihargai, dihormati, diingati, dan diSAYANGi setiap hari.
Timbul pula satu persoalan.. "Lalu, tidak wajarkah jika kita menyambut Hari Guru?"
Satu pertanyaan bernas yang bukan semua orang boleh menjawab dengan memuaskan hati si penanya. Malahan, apa yang akan saya tulis selepas ini pun saya tidak akan jamin semua orang akan berpuas hati sebagai persoalan kepada yang di atas.
Asalnya, ianya bukan satu persoalan yang asing di kalangan kita. Bahkan, hampir setiap kali perayaan menyambut hari2 tertentu soalan ini diangkat naik. Ini termasuklah ketika MaulidurRasul, yang mana perkataan Bid'ah oleh sesetengah pihak yang kononnya cuba membela kehormatan nabi. Maka dijawab pula oleh sesetengah pihak 'Bid'ah Hasanah. Entah yang jawab itu mengerti ataupun tidak akan frasa Bid'ah Hasanah itu. Yang penting, bukan MaulidurRasul yang ingin saya bahaskan.
Berbalik semula kepada Hari Guru. Rasanya tidak wajar jika kita menolak secara mutlak apa yang dikatakan sebagai Hari Guru. Apakah salah jika diletakkan satu hari istimewa kepada mereka2 yang telah banyak memberi utnjuk ajar kepada kita. Bukan bermakna hari2 lain kita lupakannya, cuma ada satu hari yang kita raikan penghoramatan, ingatan, dan kasih sayang kita kepada guru dengan suatu yang luar dari kebiasaan kita, contohnya memberi hadiah. Adakah ini bermakna kita melupakan guru pada hari2 lainnya? TIDAK sama sekali. Bahkan ini membuktikan yang hari2 lain juga kita mengingatinya. Masakan kita melontarkan kutukan2 pada hari lain, tapi tiba 16 Mei terus saja membelikan hadiah. Itu ajaib.
Maaf kepada mereka2 yang sebelum ini ada menulis tentang penghapusan Hari Guru. Saya rasa, cuba baca penulisan saya berulang kali agar dapat saya terjemahkan apa makna ari Guru bagi kami sebagai seorang yang masih bergelar pelajar kepada seorang yang telah banyak sangat berbakti kepada kami. Semoga segala2nya dapat terungkai kembali.
Namun sejujurnya, saya amat benci kepada mereka yang menunjukkan tanda hormat mereka hanya apabila tiba hari2 tertentu, yang mana dalam aspek ini ialah Hari Guru.Tapi, mereka pada hari lain amatlah mencaci2, memaki2, mengumpat, dan sebagainya lagi guru yang memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Nampak sangat satu kehipokritan di situ. CUba cari hari lain yang mana semua orang menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada guru mereka selain dari Hari Guru. Ada bukan? Itu ialah hari2 yang menuju kepada sesebuah peperiksaan besar, tak kira PMR, SPM, STPM, STAM, dan sebagainya. Lucu bukan? Itulah hakikat pelajar sekarang. Mungkin sebab itulah ada pihak yang mencadangkan "hapuskan Hari Guru!". lantangnya seperti tunjuk perasaan mansuhkan ISA.
Apa2pun, sebagai penutup untuk anda daripada saya, dengara2kanlah lagu yang anda jarang2 dengar, dan mungkin inilah kali pertama anda dengar. Seperti biasa, apabila saya ungkapkan lagu, itu tak termasuk langsung lagu2 selain nasyid, kerana nasyid itulah satu2nya lagu dalam kamus hidupku. Dengarkanlah.........
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, May 9, 2009
Menyanggah Kesibukan- Bicara Imtihan
Hari ini kesihatanku agak terganggu. Mungkin terlalu penat dan aktif. Minggu ini, setiap hari sampai rumah ketika jam sudahpun melangkaui pukul 7. Nasib baik ada KTM, jika tidak mungkin aku terpaksa menyusahkan 'orang lain' untuk meredah kesesakan lalulintas yang boleh dikatakan mencapai tahap maksima.
Walaupun begitu, tangunggjawab dan hak kepada pembaca2 blog ini tidak ditinggalkan begitu saja. Meskipun kesihatan ternagnggu, kuperah juga kepala otak untuk mengeluarkan yang terbaik untuk pembaca. Tiba2 saja teringat satu perkara yang akan diadakan pada minggu depan saja...
IMTIHAN! ya.. dalam kesibukan, boleh saja kulupa akan imtihan yang dari awal tahun sudah mengintai, dan kali ini dia menjengah dengan lebih lagi sebelum datangnya imtihan yang lebih besar.
Bercakap tentang imtihan, memang diri ini sudah banyak membicarakan tentangnya.Cumanya, kali ini, ana cuba tajdid kembali penulisan ana tentang imtihan yang lepas. Imtihan.. setiap kali dia datang bawa dengan seribu pengalaman dan pengajaran yang bertambah2..
Hadis Nabi:من كان يريد الدنيا فعليه بالعلم ومن كان يريد الأخيرة فعليه بالعلم و من كان يريدهما معا فعليه بالعلم
Maksud:" Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan, siapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka keatasnya ilmu"
Lagi: طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksud: "Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim."
Maka jelas di sini, sebagai sebuah agama yang mementingkan fitrah kebaikan, agama yang syumul, holistik, dan sempurna, Islam amatlah menggalakkan ummatnya menimba ilmu. Seperti mana yang telah kita lihat dengan dua buah hadis di atas, cukup jadi bukti. Meskipun berlambak lagi hadis, bahkan ayat Qur'an yang mengangkat tinggi darjat ilmu.
Apabila dikatakan Islam menggalakkan ilmu, bagaimana pula situasinya dengan orang yang malas belajar, dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Senang saja, dia telah berpandangan serong dengan prinsip dan konsep Islam.
Hadis: اءن الله يحب اءذا عمل عملا أن يتقنه
Maksud: "Sesungguhnya, Allah suka akan apabila sesuatu amalam dikerjakan, ia dilakukan bersungguh2"
Jadi, sebagai bukti kesungguhan kita belajar setelah sekian lama, maka wujudlah satu perkara yang memang agak tidak digemari oleh segelintir manusia yang bergelar pelajar. (Oh! mungkin juga termasuk). Oleh itu, buktikanlah sejauh mana kita mengamalkan hadis Nabi ini dengan mengaplikasikannya dalam menuntut ilmu.
PERIKSA KECIK vs PERIKSA BESAR
Terkadang, kita terlalu mengecikkan skop. Apabila disebut periksa, terbayang kertas2 yang mengadungi soalan2 yang boleh memecahkan urat2 saraf dalam otak, takpun kertas pilihan OMR yang tinggal mahu hitamkan saja. Dan, apabila terbanyangkan semua itu, semua orang pun berlari menerkam buku masing2 untuk mengulangkaji dan menela'ah supaya tak GAGAL dalam periksa itu. Sangat takut gamaknya. Namun, bagaiamana pula dengan periksa yang berganda2 lebih besar?
Firman Allah:
كل نفس ذاءقة الموت
Maksud:"setiap yg bernyawa psti akan mati...."
Lagi Firman Allah:
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد
Maksud:"tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...(yg mencatat setiap perkataan yg keluar daripada mulut manusia)"
Jadi, bagaimana? Jelas bukan? Periksa yang digambarkan di atas tadi hanyalah sekecil2 periksa saja, yang mana tidak ke mana sanagtpun jika mendapat terbaik, dan juga tidak kecewa mana pun (bagi org2 yang faham Islam) jika tidak mendapat yang terbaik. Itu semuanya tak menjanjikan kehidupan yang bahagia. Mungkin juga di dunia, jika dapat belajar tinggi2, result bagus, dapat kerja baik punya, dan hidup pun mewah tak terkata.. Tapi, untuk mendapat yang kekal abadi punya, mahu cari di mana? Bagaimana mahu mendapatkannya?
