Sunday, November 9, 2008

Obama,McCain dan Ummat Islam

Selamat bertemu kembali setelah lama tak mengupdate blog yg rasenye sudah semakin bersawang dan makin ramai suara2 yang membutuhkan sebijik post baru.. Memandangkan periksa dah pun langsai dan waktu pembelajaranku sudahpun tamat (pada tahun ini), maka kembalilah ana menghadap komputer mengorek2 ilham yang sememangnya byk, tp tak terkeluar dek unsur2 yg menghalang.. Jadi, kali ini nak memberikan pendapat tntg isu semasa yg masih hangat gila tahap maut..

Di tengah2 kehangatan bahang peperiksaan dan semasa ana dan rakan dibayangi suatu lembaga yg mengerikan dinamakan Imtihan dalam bahasa Arab, meletuplah satu khabar yg bukan khabar angin, tetapi satu keputusan daripada Rumah Putih yg mengumumkan kejayaan si Hitam, Barack Obama sebagai bakal Presiden AS pertama kulit hitam.. Dan ketika inilah ana lihat reaksi rakan2 yg ambil tahu tntg politik, tetapi agak kurang bijak untuk menganalisis sesuatu perkara. Ramai juga mereka2 yg bergembira atas kejayaannya si Kulit Hitam ini. Dan ramai ana bace berita yang mengatakan rata2 negara sekutu,musuh dan yg plg menyedihkan negara islam yg mengucapkan tahniah atas kejayaannya..

Hakikatnya, sesiapa saja yg diberi peluang untuk memerintah AS akan tetap mengambil tindakan yg sama ke atas ummat islam. Ini yang banyak org tak faham dan masih belum faham.. Malas rasanya nk ulang ayat 120 Albaqarah pd setiap post, tapi cukuplah ana mengatakan kpd manusia yg mengucap kalimah syahadah bahawa jgnlah terlalu mengharap. Walaupun anda lihat yg menduduki Rumah Putih itu bertukar2, tetapi ketahuilah bahawa yang mengontrol dan mendominasi kerajaan AS itu sebenarnya terdiri daripada lembaga2 Yahudi.

Membandingkan si Hitam ini dan McCain merupakan suatu yg amat payah dalam hidup ummat islam kerana sebagai mana ana katakan tadi, sesiapa saja yang menang langsung tak memberi keuntungan kpd ummat islam. Perbandingan ini ibarat harimau dan serigala yang di mana kedua2nya memberikan impak yg sama. McCain berusaha bersungguh2 untuk meraih undi daripada rakyat AS dengan memperlihatkan secare terang2an permusuhan kpd islam, tetapi si Hitam ini ibarat menghulurkan madu yg telah diletak racun.

Sebenarnya, cara McCain ini lebih menguntungkan islam dan merupakan calon yg lebih baik bg ana untuk ummat islam. Mengapa? Sebab aksi memusuhi islam secara terang2an yg ditunjukkan MUNGKIN akan membangkitkan semangat ummat islam, tetapi lihat dengan cara si Hitam.. Sudah jelas begitu ramai negara2 islam yg sudah terbau akan manisnya madu (eh.. madu ade bau ke?) yg dihulurkan si Hitam ini dengan mengucapkan kata2 tahniah dan macam2 lagilah.. Rasenye selain negara islam, ramai jugak ummat2 islam yg mcm rakan2 ana yg setaraf dengan mereka bersorak atas kejayaan si Hitam. Awal2 sudah melebar senyuman si Hitam ini atas sokongan yg didapatinya..


Dari sudut lain pula, kesepatutan ummat islam untuk menolak si Hitam ini pula ialah die tidak menutup langsung persahabatannya dengan negara laknat Israel. Siap beritahu lagi yang die akan menambah sebanyak 30 Million dollar lagi bantuan terhadap Israel. Lebih lagi janjinya untuk menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Israel. Mengapa ummat islam lepas pandang perkare nih.?


Mengenai Irak pula, si Hitam ini mengeluarkan kenyataan yang akan menarik tenteranya sedikit demi sedikit. Bukan ape, tapi si Hitam ini dah sedar yang pendudukan AS di Iraq lebih banyak mengurangkan sokongan Eropah, dunia bahkan rakyat AS sendiri yang mana melihatkan ramai yg mengkritik pencerobohan ke ats Iraq dan menunjukkan bantahan. Bahkan, ia juga antara faktor utama si Bush laknat hampir kehilangan takhta kpd John Kerry (eh.. betul ker name die.. betul kot rasenye..) pada tahun berape entah..( arghh lupe)

Dalam pemerintahan pula, si Hitam nampak rapi semacam, lebih drpd Bush lagi dengan memfokuskan kpd Pakistan dan Afghanistan dulu dan dlm masa yg sama mencari sokongan antarabangsa terhadap dua negara yg bergolak itu, kemudian baru melancarkan serangan ke atas Iraq,Syria,Mesir, dan negara islam lain yg dianggap boleh mencetuskan bahaya kepada AS dan semestinya Yahudi laknat.. Yang pastinya Malaysia masih boleh dianggap selamat dr golongan ini..

Inilah rancangan oleh si Hitam serta penasihat2nya dr Yahudi untuk menghias wajah Amerika yg mana telah dikotorkan oleh Bush serta diktator2nya yg telah banyak membrikan keburukan2 iabarat menconteng arang ke Negara sendiri.. (eh.. ade ke peribahasa tuh?).. Ape2pun, kita lihat sahaja sejauh mana si Hitam ini mampu hias imej AS dan pengharapan2 oleh pemimpin2 dunia untuk si Hitam layan dan berikan respon..

(baru nak mengganas lepas habis Imtihan...Insya Allah blog ini akan kembali aktif... sekian)
BACA SELANJUTNYA..

Friday, October 31, 2008

Melayu......... Mengapa?

Melihat kpd tajuk, sudah tentu ramai yg timbul perasaan tak puas hati, lebih2 lagi sekarang isu2 perkauman nih amat sensitif sekali diperkatakan.. Jadi, ana tak akan ambil risiko dgn meloncat masuk dalam kancah perkauman yg lebih byk bergelojak dlm bidang politik.. Lebih2 lagi ana sedar umur yg masih tak melayakkan diri untuk mengundi, apatah lg bergiat aktif dalam politik..

Oleh itu, entry ana kali bukanlah tentang isu azan yg dah lapuk, isu papan tanda jalan yg sengaja dibesar2kan, ataupun isu penghapusan kuota 30% Bumiputera atau ape ntah bunyinya.. lebih kurang mcm itulah juga.. Tapi, kali ini hanya menyentuh perkara2 yg sering korang buat atau lebih tepat katakan, tidak kira secara sengaja ataupun tidak..

