Dalam pembelajaran kita secara formal di dalam kelas contohnya, kadangkala kita akan belajar suatu yg kita rasa kita tak akan terjumpa dengannya dalam realiti kehidupan. Contohnya, apabila kita belajar sejarah, penemuan batu bersurat dan bahan2 arkeologi yg lain, kita tak mungkin terfikir yg mungkin pada suatu hari kita akan 'terjumpa' sendiri dengan bahan2 arkeologi tersebut.. Tapi, boleh jadi benda itu boleh terjadi, tapi diadaptasi dalam bentuk konteks yg moden, bersesusaian dengan hidup dan zaman kita. Mungkin korang masih tak dapat tangkap apa yg hendakku sampaikan, oleh itu, teruskanlah pembacaan untuk mengetahui corak pemikiranku kali ini..
Mari kita lihat contoh lain pula. Aku yakin yg korang semua pasti pernah terbaca, terdengar, melalui ataupun mempelajari Prosa Tradisional, Pak Kaduk. Sebuah cerita bodoh yg ternyata sebuah kejahilan nyata yang mana, korang semua sudah tentu tak akan terfikir akan berjumpa dengan manusia seperti itu lagi pada abad ini. Aku juga sudah tentu terfikir benda yg sama, sangat mustahil wujud lagi seorang seperti Pak Kaduk dan aku memang tak pernah terfikir akan berjumpa dengannya mereka..
Namun, seminggu dua ini, baru ku tersedar yg tersanagatlah ramainya Pak Kaduk di dunia ini.. Bukan sahaja di Malaysia, malah juga di negara lain.. tapi, ku tersedar buat pertama kali memang di Malaysia.. yang mana tatkala aku menziarah rumah abangku yg menyebabkan ku berkesempatan menikmati hidangan yang disediakan Yahudi L.A apa yang dipanggil sebegai nikmat televisyen. (rumahku tak wujud televisyen)..
Sebelum aku pergi lebih jauh, aku rasa lebih baik kita buat muroja'ah sikit tentang cerita Pak Kaduk ni.. Aku taknak lah highlightkan yg dia ada isteri yg cantik dan taat apa saja kehendak suami walaupun permintaan bodoh, aku jugak taknak lah sebutkan yg baju dia terkoyak bila dia melompat kegembiraan, jugak tak nak sebut yang kekurangbijakannya menukar ayam dengan si Raja.. Tapi apa yg nak aku tekankan di sini ialah "menang bersorak, kampung tergadai".. Ini apabila dia terlupa yg dia telah menukarkan ayammnya dengan si Raja sebelum perlawanan. Jadi, apabila ayamnya yg asal mengalahkan ayam si Raja yg asal, die melonjak kegembiraan kerana sangkanya menang, padahalnya kalah..
Jadi, korang mahu tahu siapakah Pak Kaduk zaman moden yang aku jumpa dan lihat?
Bagaimana? Setuju atau tidak?
"Menang bersorak, kampung tergadai" kan sesuai gila dengan frasa tu. Lihat saja berapa ramai RAKYAT MALAYSIA yg bersorak gembira bila Rooney & Nani gol.. Itu semua jelas.. Mereka ada ciri2 Pak Kaduk seperti ini:
-Lupa mana satu pihak yg patut mereka sokong.
-Bersorak atas kemenangan org lain.
-baju koyak bila terlompat kegembiraan
Aiyy.. tak sangka zaman la ni pon ade jugak orang mcm Pak Kaduk. Bukan di Malaysia saja, malah di mana2 tempat pun.. Untuk lebih banyak lagi highlight bagi Pre-Season friendly bagi kelab2 Inggeris, boleh pergi ke SINI..
Mengapa jadi Pak Kaduk?
Setelah berfikir untuk kesekian kalinya, aku tak hairan apabila mereka sanggup "bersorak menang kampung tergadai" dengan meninggalkan menyokong mana yg lebih berhak bagi mereka. Mengapa?
Ini kerana, jika dalam perkara yang melibatkan agama pun mereka boleh buat begitu, apatah lagi yg sebegini? Buktinya?
Bukti terbaik adalah dalam hiburan.. Aku bukannya apa, dan banyak kali rasanya aku terbitkan bab ni. Tak puas hati, aku cakap bende ni lagi sekali. Mereka dengan tanpa rasa serba salah melebihkan lagu2 Inggeris Barat nyanyian Kafir L.A daripada lagu2 nasyid, tak kira temporari atau tidak.. Bukan sikit punya genre nasyid ada sekarang, malah dalam bentuk band, pop, rock, hiphop, semuenye ada, aku jamin. Kalau korang tak jumpa boleh meh tanya aku.. Masalahnya, walaupun dah ada semua ni, kesemuanya yg menjadi mereka lebih berhak utamakan nasyid daripada lagu, sebaliknya mereka lebih mengutamakan lagu2 barat nyanyian Kafir laknatullah..
Tak nak mengaku? Janganlah tipu diri sendiri. Check saja diri sendiri balik, berapa banyak nasyid hang ada bandingkan dengan lagu2 barat nyanyian Kafir L.A.. Kalau ye pun lebih banyak, hang selalu dengar mane satu.. Itu semua tepuk dada tanya diri sendiri lah.. Takkan semua nak aku sebut.. payah la hidup..
Itu baru aku sebut hal hiburan, belum masuk bab2 lain yang lebih sensitif.. Contohnya dalam berpolitik, yang mana sebagai orang Islam, lebih berhak anda pilih yang membawa mesej Islam, bukannya bangsa.. Tapi nak buat macam mane ye dak? Dah anda semua memang suka pilih yang anda tak patut pilih.. Pak Kaduklah katakan..
(dah lama tak terbitkan tulisan ringan dan sempoi.. Maaf bagi anda yg lebih gemar tulisan skematik daripada tulisan begini.. Apa2pun, moga mendapat manfaat, tak kira sempoi atau skema.. Sekian)
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, July 25, 2009
Pak Kaduk, دروس وعبار
Wednesday, July 22, 2009
Saya Menjawab!
Saya mulakan tulisan kali ini dengan jutaan maaf dari pihak saya kerana tak dapat nak penuhi berbagai2 soalan yg timbul tak henti2 dari shoutbox di sayap kanan blog.. Bukan tidak menjenguk, tapi seringkali kebuntuan apabila melihat kutukan yg diberi, dan saya sendiri tak tahu mengapa kebuntuan itu muncul.. Setelah bertungkus lumus befirkir, akhirnya dapat juga puncanya kenapa saya buntu untuk menjawab kutukan2 itu.. Ini kerana kutukan2 anda semua perlukan kepada penjelasan yg panjang dan semua org maklum bahwa shoutbox itu perkataannya limited.. Jadi, saya rasa elok terbitkan satu post untuk menjawab soalan2 kutukan2 anda..
Bukan tak biasa menjawab dalam bentuk post, tapi beberapa faktor yg menyebabkan kemalasan untuk menerbitkan post2 yg berat.. Antaranya,persediaan untuk periksa yg boleh dikira sederhana besar, urusan kerja seharian yang semakin membebankan, kedatangan Setan Merah Manchester Utd ke Malaysia, musim buah di kampung yang menaikkan berahi saya untuk pulang ke kampung, perangai KTM yg semakin kerap buat hal,dan lain2 (dah mula merepek)..
Mulakan dengan soalan pertama:
05:55 AM Jul 09, 2009
afifah
salam ustaz.. saya mohon
pandangan tentang hukum
perempuan berkawad...
syukran..
Al-Jawab:
Awwalan, maaf sekiranya jawapan tidak memuaskan. Setakat ni, tiada perbahasan secara terperinci dalam hal ini memandangkan ianya satu benda yg amat baru, tidak muncul dalam zaman Imam2 Mazhab mahupun ashab2 mereka. Namun, melalui pemerhatian dan rujukan2 ulama' yg thiqah, hukumnya HARUS. Sekian...
-----------------------------------------------------
11:00 PM Jul 13, 2009
decorater
can u give tips on how to
menjadi engineer islam?
Al-Jawab:
Soalan yg nampak mcm susah, tapi hakikatnya senang (untuk dijawab, bukan untuk diamalkan).. Rujuk kembali matan A'rba'in Lin-Nawawi (hadis 40 Imam Nawawi), hadis pertama, membahaskan soal niat.. Pokoknya, apabila sesuatu pekerjaan yang diharuskan oleh Islam tanpa melanggar batasan syari'at Allah, jika diniatkan untuk mencari redha Allah, maka dikira ibadah..