Jawapannya, ialah dengan membuat yang amat,amat,amat terbaik dalam periksa yang paling besar. Periksa yang mana, tak boleh lagi repeat2 jika dan tersalah langkah. periksa yang mana, yang menandanya bukanlah seorang guru yang boleh dibodek2 untuk belas kasihan. Periksa yang mana, bukan hanya dua,tiga jam sahaja.. tetapi seumur hidup. Yang mana, result baginya hanyalah diadapati setelah kebangkitan kita yang kedua.
DUA DALAM SATU, KECIK DAN BESAR
Jadi, bagaimana pula dengan periksa dunia tadi? Adakah biarkan saja failed dengan alasan ianya tak membawa kemana pun. Jika berjaya dalam periksa yang amat2 besar sudah cukup bagus. Mungkin ada juga yang bertanya "bagaimana pula mahu tumpukan dua periksa yang mana, dimensinya amatlah berbeza sama sekali. Susah bukan?"
Senang saja..
الدرس هو الطاعة الله
*"Belajar itu ialah ketaatan kepada Allah"
Di atas bukanlah hadis nabi, jauh sekali kalam Tuhan yg Mulia. Tetapi, ia adalah jawapan daripada seorang Syeikh kepada seorang Akh di Mesir, tatkala di minta syeikh tersebut memberikannya motiasi. RIngkas, tapi penuh dengan hikmah.
Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...
Wallahua'lam...
*Tajdid daripada ini dan ini
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 3, 2009
Tersingkapnya 'Kekurang Bijakan'
Saya rasa berat lagi untuk mengupdate blog ketika masih dalam keadaan 'perasan sibuk'. Namun, terdapat beberapa perkara yang 'kelakar' bagiku saya yang membuatkan saya teruja untuk mengupdate blog kali ini. Gapo?
Teringat dahulu, tatkala menikmati kemanisan tarbiyyatul Islam, satu soalan dilontarkan kepada yang berhak menjawab, "Apakah tanda2 yang menunjukkan kita ini 'bergerak'..?" (bergerak dlm erti kata menyampai ataupun dakwah dlm bahasa Arab).
Lalu, jawablah yang ditanya itu, "Tanda2nya ialah, akan ada orang yang menyukaimu atas satu sebab, dan juga akan da orang yang membenci kamu, atas SEBAB YANG SAMA.."
Jawapan ini saya pegang sehingga kini, dan Insya Allah sampai bila2.. Termasuklah dalam aspek pembikinan blog ini yang tak lari dari 'menyampaikan' itu sendiri. Dek kerna sedar "من قال لاء اءله الا الله فهو داعي ".. Cumanya tahap saja yang berlainan. Jika rasa sudahpun bersedia untuk membahas perkara2 berat dengan ilmu dan kefahaman yang mantap dan padat, silakanlah.. Dan, oleh sebab itu, aku mulalah bergerak, dan alam masa yang sama tercari2 bukti yang mana menjadi kayu pengukur sejauh mana saya telah bergerak.
Semestinya jalan yang dilalui bukanlah mudah. Terkenang waktu Ar-Rasul dulu. Memang tak dapat nak bayangkan, sedangkan 'orang sekarang' senang sahaja duduk menghadap komputer di dalam bilik berkipas angin, menekan2 papan kekunci, menunggu dan menjawab komen, kemudian go on..begitulah.. Senangnya orang sekarang melabelkan dirinya sebagai pendakwah, siap boleh melenting lagi jika direndah2kan label mereka sebagai pendakwah. Kononnya sudah cukup baik..
Berbalik kepada kayu pengukur yang membuktikan saya berjaya bergerak dengan blog ini.. Memang maklum, ramai sudah yang memberi kata2 semangat.. Alhamdulillah, satu bukti muncul sudah, namun bimbang juga jika ianya terlebih. Jika hanya ada satu bukti, ianya tidak cukup untuk membuktikan apa yang saya mahu dari blog ini. Jika mahu orang suka, senang aja bukan? Ini yang menjadi kebimbanganku saban hari, takut kesesatan qasad dan niat mempengaruhi reaksi luaran daripada orang. Bimbang ia hanya satu mainan Syaitan L.A yang mempengaruh.. Banyak sudah saya terjerumus dengan mainannya sebelum aku wujudkan blog ini. Minta2 dijauhkan dari terjatuh lagi.
Akhirnya terjumpa juga! Inilah yang kunanti2kn sebenarnya.. bertepatan dengan "....dan ada orang yang akan membencimu dengan SEBAB YANG SAMA orang menyukaimu" Kritikan2 ilmiah tidak boleh dilabelkan dengan ini kerana ianya jelas bukan atas sebab benci, cumanya mahu ku menjadi lebih baik. Ini membuktikan 'menyukai'. Bak kata orang tua, "marah tanda sayang". Tapi, ini jelas perasaan benci itu timbul.
Mungkin kata orang, "hang tak marah ke tengok dia mengutuk2 sambil membela2 pihak dirinya.." lalu aku pun jawab, "Nak marah buat apa, aku gelak je baca komennya.." dan saya percaya ramai antara anda2 yang memahami Islam berlainan dari kacamatanya akan turut gelak sama.. Melucukan bukan? Mungkin bagi anda, ianya suatu yang remeh, namun bagi saya, ianya membuktikan satu kayu ukur kepada kesan penulisan sya kepada masyarakat yang saya kira sudah cukup baik dan berpuas hati, cumanya sudah tentu banyak yang perlu dibaiki.
Meskipun begitu, saya melihat ada perkara lain yang boleh saya ulas dan dikongsi bersama pembaca2 yang lain setelah melihat laman yang dikira 'melancakan serangan' kepadaku secara sembunyi2 itu.
1.PRINSIP HEDONISME YANG MASIH KABUR PADA MASYARAKAT
Sebelum saya mengajak anda berfikir lebih jauh, saya sarankan dulu menjenguk ke post2 yang berkaitan dulu seperti Media Massa vs Cara Hidup Islam,Serangan Ketenteraan vs Serangan Pemikiran, dan lain2 yg sewaktu dengannya..
Mudah bukan? Jika ia menolak penulisan saya hanya kerana saya mengatakan tentang agenda2 perosak keimanan remaja, sudah tentu dia akan menolak 200% penulisan saya yang lain berkaitan Hedonisme.. Memang jelas, ramai yang masih tak faham konsep hedonisme itu sendiri.. Tak payah jauh2 membahaskan tentang Hedonisme kpd orang seperti ini. Padahal halal dan haram sendiri tidak tahu.. Berat..berat..berat.. parah benor le gamaknye!
2.PERASAAN TAKSUB IDOLA.
Yang ini, memang sudah jelas.. Melenting sungguh dia tatkala saya sentuh tentang kerosakan iman remaja sekarang dan kebetulan secara tidak sengaja saya memilih untuk meletakkan gambar tersebut (yang ada paa entry nya juga) yang ada tulisan Siti Nurhaliza Tour, yang mana tertulis di atasnya "Agen2 Perosak Remaja Islam" yang telah saya ambil dari mana, saya pun sudah lupa.. Memberontak sungguh dia..
Padahal, tiada pun saya tulis perkataan 'Dato' Siti Nurhaliza' dalam entry saya itu dan entry saya memang keseluruhannya mengupas tentang realiti remaja sekarang yang imannya keluar-masuk dari hati.. Dan saya tiada langsung menyentuh tentang individu2, apatah lagi Siti Nurhaliza. Bagi saya, pembaca2 juga tak terperasan akan gambar itu bukan? Saya juga tidak terperasan..
Dan, kerana gambar itu, dia menolak penulisan saya yang telah saya cuba seboleh2nya membentuk ayat2 yang mudah diterima dan difahami oleh pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat, dan ramai yg memberi komen positif, termasuk mereka yang lalai sebelum ini.. Tapi, ketaksuban kepada Dato' Siti semata2 telah menjadi penghalang kepadanya untuk menerima mesej harmoni yang ingin saya sampaikan.. Ai.. Taksub..Taksub..
3.BERMAIN2 DENGAN KONSEP IMAN.