Seringkali terdengar di telinga2ku bunyi yg dtg dari mereka yg berbangsa Melayu.. "inilah orang Melayu.." ataupun lebih kurang maksdunya macam ni.." inilah orang Melayu.. lemah.. banyak kelemahan.." dalam tak sedar yg diri tuh orang Melayu.. (aku orang Jawa.. hehehe)..


Satu persoalan... Mengapakah Melayu yg dipersalahkan setiap kali ade benda yg sebegini..?
Dan....... Mengapa tidak kata "inilah orang islam.."

Bukan nak bagi korang sengaja memburuk2an islam itu sendiri, malah aku paling pantang kalau ade yg memburukkan agamanya sendiri dengan perangai yg entah ape2.. Joget san, joget sini, seret kaki sana, sereta kaki sini.. (eh. lain macam bunyinye..)
.. Tapi, kalau korang fikir dengan mengatakan "inilah orang Islam.." itu memburuk2kan islam, bukankah sama saja korang mengatakan "inilah orang Melayu".. bahkan megutuk diri sendiri.. hahaha.. nak gelak pun ade.. tp hakikatnya dah gelak dah pun...

Bukan bermaksud mahu berkata "daripada burukkan Melayu, alang2 baik burukkan Islam..", tetapi mahu korang fikir..............

Jika anda cakap "inilah orang Melayu.." Apa yang anda dapat?
Dengan anda berkata "inilah orang Islam.." tak ade satu perasaan lain ke? Ia akan secara tak sengaja memberikan satu pukulan atau tazkirah kpd kita sebagai ummat islam..? Tazkirah....sesuatu yg mesti dalam kehidupan seorang Muslim...

Berkata tentang Kelemahan Islam, teringat pulak tentang suatu
pendedahan oleh Panglima Perang Israel ketika pencerobohan ke atas Palestin dilakukan...General Moche Dayan...



Berkata si laknat Moche Dayan..:

Kelemahan utama ummat islam ialah 3 benda:

1.Malas
2.Tidak mengkaji sejarah
3.Perancangan tak teliti

Ini bukan suatu pemberitahuan oleh Allah melalui kitabnya.. Bukan juga daripada hadis... jauh sekali oleh ulama'2 muktabar zaman sekarang... Tapi, ia telah diberitahu oleh seorang musuh islam!! Tak memalukan ker...? Ibarat kita sedang berperang, tiba2 Panglima Perang musuh dengan selambenye membongkarkan taktik dan perancangan mereka, beserta2 kelemahan2 kita lagi yg perlu dijauhkan dan dibaiki... Kan memalukan tuh...

Apabila kengkadang ana terfikir........mengapalah si laknat tuh boleh dengan selambe bagitau.. dan ape pulak motif die bagitau bende nih..? Die tak takut ke nanti die kalah sebab dedahkan kelemahan yang perlu kita baiki...

Fikir punye fikir... baru terlintas.. "bodoh jugak aku rupanya.." dah kata pertama sekali kelemahan ialah MALAS... tentulah dia berani bongkarkan sebab ummat islam malas nak baiki kelemahan.. Begitu juga dengan TIDAK MENGKAJI SEJARAH... dah kata malas.. kalau dia bongkarkan yang kita tak mengkaji sejarah pun bukannya kita nak kaji.. Apa lagi poerancangan tak teliti... Perghh! Boleh lagi kita berdiam diri ketika itu....

Dan sekarang, pihak musuh2 islam sedang bergelak ketawa melihat ummat islam yang dah semakin jauh daripada agamanya sendiri.. Sape yang tak nak gelak kalau dah bagitau kelemahan, tapi masih buat jugak.. Siapa yang tak gelak kalau tengok segala perancangan dan jarum2 yang dicucukkan berjaya berjalan dengan lancar... Siapa yg tak gelak kalau tengok musuh2 mereka kene serang tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya sedang kene serang..

Dan sekrang, aku sedang menulis entry ketika orang lain sedang bertungkus lumus bergelumang dengan buku2 sempena imtihan yang menjelang, untuk membuktikan bahawa ummat islam sekrang tidaklah sebodoh yang disangka....
BACA SELANJUTNYA..

Friday, October 24, 2008

Melebarkan Jaringan...

Kali ini, ana bukan nak cakapape, cume nak mengumumkan satu lg blog hasil titik peluh Muhd Alfateh (sape lagi), yang kali ini bukan sekadar blog... Mengapa ye nak buat blog satu lagi? Itu korang kenelah jenguk2 dulu blog baru ana..

Photobucket

Isi Penuh
BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, October 21, 2008

Imtihan Datang Lagi..!!


Wah2!! Pejam celik, bangun tidur, tengok2 dah nak imtihan sekali lagi.. waduh2.. susah betul lah dengan tetamu satu ni yang kembali semula dengan pantas dan cepat.Rasanya baru semalam ana menulis Perikse Oh... Perikse. Datang selalunya mengejut (walaupun sebenarnya dah bagitau awal2 kt dlm takwim). Yang penting, hari raya yang baru beberapa hari datang dan rohnya yang masih hangat menjadikan lagi 'ketidak undangan' tetamu yang satu ini. Lebih2 lagi diberi rehat seminggu.. Perghh! sengaje memadamkan semangat berkobar2 untuk imtihan. Nampaknya, imtihan kali ini memang hilang rohnya.. kui kui kui..

Walaubagaimanapun, ana tetap mahu mewujudkan susana imtihan dalam diri ini dengan mewujudkan post yang agak berkaitan dengan imtihan. Mungkin hanya sedikit repekan meraban dari ana sempena dah nak periksa dan juga musim raya, ditambah lagi dengan prestasi Tottenham Hotspurs yang x menentu, maka post ini tak sehebat mana. Namun, bagi mereka yang sentiasa menghargai repekan ana di setiap post, bolehlah terus membacanya.. seperti yg lps..




--------------------------------------------------------------------------------------------------
Imtihan, sebuah perkataan yang sering dinanti2kan oleh guru, namun tidak sama sekali bagi pelajar2 yang seperti ana. Bagi ana, perikse ataupun dalam bahase arab,imtihan ini (ana akan gunakan imtihan sampai ha
bes post) merupakan suatu musim yang di mana hanya menghitung hari penghabisannya. Ibarat orang2 yang jahil menghitung hari di bulan Ramadhan mahu meraikan raya, seperti itulah ana..bahkan mungkin lebih lagi.

Bila perkataan imtihan menjelma, pasti muncul pula 'belajar' dalam benak kita. Dua perkataan yang tak dapat dipisahkan.Inilah yang menyebabkan imtihan ini terlalu berat bagi ana. Bukan kerana tak suka atau takn
ak belajar. Malah nabi sendiri menyebut:

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksud: Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim.