---------------------------------------------------
09:22 AM Jul 18, 2009
ny name
ok je..tapi xrase post anta
tu panjang sgt ke?sgt bsog
tajok n isinyer..tapi
terlalu panjang n buat org
pikir 2kali untuk bace
sampai habis..kalau memang
kene tulis panjang
pon,sekurng2nyer pon kecik
kn sket tulisan die tu
kot..
Al-Jawab:
Saya suka jawab dari bawah ye.. hehehe..
Saya sudah siarkan pada awal2 lagi anda membuka blog ini bahawa blog ini lebih lawa dan laju jika menggunakan browser Mozilla Firefox. Mungkin anda tertanya apa kaitannya? Sebab memang anda akan nampak tulisan di blog ini besar2 jika menggunakan Internet Explorer dan tersangatlah buruk rupanya.. Jadi, gunakan Firefox untuk membaca artikel panjang di blog ini..
------------------------------------------------
10:53 PM Jul 20, 2009
Allah's servant
ana nak tnye nta sikit..sbb
nta lbih arif dlm hal nie..
jika keliling kita penuh
dengan maksiat dan kita
cuba mengelak
darinya..tentunya dosa..
tp demi menjge iman yang
ada.. mcm mne tu?? and
then mcm mne nak
menasihati kwn kita yang
buat maksiat.. dan mcm mne
nk jge iman kita sbb kita
takut terpengaruh dgn
kwn2.. maaflah membebankan
nta.. mgkin persoalan ini
sudah sll nta jwb..dan
membosankan nta jika
persoalan ini
dibangkitkan skali lagi..
Al-Jawab:
Pertamanya, saya mengambil masa beberapa kali untuk mengira berpakah soalan yg ada dalam kutukan ini sebenarnya..
Dalam satu kaedah feqah, (Qawa'id Fiqhiyyah) ada satu yang bunyinya begini, "apabila bertembung dua kemudharatan, pilihlah yang lebih kurang kemudharatannya".. Maka, dengan kaedah ini, rasanya anda boleh membuat fikiran rasional jika menghadapi situasi seperti yg anda sebutkan.. Kemudian, satu perkara yg penting dalam kita menyampaikan sesuatu atau apa yg lebih senang orang panggil sebagai 'dakwah', maka pentingnya kepada bekalan yang cukup.. Bukan setakat hanya dari segi ilmu, tapi juga ketahanan mental dan rohani.. Jika rasa sudah benar2 bersedia, maka lakukanlah dengan yakin. Tapi, jika rasa diri mudah goyah dan belum cukup bersedia, sampaikanlah kepada golongan yang anda rasa mampu saja.. Kerana berdakwah dalam waktu yang salah merupakan satu dosa.. Sekian..
---------------------------------
Harapnya lepas ni anda semua tidak berputus asa untuk memberi kutukan2 yg lebih efektif untuk blog ini dan saya.. Tapi, satu pesan dari saya, kalau boleh tanyalah mereka yang anda rasa lebih yakin dan pakar kerana jika anda bertanya secara berdepan dengan mana2 tok guru ataupun ustaz, berkat itu lebih daripada hanya berlegar2 di alam maya ini.. Mungkin anda lebih berpuas hati..Wallahua'alam.
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, July 12, 2009
Belajar Untuk Ke Neraka?!
Sekali lagi dalam bahang periksa.. Entah, saya tidak pasti, ini karutan saya yang kali ke berapa tentang benda periksa ini. Kalau tidak silap sudah masuk 4 kali, dan kali ini imtihan datang lagi dan berahi untuk mencoret sesuatu tentang periksa semakin meningkat.. Lalu, dengan harapan penulisan ini lebih matang daripada karutan2 tentang periksa sebelum ini, saya gagahkan diri untuk menggerakkan sendi tangan menaip dalam keadaan kawan2 yang lain masih menelaah buku.. heh.
Ramai yang saya tahu agak terkejut beruk apabila membaca tajuk. Bunyinya macam dasyat. Ya, memang tajuk selalu diletakkan supaya pembaca merasa teruja, namun saya tidak pernah saja2 meletakkan tajuk salah semata2 kerana itu. Apa yang akan saya tuliskan nanti akan menghuraikan tajuk itu.
Tidak kira siapa mereka, semestinya mereka mengharungi alam persekolahan,sekolah rendah/menengah, kemudian universiti.. Dan itu semua dinamakan alam pembelajaran. Benar, dan kemudian akan memasuki alam yang mana tidak lagi belajr, malah kesinambungan daripada alam pembelajaran mereka. Itulah yang dinamakan pekerjaan..
Setiap daripada kita, pastinya ditanamkan sifat belajar bersungguh2, nanti apabila sudah besar, senang hendak bekerja, dapat gaji besar, hidup tak susah, boleh hidup senang, dan macam2 lagi.. Itu pasti semua orang akan rasakan, dan akan disuntik dalam minda tatkala berada dalam alam pembelajaran, samaada didorong oleh ibu bapa, guru2, ataupun kesedaran diri sendiri.. Satu persepsi umum, "belajarlah rajin2, nanti besar nanti dapat bekerja".. Itulah dia..
Ramai dah dapat agak mungkin, yang saya tak bersetuju dengan persepsi ini dan akan mengutuk menegur mereka yang menanamkannya dalam diri.. Agakan itu mungkin dari gaya penulisan saya.. Benar, namun benda umu sebegini rasanya jika saya bangkang dengan mentaliti dan Cetusan Minda semata2 rasanya tak kuat langsung. Oleh itu, elok jika saya sertakan hujah.. Insya Allah, segala hujah yang saya beri merupakan pembelajaran serta carian sendiri, bukan dengar2 dari orang saja atau saya baca2 saja di internet.. (saya amat tak suka golongan begitu secara jujurnya)
Hadis Rasul:( من طلب العلم لأربع دخل النار: من طلبه ليباهي به العلماء ، وليماري به السفهاء ، وليستميل به وجوه الناس إليه أو ليأخذ به من السلطان ) .
Maksudnya: "Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu,dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan untuk supaya manusia memandang mulia kepaanya, dan untuk MENDAPATKAN HARTA DARIPADA ILMU TERSEBUT."
(Bukhari)
Lalu, bagaimana? Jelas bukan?
Saya bukanlah jenis mereka yang sangat gemar menyalah2kan itu ini semata2 tanpa menunjukkan jalan yang betul.. Seperti juga SEBAHAGIAN mereka yang menyeru kepada boikot, tapi langsung tidak ada satu alternatif pun untuk menarik manusia daripaa boikot.. Malah, apabila ada pihak yang cuba untuk mewujudkan alternatif, dikutuk2nya pula.. Katanya, "Kenape tiru2 name produk orang lain? Takde identiti sendiri ke? Main tiru2 pulak.." Lalu, untuk mengeluarkan saya daripada golongan ini, saya pun cubalah nyatakan apakah qasad sebenar yang perlu ditanam oleh mereka yang menuntut ilmu..
Imam Al-Ghazali menyatakan orang yang menuntut ilmu terbahagi kepada 3:
1.Yang menuntut ilmu untuk bekal kepulangan di akhirat.
2.Orang yang menutut ilmu untuk bekalan di dunia yang fana.
3.Orang yang menuntut ilmu atas pengaruh syaitan L.A..
Golongan yang pertama itulah yang perlu kita masuki, manakala golonga yang kedua yang rata2 orang zaman sekarang, manakala yang ketiga ialah yang menggunakan ilmu itu untuk tujuan jahat.. Yang ini jelas, mungkin kesalahannya, berbanding yang ke2..
Saya rasa cukup jika saya sentuh yang pertama saja, memandangkan yang kedua sudah saya terangkan di atas dan rata2 orang saya yakin sudah faham. Manakala yang ketiga juga satu perkara yang jelas, yang mana samada ilmu itu memang ilmu yang menunjukkan ke arah kejahatan, ataupun asalnya ilmu itu baik, tapi digunakan ke arah kejahatan.
Yang dimaksudkan dengan menuntut ilmu untuk kepulangan bekal di akhirat pula agak suaah untuk difahami.. Dengarnya seperti amat susah. Sepertinya, kita hanya perlu menuntut ilmu agama semata2, lalu pembangunan, ilmu perubatan, ilmu SEJARAh, dan lain dia abaikan.. Ya, memang susah nak memandang ilmu2 itu sebagai bekalan di akhirat. Namun, ia boleh jika beberapa perkara dilakukan..