Untuk ini, rasanya wajar jika saya copy sedikit ayat dari blognya yang untuk membuktikan apa yang saya faham dari ayat itu..
"Why?!!!... Dato'CT dh mnyesatkn kamu ker?!(jawab!!!)... Klu yer pon tentulah diri sendiri salah!... Mna perginya iman tu?!!!... Aqu nie peminat no.1 die tp aqu cm biaser gak baek jaa!"
Baik, di sini ada berapa point penting dalam tulisannya yang saya mahu highlightkan..
1.Katanya, saya salah kerana berkata Dato' Siti menyesatkan saya.
2.Oleh kerana dia sudah mengagak jawapan saya, dia pun membuat andaian lagi, katanya oleh itu, saya sekarang sudah sesat dan saya tulis entry tentang bende itu sudah tentu salah kerana saya tulis dlm keadaan masih disesatkan.
3.Oleh kerana itu, dia membuat kesimpulan awal, saya tiada Iman..
4.Dan, dia juga membangkang yg Dato' Siti perosak keimanan remaja dengan mengatakan yang dia masih 'baik' walaupun peminat no1 Siti. Dalam erti kata lain, dia IMANNYA MASIH SIHAT DAN TIDAK ROSAK.
Oleh karana dia menyoal, maka saya berhak menjawab bukan? Jadi, ini jawapan..
1.Ada saya kata Dato' Siti menyesatkan saya ke? Seperti yg saya katakan, saya hanya meletakkan gambar umum tanpa menekankan yang Siti itu menyestkan. Tuduhan itu juga amat berat untuk seorang Muslim kepada Muslim yang lain dan saya tidak pernah menulis sebegitu pun.
2.Jika saya sesat, saya tidak akan tulis entry sebegitu..
3.Kemana perginya Iman saya? Rasanya jika kamu baca sendiri lebih bagus bukan?
4.Lihat saja blog kamu. Indah bukan? Dengan gambar2 artis Malysia yang lain selain Siti. Jika kamu letak gambar Siti yang sopan bertudung dan mungkin berselendang nipis sahaja tak mengapa, boleh lagi bersangka baik. Tapi, bagaimana dengan pakaian2 artis wanita lain yang terdapat di blog kamu?
Firman Tuhan:"قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ "
Maksud: "dan katakanlah kepada orang2 mu'min, tundukkanlah pandangan mereka (kpd wanita ajnabi*bukan mahram) dan jagalah kemaluan mereka.. Itu dalah lebih suci bagi mereka dan Allah itu menegtahui apa yang baik bagi kamu"
(An-Nur30)
Senang bukan? Bagaimana?
4.MUDAHNYA MENJADI BAIK
Untuk kali ini juga, saya rasa perlu untuk copy sekali lagi.. hehehe.. maaflah.
Tulisannya yang berbunyi begini..
"Betulka Dato'CT pon perosak Keimanan Remaja Islam?... Astagfirullah!!!!... Artis yg bnyk kali mngerja Umrah & suda mnjadi Hajjah dikatanya sperti itu?"
Senang bukan? Sudah mengerjakan umrah, lalu dikatakan beragama.. Sudah bergelar hajjah, lalu sudah terlampau baik gamaknya.. Namun, adakah itu semua semata2 kayu pengukur kepada baik buruknya seseorang? Berapa ramai sudah artis yang mengerjakan umrah/haji? Namun, berapa kerat sangatkah yang tampil dengan perubahan selepas itu?
5.TERSINGKAPNYA REALITI UMMAT
Begitulah akhirnya, tersingkap sudah realiti ummat.. Bagaimana jika ummat seperti ini yang kita harapkan suatu hari nanti untuk membangunkan Islam di persada dunia.? Pada awalnya, saya ingatkan hanya sedikit orang yang tergamak mengeluarkan kata2 kesat kepada mereka yang mahu meneylamatkan agama, mungkin juga hanya seorang, iaitu dia sndiri yang tergamak, tapi, byk pula komen yang menyokong.. pelik bukan?
----------------------------------------
Dan last sekali, andailah 'mereka2' ataupun dia sendiri yang membuka blog ini, lalu hati bagai ditoreh oleh pisau penoreh getah disebabkan tulisan2ku yang di atas, ketahuilah pandanganku tentang Siti..
Dato' Siti Nurhaliza sememangnya boleh dikatakan seorang artis yang 'boleh tahan jugak' selepas pemergiannya mengerjakan haji. Katanya dia akan pakai tudung dengan konsisten suatu hari nanti.. Aku masih menanti..
Baru2 ini, dia pergi melawat Tok Guru Nik Aziz.. Alhamdulillah, harap2nya dia menjadi batu loncatan ke arah yg lebih baik..
NAMUN!, aku masih menentang konsep Hedonisme nya jika dia masih lagi membawa imej tersebut dan walaupun ketika itu dia melawat Dr. Yusuf Al-Qardhawi sekalipun, dan dengan imej bertudung terus melontar lenggokan suara mainan Syaitan, AKU MENENTANG!
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, April 26, 2009
Minal Ma'rad, ila Bookfair
Hujung minggu ini sungguh padat. Sabtu ada walimah abang ke2, kemudian majlis kenduri juga, sepupu mak pula.. Aiisy, tak habis2 walimah. Ahad pertandingan futsal menjengah. Setelah difikir2, baru saja teringat yang pesta buku mencapai hari terakhirnya Ahad ini! Futsal diketepikan.Pesta yang hanya menjengah setahun sekali diberi keutamaan.
"بكم؟ " tanyaku.. Sambil memegang jilid satu dan dua daripada kitab البداية والنهاية .
"كل سبع ,ماءة وخمسون رينجيت"ا
"Apa!" detik hatiku..
"ماءة وخمسون فقط؟؟", aku bertanya meminta kepastian.
Pak Arab itu angguk. Keinginanku untuk membeli hanya satu daripada tujuh jilid kitab itu tenggelam oleh harga yang disebutkan oleh pak Arab tadi. Tujuh jilid dengan harga HANYA RM150 bukanlah senang nak didapati di Malaysia. Jika tak silap, harga seluruh 7 jilid hampir mencecah RM 600. Berahiku untuk menyambar kesemua 7 jilid membara. Tapi, untuk melaburkan RM 150 untuk satu kitab bukanlah suatu yang mudah memandangkan banyak lagi kitab2 Sirah yang lain seperti Qasasul Anbiya', yang harganya hanya RM 60 walaupun hanya bersaiz satu jilid daripada kitab Bidayah wan Nihayah ditambah lagi aku yang masih belajar. Aku ambil keputusan untuk survey dulu di tempat lain. Pak Arab melihat pasrah aku meninggalkan boothnya yang memang sedia sepi.
Sampai di booth syarikat pemasaran dari Malaysia..
"Abang, Bidayah wan Nihayah berapa?"
Penjual itu kelihatan ragu2 melihatku. Ditanya kembali, "kitab tarikh Bahasa Arab ini ke?".. Aku angguk.
"RM 450"........... Amek kau!
Dengan tekad dan yakin, kuleburkan RM 150 di kedai yang dijaga Pak Arab itu yg tersenyum lebar tatkala melihatku.
----------------------------------------------------------
Mengapa perbezaannya terlalu ketara?
Ianya sebenarnya satu yang memang telah aku agak, cumanya tak sangka sebegitu sekali gamaknya. Ktab2 jika nak dicari di pesta buku ini, cari saja yg dijual Pak Arab, booth yang kecik dan macam2 lagi. Kenapa? Ini lah sebenarnya satu kelebihan yang amat besar yang dipunyai oleh orang2 Arab. Kelebihan inilah yang menyebabkan ana lebih mengutamakan kitab2 Arab berbanding yang telah diterjemah walaupun ianya lebih sng difahamkan dan tidak banyak bezanya. Kelebihan itu jugalah yang menyebabkan kenapa Ar-Rasul diturunkan kepada mereka, dan juga semestinya Al-Qur'an juga..