Tapi, nak setiap kali buku dibuka, pasti ada berbagai halangan yang timbul. Memandangkan terdapat kajian yang mengatakan mendengar muzik yang perlahan contohnya kitaro dapat memudahkan ilmu m
asuk, maka ana pun cuba mempraktikkannya dengan menikmati lagu Al-Husayyan di ahadapan komputer sambil belajar. Namun, sudah lumrah alam, kalau orang macam ana nih berada di hadapan komputer memang susah nak belajar. Dengan soalan2 di forum2 yang ana sertai dan juga pembaca2 blog yang semakin galak menerjah ana dengan soalan bertubi2 melalui PingBox, sehinggakan Rukun Islam pun ada yang tanya dengan ana berapa.. Perghh.. . Maka, bukuku yang malang pun ditinggalkan begitu sahaja. Kalau berkesempatan dan mood ana baik, ana pun tutuplah die. Hakikatnya, sampai sekarang persediaan untuk imtihan masih belum bermula walaupun imtihan semakin mengejar ana.. Wah2!!..




Berbalik kepada imtihan.... pokoknya sekarang , anda ana sarankan pergilah ke post Perikse Oh Perikse . Bukan ape, selalunya kalau mereka yang tak berape faham akan bahase pelik ana nih akan lebih faham jika rujuk post2 yang terdahulu.

Ana mulakan dengan satu soalan yang dilontarkan oleh seorang member yang dalam bab ini dia bertanya kepada ana: "Naqib, macam mana nak bangkitkan semangat belajar yang menurun waktu periksa nak dekat?"

Perghh.. bile tgk soalan nih mula2 (kt YM), rasa mcm nak gelak pulak.. Ada ke panggil ana naqib... Tapi yang penting persoalannya.. Cara nak bangkitkan semangat belajar? Entah, ana pun tak berapa mahir sangat dalam pelajaran ini, tapi kalau nak kongsi pengalaman bolehlah.. Kalau nak tanya cara ana belajar, sempoi je.. Anda jugak yang tension nanti..


Sekadar berkongsi satu kata2 yang ana peroleh dari seorang senior dari sekolah dulu..


الدرس هو الطاعة الله

Belajar adalah keta’atan kepada Allah


Sungguh indah frasa ini kalau anda semua hayati dan renungi..Sebuah kalam yang menyentuh hati (bagi ana) walaupun ringkas dan pendek.. namun membawa erti yang amat besar dlm kehidupan. Baiklah... kita renungi betul2.. Jika anda semua dapat makna dan apa yang ingin disampaikan, pasti anda semua akan dapat suatu apa yang dikatakan sebagai motivasi untuk belajar dan sentiasa bersedia untuk imtihan.



Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...


Menyentuh kepada periksa, selalunya ia digambarkan sebagai suatu musim yang amat menakutkan.... kertas OMR, kertas soalan, mata guru pengawas yg amat tajam, ditambahi lagi dengan soalan yang memeningkan kepala, perghh.. memang bayangan yg ngeri bagi kebanyakkan pelajar.. Tapi, ana sebenarnya masih tak faham, apalah sangat periksa ini? Perkara ini sebenarnya dah sebut dalam entry yg lepas, tp untuk berkongsi pengalaman... Mengapa perlu takut?

Mengikut pengalaman ana yang x seberapa ini, sejak dari darjah satu.. sehinggalah sekarang... hehehe... dari pemeriksaan ana, mereka yg sebok2 dengan peperiksaan, mereka yg merupakan pelajar yg sering menghadap buku setiap kali peperiksaan menjelma, mereka yang tak online YM semasa musim peperiksaan melanda (maknanya tgh sebok ulangkaji), mereka2 inilah yang sering apa orang cakap sebagai "below expectations" bila keputusan keluar.. hahaha... bukannya apa, tapi ana juga antara orang2 yang 'anti' dgn golongan yang "semangat perikse" ataupun mereka2 yang belajar die extra sket waktu perikse.. Ana belajar waktu perikse dengan tak sama je.. Dan keputusan... agak memuaskanlah..الحمدلله


Sebenarnya, ade satu rahsia, yang mana membuatkan ana sentiasa merasakan senang dan rilek apabila periksa mula menjelmakan diri dan berjaya mendapat keputusan apa yg dianggap sebagai memuaskan dgn usaha yg tak seberapa. Meskipun tidak mendpt tmpt pertama, kira memadai dengan usaha seorang pelajar yg malas mcm ana nih.. Bukanlah rahsia sebenarnya, bahkan memang dah terpampang di dalam sebuah mashaf yg mana dipunyai oleh rata2 ummat islam hari ini..

Firman Allah:

اءن تنصر الله ينصركم

Maksudnya:"Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu"

Jadi, pokoknya sekarang hanya berkisar kpd satu perkataan sahaja iaitu, DAKWAH! Betul.. tepat sekali.. Bukan mahu anda semua meninggalkan terus segala usaha2 yg menuju ke arah kecemerlangan untuk mndpt keputusan dlm peperiksaan, bahkan setiap hari lima kali kita diserukan dgn panggilan menuju kejayaan... Tapi, mahu anda semua fikir, tiada maknanya jika kita yang telah sekian lama berkecimpung dlm bidang dakwah mengabaikannya ketika musim peperiksaan.. Apa sangatlah peperiksaan itu berbanding dakwah yg kita bawa? Tidak percayakah dgn janji Tuhan?

Jadi, kesimpulannya, ana sebagai seorang muslim ana memang berpegang sepenuhnya kepada ayat Al-Qur'an diatas.. Itu yg sebenarnya jika dilihat usaha ana ketika peperiksaan langsung tidak memadai dgn keputusan yg keluar.. Itulah yg dinamakan sebagai janji Tuhan..


(post ini sebenarnya sudah lama terperap dalam draft kt dlm blogger, cume tunggu mase yg baik untuk dipublishkan....ditaip hanya untuk mencetus semangat kpd diri untuk belajar untuk hadapi peperiksaan. Tapi, nampaknya segalanya jadi susah apabila dah berada depan komputer.. hahaha.. nasiblah buku2 ku yang kusayang.. nanti kalau berkesempatan aku selak2lah sikit sekadar bertanya khabar.. wakakaka..)

BACA SELANJUTNYA..

Friday, October 17, 2008

Sumbangan... Anda Bagaimana?

Salam sejahtera semua yang telah lama membutuhkan entry terbaru, maaflah, baru dapat wireless free lagi.. hehehe.. Jadi, kali ini ana ingin menyentuh sedikit tentang sumbangan... Sumbangan? Aikk? lain macam bunyinye.. nak bagi duit raya ke? Almaklumlah, sekarang msuim raya, sebut sumbangan je mesti terfikir duit raya.. Lebih2 lagi budak2 yang masih dalam lingkungan "berhak" untuk mendapat duit raya.. Macam ana ni, dah out of date dah.. Jadi, hanya mencuci mata dengan melihat tayangan duit raya oleh adikku yang tersayang.. Oh.. baiknya..