1.Menuntut kerana hendak menggapai keredhaan Allah. Ini kerana Allah memang menyuruh kita menuntut ilmu atas kerana dunia ini dan keseluruhannya sekali adalah milik dan kekuasaan Allah.. Jadi, apabila ilmu ini dituntut, lalu sepatutnya hubungan dengan Allah itu lebih rapat lagi..
2.Menuntut kerana menujukkan ketaatan kepada Allah.. ini saya sudah nyatakan dalam karutan saya pasal imtihan yang lepas.. ianya satu kalimah yang mudah, tapi mampu memberi motivasi.. "الدرس هو طاعة الله "
3.Menuntut ilmu duniawi dengan keazaman yang kuat dan tinggi untuk menggunakan ilmu itu untuk membangkitkan Islam.
Saya contohnya, walaupun sampai sekolah menengah, namun masih tak saya tetapkan satu pun cita2 yang ingin saya putuskan, tidak seperti semua orang. Kerana dalam otak saya, saya akan mencari pekerjaan yang membolehkan saya menyumbang kepada Islam secara maksima.. Kiranya, jika dengan menjadi doktor menyebabkan saya boleh menyumbang kepada Islam, maka saya kan pilih itu.. Katakan pula, jika dengan menjadi jurutera akan membolehkan sumbangan kepada Islam itu lebih besar, maka itulah pilihan.. Tapi, memandangkan sebenarnya ummat Islam bukanlah ketinggalan dalam teknologi masalah yang besar ataupun kekayaan, tapi sebenarnya masalah ilmu agama yang cetek itu sendiri, lalu mungkin juga dengan menjadi ustaz itu pilihan terbaik..
Sebagai contoh, ummat Islam sekarang punyai hotel paling mahal di dunia 7 bintangm di Dubai.. Lalu, adakah sebab ketinggalan teknologi yang menyebabkan Islam lemah sekarang?
Lagi, Suleyman Al-Fahim, seorang Arab yang beragama Islam mampu membeli dan memiliki kelab utama di Premier League, Manchester City.. Bukan suatu yang lekeh.. Gaji seorang pemain purata paling kurang 30,000 dolar SEMINGGU.. Itu bagi pemain professional, belum kira lagi gaji pemain2 muda dan reverse squad, tambah akademi lagi.. Senang cerita, tak kurang daripada 10 juta dihabiskan SEMINGGU untuk membayar gaji pemain sahaja.. Dan itu semua mampu dibiayai oleh seorang jutawan Arab.. Lalu, siapa cakap ummat Islam kekurangan wang?
(saya sudah merapu sampai kesini nampaknya.. Sedangkan tadi bahas soal menuntut ilmu)
Kesimpulannya, marilah kita belajar denga qasad dan niat yang betul, bukan lagi dengan pemikiran jahiliyyah yang rata2 masyarakat zaman sekarng berfikir itu bukan perkara yang salah.. Sedang perkataan دخل النار yang diucap Nabi bukanlah suatu yang kecik.. "masuk neraka".. Siapa yang memandang tidak endah, tak tahu saya mahu kata apa..
Rujukan: Minhajul 'Abidin-Imam AlGhazali, Ta'lim Al'Muta'alim Tariq At-Ta'lim
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, July 4, 2009
Banyak Kebetulan..Wawasan 2020 & One Malaysia
Memang, kita selalu saja terdengar ungkapan2 seperti, "dunia ini bukannya besar sangat". Saya agak bersetuju pada sebahagian dan tidak setuju pada sebahagian yg lain pada ungkapan ini. Dan kali ini, saya ingin pembaca semua berfikir dan membuka minda, adakah dunia ini sangat kecil, sehinggakan terdapat banyak kebetulan2 yang amat besar yg tidak kita ketahui.. Mari kita lihat bagaimana kebetulan itu kadang2 wajar diterima, tapi kadangkala tidak..
Sebelum apa2, ingin sangat saya ingatkan bahwa entry kali ini tiada langsung saya niatkan untuk melibatkan sesuatu yg dipanggil politik negara. Cumanya untuk berkongsi secara ilmiah dan tidak membantai menyerang mana2 pihak yang mungkin terasa. Tapi, cuba terima dengan hati terbuka..
ONE ISRAEL & ONE MALAYSIA
Saya bukanlah seorang penganalisis politik dunia, jauh sekali seorang penyiasat konspirasi dunia untuk menyatakan tajuk ini. Tapi, saya seorang peminat tegar siasatan konspirasi & politik dunia. Jadi, tulisan saya ini bukanlah tulisan asli, tapi saya rujuk dari sumber2 penyiasat konspirasi yang dipercayai. (Sumber rujukan akan saya nyatakan di akhir entry)
Sebelum PM,Najib Razak mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.
Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
KONSEP ONE ISRAEL 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.
SUMBER ASLI
-----------------------------------------------------
Bukan ini satu saja kebetulan.. Ada satu lagi kebetulan yang terjadi satu masa dahulu, juga kaitan Perdana Menteri Malaysia dengan Israel.. iaitu
WAWASAN 2020 MALAYSIA & ISRAEL 2020.
Anda boleh klik pada tajuk untuk melihat artikel asli.. Saya tidak nyatakan di sini kerana ianya berkisar banyak tentang fakta2 yang saya sendiri sangat teruja dan tidak mampu untuk meringkaskannya. Jika anda malas, cukup untuk anda baca Fakta Konspirasi yang ditulis di bahagian tengah artikel pada link yg saya letakkan.Anda amat digalakkan untuk klik pada link wawasan 2020 itu kerana ianya lebih terperinci daripada penerangan One Israel itu..
Saya bukan mahu cerita tentang politik sekarang, dan saya langsung tidak terlintas di hati sewaktu membaca artikel itu buat pertama kali tentang politik. Apa yang terlintas ialah mahukan perkongsian dan perbincangan ilmiah. Mungkin ramai yang akan katakan saya membesarkan perkara yg kecik.. Tapi satu persoalan..
"Kecik sangatkah dunia ini? Terlalu banyak kebetulan?"
-----------------------------------
(bagi anda yg mula berminat tentang konspirasi2 dunia, saya cadangkan geladahlah segala isi perut laman web rujukan tersebut.. dan satu kenyataan peribadi, ibnuyaacob.com merupakan antara website konspirasi yg paling menarik dan boleh dipercayai.. sekian..)
BACA SELANJUTNYA..
Wednesday, June 24, 2009
Secebis Kerajaan Perpaduan
Gawat.. Gawat.. Begitulah yang terjadi di nagara tercinta dek beberapa golongan yang suka melihat benda2 yang tak sepatutnya berlaku. Terumbang-ambing rasanya. Seperti melihat bencana yang datang, akan menimpa, begitulah keadaan seantreo politikus Malaysia sekarang. Dan, dengan beraninya, aku sebagai seorang budak hingusan cuba menulis tentang isu besar yang meletup2 sekarang. Memang tak layak rasanya nak mengupas topik besar ini, tapi memandangkan ramai pula orang sekeliling yang semakin menjadi2 membuat pembentangan yang amat lari jauh sambil mengutuk2 segelintir golonga, maka aku saya beranikan juga untuk menulis..
Tak perlu rasanya aku saya terangkan, apakah itu kerajaan perpaduan (unity government) kerana meskipun isu itu sangat hangat tahi ayam kini, namun masih ramai sebenarnya yang tak berapa faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan. Ini juga berlaku kepadaku. Bukan tidak faham, atau apa.. Cumanya terlalu banyak version yang didengar yang mana setiap version membawa maksud yang agak sama, cumanya sedikit lain. Dan, apabila version itu seterusnya dibawa oleh orang lain dengan sedikit lagi editing, maka version itu sudah nampak lebih lain.. Dan disebar lagi denga edtiting2 yang lain, maka bertambah banyak, dan akhirnya ramai yang tidak mengerti secara khusus, namun secara lakaran kasar dapat dibayangkan..
Senang cerita, idea ini muncul.. Dan dasarnya ialah penggabungan PAS dan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, kerajaan yang pada asalnya dinyatakan kerjaaan tanpa pembangkang.. AKhirnya, sehingga sekarang, wujud banyak kerenah.. Dan..dan..dan.. lihatlah sendiri apa yang terjadi..
Pertama2nya sekali, ku mengajak anda semua kembali melihat kepada PAS. Iannya adalah sebuah parti yang tidak lain tidak bukan adalah satu parti yang berasaskan Islam, dan melakukan,membuat keputusan apa saja dengan merujuk kepada Islam. Itu jelas.. Saya belum lagi membawa anda kepada PAS sebagai salah satu cabang IM dan sebagai satu landasan menuju ke arah khilafah Islamiyyah. baiklah.. cukup setakat itu..