Kelebihan itu ialah, mereka mencintai ilmu. Kecintaan mereka terhadap ilmu susah untuk ditandingi oleh mana2 puak. Tak tahulah anda semua setuju atau tidak dengan kenyataan ini, kerana ana menyatakan ini berdasarkan pengalaman.. Situasi yang baru ku lalui di atas sebenarnya membuatkan aku mengimbas kembali tatkala aku pergi ke Mesir, yang di mana kebetulan ketika itu juga di sana ada pesta buku, ataupun lebih tepat معرض الكتب , (ma'rod alkutub). Yang mana, suasana sambutan di sana tak dapat untuk ku ceritakan di sini. Sangat meriah. Buku pula murah. Tetapi, oleh kerana masa sudah suntuk ketika itu, di mana kami mahu berlepas kembali ke Malaysia malam itu dan kami pergi ke Ma'rod petang itu, maka pembelian amatlah terbatas. Oleh itu, buku2 yang mengujakan terpaksa ditinggalkan begitu saja.
Ma'rod Kutub-Pintu Masuk hadapan
Apa lagi bukti yang menunjukkan orang Arab cintakan ilmu? Lihat saja, tatkala abgku yg belajar di Mesri pulang ke tanah air, dan ketika mahu terbang kembali ke Mesir. Tahu2 lah saja, orang yg mahu pergi ke luar negara semula setelah pulang ke tanah air, sudah tentu membawa barang yang banyaknya tak terkira. Apatah lagi dengan barang2 kiriman kawan2 abangku yang tidak pulang oleh mak bapak mereka disini. Pihak kapal terbang pula sudah menetapkan berat barang bagi seorang penumpang, dan semestinya barang yang dibawa abangku melebihi kadar itu. Tetapi, pegawai itu bertanya, "أنت طالب؟".. (adakah anda pelajar) ketika melihat yang adestinasi abangku ialah Mesir. Setelah abangku mengiyakan, maka pegawai itu membenarkan abgku membawa muatan lebih tanpa perlu membayar kepada pihak penerbangan seperti sepatutnya.
Dan diceritakan juga daripada seluruh member2 abangku yang belajar di sana, yang orang Arab yang kaya sering memberikan sumabngan kepada pelajar2 di sana. Dan mereka selalu mendapat jemputan jamuan atas tiket pelajar agama. MasyaAllah..
Kesimpulannya...
كن عالما أو متعلماأو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك
Maksudnya: "jadilah orang yang a'lim, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu jadi golongan yang kelima (selain dari itu) nescaya celakalah kamu.
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, April 23, 2009
Ada Apa Dengan Suara?
(perhatian: baca sehingga habis.. jangan baca separuh dan berhentikan bacaan kerana timbul andaian dalam kepala anda yang dicelah oleh Syaitan L.A)
Tersebutlah kehidupan di sebuah sekolah yang diwartakan sebagai sekolah ugama agama. Suasana kelihatan indah, dengan seragam sekolah yang putih, menandakan kesucian. Pelajar2 di sana yang pandai menjaga adab, tahu batas pergaulan, dan macam2 lagi. Jika dilihat, memang boleh dikatakan sebuah sekolah yang INDAH.
Apa yang menarik apabila tiba proses pembelajaran dan pengajaran bermula. Seperti biasa, ternyata sang Hawanya lebih menonjol berbanding sang Adam yang masih di tahap permulaan kematangan kata orang, namun masih tahu dan 'arif tentang selok belok agama, mungkin terlebih 'arif. Ini dapat dibuktikan apabila sang Hawanya 'ter'naikkan sedikit volume suaranya, lantas dengan cepat pihak sang Adam berteriak, "Woi! perlahan sikit.. suara aurat." dan begitulah.. apabila ditegur, buntu seribu kata sang Hawanya.. Kasihan, namun mungkin kebaikannya besar juga..
Cerita diteruskan apabila seorang guru masuk mengajar. Dan tatkala si guru tersebut sedikit berang dengan perangai 'pramatang' sang Adam, pitching ataupun volume suaranya naik sedikit, satu perkara normal bagi mereka yang diselubungi kemarahan yang amat. Lalu, sang Adam yang walaupun pramatang, tetapi masih tahu serba serbi dan arif tentang selok belok agama dengan cepat melaungkan kata2 kegemaran, "Suara aurat... perlahan sikit.." dan seperti tadi, terdiam seribu bhasa sang empunya suara.. Dan begitulah juga dengan yang lain2nya....
Begitulah betapa syadidnya sang Adam.. Itulah mereka di sekolah..
Tapi, bagaimana di rumah? Apa yang didapati sangatlah mengecewakan..
Mereka2 yang melaung2kan "Diamlah.. gedix gile korang.. suara aurat tau tak!".. dan juga yang mengesound guru2 mereka dengan selambanya, "suara aurat.. perlahan sikit".. Mereka2 inilah juga yang menghiasi ruang2 ear canal (corong telinga) mereka dengan lagu2 nyanyian wanita dengan selambanya.. Mereka inilah yang mendengar suara perempuan yang telah diperindah oleh syaitan L.A dengan selamba tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.
Apa ceritanya? Mana pergi ketegasan mereka2 ketika di sekolah? Adakah penurunan Iman secara mendadak menyebabkan perkara ini berlaku? Ataupun sebenarnya memang natijahnya ketika mereka berada di sekolah itu palsu2 belaka? Munafiq, hipokrit, hipokarat, dan lain2.. Sungguh mengecewakan.. EMbarassing..
Apa2pun, memandangkan ini entry/post ketiga ku beturut2 tentang pandangan aku yang lemah ini tentang lagu dalam Islam, maka aku cuba mengintai ini dari dimensi yang sedikit berbeza. Ini sebenarnya lebih kepada suatu kenyataan yang kurang tepat yang sering diterima pakai oleh KEBANYAKKAN orang dalam SESETENGAH perkara.. Iaitu....
Suara Wanita, Aurat?
Benarkah suara wanita itu aurat, seperti kisah yang disebutkan di atas? Sejauh manakah suara wanita itu dikira aurat?
Sebelum itu, aku yang faqir inimenyatakan bahwa, memang sudah dikira terlambat sebenarnya untuk mengupas benda yang sudahpun sebahagian besar penggiat islam di internet mengupasnya. Apa2pun, memandangkan ramai yang masih samar2, tak pasti dan tak yakin dengan ulasan, ataupun masih kurang faham, maka dengan kefahaman aku yang lemah lagi hina ini, cuba untuk menyampaikan kefahaman ini kepada anda semua. Oleh itu, TOLONG JANGAN BERHENTI MEMBACA PADA TENGAH2 ENTRY INI supaya tak timbul sebarang fahaman yang pelik yang mana akhirnya nama Cetusan Minda juga yang disebutnya..
Untuk menjawab persoalan di atas mari kita lihat hujah secara naqli (berdsarkan hadis dan Al-Qur'an) dahulu. Di sini ingin aku jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat’i(putus). Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat’i secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata.
Berbalik kepada persoalan, adakah benar2 suara wanita itu aurat?
Sebelum aku cuba huraikan lebih lanjut, elok kita tengok pada fatwa yang wajar kita percayai tentang suara wanita,
"Dengan tegas kami katakan bahwa suara wanita bukanlah aurat, karena sesungguhnya para wanita di zaman Nabi selalu bertanya kepada Nabi shallallaahu 'alayhi wasallam tentang urusan-urusan agama Islam, dan mereka juga selalu melakukan hal yang sama pada zaman Khulafaur Rasyidin serta para pemimpin setelah mereka."
Rjukan:Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Ifta', fatwa no 9522. Disalin dari Fatwa-Fatwa tentang Wanita (Darul Haq)
Begitulah dia, kebenaran hakikat tentang suara wanita.. TAPI, JANGAN HABISKAN MEMBACA LAGI..! Sila teruskan membaca..