Jadi, mari kita berbalik kpd perkara sebenar yang ingin ana sentuh dalam entry ini..

Sebelum itu, ape kata ana cadangkan kita tgk dulu gambar yan
g ana baru dapat ini..


First sekali kalau korang tengaok ana tau ape korang fikir dalam kepala...

"Perghh.. Mad nih dah melampau edit gambar.. Dahlah background dh letak gambar die..Nak tunjuk terrer ah tu... bukannya nak ajar aku photoshop.."

Baiklah2... sebenarnya, ini bukanlah hasil editan ana yang lawa sepertimana background blog yg korang tgk sekarang, bukan juga aku cilok karya editan orang lain, tapi ini lah hakikatnya, ia adalah gambar sebenar.. Tak percaya boleh pergi report gambar ni kt FBI, suruh die check..


Baiklah, itu semua tak penting, yang penting ape kene mengenenya gambar ini dengan "sumbangan"..

Berbalik kepada tajuk...
Bas yang anda semua tengok itu sebenarnya adalah hasil usaha sebuah organisasi islam di Chicago, iaitu Gain Peace.. Oraganisasi ini mengorbankan sebanyak 29 900 dolar untuk pemasangan banner dan iklan untuk dengan motif semata2 untuk menjernihkan pandangan masyrakat omputeh terhadap islam.. Jangan silap faham, yang dipasang Gain Peace hanyalah iklan2 di bas2 itu, bukanlah bas itu Gain Peace punya.. Kalau cmtuh memang sengkeklah organisasi ini..

Mungkin ada yang terfikir, "berjayakah benda ini dibuat? Rasanya mcm perhiasan di atas badan bas semata2.."

Bagi mereka yang beranggapan begitu (termasuk diri ini sewaktu pertama kali mendengarnya), sesunguhnya, Allah takkan membiarkan kerja2 ke arah agamanya terbiar begitu shaja. Sabeel Ahmad, pengerusi Gai Peace berkata, "kami menerima 7 orang yang memeluk islam, 400 panggilan telefon dan website yang sblom ini hanyalah diperlekeh orang naik sehingga 75000 orang seminggu"

Antara mereka yang memeluk islam ialah Moses Robinson yang mengatakan terus menelefon nombor telefon Gain Peace yg tertera di badan sebuah bas sebaik sahaja bas itu melalui kawasannya.Dia masuk islam hanya sehari selepas diterangkan tentang dengan islam secara jelas2nya oleh seorang anggota organisasi itu.


Baiklah, berikut adalah antara langkah2 yang dilakukan oleh sebahagian orang muslim yang mempunyai nilai untuk disumbangkan kepada islam, yg mana lari dari golongan yg disebut Rasulullah sebagai buih2 di lautan... Ini juga dikatakan sebagai sumbangan kpd islam.. Persoalannya sekarang, saudara kita di negara Barat terus menerus berusaha bersungguh2 untuk memastikan islam diterima oleh masyarakat barat di sana...

Manakala, kita di sini terus menolak cara hidup islam yang mana kita merupakan antara penganutnya.. Semakin ramai yg menempah rambutnya untuk dibakar saban hari.. semakin ramai yang menayangkan mukanya di page2 Frienster ataupun Myspace.. Makin ramai yg terikut2 budaya Shuffle dan sebagainya.. Yang pastinya, kita seperti sengaja menjauhkan diri drpd islam itu sendiri , dalam masa yg sama saudara kita ni negara bukan islam berusaha2 kehabisan peluh untuk memperjuangkan islam..

Di manakah sumbangan kita?
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, October 12, 2008

Mengapa Bersedih?

Kali ini, aku memutuskan untuk membuat post yg khas untuk mereka yg hatinya terluka, ataupun pedih.. Bukan sebab ape, tapi untuk mengubat hatiku yg tercalar oleh 'kekerekan' jiran aku yang dah mem'block' wireless-nya yang mana menjadi sumber aku mecipta dan juga mengilhamkan penciptaan blog ini, juga segala post di dalamnya. Pem'blockan' ini juga meninggalkan aku menaip post kali ini dengan hanya menggunakan khidmat dial-up sahaja... wuahahahaha...
(sudah cukup merepek)

Bila kita perhatikan sekeliling, betapa banyaknya bencana yang ditimpakan ke atas manusia,semestinya berakhir dengan tangisan dan juga penderitaan. Ada yang kehilangan anggota keluarga, hilang harta benda, kuasanya hilang dirampas, kehilangan awek dan balak, kucing kesayangan mati, (ceh, nak jugak). Kesemuanya ini datang tanpa minta izin, tanpa bayang, mahupun bau untuk dikecam. Semestinya, sebelum ia datang, kekuatan diri perlulah dibina agar tidak menyalahkan atay disalahkan apabila tibanya bencana atau ujian itu nanti.Tidak kira ujian kecil atau besar, apabila ujian datang, pastinya membawa kesan kepada si penerimanya.




Namun, ibarat siang dan malam, bulan dan matahari, segala yang datang pasti akan berakhir. Begitu juga dengan ujian. Perermasuklah dunia tempat persinggahan ini. Sebuah tempat yang pasti akan hancur binasa dek suatu tempoh yg memang sudah ditakdirkan oleh penciptanya. Namun anehnya, sungguh ramai yang menangisi tempat yng sementara ini, padahal tidak kita tangisi tempat yang abadi kelak, yang menjadi penentu nasib buat selama2nya, mungkin kerana kita tidak tahu manakah berakhirnya kehidupan kita ini.


Air mata yang gugur ke tanah, (lantai bagi mereka yang nangis kt rumah)kerana duniawi hanyalah satu kesiaan semata2, tidak kiralah awek yang lari ikut balak lain, kucing kesayangan mati, ataupun yang lain2. Pengguguran air mata itu langsung tidak memberi ketanagan jiwa yang dimahukan.Sebab apa? Kerana dunia ini hanyalah suatu tempat yang rapuh untuk kita jadikan sandaran. Kita seringkali terkilan apabila terlewat sikit tengok suatu cerekerama bagi perempuan, tetapi, berapa banyakkah di antara kita yang berasa terkilan,kecewa,sedih,dukacita apabila kita lewat mendatangi solat. Banyak antara kita yang sedih tatkala terlepas menonton perlawanan bola sepak yang ditayangkan pada waktu awal pagi (biasanya UEFA Champions League, ataupun Euro08 baru2 ini), tetapi adakah antara kita yang sedih tatkala kita terlepas bangun untuk solat tahajjud? Wah2!! lihat sajalah, berapa banyak kesedihan yang tak munasabah kita pupukkan dalam diri..