Lalu, segala keputusan dalam PAS bukanlah ikut logik semata, kaca mata manusia biasa, kajian, pandangan kasar, dan sebagainya.. Tetapi segalanya ditetapkan berlandaskan Islam, yang mana itu merupakan tugas yang diketuai Mursyidul Am.. Yang mana, mungkin bagi parti/organisasi yang lain menganggapnya hanya sebagai penasihat agama. Ya, memang betul.. Tapi, kerana PAS itu merupakan satu parti berlandaskan agama, maka segalanya terletak padanya.. The power is in your his hand..
Maka, jelas di sini, setiap keputusan yang diambil, kecik, lebih2 lagi yang besar seperti Unity Government ini, pasti merujuk kepada majlis Syura, dan yang penting Mursyidul Am sendiri untuk menentukan, dan perbincangan secara detail tentangperkara ini. Bukan sekadar perbincangan biasa, tapi seperti yang saya nyatakan di atas, berlandaskan Islam, yang mana panduan utama ialah Al-Qur'an dan sunnah. Yang mana, seluruh majlis2 orang atasan yang mempunyai ilmu yang tinggi yang mengendalikannya.
Oleh itu, anda tak perlu rasa hairan atau pelik dan terkejut apabila sasuatu idea yang nampak sangat baik bagi majoriti manusia, rakyat, dan seluruh makhluh hidup, tapi tak diambil oleh PAS. Ini mungkin kerana perbincangan2 ilmiah oleh majlis2 orang atasan mereka mengatakan ia menyalahi konsep pentadbiran Islam. Jadi, anda2 yang marah2 apabila idea kerajaan perpaduan ini perlu lihat dan teliti, di manakah anda dari sudut pandangan ulama' seperti Nik Aziz, dan yg sewaktu dengannya..
Mungkin ada yang cakap, "hek eleh.. antara Tok Guru pun ada konflik. Jadi, apa dan mana satu sebenarnya yg betul?"
Di sini perlu diingatkan bahwa, setiap manusia tiada yang tidak membuat kesilapan. Itu sebabnya perlunya perbincangan dan mesyuarat untuk membetulkan apa yang salah. Tak dapat dinafikan, yang menimbulkan idea tersebut ialah Tok Guru Hadi Awang, namun dia telah pantas menarik balik ideanya. Ini kerana dia telah pun tersedar yang mungkin ideanya itu menyalahi prinsip pentadbiran Islam setelah dia berbincang dengan Mursyidul Am. Tapi, yang bising2nya sekarang ialah orang lain, orang yang mana mungkin boleh dikira tinggi dalam ilmu agama dan bergelar ustaz, namun tiada jaminan yang dia boleh menandingi kehebatan Tok Guru, yang mana tuan Presiden sendiri pun dah tidak menyuarakan pendapat itu lagi.
Untuk pendekkan tulisan ini, saya mengajak anda renung, fikir dan cuba kaitkan ayat dan hadis yang saya beri dengan penolakan PAS ke arah pembentukan kerajaan perpaduan (Unity Government):
وَلَوْلاَ دَفْعُ اللّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَـكِنَّ اللّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
"Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam." (Al-Baqarah-251)
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah (perkauman) dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan assabiyyah (perkauman) dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyyah(perkauman)" (Riwayat Abu Dawud)
KEBAIKAN ISU INI
Isu2 yang dibersarkan ini sebenarnya memberikan impak yang sangat baik bagi PAS. Meskipun menyebabkan sedikit perpecahan, ramai yang tidak nampak kesan baiknya.
Anda pernah dengar akan ketidak setujuan sang DAP akan hukuman hudud yang PAS nak jalankan sekiranya memerintah nanti? Karpal SIngh sendiri cakap yang "langkah mayat saya dulu sebelum jalankan hukum hudud".. Apa kaitannya dengan Unity Government?
Ini sebenarnya menyedarkan dan menyebabkan DAP dan PKR tersentak dan sebagai amaran agar sentiasa bertolak ansur dalam mendengar idea PAS. Untuk pengatahuan, tanpa PAS, tiada negeri yang diperintah PR kecuali Pulau Pinang saja. Jika PAs keluar pakata, bermakna hanya Pulau Pinang yg akan selamat dengan majoriti mereka. Jadi, ini sebagai amaran kepada komponen PR yang lain supaya "AWas! Sikit silap, aku boleh tukar pergi mana!"
Begitulah.. di sebalik kebururkan terselit kebaikan.. Moga2 Allah tetap rahmati negara kita yang dicintai ini..
BACA SELANJUTNYA..
Monday, June 22, 2009
Si Laknat Mengorak Langkah Kedua
Sesungguhnya memang benar janji Allah.. Musuh Islam tidak akan pernah berputus asa dalam menyerang ummat Islam.. Masalahnya sekarang adalah perkara sebaliknya berlaku kepada ummat Islam. Dan, setelah dulu Si Laknat menimbul kontroversi yang mendapat kutukan yang hebat dari seluruh dunia, kali ini dia muncul lagi. Laknat sungguh!
Apa yang laknat?
Ingat lagikah anda sebuah filem singkat "Fitna"? Anda ternyata sengal apabila anda menjawab pertanyaan ini dengan, "Ha? Fitna mane?".. dan kesengalan anda lebih berganda jika anda bertanya, "Ada ke filem name Fitna?"..
Jika anda sudah dapat mengingati kembali apa itu "Fitna the Movie",maka ketahuilah bahwa Si Laknat Geert Wilders masih bercita2 untuk menyambung movie Fitna tersebut.
Apa perasaan anda?
Anda seorang yang bodoh tidak sempurna Iman jika mengatakan, "So what?"
Anda seorang yang bengap jika mengatakan, "Oh.......yeke?" (baca tanpa tanda seru "!")
Anda juga seorang yang kurang bijak apabila mengatakan "Celaka sial punya Geert Wilders.. aku tumbuk ko jap agi!"
Anda tambahan lagi ternyata sengal apabila terus sahaja pergi ke pengkalan Tentera Diraja Malaysia, lalu mencilok selaras M16, lalu terbang ke Belanda dengan harapan dapat menembak kepala Geert Wilders seperti dalam game Counter Strike..
Jadi, apakah langkah yang bijak?
BANGKIT DAN MENENTANG!
bagaimana?
Dengan menyebarkan berita ini ke seramai mungkin manusia beragama Islam yang anda kenal.. Dengan itu, pasti akan ada beberapa NGO yang akan bangkit dan menentang, lalu ikutilah mereka.. Dan juga dengan men'counter' kembali serangan mereka dengan senjata terhebat kita.. Iaitu doa'......
Mari bangkit dan menentang!
(maaf, semenjak dua menjak ini kekurangan idea, mungkin semangat luntur sebab melihatkan angka yang semakin besar di sebelah kanan blog.. Apa2, pun, sentiasa berusaha memberikan yg terbaik!)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, June 14, 2009
Sana Sini Sudah... Kapan lagi?
Entah mengapa, terlalu banyak yang menerpa diriku hasil daripada kejadian2 di seluruh dunia.. Rasanya benda itu sudah terlalu dekat.. Belegar2 sahaja di sekitar, mengintai peluang atau arahan. Begitulah, sejak beberapa hari yang lalu. Bukan jarang berlaku, tapi setiap hari berapa banyak kali pun aku tak tahu, tapi yang kali ini jelas highlightnya pada diriku.
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Yang Pertama:
Sekembalinya aku lewat pukul8 malam dari Damansara atas beberapa urusan disambut dengan berita yang datang dari jauh. "Abg Isa telefon, ada kemalangan pelajar Malaysia di Mesir.. parah. Satu2nya penumpang yang sedarkan diri ditahan polis.. Abg suruh do'akan untuk semua. " Aku terkedu. Bunyinya macam gempak gempar.
Aku tau, semuanya mesti ada di "situ". Lalu, ku membuat rampasan kuasa ke atas komputer daripada adik aku untuk maklumat yang tepat dan meyakinkan. Aku ambil keputusan untuk tidak membuka mana2 media, tetapi ikhwah2 Mesir punya blog yang menjadi mangsaku. Ternyata, lebih tepat, dan dramatis penceritaan.. Begitulah ceritanya....
Seorang meninggal,satu koma,satu cedera teramat parah,dua cedera ringan.Meskipun tak mengenali (mungkin), tapi pemergianku ke Mesir awal tahun dulu cukup untuk membuatkan aku faham, seterusnya merasai bagaimana perasaan mereka, rakan2, dan lain2...