Jika begitu, bagaimanakah boleh timbul kenyataan suara wanita itu aurat? Takkanlah tiba2 sahaja timbul kenyataan ini. Jika tiada angin, masakan pokok tercabut bergoyang. Ingat! fatwa di atas bukan bermakna anda (sang Hawa) boleh dengan sesedap hati berbuat sesuka hati dengan suara kurniaan itu. Suara bukan aurat bukan bermakna anda boleh keluarkan secara semberono. Kenyataan atau ungkapan yang suara anda adalah aurat bukan satu ungkapan yang sia2 semata2.. Ia punyai banyak kebaikan jika anda faham natijah daripada ungkapan tersebut..
Hujah ana berkata begitu kerana berdasarkan firman Allah:
فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ
Maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk (melembut2kan) suara kamu dalam percakapan, maka berkeinginlah orang yang terdapat penyakit dalam hati mereka." (Al-Ahzab:32)
Maksud ayat ini ditujukan kepada seluruh kaum Hawa Muslimah, meskipun permulaan lafaz ayat ini merujuk kepada isteri2 nabi. Perkara yang jelas di sini ialah, betapa perlunya seorang wanita itu untuk menjaga dirinya daripada bahaya orang yang mempunyai penyakit dalam hati mereka. Tak kisah apa pun perbuatan yang membawa kepada membuaknya keinginan, senang cerita nafsu syahwat 'mereka2'.. Bukankah senang untuk difahami bukan?
Kembali kepada suara, elok rasanya jika ana munculkan lagi satu pemdapat , kali ini oleh Imam Zarkasyi, yang ringkas iaitu:
"Suara perempuan tiada haram diperdengarkan kecuali jika timbul kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Demikian juga jika ianya sudah memang pasti menimbulkan kelazatan kepada pendengar"
Begitulah kiranya, jelas bagi anda semua. Tak salah jika wanita tinggikan suara mereka sedikit agar dapat didengar, tak perlulah sampai meeting dengan boss sampai boss tak dengar, berjual beli sampai timbul salah faham tentang harga, dan macam2 lagi. Senang cerita, dalam bab mu'amalat, asalkan jangan menggedikkan suara seperti timbul nada ria dan bersuara riang sehinggakan perbualan meleret2 sampai kepada topik yang tak diingini dan tak sepatutnya bagi ummat Islam. Cukup menggambarkan kita ini seorang yang menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah sejati dengan bercakap dengan sopan dan penuh bermaruah.. Biar mereka yang berinteraksi dengan kita faham yang bahwa sesungguhnya anda itu seorang yang menjaga imej sebagai soerang muslimah. Maka, terdetiklah "eh, dia ni jaga pergaulanlah.. tak yah la cakap panjang.." .. Manakala jika sebaliknya, fikir2lah sendiri..
Tentang lagu nyanyian perempuan pula, ini adalah antara perkara yang paling aku pantang sekali. Jika mereka2 yang layan lagu2 lagho pasang lagu di hadapan aku, aku akan tegur jika aku rasa boleh, jika tidak, aku beri amaran saja "kalau aku dengar suara perempuan, siap handset kau." Woha!! SYadid bukan? Apatah lagi jika mereka itu tergolong daripada watak2 kisah di atas?
Aku bukan bertindak membabikhinzir buta semata2.. Aku punya dalil yang cukup kuat untuk menyokong perlakuanku ini.. Hadis Nabi:
الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
Maksudnya:"Kebaikan ialah apa yang menteteramkan jiwa dan menenagkan hati, sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, WALAU APA PUN YANG TELAH DIFATWAKAN OLEH ORANG YANG MEMBERI KEPUTUSAN.(Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir)
Sejujurnya,aku tak pernah melihat manusia berubah dengan mendengar nasyid perempuan,(lagu toksah cerita lagi.. aku memang reject) berubah menjadi baik, malah aku lihat perkara sebaliknya.. Berlainan dengan beberapa nasyid lelaki yang sudahpun dijamin keberkesanannya.. Aku bercakap dengan pengalaman, tak tahu jika ada antara anda yang berpengalaman sebaliknya..
Kesimpulannya, suara wanita bukanlah aurat secara mutlak, tetapi ianya wajib dijaga dan digunakan berpada2, agar tak ia dijadikan 'aurat' oleh sebab penggunaan anda sendiri.. Wallahua'lam
BACA SELANJUTNYA..
Monday, April 13, 2009
Mengapa Masih dengan Hedonisme?
Cuba melawan kepeningan yg melarat hasil membuat kerja 3 hari berterusan tanpa karbohidrat yg cukup. Masih dalam mood berehat. Tapi menggagahkan diri juga untuk menulis. Bersalah rasanya jika menolak hadis :
بلغوا عنى ولو آية, وحدثوا عن بنى اسرائيل لا حرج, ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار.
Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Riawayat Bukhari: Hadis Nombar 3461)
Maka, apa yang saya fikir baik disampaikan, sampaikan....
Meyentuh tentang Hedonisme bukanlah suatu yang mudah sebenarnya. Bergetar juga otak mencari maklumat lengkap, agar tak salah berbicara nanti. Tambahan lagi rasanya dah lama tak menulis tulisan yang berat...
Hedonisme menurut skema kamus dewannya ialah, pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menurut istilah aslinya, Hedonisme merupakan satu fahaman yang mana menganggap keseronokan, kenikmatan, kelazatan adalah tujuan utama hidup. Untuk lebih faham lagi, meletakkan keseronokan, keenjoyan, dan hiburan adalah matlamat uatama untuk hidup. Hedonisme jugak merupakan satu daripada lima asas utama sekularisme iaitu menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk.
Kita dan Hedonisme
Mungkin apabila dinyatakan fakta2 tentang hedonisme di atas, ramai yg tertanya2, apakah kaitannya kita dengan Hedonisme? Rasa seperti kita di luar lingkungan Hedonisme. Selesa dengan itu. Tapi, Hedonisme hari ini bukanlah suatu yang kita rasa dapat lari daripada diri kita sendiri. Senang kata, kala ini, segalanya pasti berlandaskan Hedonisme.
Hedonisme dewasa kini diterjemahkan sebagai "mementingkan hiburan melampau ataupun tidak, yang melanggar batas syari'at, meskipun yang masih dalam khilaf ulama'.. Yang melalaikan, yang menghiburkan, bahkan apa sahaja yang membuatkan lupa pada Allah ataupun menghilangkan rasa yang kita sebenarnya seorang Islam adalah Hedonisme. Ia juga senang ditafsirkan kehendak untuk hidup gembira dan kegilaan untuk bersuka ria"
Anda bantah yang anda masih dalam Hedonisme? Cuba bukak2 televisyen yg ada di rumah anda (bukan di rumah saya)dan lihat sendiri. Dengan program realiti TV yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan, Melodi,Remaja,Malaysian Idol..errkk... ape ntah lagi.. (tanye diri sendiri yang ada TV di rumah).. Jika ada Astro, lebih lagi.. Akademi Fantasia, Raja Lawak.. dan lagi2 yang anda sebenarnya lebih tahu..
Anda bertanya lagi, "Apa salahnya?".. Inilah yang perlu penghuraian yg terperinci, tapi sebelum itu satu frasa yang mahu saya tanamkan betul2 dalam otak setiap daripada anda yang membaca, "HEDONISME, IT'S TOTALLY YAHUDI/AMERICA"
Teirngat kempen boikot barangan Amerika yang dulunya sangat hangat, tapi seperti biasa, perlu tunggu berita serangan yg mengorbankan 2000 ummat islam baru berkokok2 nak boikot itu boikot ini.. Pada masa itu, ramai yang boikot produk America, kiranya boleh jatuh merudum lah kiranya.. Sehinggakan pengerusi pemasaran Coca-Cola meminta simpati pada ummat Malaysia kerana katanya, ramai orang Melayu bekerja di syarikat itu pada bahagian pemasaran, jadi fikir2kanlah nasib mereka.. itu katanya.. Bagaimana pula dengan nasib mereka yg terbunuh di sana? Hampeh punya tauke.. hang boleh hidup lagi.. Sana?