Sedangkan bagi para wali-wali Allah, yang mereka sedihkan adalah urusan-urusan akhirat. Mereka sedih apabila di malam hari mereka tidak mengerjakan qiyamul lail. Mereka sedih apabila tidak mampu bersedekah, padahal mereka tidak punya kemampuan untuk itu. Mereka sedih apabila tidak solat fardhu berjamaah. Mereka sedih ketika melakukan dosa, sekalipun dosa itu sangat ringan. Mereka menangis dikeheningan malam, memohon kepada-Nya, mengharap bantuan-Nya, pasrah kepada-Nya. Mereka merasa bahagia bersama Allah. Hati mereka selalu terhibur walau dalam keadaan sepi. Titik pusat perhatian mereka adalah akhirat. Mereka tidak mendengki dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain. Hati mereka sabar. Jiwa mereka penuh ketulusan dan kekhusyukan. Bagi mereka, ujian dan cubaan adalah satu syarat untuk meninggikan darjat keimanan mereka. Mereka juga memandang, bencana-bencana itu tidak seberapa dibanding dengan bencana-bencana yang akan mereka terima kelak apabila mereka tidak bersabar dan banyak berkeluh kesah.


Salah seorang ulama berkata, "Sejak saya hidup selama empat puluh tahun yang lalu, saya tidak pernah bersedih kerana sesuatu, sebagaimana kesedihanku apabila melihat fajar telah terbit(habes waktu untuk bertahajjud)." Semaklah pernyataan itu wahai sahabatku, tidaklah mereka bersedih karena hal-hal duniawi. Yang mereka sedihkan adalah berlalunya waktu di mana mereka merasa asyik berduaan dengan-Nya. Bandingkan dengan diri kita yang kerap bersedih karena hal-hal duniawi. Renungkanlah! Mungkin kerana hal itulah kita tidak pernah tidur dengan tenang, jiwa kita senantiasa resah dan gelisah, boleh jadi kita lebih mencintai dunia yang fana ini daripada akhirat yang kekal abadi.

(Muhasabah diri buat insan yg lemah pencipta post ini yang sering bersedih, dan juga untuk berkongsi bersama mereka2 yang mahukan perkongsian. Mungkin lepas ini blog ini agak jarang diupdate kerana terpaksa menggunakan dial-up connection setelah selama ini 'mencilok' orang lain punya wireless.... Sabarlah dengan ujian duniawi)
BACA SELANJUTNYA..

Saturday, October 4, 2008

Van Persie dan Warna Warni Eidulfitri

Takbir sepi membisik di hujung bibir, menerjah ke dalam hati.Tetap khusyuk tunduk menimbul rasa syahdu.Solat Raya dimulakan, dua belas takbir diangkat memuji kebesaran, dua rukuk serta empat sujud menandakan pengakuan diri sebagai hambaNya yg sgt lemah. Tidak lupa dua sesi khutbah menyuntik kembali booster iman setelah semangat Raya mengatasi segalanya. Selesai segalanya, pelukan, pohonan maaf, permintaan dan jemputan kedengaran di sekeliling oleh para jemaah yang mungkin sudah berkurun tidak bersua muka.



Setelah dua puluh sembilan hari menahan lapar (30 hari bagi Syi'ah), akhirnya Hari Raya menjengah juga akhirnya. Masing2 mempunyai perasaan sendiri dalam menyambutnya. Bagi yg mmg menantikan medatangannya sejak sebulan lebih lagi, pastinya beraya sakanlah nampaknya. Segalanya bergantung kpd ibadat puasa dan juga tarbiyyah Ramadhan selama sebulan.

Warna warni masyarakat menantikan keputusan kemunculan bulan sabit Ramadhan dan Syawal setiap tahun diterima dengan perasaan yg bercampur aduk. Yang penting sebenarnya yang ramai orang tidak menyedari ialah, penantian keputusan itu sebenarnya menandakan telah berlalunya setahun umur mereka. Berlalu setahun bermakna mereka sudah tak lama lagi menjejak kaki ke bumi ini. Ramai yg tidak meyedari, namun hakikat tak dapat disangkal lagi.
Dengan langkahan kaki keluar dari masjid, m
asing2 dengan semangat berkobar2 untuk menyambut Hari Raya. Ketupat dan rendang disediakan sebagai juadah di atas meja. Sanak saudara berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim. Yang jauh di perantauan pastinya berusaha bersungguh2 untuk pulang ke tanah air. Yang tidak mampu pastinya kemudahan perhubungan yang ada digunakan sebaik2nya. Semuanya dalam keadaan gembira... Tanpa duka..

Tetapi....

Dalam masa yang sama.....


Rumah2 terus dirobohkan, manusia yg tak tahu mengapa ia dibunuh terus dilakukan sebegitu rupa, bantuan disekat, perempuan2 terus kehilangan mahkota kesayangannya,... semuanya menimpa nasib saudara kita di Palestin, dan beberapa bumi islam yang lain.Dengan 2,4 juta penduduk Yahudi yang menerobos masuk sesuka hati ke tanah mereka, sudah tentunya kemeriahan Aidilfitri dan kehangatannya jauh sekali nak dibandingkan dengan bumi yang sudah 50 lebih tahun mengecapi kemerdekaan.


Dan....
Dalam masa yang sama juga.......
Mungkin sehari selepas itu...


Ummat islam bermazhab Syi'ah yang sedang khusyuk mengerjakan solat E'id dikejutkan dengan letupan besar.Bukan satu lokasi, tapi dua! Bumi daerah Zafaraniya dan New Baghdad menjadi saksi kejadian tidak berperikemanusiaan ini. Dan seperti biasa, jari tangan pihak yg tak malu pastinya tertuju kepada puak Sunni Iraq yang mana telah siap menunaikan Solat E'id pada hari sebelumnya. Namun, hakikatnya seperti yg kita tahu, tak lain tak bukan mala'un2 A.Syarikat dan sekutunyalah yang selalu membatu apikan ummat islam di Negara yang terkenal dengan ilmunya suatu ketika dahulu. Sekarang hanya menjadi mangsa kerakusan Barat yang mahu menguasai pasaran minyak sedunia..


Dan juga....
Dalam masa yg lebih kurang sama...
Beberapa jam sebelum ummat islam di Malaysia mengangkat takbiratul ihram memulakan solat E'id....


Seorang pemuda, boleh dikatakan syabab ataupun ghulam yang berusia 25 tahun. Beraksi hebat gelanggang stadium Emirates, di mata persada dunia, lebih2 lagi sebagai seorang Muslim yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menghabiskan sisa bulan mulia Ramadhan, menggembirakan penyokong Arsenal seluruh dunia apabila menjaringkan dua gol yang mana, sebagai seorang muslim, pastinya lebih2 lagi merasakan kegembiraan tersebut. Dan, sudah tentunya jaringannya disusuli oleh laungan pekikan takbir di seluruh pelusuk dunia, meraikan kejayaannya. Sebagai seorang Muslim Robin van Persie menyambut Eidulfitri dengan gayanya yang tersendiri... Sungguh unik...