Yang Kedua:
Yang ini perlu lebih luas liputannya. Sungguh menyedihkan.Dunia pergerakan Islam abad 20 kembali berduka, tokoh pergerakan Islam yang banyak buku-bukunya dibaca dan menjadi rujukan para aktivis pergerakan Islam seluruh dunia telah pulang menghadap ilahi.
"Syaikh Fathi Yakan Wafat"... Begitulah tajuk berita yang membuatkan mata aku yg membunuh niat aku untuk shut down komputer tatkala hari menjelang tengah malam. Aduh! mati lagi... semuanya tersangat dekat.
Aku tahu, kebanyakkan anda bila teringat Fathi Yakan, pasti tiada yang lain muncul di benak kepala melainkan buku ما ذا يعني انتماء في الءسلام (Apa Eri Saya Menganut Islam), satu buku popular yang menjadi asas setiap mereka yang mengikut "gerakan", juga mesti dibaca setiap orang Islam.
Aku juga tahu, ada kalangan anda sebagai pembaca segan nak cakap yang korang tak kenal beliau.. Selepas ini, bolehlah pergi ke kedai buku dan cari buku berharga yang saya sebutkan di atas..Download buku ما ذا يعني انتماء في الءسلام (Apa Eri Saya Menganut Islam) Meskipun itu bukan satu2nya buku yang ditulisnya, tapi jelas keberkatan buku itu sehinggakan seluruh dunia menggunakan buku itu sebagai silibus usrah yg utama. (website Al-Ustaz)
___________________________________________________
Ketahuilah, mereka di Mesir ditimpa kemalangan ketika kembali dari survey tempat untuk rehlah Gen6 (batch mereka).. Amat tragik sekali, tentu mereka akan diingati oleh batch mereka sampai bila, terutamanya bila rehlah tahun2 yang mendatang.. Semoga dengan ini, ukhuwwah antara mereka akan menjadi ekstremely rapat.
Ustaz Fathi Yakan pula, past tidak akan dilupa oleh mana2 manusia yang bergelar muslim sejati. penulisan beliau amat diminati generasi dakwah.
"Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan". (HR Bukhori dan Muslim)
Sekian..........
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, June 13, 2009
Tajdid!
Zaman ini, semuanya perlu ditajdid.. sesuai dengan perkembangan semasa katakan.. Mahukan pembaharuan. Blog ini juga rasanya perlu ditajdid. Bukan tajdid, tapi taghyir! lalu,dengan itu......
"Saya, selaku pemilik, blog ini.. mengumumkan, esok Raya! mulai hari ini, URL/link adress blog ini akan bertukar dari http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/ kepada "http://alfateh.via.my".. Harap maklum.."
Kepada yang follow, jangan risau.. rss Feed masih berfungsi seperti biasa.. Begitu juga yg ikut feed2 yang lain.. Juga jangan risau kepada mereka yg tidak tahu kerana tiada masalah kalau anda rajin menulis http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/ , anda akan tetap dapat http://alfateh.via.my/..
Senang diingati dan jimat tenaga menulis...
BACA SELANJUTNYA..
Friday, June 12, 2009
Fantasi vs Realiti... Buntu!
Agak kebuntuan bila memikirkan apakah isu yang boleh lagi dibangkitkan dalam blog yang hampir bersawang itu. Lalu, untuk menenangkan kepala, cuba pula untuk mengaktifkan diri kembali dalam nasyid dan nasheeds ini.. Oleh itu, terupdate lah jugak blog sampinganku itu yang banyak kali tertunda oleh banyak sebab.. Jadi, terabailah sekali lagi teratak utama ini.. tetapi, tidak semudah itu aku tumbang dengan helah ini. Lalu aku cuba bangkitkan kembali sesuatu yang pernah menggegarkan kepala otakku dulu..
"kenapa ya... Bukankah Islam ini agama Allah, dan semestinya sangat kuat.Tapi, sekarang, Islam sangatlah lemah dan ketinggalan.. Bukankah ini agama benar yang sepatutnya sangat menguasai dunia dan sangat hebat dan sangat yang lain2nya.. Kenapa jadi begini?"
Sebetulnya, soalan ini mempunyai banyak dan pelbagai jawapan yang teramat tepat.. Namun satu jawapan yang pendek, tapi perlukan kepada penjelasan yg agak panjang menarik minatku..
"kerana Fantasi takkan dapat kalahkan Realiti"
Uhh! jawapan yang buat pertama kali dengar agak tinggi dan memang kaitan.. Senang cerita sesiapa yang dengar buat pertama kali terus faham, maka ketahuilah dia adalah seorang yang hebat lagi genius..
Apa kaitan realiti vs fantasi dengan lemahnya Islam sekarang? Nampak susah, tapi hakikatnya senang je nak faham.. Bayangkan, sebuah agama datang dari Allah, lalu mestinya kuat.. lawan dengan agama yang sesat, sudah tentu pandangan pertama yg datang Allah akan menang besar.. Tapi cuba bayangkan begini..
Seorang ahli tinju, mungkin Mike Tyson.. Berlawan dengan seorang kanak2 berusia 10 tahun.. Keputusannya senang, tanpa musykil lagi.. Kemenangan condong satu pihak, masakan pula Mike Tyson kalah..
Bagaimana pula jika.... kanak2 berusia 10 tahun itu berhadapan dengan Mike Tyson, tapi malangnya itu hanya patung Mike Tyson saja, bukan Mike Tyson sebenar.. Patung pula hanya diperbuat daripada kertas mahjong pulak.. Alahaiii!.. Senang juga keputusannya.. berpihak kepada budak 10 tahun itu..
Jadi, kesinambungannya dengan lemahnya Islam sekarang jelas.. Kita ibarat Mike Tyson dalam sketsa tadi, nampak sekali pandang..WoW!!.. pasti menang, namun malangnya hanya sekadar fantasi, bukan realiti.. Sedangkan org kafir sekarang benar2 realiti.. Mahukan bukti?
Bukti paling kuat aku petik dari Al-Qur'an sendiri...
"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم "
"Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha denganmu sehingga kamu mengikuti cara hidup mereka" (Al-Baqarah : 120)
Itulah hakikatnya sebenar musuh Islam, yang mana mereka benar2 mengamalkannya.. Bermaksud, mereka benar2 realiti, bukan fantasi, patung, anime, animasi, dan sebagainya...
Lihat pula ayat ini..
"إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ"
"Sesungguhnya orang - orang yang beriman apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat - ayatNya , bertambah keimanan mereka dan kepada Allah jua mereka bertawakkal . " (Al-Anfal:2)
Baca saja ayat di atas, tiada siapa yang boleh menyangkalnya.. Hatta aku sendiri pun teramat..amat..amat.. jauh sekali untuk memenuhi kehendak di atas.. Sedangkan ini baru satu ayat yang mana menunjukkan satu perkara yang mejadikan ummat Islam itu satu realiti, sebaliknya, sekarang hanya fantasi yang tinggal.. Tiada yang boleh mengamalkan aat di atas dengan sebenar2nya.. Tinggallah fantasi..
Lalu, adakah sesuatu yang nama saja Islam, yang datang daripada Allah, tapi hanya nama saja, dan FANTASI, berlawan dengan musuh yang REALITI? Akan menangkah sesuatu fantasi yang gebat pada nama menentang realiti yang lemah? Jawapannya ada pada anda..
Lalu, perlukah selamanya berFANTASI? Sehingga bilakah? Bangunlah DIRIKU! Bangunlah ANDA! Realitikan dirimu KITA...
BACA SELANJUTNYA..
Friday, June 5, 2009
Man Ra'a Minkum Munkar
Tiada apa2.. cumanya untuk memenuhi juga satu permintaan pembaca di sini.. Jadi terimalah dari saya yang dha'if..
Kod:
Semoga bermanfaat!
BACA SELANJUTNYA..
Zina Hati...Apakah itu?
Dah lama rasanya tak menulis. Maaf kerana sibuk. Post ini juga mungkin hanya satu persoalan yg dilontarkan kpd ana untuk menjawabnya, dalam keadaan ramai lagi yg lebih layak untuk menjawabnya. Namun, sebagai memenuhi hak iaitu meraikan si penyoal, maka aku cuba juga kupaskan isu yang sudah lamma berlegar2 di alam maya ini.
Soalannya, "boleh tak buat post tentang zina hati?? ana teringin nak tahu.."
Lalu, mulalah aku cuba menulis sebagai jawapan mengikut ilmu dan kefahamanku yang memang tak seberapa ini.