Begitulah kuatnya pemboikotan apabila tiba musimnya, tapi satu benda yang tak pernah kita semua memboikotnya, dan tidak pernah terfikir pun dalam otak setiap ummat Malaysia untuk memboikotnya, bahkan tak pernah pun didengari seruan yang cukup lantang untuk kita memboikotnya, padahal dia benar2 datang daripada Amerika. Itulah yang dipanggil Hedonisme.. Yang anda bernaung di bawahnya, yang anda layan setiap hari.. Itulah dia..
Jarumnya Hedonisme itu sangatlah halus.. Hburan, gaya hidup bebasa, pesta, konsert, artis, lagu, movie hangat, movie seram, dan yang seangkatan dengannya. Tak lupa juga duta ataupun ikonnya iaitu, artis, pelakon selebriti, tak kira dalam atau luar negara sama sahaja, dan juga tak lupa PENGACAR PROGRAM REALITI TV yang semakin menjadi2 mewujudkan pelbagai2 lagi rancangan yg sedurjana rancangan yang sedia ada.
Mengapakah begitu? Memang ramai bukan, mata2 yang mengalirkan air mata pecah empangan kelopak matanya tatkala melihat berita kedurjanaan Israel, kedasyatan derita Palestin.. dan mata yang sama juga yg khusyuk mnonton ramcangan realiti TV yg tak sanggup saya sebutkan lagi. Lihat, batapa halusnya jarum Hedonisme ini.. yang mana menyalurkan ideologi ke layar screen TV di rumah orang2 Islam, lagi2 yang menerusi saluran berbayar Astro dan sebagainya lagi.
Anak2 Kita dan Hedonisme
Anda ketahui bukan? Yang Zionis Israel sebenarnya memang senagaja mensasarkan peluru2 mereka ke kawasan2 perumahan tempat tinggal, kawasan kecemasan, hospital dan sebagainya.. Ini adalah kerana tujuan uatama mereka sebenarnya adalah untuk menghapuskan anak2 Ummat Islam yang baru lahir, ataupun yang masih kecil agar mereka tidak membesar, lalu terus menerus memrangi mereka. Anda pernah dengar bukan? Yang Yanhudi memang merancang membunuh semua keturunan anak cucu ummat islam yang baru lahir, agar Islam hilang di dunia..
Itu semua di sana.. bagaimana dengan kita?
Anda pasti tidak sedar bukan? mengapakah rancangan2 realiti TV sekarang selalu sahaja menjurus ke arah anak2 kecil? Mahu sebutkan nama rancangan? Tom-Tom Bak, Bintang Kecil, Pondok-Pondok.. dan.. Arghh! banyak lagi rasanya.. Mengapa? Tujuan mereka sama sahaja seperti Zionis, cuma gerak kerja sahaja berlainan. Itulah perbezaan antara Zionis dan Freemason/Illuminati.. Satunya2, meneyrang terang2an dengan ketenteraan, manakalan satu lagi menysupkan jarum berbisa..
Fatwa dan Lagu
Pasti ramai yang sudah maklum dengan benda ini. Lagu2 barat.. perkara yang lansunsg tak pernah saya jumpa orang yang setaraf dengan saya tidak melayan lagu2 dari barat. Bahkan, melayannya dengan terang2an, sedangkan mereka itu seorang yang thiqah tinggi di kalangan rakan2 dan sahabat2 mereka.. Jelaslah, andai ini pun sudah tidak menjatuhkan thiqah, bagaimana manusia yang lain dapat lari daripada benda ini?
Memang, tak dapat dinafikan, kebelakangan ini, sejak lagu2 mula mendapat tempat, segelintir Mufti ataupun Ustaz cuba membuka minda untuk menerima dan memahami masyarakat dengan mengharuskan pendengaran lagu2 barat yang mempunyai kebaikan dan manfaat. Dengan syarat, ianya tak melalaikan..dan memang nyanyian wanita saya tak pernah jumpa lagi ulama' dipercayai yang mengharuskannya.. Saya sendiri bukan nak membantah fatwa tersebut, memandangkan siapalah saya di kalau nak ikutkan ilmu yang mereka ada. Cuma saya totally 100% lebih bersetuju dengan pendapat Imam2 dan Syeikh2 yang tetap dengan pengharaman lagu2 barat yang sia2 ini..
Cuma soalnya sekarang, ini bukan lagi dikira soal hukum. Jika hukum mengatakan harus, adakah ini bermakna kita dengan sewenang2nya boleh layan sesuka hati? Ini adalah sebenarnya satu juzuk (bahagian) yangcukup besar dari Hedonisme! Jika anda fikir lebih jauh, soal hukum sebenarnya tidak perlu lagi. Fikirkan akhlaq dan sahsiah. Fikirkan mana tandanya anda seorang beriman jika anda mengetepikan nyanyian orang beriman dengan berpaling ke arah nyanuian orang barat kafir laknatullah. Adakah anda suka jika mereka tertawa melihat kita melayan2 lagu2 ini kerana berjaya menyesatkan kita? Sunggu tertipulah kalian.. [tertipu lagi]
Kesimppulan
Cukuplah dengan Hedonisme. Saya cukup hairan apabila anda dengan selamba menghadapi dan melihat semua ini tanpa sebarang perasaan benci. Bertepatan dengan hadis nabi:
من راى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان"
Cubalah tanamkan perasaan benci pada Hedonisme untuk permulaan ini. Jika sudah berjaya, cuba sahaja tinggalkan apa yang anda anggap sebagai melekakan, bersuka ria, dan sebagainya.. Bukankah Islam telah sediakan alternatif untuk berhibur?
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, April 12, 2009
Oh! Jahilnya
Masyghulun Jiddan! Itulah perkataan paling sesuai rasanya ketika ini. Tatkala ada pameran Ekspo Dunia Islam di tempat lain yang mana dilakukan setiap tahun, aku di sini diamanahkan pula untuk mengepalai Ekspo Dunia Islam yang memang julung2 kali diadakan di sini. Sudah tentulah, apa yang ada di sini 100% idea cilokan ku dari tempat yang lagi satu.. Hasrat untuk menjenguk Ekspo Dunia Islam di tempat itu yang pasti gempaqnya berganda2 lebih daripada aku punya di sini terkubur begitu sahaja. Pihak atasan seperti tiada tarikh lain untuk menyuruhku melaksanakan E.D.I ini.. Nak jugak tarikh sama.. Aku cuba menjauhkan diri dari su'uzzhon yang pihak atasan kedua2 tempat sudah berpakat... Astaghfirullah!
Tatkala kesibukan yang begitu, sempat juga menjenguk teratak burukku ini.
Rasanya sudah agak lama tak diupdate, sehinggakan turun rating secara mendadak di topblog.iluvislam.. "Kantoi, tak ikhlas!" Malaikat membisik..
Maka, sekadar perkongsian yang tak seberapa, mungkin juga sudah lapuk kerana sudah bertahun sebenarnya mengetahui perkara ini, cumanya teringat kembali apabila ikim.fm memutarkan lagu Arab paling sedap bagiku nyanyian Amr Dhiab.. Yang mana, pertama kali dengar, memang masyuk sungguh! Namun, apabila tersingkap satu rahsia tatkala cuba mendownload pirate lagi daripada internet, lagu tu terus tak mendapat tempat di hatiku. Walaupun sebenarnya susunan muzik yang smart serta terdapat perkataan Allah pada lagu tersebut yang kemungkinannya membuatkan rasa ingat pada Allah.. Berikut adalah lagu tersebut..
Tajuk:Al-Aalim Allah (العالم الله )
Artis: Amr Dhiab
Lirik:
العالم الله قد ايه قلبي وروحي دابه فيه
العالم الله قد ايه قلبي وروحي دابه فيه
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
والله ودبت فيه وخدتني بحور عينيه
وسلمت القلب ليه من غير ازاي وليه
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
هو الحب ايه غير نظرة من عينيه غير لمسة من ايديه غير قلب تخاف عليه
هو الحب ايه غير نظرة من عينيه غير لمسة من ايديه غير قلب تخاف عليه
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
العالم الله قد ايه قلبي وروحي دابه فيه
العالم الله قد ايه قلبي وروحي دابه فيه
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
دله عيوني دوبوني الله الله الله الله الي بيا يعلم الله
ataupun, kalau x reti bace....