Dan beberapa jam selepas itu,

Aku yang meraikan Hari Raya di kampung halaman i
buku menerima berita2 yg di atas membuatkan otakku terus mencanak2, apa yang akan ditulis sekembalinya aku ke rumah aku, yang dilengkapi laptop HP dan yang penting, wireless 'sumbangan' jiran aku untuk aku menaip karya aku di dalam blog ini.. Takbir!!

"Nahnu ma'aka ya Van Persie!"
BACA SELANJUTNYA..

Thursday, September 25, 2008

Aku dan Kamu..Apakah Sudah Mahu Berpisah?

Kuperhatikan mentari yang sudah mula mahu menyorokkan diri. Kalau tidak dek kerana bulan yang mahu menonjolkan diri pula, sudah tentu ia masih lagi mahu terus berada di persada penglihatan masyarakat bumi. Sementara itu, bayangan sekeliling mula menggelapkan diri. Seakan berada di monitor yang mana seseorang sedang meng'adjust' bright and contrass-nya. Ini semua bermakna siang sudah tamat pada hari ini. Hanya menanti ketibaan malam yang sudah bersedia mengambil alih. Ini semuanya kepatuhan kepada peng'adjust' alam yang juga penciptanya. Mencipta langit. Mencipta bumi. Juga diriku ini. Semuanya tak mampu melawan kuasa yang dipunyainya. Harus menurut, mesti diikut.Semuanya sepi....tanpa kata.


Dan aku melihat padamu. Turut sepi mengingatkan perkara yang akan berlaku selepas ini. Sebetulnya, masing2 sudah ghalib dan faham dengan fi'il masing2. Masing2 sudah tahu apa yang patut, dan semestinya berlaku. Meskipun sedikit rasa terkilan dan terseksa, kepatuhan pada sunatullah mengatasi segala.Perpisahan.... Oh!! betapa pedihnya.. bagi yang merasai..

Bagiku pedih, kerana dirimu itu menarik. Aku terkesima ketika mula2 kau menampakkan diri. Walau sudah sekian kali mendengar akan perihal kau, pertemuanku dgn kau langsung menyuntik rasa.... arghh!.. Alangkah manisnya..




Isi PenuhAku pasti akan terkenang saat bersamamu. Ketika ku lapar, dahaga, kau berikanku kesabaran, kau berikan smangat kpdku untuk meneruskan hidup. Dan aku juga pasti takkan dpt lupakan saat kau berikan suntikan pertolonga, tatkala nafsu dan dunia datang mengasak drpd pelbagai arah, meskipun kehilangan tonggak utamanya dek kehadiranmu. Namun semua itu pasti akan berakhir...

"Adakah kau tetap mesti pergi?" lontaran soalan olehku yg aku sudah tahu sendiri jawapannya..

"Sudah tentu.. sudah sampai masanya.. masakan aku mampu mengelak"

"Tidak bolehkah ditangguhkan mungkin sehari, dua untuk aku bersamamu lagi?"
aku mengharap perkara yg sudah pasti tidak akan dapat....

"Peremuanku ini bukan dirangcang olehku.. jika begitu, pasti akan ku peruntukkan selamanya bersamamu.. kerna aku tahu sndiri yang kau mahukanku" jawapan ikhlas tadi menggelojak perasaanku..

Ku tundukkan pandangan menghadap ke bawah lantai.. Cairan hangat melalui pipiku, langsung mencecah lantai. Ku lihat perkara yang sama berlaku padamu.

"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...

"kau pasti, tiada cara lain untukku bersamamu lebih lama?"
kulihat kau seperti berat untuk menjawab.. barangkali mencari jawapan untuk memaskan hatiku yang semakin mengasak soalan kepadamu..

"Kau tahu, perpisahan ini takkan dapat dielakkan lagi, tapi sekurang2nya, kita boleh berharap untuk bersama lagi..mungkin untuk jangka masa yang akan datang sekiranya ditakdirkan.."

"Ya, kau betul... sejujurnya, kau pandai mengambil hatiku yang sedih dgn perpisahan ini. Kau tahu, aku takkan lupakan segala tarbiyyah yg kau curahkan, segala harapan yg kau bentangkan untukku, segala mcam yang kau telah peruntukkan untukku.... dlm jangka masa yang teramat pendek ini..arghh!."

aku x dpt menahan pilu yang semakin menusuk2 kalbuku. Perasaan itu menghalang aku meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati..

"Kau tahu apa yang aku mahukan selepas perpisahan ini untuk pertemuan yg akan datang.?"

Aku tersentak seketika.

"Aku mahu melihat kau yang sekarang merupakan kau untuk hari2 berikutnya, sehinggalah kita ditakdirkan bersua lagi... Aku tahu kau tahu satu perkataan.. Istiqamah..."

Aku mengukir senyum... Ternyata nasihat inilah yang membuatkan dia kelihatan istimewa pada pandanganku..

"Aku terpaksa pergi sekarang...."

"baiklah... semoga bertemu kembali... dalam keadaan yg lebih baik.. "


Aku kembali memandang bulan yang semakin menampakkan dirinya.. Laungan takbir menerjah gegendang telingaku daripada corong speaker surau kampung.. Ku tersenyum seketika...

"Semoga bersua kembali ya Ramadhan!"


BACA SELANJUTNYA..

Sunday, September 21, 2008

Nicholas Anelka,Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad


Baiklah, sekali lagi aku sediakan tajuk yang maut untuk korang. Kalau korang tak nak baca lagi aku pun tak tahulah. Pertama sekali seribu jari disusun buat mereka2 yang berjantina P atau lebih senang pompuan, kerana mungkin tajuk sedikit keliru, dan mungkin ada sedikit bahagian daripada artikel ini yang anda sedikit pening2 lalat, namun ana jamin anda akan dapat juga apa yang ana mahu sampaikan.


Seperti yang mana kita lihat, bula
n puasa merupakan suatu bulan yang diwajibkan puasa, sekaligus terkenal dengan bulan penat,keletihan,lemah tak bermaya, dan macam2 lagi yg dilihat pada zaman sekarang.Kalau di sekolah pula, ia menjadi alas an yang paling konkrit untuk pelajar2 mambuat muka ngantuk, ataupun yang ‘baik’ sikit, terus tidur. Puasa………puasa. Ada yang lebih ‘cemerlang’, terus ponteng sekolah, sampaikan dalam sehari 8 orang pelajar tak hadir ke sekolah dalam satu kelas. Memang ‘cemerlang’ lah kelas tu.