Zina hati ialah satu perkataan yang ntah beberapa tahun yang lalau mula muncul di web2 islamik yang mana banyak menggemparkan kebanyakkan orang. Mestilah, bunyinya pun dah menggerunkan. Tapi, kupasan tentangnya hanyalah separuh2, ataupun tidak dibuat oleh org yg ahli dlm bidang ini (aku juga bukan orang yang ahli) yang hanya sekadar mengikut logik akal saja. Ini membuatkan ramai org yg keliru, ataupun faham separuh jalan saja. Jadi, mule2 sekali, dari manakah terbitnya perkataan tuh?
"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Dari situlah sebenarnya terbitnya perkataan 'ZIna Hati'. Memandangkan ini perkara ini adalah soalan yang biasa dikupas, lalu aku bukanlah mahu menghuraikannya lebih lanjut memandangkan aku bukanlah orang yang layak. Namun, apa yang penting soalan2 ataupun kemusykilan yang selalu berlegar2 di fikiran.
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu 'Tasawwuf'. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan. Jadi, untuk meyakinkan anda semua, aku akan menulis berdasarkan ilmu tasawwuf yg telah ku pelajari setakat ini.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan pertama: "apakah maksud detail zina hati?"
al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, hiraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur'an: "janganlah kamu mendekati zina" (al-isra':32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah "mendekati". Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah "perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan". Harap maklum.
Kemusykilan kedua: "adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?"
al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
PERINGATAN: Baca penulisan ini sehingga habis kerana soal perasaan ini akan di detailkan lagi..
Kemusykilan ketiga: "abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"
al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak...
ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie'. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..
Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. dhaif..
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 24, 2009
Aii..!! Susahnya..
Mulanya berkira2 mahu berehat, biarkan saja teratak biru ini bersawang. Tetapi otak diterjah2 pula oleh beberapa perkara yang rasanya membutuhkan untuk saya menulis lagi. Maka, dengan ini penulisan saya yang tak seberapa saya cuba sediakan untuk semua. Satu isu yg dulu amat kerap saya menulis tentangnya, namun dah lama rasanya saya tidak sentuh perkara ini.
Tidak lain tak bukan ianya ialah berkenaan dengan akhir Zaman. Zaman fitnah, dunia yang makin dekat menuju pengakhirannya. Macam2 perkara memeningkan kepala berlaku. Daripada orang atasan sehinggalah pencacai bawahan. Dengan gila kuasa, politik wang, dadah, rompak, ragut, mat alfateh rempit, rogol, dan macam2 lagi.
Bagi mereka yang tak pernah lagi, ataupun baru di Cetusan Minda ini, takpun mereka yg belum lagi membaca tulisanku berkenaan perkara sewaktu dengan ini, mungkinlah masih belum mengetahui punca2 berlakunya perkara ini. Bagi yg dah lama di sini pula, kalau masih termangu2 memikirkan punca semua ini, amatlah tidak wajarnya. Punca kepada semua kejadian2 akhir zaman ini ialah KETANDUSAN IMAN. Opp.. ade yang tak faham? Senang cerita kerana tidak berpegang teguh kepada Islam sepenuhnya. Sebab itu rahmat Allah tidak turun.
Dalilnya, Hadis Nabi:
"Seorang penzina tidak akan berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah seseorang meminum khamar ketika ia minum ia dalam keadaan beriman.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lalu bertanya lagi manusia, bagaimana iman seseorang itu boleh hilang? Dalam konteks akhir zaman ini, rasanya sesuai kalau saya sertakan satu lagi hadis:
"Iman dan malu itu dua perkara yang berkaitan. Sekirang hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah kedua2nya.."
Pokoknya di sini ialah malu. Hilangnya sifat malu dari diri kita. Sebagaimana dalam hadis yang lain mafhumnya(maaf, tak sertakan matannya), jika Allah mahu musnahkan sesuatu kaum itu, ia akan menarik sifat malu mereka dahulu. Mudah bukan? Itulah yg berlaku dalam persada dunia berorientasikan fitnah ini.
ISLAM DI ZAMAN FITNAH
Yang ini, saya mahu sekali lagi sertakan hadis Nabi:
"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (RIwayat Muslim)
Hadis ini jelas sekali bukan? Penerangan tentang satu benda yang memang secara lazimnya dapat kita perhatikan dalam suasana sekarang. Bayangkan saja, seorang yang lengkap berjubah, berserban, dengan janggut panjang masuk ke dalam sebuah pasaraya, ataupun masuk ke dalam KTM. Bagaimana rasanya.. asing bukan? Itulah antara ciri2 bahawa Islam sudah kembali asing, seperti mana yg tertera dalam hadis tadi. Bahkan turur asing dalam kalangan ummat islam sendiri. Tak percaya? Saya cabar anda pergi ke Midvalley dalam memakai kopiah saja sudah cukup. Ade berani? Jelas bukan? Keasingan itu amat terasa.
Tambahan pula bagi mereka yang bergelar muslimah. Satu yang amat sedih ingin saya katakan apabila melihat kehidupan mereka. Sangat sedih melihat mereka yang mahu berubah, dan mendapat tentangan. Lebih sedih lagi jika mereka terus berhenti daripada percubaan untuk berubah itu. Mudah2an tiada yg seperti itu.
Ada yang asalnya tidak pakai tudung, lalu cuba berubah untuk pakai tudung, dikatakan kene panah petir, lalu otak jadi terbalik, lalu pakailah tudung. Yang dari tudung bawal pendek tahap maut nak bertukar kepada tudung labuh, diperlinya "ustazah", alim gila nak mati, dan macam2 lagi. Bila fikir situasi ini, tiba2 ter're-call' balik satu hadis Nabi:
"Akan datang satu zaman yang mana seseorang itu berpegang kpd Islam ibarat mengenggam bara api" (Riwayat Tarmizi)
Maka, tak perlulah bersedih, hairan, pening2kan kepala memikirkan kenapa semua ini terjadi. Semuanya sudah disebut nabi. Tinggal perlu fikir saja apa yang perlu dibuat oleh segala2 gejala yang mendatang ini.
POSITIVE THINKING DAN REVERSE PHSYCOLOGY
Jangan berkerut sangat memandang sub tajuk di atas. Itu hanya gimik saja. Apa yang saya akan tuliskan adalah sesuatu yang sgt mudah untuk difahami. Ia adalah bagaimana seseorang itu perlu reaksi apabila ia berdepan dengan situasi yg telah disebut di atas. Anyway, mungkin tak berapa berkesan untuk perempuan kerana ana rasa perempuan lebih emosi (jgn marah, ianya fakta). Berlainan dengan lelaki yang boleh berkeadaan selambe dalam ape keadaan sekalipun keadaan itu memang berkehendak kepada keseriusan.
Bagi mereka yang dicaci2, diperli, dikutuk, dan macam2 lagi atas sebab cubaan anda ingin berubah, maka ketahuilah bahwa anda tidak perlu berasa sedih, berduka, dan yg sewaktu dengannya. Kenapa pula?
-Anda diperli dengan "weyh, ape ah ko ni 'alim sangat", ketahuilah bahwa itu bukanlah satu yang perlu dianggap sebagai kutukan atau perlian, malah itu adalah doa' untuk kita. Jadi, bergembiralah dan aminkanlah apa yg mereka katakan kerana doa' seorang rakan kpd rakannya yg lain adalah lebih mustajab berbanding doa' untuk diri sendiri. (meskipun jelas niatnya ialah untuk memerli)
-Jika anda dikutuk "fullamakk.. dah jadi Ustazah.." ataupun.. "woi, jage sikit cakap tuh.. Ade sutazah kt sini", ketahuilah juga, anda termasuk dalam golongan yg di atas tadi.
-Ataupun jika anda di caci, dicerca, dengan kata2 yg lain daripada yg di atas, ketahuilah bahwa anda sudah pun masuk dalam kalangan orang2 yang disebut oleh nabi dalam hadis2 yg telah saya nyatakan tadi. Maka, berbanggalah, kerana itu tanda2nya anda seorang mu'min sejati.
Kesimpulannya:
Biarlah apa pun mereka nak kata, sehebat manapun tentangan, dan sekeras manapun cacian kutukan yang dilontarkan kepada mereka ingatlah, semua itu tak lebih daripada hanya sekelumit daripada apa yang telah ditimpa oleh nabi dan para sahabat. Cuba banayang2kan kembali bagaimana Nabi berdakwah ke Ta'if, balik dalam keadaan bermandi darah, dilempar batu oleh budak2 hingusan yang sudah menunggu di jalanan. Ketika itu, Nabi masih boleh lagi mendo'akan hidayah untuk penduduk Ta'if. Menakjubkan. Bayangkan pula Bilal bin Rabah, yg dijemur panas terik matahari di tengah padang pasir. Seketul batu berada di atasnya. Arghh! tak sanggup aku.