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Wallah dobt feek,
We khadety behoor eneik.
Salemt el alb leek,
Mengheir ezay we leih.
Wallah dobt feek,
We khadety behoor eneik.
Salemt el alb leek,
Mengheir ezay we leih.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Howa el hob eih?
Gheir nazra men eneik?
El lamsa mein edeik?
Gheir alb tekhaf alei?
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Lagu ni sebenarnya memang sangat popular dan famous ataupun selalu dipasang di ikim.fm.. jadi, kalau sesape yang cakap 'tak pernah pun dengar lagu ni!' memang x payahlah mengaku pendengar ikim sejati..
Apa yang menyebabkan aku tak suka lagu ni walaupun berlambak nama Allah dekat situ ialah...
Sedap bukan? Ya, memang sedap sekali.. Tapi? Semua pasti tertanya2, asal lagu ni terdapat nama Allah, tetapi klip videonya diwarnai dengan wanita yang berpakaian menjolok mata? Aneh bukan? Jawapan kepada perosalam tersebut adalah di bawah ini..
El Alim Allah (only God knows) - Amr Diab
Only god knows how much,
My heart and soul have melted within you.
Only god knows how much,
My heart and soul have melted within you.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
I swear I've fallen for you,
And was taken by the oceans of your eyes.
I surrendered my heart to you,
Without a why or how.
I swear I've fallen for you,
And was taken by the oceans of your eyes.
I surrendered my heart to you,
Without a why or how.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
What is love exactly?
Except a glance from your eyes?
A touch of your hand?
Except a heart to take care of?
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
Only god knows how much,
My heart and soul have melted within you.
Only god knows how much,
My heart and soul have melted within you.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
This is the one whose eyes weakened me, I swear.
What's inside of me? Only god knows.
Begitulah dia.. lagu yang kusangkakan nasyid rupanya sebuah lagu jiwang cinta-cintun.. Menipu manusia yang tak tahu bahasa Arab dengan perkataan Allah.. Hampeh! Walaupun begitu, tiap kali lagu keluar di corong radio, tetap layan jugak kerana sedap didengar.. (cet! tak mujahadah langsung..)
Begitulah perkongsianku kali ini.. Meskipun begitu, bukan ini yang aku hendak uatarakan pada post kali ini.. Ini ialah apa yang dapat kita rumuskan dengan aku yang tertipu kerana jahil dengan apa yang dapat dilihat dari cermin realiti kehidupan..
Ada yang mengatakan,:" Hek eleh.. ada ilmu banyak2 pun tak guna.. Bukannya amalkan semua ilmu yang ada"
Membuat pemerhatian akan ayat itu, teringat pula hadis:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Jadinya, siapa yang rugi? Jelas bukan?Tuntutan menuntut ilmu itu amat besar dan menyintai ilmu juga amat dituntut. Jadinya adalah tidak tepat kiranya kita menganggap tiada gunanya berilmu takut kita gagal mengamalkannya. Ataupun alasan yang biasa kita dengar ialah " tengoklah Mad tu ilmu je tinggi tapi lansung tak berbudi bahasa ". Disebabkan kegagalan Mad mengamalkan ilmunya kita mengambil jalan menjauhkan diri dari mencari ilmu. Kita selesa dinaungi kejahilan.
Akhirnya, tanpa ilmu, kena tipu sia2 sahaja.. Jangan marahkan orang lain dek kerana kejahilan yang amat dalam diri kita..Sebaliknya mari kita lihat orang yang beramal tanpa ilmu pula. Contohnya seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia walaupun pada pandangan manusia ianya suatu kebaikan.
Tak percaya, cuba tanya orang yang sentiasa datang lambat solat berjema'ah.. Dan apabila dia nak menjadi makmum kepada seseorang, tepuklah dia bahu orang tersebut.. Lalu, apa dia? Cuba tanya dia, kenapa dia buat begitu.. Jawapan yang pasti, "entah, aku tengok pakcik tuh buat macam tu.. Ikut sajalah".. Iya!
Begitulah.. kita biasa dengar ilmu tanpa amala ibarat pokok tanpa buah.. Bagaimana pula dengan amal tanpa ilmu? Koreksi diri.. Jawapan terdapat pada post yang lepas2.. Sekian.
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, April 4, 2009
Satu Pakatan, 2 Pemikiran
Bermulalah beberapa minggu yang lalu, Malaysia digegarkan dengan penggantungan 2 akhbar berpengaruh di Malaysia, Suara Keadilan dan Harakah.Masing2 mula mengaitkan penggantungan ini dengan peralihan kuasa yang tak lama lagi ketika itu. Dan, ketika penggantungan ini masih belum redha dari perbincangan orang ramai, PM yang baru dilantik tanpa disangka2 mengumumkan.......
13 tahanan ISA termasuk 2 pemimpin Hindraf dan penggantungan akhbar Harakah dan SUara Keadilan ditarik balik..SUMBER.. Jadi, di sini saya cakap awal2 yang saya bukan mahu mengulas dan memberi reaksi tentang pengunguman Najib ini, tapi saya mahu memberi reaksi kepada reaksi yang telah diberikan kepada Najib ini.
Pastinya, reaksi yang datang bukan dari pihak lain, tapi pihak pembangkang juge.. Di sini saya tunjukkan dua reaksi yang saya tertarik untuk mengulasnya...
1.Anwar:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini..SUMBER
2.PAS:Mengalukan larangan ditarik balik.PAS menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai petanda yang mampu menyuburkan semangat demokrasi di negara ini...SUMBER.
Kenapa ya benda ni nampak menarik? aku Saya cuba sebenarnya untuk perhatikan, manakah satu pemimpin yang paling layak saya jadikan tauladan. Dan sebenarnye cuba juga untuk memperbandingkan dua ideologi dari dua buah parti yang berada dalam satu pakatan, yang mana sebenarnya boleh saja ia digabungkan menjadi satu parti.. Dan apa yang saya dapat kali ini memang jelas sungguh dan berpuas hati..
Firman Allah:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Saya bukanlah seorang yang layak sebenarnya membicarakan ayat ini secara penuh, kerana ayat ini sebenarnya sudah banyak kali dibahsakan secara ganas dan teliti. Namun, cuma sedikit sahaja yg saya dapat lihat situasi ini melalui ayat ini. Kata kunci yang saya ingin highlitghtkan sudah tentu sahaja 'prasngaka/buruk sangka'.
Jika dilihat, sudah tentu Allah hanya melarang buruk sangka diantara sesama muslim . Ini kerana perkataanبَّعْضُكُم بَعْضًا yang membawa maksud sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan ayat ini ditujukan kepada orang beriman dengan perkataan pada permulaan ayat, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ..Sebahagian kamu dengan yg lain sudah tentunya bermaksud sebahagian orang beriman dengan sebahagian orang beriman yang lain.
Sudah.. cukup dengan perbahasan ayat.. Mari kita lihat kesinambungannya dengan situasi di atas..
Apakah yang menyebabkan Anwar menyatakan supaya tidak terpedaya denga Najib? Adakah mungkin dia terlepas pandang dengan ayat ini, ataupun dia meletakkan Najib sebagai luardaripada kategori 'orang beriman'? Kita lihat pula kepada respon PAS yg menunjukkan yang PAS sebenarnya lebih berwaspada dan berhati2 dalam memperkatakan sesuatu..
Mungkinkah Anwar takut jika rakyat terpengaruh dengan apa yang Najib lakukan, lalu PKR kalah dalam Pilihan Raya? Jika begitu, nampaknya dia sudah lari niat dan memang menampakkan yang dia betul2 hanya tumpukan untuk mendapat sokongan semata2.. CUba pula lihat pada PAS, mereka betul2 mengambil yg jernih dan buang yg keruh, dengan memuji langkah apa yang kerajaan lakukan jika ianya tepat dan betul dan begitu juga sebaliknya, jika ianya bercanggahan, maka barulah PAS bersuara menentang..