Tapi, sebenarnya ummat islam sudah lupa akan sejarah2 kegemilangannya yang banyak dicatat ketika bulan Ramadhan, yang popular perang Badar Al-Kubra. Perang Uhud yang berlaku pada bulan Syawal pula boleh dikatakan sebagai ‘kalah’.


Di antara pe
rang2 yang berlaku pada bulan Ramadhan:
1.Badar Al-Kubra-17 Ramadhan 2 Hijrah
2.Fathul Makkah-20-21 Ramadhan 8 Hijrah

3.Penaklukan Andalusia a.k.a Sepanyol-28 Ramadhan 92 Hijrah

4.Perang Ain Jalut-15 Ramadhan 658 Hijrah


Dan banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang….


Lihat sahaja, sudah ternyata,terbukti,terpampang kepada bahawa Ramadhan memang memberi kekuatan yang luar biasa kpd ummat islam!. Terutama perang Ain Jalut dan Pembukaan Andalusia oleh Tariq bin Ziyad.. Bayangkan… Sepanyol tuh beb! Boleh takluk dalam bulan Ramadhan.. Kita pulak menggunakan bulan Ramadhan sebagai alasan dalam pengecualian bermacam2 kerja, termasuklah pergi ke kelas/sekolah.

Sedikit info tentang Futuh Andalus.. Tariq bin Ziyad, seorang panglima perang yang asalnya hanya hamba kepada pemerintah islam ketika itu, Musa bin Nusair Berjaya membuka penaklukan islam ke atas tanah Eropah pada tahun ke92 hijr
ah. Daripada Negara Arab, mereka menyeberangi benua Afrika hingga ke Eropah, berjaya menakluki sebahagian besar Eropah, hampir menyerang Perancis, kalau tak oleh sogokan yang diberi kepada Khalifah di Turki oleh orang2 Eropah… semuanya pada bulan Ramadhan.. Tak ke hebat.. Ramadhan memang bulan kekuatan ummat islam!!

Baiklah, itu semua berusia beratus tahun yang dulu, yang mana ummat islam pada ketika itu masing2 mempunyai angka/nilai. Masing2 mempunyai pegangan agama yang kuat, aqidah yang mantap, dan segalanya lah. Jadi, mungkin agak mustahil jika nak dibandingkan korang dengan merek
a, pastilah jurang bagai langit dengan bumi.. . Jadi, ana pun carilah contoh terbaik untuk korang, dari ummat zaman kini. Apa yang ana jumpa amatlah memberangsangkan, namun mungkin hanya sebahagian daripada kita. Ini kerana seperti mana yang ana cakap tadi, ummat islam zaman sekarang sudah tidak punya nilai lagi.. Nilai 3 tempat shopping barang murah taulah..


Jadi, yang ana dapat sudah tertancap di atas sekali, iaitu tajuk. Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tari
q bin Ziyad.

Baru sahaja mentelaah tentang kekuatan muslim pada bula Ramadhan ini untuk dimuatkan di dalam blog, tiba2 diri ini tertarik pulak untuk membaca perkembangan bola sepak Liga Perdana Inggeris.
Penyerang dan juga pemain bola sepak untuk kelab Arsenal, Robin van Persie, menjaringkan gol pertama perlawanannya pada hujung minggu
lepas. Wah! Bukan setakat itu sahaja, seorang lagi pemain islam, Abdul Salam Bilal a.k.a Nicholas Anelka juga menjaringkan gol untuk pasukannya pada hujung minggu lalu.

Lihat! Bukankah aku sudah cakap.. Kekuatan islam itu terletak dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat perang sahaja, sehingga perlawanan bola sepak sekalipun.! Woha! Dan tambahan lagi, kelab yang terdiri daripada 5 orang pemain kesebelasan utama beragama islam, iaitu Arsen
al berjaya membelasah pasukan lawan 4-0, yang mana Van Persie antara salah seorang penjaringnya. PADA BULAN RAMADHAN!!.


Siapa cakap hanya orang yang terdahulu sahaja boleh mendapat kekuatan pada bulan Ramadhan? Van Persie dan Anelka Berjaya menyangkal dakwaan itu! Dan, pada tahun lepas, seorang pemain lagi pemain bola sepak islam, Franck Bilal Ribery Berjaya merangkul anugerah pemain bulanan terbaik Liga Jerman pada bulan Ramadhan. Woha!.. Dan dia sendiri berkata:"Fasting and get the Best Bundesliga Player of The Month"



Bayangkan… Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad, dalam bulan Ramadhan… Anda pula bagaimana?

BACA SELANJUTNYA..

Thursday, September 18, 2008

Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Mu'allaf










Melihat kepada tajuk, rasanya banyak menimbulkan tanda tanya kepada yang sedang mengadap blog ini, yang sedang membaca ketika ini. Kenape yek tajuk dia macam terlalu mengancam? Sengaja letak tajuk best sikit nak tarik korang untuk membaca artikel ini… kalau tidak buat penat je aku buat artikel ini… kuang kuang kuang….

Jadi, berbalik kepada TAJUK, Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Muallaf. Mengikut akhbar AC Press di Sepanyol, dalam masa lima tahun terakhir ini, jumlah orang yang masuk islam di bumi yg pernah ditakluk oleh Tariq bin Ziyad itu mencecah 10,000..Wah!! Tak sangka di Sepanyol ini penambahan ummat islam semakin pesat. Mengikut sumber lagi, jumlah muslim yang ada di Sepanyol sekarang ialah 1-2 juta orang. Wah! (sekali lagi)..

Di Andalusia, 3,500, di Catalonia 3,000, manakala warganegara asli Sepanyol yg beragama islam adalah 25000 dalam tempoh lima tahun ini.. Masjid di Sepanyol pula berjumlah 11 buah dan 480 pusat kegiatan islam. Satu daripadanya terletak di tempat tinggal seorang pemain bola sepak professional beragama islam yang bermain untuk Sevilla FC, iaitu Federic Kanoute di Seville yg majoriti penduduknya Bergama Kristian Katolik.




Apa pulak kaitannya dengan Malaysia?
Di Malaysia, seperti mana yang korang tak tahu lagi, gejala murtad semakin berleluasa sekarang dan semakin merebak, menular, menjangkit dan sebagainya lagi. Perkara ini tidak boleh dibuat main, malah angka sebenar tentang perkara ini pun masih belum jelas, dek pihak berkuasa yang tidak memandang serius perkara ini.


Mengikut seorang bekas paderi Kristian di Sabah yang telah memeluk islam, pada tahun 1991 sahaja, sudah 15,00 orang Berjaya dia murtadkan.. Woha!!.. Korang mesti kenal Lina Joy bukan? Mengikut satu sumber yang sahih, dia telahpun mengamalkan agama Kristian sejak tahun 1990. Ini bermakna, murtad di Malaysia ini bukan sahaja bila timbul kes, baru nak kecoh, ataupun bila permohonan nak murtad ditolak, padahal dia dah murtad lama dah. Kalau permohonan dia ditolak pun dia tetap murtad kan? Kalau korang tengok kat Jabatan Pendaftaran Negara ditulis beragama islam, padahal dia dah mengamalkan Kristian tetap dikiran murtad kan?