Bila mereka disiksa, mengadulah mereka pda Nabi..
lihat firman Tuhan Al-Baqarah ayat 214..:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
Maksud:" Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak lagi ditimpakan ujian seberat umpama kaum2 sebelum kamu?..(ila akhir ayat)"
Lalu, di manakah kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? Sama2 muhasabah diri masing2..
BACA SELANJUTNYA..
Monday, May 18, 2009
Syukran Ya Murabbi!
Rasanya sudah dalam jangkaan, aku baru saja diam beberapa ketika. Pasti ramai yang mengagngap diri ini sibuk. Hehehe.. Cuma perasan sibuk saja. Keluar pula di shoutbox. Bunyinya seperti mendambakan tulisanku mengenai Hari Guru yang lepas sudah sabtu yang lalu. 16 Mei. Tarikh keramat setiap insan bergelar guru.
Sebelum memulai apa2, elok rasanya jika aku ana mengucapkan maaf kepada semua guru atas ketidak tulisan saya tentang guru. Harapnya, mana2 guru yang terasa, a'asiff jiddan, SORRY, minta maaf, (dan sebagainya lagi). Tapi, rasanya semuanya sudah dicoret oleh penggiat2 blog yang lain. Atas kata lainnya, tulisan ana yang ini tak lebih hanya sisa2 isi yang telah mereka2 yang lain kemukakan. Cumanya, yang mungkin lebih sedikit ialah, yang menulisnya ialah saya, bukan orang lain. Lalu, mereka yang menanti2 penulisan saya pasti mengharapkan sesuatu. Untuk tidak mengecewakan, dan sebagai memenuhi tuntutan seorang muslimin ke atas seorang muslimin yang lain , iaitu jika diminta diberi peringatan, maka hendaklah dia bagi, maka saya terbitkan penulisan hasil sisa2 isi yang tak terambil oleh blogger2 lain.
Mungkin ramai yang bertanya, "Awatnyer hang lambat sangat tulisa pasal guru. Hang sibuk ke apa? Tak sayang cikgu ek?". Begitulah lebih kurangnya hati2 anda berbicara. Bagi saya, tak salah rasanya saya menulis hari ini. Minggu depan pun tidak mengapa. Hatta, jika Allah tak kurniakan taufiq kepada saya langsung untuk menulis, mungkin tulisan saya terbit bulan depan pun saya tidak kesah.
Mengapa? Soalan yang rasanya ramai orang boleh menjawabnya lantaran penulisan2 blogger lain yang sering menerbitkan isi penting ini. Tak lain tak bukan, jawapannya ialah, "mengingati guru bukan sehari". Bahkan sebagaimana yang telah diteriakkan dalam penulisan2 yang bertebaran di alam maya ini, guru itu tidak wajar untuk hanya diperingati satu hari saja. Iaitu hanya pada 16 Mei setiap tahun. Mereka patut dihargai, dihormati, diingati, dan diSAYANGi setiap hari.
Timbul pula satu persoalan.. "Lalu, tidak wajarkah jika kita menyambut Hari Guru?"
Satu pertanyaan bernas yang bukan semua orang boleh menjawab dengan memuaskan hati si penanya. Malahan, apa yang akan saya tulis selepas ini pun saya tidak akan jamin semua orang akan berpuas hati sebagai persoalan kepada yang di atas.
Asalnya, ianya bukan satu persoalan yang asing di kalangan kita. Bahkan, hampir setiap kali perayaan menyambut hari2 tertentu soalan ini diangkat naik. Ini termasuklah ketika MaulidurRasul, yang mana perkataan Bid'ah oleh sesetengah pihak yang kononnya cuba membela kehormatan nabi. Maka dijawab pula oleh sesetengah pihak 'Bid'ah Hasanah. Entah yang jawab itu mengerti ataupun tidak akan frasa Bid'ah Hasanah itu. Yang penting, bukan MaulidurRasul yang ingin saya bahaskan.
Berbalik semula kepada Hari Guru. Rasanya tidak wajar jika kita menolak secara mutlak apa yang dikatakan sebagai Hari Guru. Apakah salah jika diletakkan satu hari istimewa kepada mereka2 yang telah banyak memberi utnjuk ajar kepada kita. Bukan bermakna hari2 lain kita lupakannya, cuma ada satu hari yang kita raikan penghoramatan, ingatan, dan kasih sayang kita kepada guru dengan suatu yang luar dari kebiasaan kita, contohnya memberi hadiah. Adakah ini bermakna kita melupakan guru pada hari2 lainnya? TIDAK sama sekali. Bahkan ini membuktikan yang hari2 lain juga kita mengingatinya. Masakan kita melontarkan kutukan2 pada hari lain, tapi tiba 16 Mei terus saja membelikan hadiah. Itu ajaib.
Maaf kepada mereka2 yang sebelum ini ada menulis tentang penghapusan Hari Guru. Saya rasa, cuba baca penulisan saya berulang kali agar dapat saya terjemahkan apa makna ari Guru bagi kami sebagai seorang yang masih bergelar pelajar kepada seorang yang telah banyak sangat berbakti kepada kami. Semoga segala2nya dapat terungkai kembali.
Namun sejujurnya, saya amat benci kepada mereka yang menunjukkan tanda hormat mereka hanya apabila tiba hari2 tertentu, yang mana dalam aspek ini ialah Hari Guru.Tapi, mereka pada hari lain amatlah mencaci2, memaki2, mengumpat, dan sebagainya lagi guru yang memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Nampak sangat satu kehipokritan di situ. CUba cari hari lain yang mana semua orang menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada guru mereka selain dari Hari Guru. Ada bukan? Itu ialah hari2 yang menuju kepada sesebuah peperiksaan besar, tak kira PMR, SPM, STPM, STAM, dan sebagainya. Lucu bukan? Itulah hakikat pelajar sekarang. Mungkin sebab itulah ada pihak yang mencadangkan "hapuskan Hari Guru!". lantangnya seperti tunjuk perasaan mansuhkan ISA.
Apa2pun, sebagai penutup untuk anda daripada saya, dengara2kanlah lagu yang anda jarang2 dengar, dan mungkin inilah kali pertama anda dengar. Seperti biasa, apabila saya ungkapkan lagu, itu tak termasuk langsung lagu2 selain nasyid, kerana nasyid itulah satu2nya lagu dalam kamus hidupku. Dengarkanlah.........
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, May 9, 2009
Menyanggah Kesibukan- Bicara Imtihan
Hari ini kesihatanku agak terganggu. Mungkin terlalu penat dan aktif. Minggu ini, setiap hari sampai rumah ketika jam sudahpun melangkaui pukul 7. Nasib baik ada KTM, jika tidak mungkin aku terpaksa menyusahkan 'orang lain' untuk meredah kesesakan lalulintas yang boleh dikatakan mencapai tahap maksima.
Walaupun begitu, tangunggjawab dan hak kepada pembaca2 blog ini tidak ditinggalkan begitu saja. Meskipun kesihatan ternagnggu, kuperah juga kepala otak untuk mengeluarkan yang terbaik untuk pembaca. Tiba2 saja teringat satu perkara yang akan diadakan pada minggu depan saja...
IMTIHAN! ya.. dalam kesibukan, boleh saja kulupa akan imtihan yang dari awal tahun sudah mengintai, dan kali ini dia menjengah dengan lebih lagi sebelum datangnya imtihan yang lebih besar.
Bercakap tentang imtihan, memang diri ini sudah banyak membicarakan tentangnya.Cumanya, kali ini, ana cuba tajdid kembali penulisan ana tentang imtihan yang lepas. Imtihan.. setiap kali dia datang bawa dengan seribu pengalaman dan pengajaran yang bertambah2..
Hadis Nabi:من كان يريد الدنيا فعليه بالعلم ومن كان يريد الأخيرة فعليه بالعلم و من كان يريدهما معا فعليه بالعلم
Maksud:" Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan, siapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka keatasnya ilmu"
Lagi: طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksud: "Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim."