Barulah saya nampak mengapa pada suatu ketika dahulu pernah terbaca, "memang, jika diberi pilihan, ahli PAS mahukan Haji Hadi sebagai PM jika 16 September menjadi kenyataan." Saya juga penat berfikir ketika itu, apakah kurangnya Anwar pada pandangan PAS.. Baru saya nampak sekarang.. Perbezaannya yang memang ketara ialah 'ghayah' ataupun tujuan dan matlamat.. Ya, PAS memegang ideologi Ikhwan Muslimin yang berprinsipkan Islam yang syumul.. Itulah yg memang tak dapat dinafikan..Mreka mungkin duduk dalam satu pakatan, tapi idelogi dan cara pemkikiran mereka memang berbeza..
Jadi, kesimpulannya? tepuk dada tanya IMAN...ataupun, cuba saja jenguk blog ini..
------------------------------------------------
(sedikit capaian): Merujuk kepada postku yg bertajuk 'Malaysia,Dunia dan kotak rokok', rasanya ramai yg dah perasan yang kotak roko sekarang sudah ada gambar gamaknya.. Baru terlihat tadi di tepi jalan.. Kata rakanku pula, hanya jenama rokok luar negara sahaja yang ada amaran bergambar.. apa ceritanya?
BACA SELANJUTNYA..
Wednesday, April 1, 2009
Little Mosque on the Prairie
Kadangkala kehidupan ini perjuga diselitkan bahan untuk rehatkan minda. Mustahil untuk menekan diri untuk serius setiap masa. Pastinya yang serius setiap masa itu bukanlah manusia yg normal barangkali.. Jadi, apatah lagi di tengah2 kesibukanku yang amat pada bulan4 ini dan juga beberapa minggu sebelumnya, maka aku cuba menjenguk2 alternatif untuk merehatkan minda selain nasyid yang berlambak2 di komputerku.
Maka terjumpalah aku dengan..
sebuah sitcom bersiri yang diberi nama "Little Mosque on the Prairie".. Namun begitu, ana memberi AMARAN awal bagi mereka yang mahu menontonnya. Ini kerana sitcom ini menunjukkan suasana yang mana muslim minoriti di kawasan itu.. Jadi, segala hukum-hakam diberi kelonggaran kepada mereka kerana amat susah untuk mempraktikkan cara hidup Islam yg sebenarnya..
Sebagai contoh, dalam siri ini banyak menunjukkan orang lelaki dan perempuan bersalaman yang sememangnya haram.. Tapi, kelonggaran telah diberi oleh Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya 'Fiqh Mu'assirah' (kalau tak silap!) yang mana membenarkan jika orang yg bersalaman itu ialah tetamu yang datang dari jauh, ataupun yang jarang2 sekali berjumpa.. Di awal2 mukaddimah kitab ini, Al-Qardhawi telah menegaskan bahawa yang kitab ini semata2 untuk golongan minoriti muslim di Barat..
Jadi, bagi mereka yang mahu menonton siri ini mesti mempunyai kefahaman. Senang cerita, apa yang ada dalam cerita ini jangan dibuat hukum.. WallahuA'lam..
Review:Sitcom Masjid Kecil di Pekan Prairie (Little Mosque on the Prairie)
Serial ini memfokuskan komuniti Muslim yang tinggal di Bandar Prairi, Mercy, Saskatchewan yang mempunyai populasi 14,000. Tempat utama bagi komuniti Muslim terletak di sebuah masjid tempatan yg diketuai oleh seorang Imam, Imam Amaar Rashid & yang menakjubkan masjid ini adalah sebuah dewan Gereja Mazhab Anglican yang disewakan. Terdapat juga Cafe Fatima kawasan restoran yang diusahakan oleh Fatima Dinssa. Orang yang bertanggunggjawab menyewa dewan ini adalah Yasir Hamoudi, seorang kontraktor senibina & pejabatnya juga terletak di tempat yang sama. Sebelum Imam Amaar dilantik menjadi imam, Baber Siddiqui adalah imam sementara, seorang profesor kolej ekonomi. Datuk Bandar bagi Mercy adalah seorang wanita Mayor Ann Popowicz. Terdapat juga isteri Yasir Sarah yang bekerja sebagai setiausaha Mayor. Tajuk serial darama ini di ambil dari buku klasik Amerika & serial drama Little House on the Prairie.
Tidak semua pelakon siri ini Muslim. Seperti Baber Siddiqui dilakonkan Manoj Sood seorang Hindu Punjabi. Antara yang Muslim adalah pelakon watak Imam Amaar, Zaib Syaikh, Aliza velanni yang melakonkan sebagai anak Baber Siddiqui, & Rayyan Hammoudi anak perempuan Yasir, Sitara Hewitt. Untuk pengetahuan anda hanya Zaib Syaikh (Imam Ammar) & Aliza Velanni(anak Barber) yang benar-benar hidup dalam suasana Muslim manakala Sitara Hewitt agak kurang dalam pengamalan sebagai Muslim. Sitara Hewit (Rayyan Hamoudi) ini juga pernah dilantik dalam WWE (gusti)...wow ! Manakala pelakon lain adalah beragama Kristian.
Tema serial ini mengangkat pertembungan hubungan komuniti diantara Muslim & Non-Muslim di Mercy, & pertembungan Islam Konservatif (Baber & Fatima) & Islam Liberal (Amaar & Rayyan). Serial ini dibawa dalam bentuk komidi agar kesalahfahaman scene yg berlaku di dalam filem dapat disampaikan & dijelaskan agar kesalahafahaman yang merebak mengenai Islam di perbetulkan...
Banyak berkisar scene mengenai Tudung & Burqa' , Solat & Wudu', perkahwinan dalam Islam, gay, terrorism/pengganas, masalah security di airport, sambutan perayaan, dan sebagainya yang menyangkut penjelasan kesalahfahaman yang biasa terjadi di barat mengenai Islam...
Antara kekuatan watak pada serial ini ialah Imam Ammar yang mana sentiasa cool dan macho berhadapan apa pun situasi dan soalan pelik2 dan pertelingkahan oleh jema'ah Islam mahupun orang dari luar sendiri.. Selain itu, Barber dan Fatima yang sentiasa sempoi dalam berkata2.. Yassir dan spontan, dan banyak lagi..
Serial ini juga telah memenangi anugerah di dalam & juga di luar negara ....
Seperti yang ana sebutkan di atas,bagi pihak yg mementingkan kesempurnaan Islam, sudah tentu serial ini bukanlah tempatnya, kerana ia banyak melibatkan hubungan Muslim & Non-Muslim di Barat, iaitu budaya barat yang lebih majoriti...
& bagi kita yg Muslim majoriti di sini mungkin agak janggal dalam beberapa scene kerana demografi budaya yang berbeza....
Serial ini sudah memasuki musim yang ke-3, dan masih dalam proses penayangan musim ke-3 episode 18...
Anda boleh menonton siri itu di bawah ini..Selamat menikmati...mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada penonton....Oh ya! sebelum itu, dinasihatkan supaya anda puas menonton, untuk menguasai bahasa Inggeris terlebih dahulu kerana tiada subtittle langsung.. Harap maaf..
Wallahu a'lam....
Season One:
01. Little Mosque
02. The Barrier
03. The Open House
04. Swimming Upstream
05. The Convert
06. The Archdeacon Cometh
07. Mother-in-Law
08. Playing with Fire
Season Two:01. Grave Concern
02. Public Access
03. Ban the Burka
04. Lucky Day
05. Mercy Beet
06. Rival Imam
07. Spy Something or Get Out
08. Best Intentions
09. No Fly List
10. Eid's a Wonderful Life
11. Five Year Plan
12. Jihad on Ice
13. The Crush
14. Welcome to Mercy
15. Wheat Week
16. Ear for Trouble
17. Meet J.J.
18. Security Alert
19. Islam on Tap
20. Marriage Minded
BACA SELANJUTNYA..