Mengikut Mufti Perak, di Malaysia ini, terdapat 100.000 orang yang telahpun murtad dan sedang berbaris namanya di Jabatan Pendaftaran Negara. Woha!! (buat kesekian kalinya). Katanya, laporan dan kajian itu dibuat oleh sekumpulan golongan professional Melayu dan berintelek. TPM, Najib Razak pulak berkata, “jumlah itu bukanlah suatu yang tepat dan tidak berasas serta tiada bukti yang jelas..” demi mempertahankan imej islam di Negara inilah katakan…

Jadi, melihat kepada perkara ini, apa yang korang fikir? Sebuah Negara Eropah yang terkenal dengan permusuhannya terhadap islam, orang yang masuk kedalam islam semakin bertambah, manakala sebuah Negara islam contoh (bak kata PakLah), yang pernah menjadi pengerusi OIC, mencatatkan orang yang murtad dengan angka yang amat besar sekali. Tak malu ker? Korang memang tak malu…

Andaikan, kebangkitan islam yang dijanjikan oleh Allah akan diterajui oleh sebuah Negara Eropah seperti Sepanyol, sedangkan kita yang duduk ni Nusantara Melayu yang terkenal dengan keislaman hanya mampu melihat kebangkitan itu dipimpin oleh orang Eropah… Jadi, apa yang korang patut buat sekarang? Fikirlah sendiri… takkan semua nak kene suap jer… memang payah la..

(Ya Allah... kau tunjukkanlah jalan yg benar buat manusia di seluruh dunia ini..)
BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Qur'an dan Muhasabah Ramadhan

Tidak lama lagi, seperti mana yang kita ketahui,(lebih tepat lagi hampir terlupa), Nuzul Qur’an akan menampakkan dirinya. 17 Ramadhan semakin hampir dan semakin hampir kpd kita. Bagaimana dan apa serta kenapa peristiwa Nuzul Qur’an ini terjadi, itu semua terpulang kpd mereka yang lebih ahli dalam bidang ini. Apa yang akan dibawa dalam post ini juga bukanlah tentang Nuzul QUr’an itu sendiri, namun tarikh 17 Ramadhan itu yang akan diperkatakan, Yang di mana 17 Ramadhan menandakan sudah 17 hari kita melalui hari kita dengan berlapar.



17 hari kita menunaikan puasa, menahan diri dari desakan hawa nafsu (bagi mereka yang betul2 menahan lah).Ini juga bermakna hanya tinggal 13 hari lagi sahaja tinggal untuk kita menikmati keindahan hidup tanpa syaitan L.A ini. Dan 3 hari sahaja lagi untuk kita memulakan misi mencari ليلة القدر . Pantas sungguh bulan mulia ini mahu meninggalkan kita (bagi mereka yg merasakannya pantas lah). Para sahabat pernah memohon kpd Rasulullah untuk meminta kpd Allah agar jadikan Ramadhan ini sepanjang tahun. Tapi, sepertimana yang kita lihat dan perhatikan sekarang, berapa ramai yang sudah tidak sabar untuk keluar daripada Ramadhan yang mulia ini.Oh… takper2, mungkin pahala dia dah boleh mengalahkan sahabat, jadi tak payahlah dia kejar lagi peluang yang terhangat di pasaran ini.

Sabda Nabi:

عن أبو هريره :من قام رمضان اءيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواية أبوا داود)

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh kimanan dan pengiraan, diampunkan dosanya yang terdahulu” (riwayat Abu Daud)

~lihat Sunan Abi Daud, hadis ke-1371 dalam كتاب شهر رمضان (kitab bulan puasa). Bab qiyam Ramadhan. ~

Dan berkata Abu Daud lagi, dalam riwayat yang lain, من صام رمضان وقامه .


Kata Tarmizi pula, dalam riwayat lain ditambah وما تأخر bermaksud “dan yang akan datang”

Wallahu a’lam (nak hurai hadis serahkan kpd yg pakar)


Menjelang 13 hari terakhir bulan Ramadhan kali ini, apa kata kita renungkan beberapa perkara yang kita perlu renungkan..(perghh… ayat ape lak ni):

-sepanjang 17 hari yang lalu, berapa harikah kita solat tarawih, dan bagaimanakah pula dengan solat witir kita?

-selama 17 hari kita bersahur, berapa kalikah pula kita bertahajud?

-berapa juzu’kah dalam 17 hari ini yang kita sudah dapat tilawah serta tadabbur?

-setelah kita merasai ‘kenikmatan’ lapar dan dahaga seprti orang miskin, sejauh manakah puasa itu telah mendorong kita untuk bersedekah?

-17 hari bersamaan dengan___ minit. (kiralah sendiri). Jadi, selama sejumlah minit ini, banyak manakah kita peruntukan untuk bertasbih dan banyak mana pula kita peruntukkan untuk bersembang kosong. (mengeratkan ukhuwwah katanya… jika betul begitu, pahala lagi besar dari berzikir).

-pelbagai lagi persoalan yang korang patut buat sendiri. Aku dah penat taip ni.

Marilah kita sama muhasabah diri.Mungkin kita sendiri tidak mampu menyempurnakan kesemua di atas. Walau tidak mampu buat semua, jangan lak tinggal semua..(bak kata Hasan Al-Banna lah).

Terkadang, bila memerhati masyarakat sekeliling, bingung kepala aku memikirkannya (aku tau korang tak). Apa taknya, Syawal punyalah lama lagi dia sibuk dengan seribu macam persiapan. Syawal sememangnya tak dapat dinafikan lagi memang menggembirakan (aku tak), tapi tidakkah kita berasa sedih dengan peninggalan Ramadhan ini? Bulan yang di mana promosi yang terhangat di pasaran berlaku. Sahaat sendiri mahukan bulan Ramadhan ini sepanjang tahun (berape kali nak cakap), kita pulak sibuk nak tinggalkan Ramadhan.Aduh…Aduh..Aduh… tak faham aku dengan diorang nih.

Sudah cukupkah pahala yang kita kaut sepanjang Ramadhan ini, sehingga sudah tidak sabar2 lagi menyambut raya, ataupun kita sudah jamin tersemat nama kita sejak azali lagi di list nama yang dipegang oleh malaikat ridhwan? Bukakanlah otakmu wahai ummat islam…Wallahu a’alam….


(wah! sempat lagi mencurik2 masa untuk taip post yg pendek.. rujukan tak berape banyak, nasib baik.. tumpukan ibadat Ramadhan.. ngeh..ngeh..ngeh)


BACA SELANJUTNYA..