Maka jelas di sini, sebagai sebuah agama yang mementingkan fitrah kebaikan, agama yang syumul, holistik, dan sempurna, Islam amatlah menggalakkan ummatnya menimba ilmu. Seperti mana yang telah kita lihat dengan dua buah hadis di atas, cukup jadi bukti. Meskipun berlambak lagi hadis, bahkan ayat Qur'an yang mengangkat tinggi darjat ilmu.
Apabila dikatakan Islam menggalakkan ilmu, bagaimana pula situasinya dengan orang yang malas belajar, dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Senang saja, dia telah berpandangan serong dengan prinsip dan konsep Islam.
Hadis: اءن الله يحب اءذا عمل عملا أن يتقنه
Maksud: "Sesungguhnya, Allah suka akan apabila sesuatu amalam dikerjakan, ia dilakukan bersungguh2"
Jadi, sebagai bukti kesungguhan kita belajar setelah sekian lama, maka wujudlah satu perkara yang memang agak tidak digemari oleh segelintir manusia yang bergelar pelajar. (Oh! mungkin juga termasuk). Oleh itu, buktikanlah sejauh mana kita mengamalkan hadis Nabi ini dengan mengaplikasikannya dalam menuntut ilmu.
PERIKSA KECIK vs PERIKSA BESAR
Terkadang, kita terlalu mengecikkan skop. Apabila disebut periksa, terbayang kertas2 yang mengadungi soalan2 yang boleh memecahkan urat2 saraf dalam otak, takpun kertas pilihan OMR yang tinggal mahu hitamkan saja. Dan, apabila terbanyangkan semua itu, semua orang pun berlari menerkam buku masing2 untuk mengulangkaji dan menela'ah supaya tak GAGAL dalam periksa itu. Sangat takut gamaknya. Namun, bagaiamana pula dengan periksa yang berganda2 lebih besar?
Firman Allah:
كل نفس ذاءقة الموت
Maksud:"setiap yg bernyawa psti akan mati...."
Lagi Firman Allah:
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد
Maksud:"tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...(yg mencatat setiap perkataan yg keluar daripada mulut manusia)"
Jadi, bagaimana? Jelas bukan? Periksa yang digambarkan di atas tadi hanyalah sekecil2 periksa saja, yang mana tidak ke mana sanagtpun jika mendapat terbaik, dan juga tidak kecewa mana pun (bagi org2 yang faham Islam) jika tidak mendapat yang terbaik. Itu semuanya tak menjanjikan kehidupan yang bahagia. Mungkin juga di dunia, jika dapat belajar tinggi2, result bagus, dapat kerja baik punya, dan hidup pun mewah tak terkata.. Tapi, untuk mendapat yang kekal abadi punya, mahu cari di mana? Bagaimana mahu mendapatkannya?
Jawapannya, ialah dengan membuat yang amat,amat,amat terbaik dalam periksa yang paling besar. Periksa yang mana, tak boleh lagi repeat2 jika dan tersalah langkah. periksa yang mana, yang menandanya bukanlah seorang guru yang boleh dibodek2 untuk belas kasihan. Periksa yang mana, bukan hanya dua,tiga jam sahaja.. tetapi seumur hidup. Yang mana, result baginya hanyalah diadapati setelah kebangkitan kita yang kedua.
DUA DALAM SATU, KECIK DAN BESAR
Jadi, bagaimana pula dengan periksa dunia tadi? Adakah biarkan saja failed dengan alasan ianya tak membawa kemana pun. Jika berjaya dalam periksa yang amat2 besar sudah cukup bagus. Mungkin ada juga yang bertanya "bagaimana pula mahu tumpukan dua periksa yang mana, dimensinya amatlah berbeza sama sekali. Susah bukan?"
Senang saja..
الدرس هو الطاعة الله
*"Belajar itu ialah ketaatan kepada Allah"
Di atas bukanlah hadis nabi, jauh sekali kalam Tuhan yg Mulia. Tetapi, ia adalah jawapan daripada seorang Syeikh kepada seorang Akh di Mesir, tatkala di minta syeikh tersebut memberikannya motiasi. RIngkas, tapi penuh dengan hikmah.
Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...
Wallahua'lam...
*Tajdid daripada ini dan ini
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 3, 2009
Tersingkapnya 'Kekurang Bijakan'
Saya rasa berat lagi untuk mengupdate blog ketika masih dalam keadaan 'perasan sibuk'. Namun, terdapat beberapa perkara yang 'kelakar' bagiku saya yang membuatkan saya teruja untuk mengupdate blog kali ini. Gapo?
Teringat dahulu, tatkala menikmati kemanisan tarbiyyatul Islam, satu soalan dilontarkan kepada yang berhak menjawab, "Apakah tanda2 yang menunjukkan kita ini 'bergerak'..?" (bergerak dlm erti kata menyampai ataupun dakwah dlm bahasa Arab).
Lalu, jawablah yang ditanya itu, "Tanda2nya ialah, akan ada orang yang menyukaimu atas satu sebab, dan juga akan da orang yang membenci kamu, atas SEBAB YANG SAMA.."
Jawapan ini saya pegang sehingga kini, dan Insya Allah sampai bila2.. Termasuklah dalam aspek pembikinan blog ini yang tak lari dari 'menyampaikan' itu sendiri. Dek kerna sedar "من قال لاء اءله الا الله فهو داعي ".. Cumanya tahap saja yang berlainan. Jika rasa sudahpun bersedia untuk membahas perkara2 berat dengan ilmu dan kefahaman yang mantap dan padat, silakanlah.. Dan, oleh sebab itu, aku mulalah bergerak, dan alam masa yang sama tercari2 bukti yang mana menjadi kayu pengukur sejauh mana saya telah bergerak.
Semestinya jalan yang dilalui bukanlah mudah. Terkenang waktu Ar-Rasul dulu. Memang tak dapat nak bayangkan, sedangkan 'orang sekarang' senang sahaja duduk menghadap komputer di dalam bilik berkipas angin, menekan2 papan kekunci, menunggu dan menjawab komen, kemudian go on..begitulah.. Senangnya orang sekarang melabelkan dirinya sebagai pendakwah, siap boleh melenting lagi jika direndah2kan label mereka sebagai pendakwah. Kononnya sudah cukup baik..
Berbalik kepada kayu pengukur yang membuktikan saya berjaya bergerak dengan blog ini.. Memang maklum, ramai sudah yang memberi kata2 semangat.. Alhamdulillah, satu bukti muncul sudah, namun bimbang juga jika ianya terlebih. Jika hanya ada satu bukti, ianya tidak cukup untuk membuktikan apa yang saya mahu dari blog ini. Jika mahu orang suka, senang aja bukan? Ini yang menjadi kebimbanganku saban hari, takut kesesatan qasad dan niat mempengaruhi reaksi luaran daripada orang. Bimbang ia hanya satu mainan Syaitan L.A yang mempengaruh.. Banyak sudah saya terjerumus dengan mainannya sebelum aku wujudkan blog ini. Minta2 dijauhkan dari terjatuh lagi.
Akhirnya terjumpa juga! Inilah yang kunanti2kn sebenarnya.. bertepatan dengan "....dan ada orang yang akan membencimu dengan SEBAB YANG SAMA orang menyukaimu" Kritikan2 ilmiah tidak boleh dilabelkan dengan ini kerana ianya jelas bukan atas sebab benci, cumanya mahu ku menjadi lebih baik. Ini membuktikan 'menyukai'. Bak kata orang tua, "marah tanda sayang". Tapi, ini jelas perasaan benci itu timbul.
Mungkin kata orang, "hang tak marah ke tengok dia mengutuk2 sambil membela2 pihak dirinya.." lalu aku pun jawab, "Nak marah buat apa, aku gelak je baca komennya.." dan saya percaya ramai antara anda2 yang memahami Islam berlainan dari kacamatanya akan turut gelak sama.. Melucukan bukan? Mungkin bagi anda, ianya suatu yang remeh, namun bagi saya, ianya membuktikan satu kayu ukur kepada kesan penulisan sya kepada masyarakat yang saya kira sudah cukup baik dan berpuas hati, cumanya sudah tentu banyak yang perlu dibaiki.
Meskipun begitu, saya melihat ada perkara lain yang boleh saya ulas dan dikongsi bersama pembaca2 yang lain setelah melihat laman yang dikira 'melancakan serangan' kepadaku secara sembunyi2 itu.
1.PRINSIP HEDONISME YANG MASIH KABUR PADA MASYARAKAT
Sebelum saya mengajak anda berfikir lebih jauh, saya sarankan dulu menjenguk ke post2 yang berkaitan dulu seperti Media Massa vs Cara Hidup Islam,Serangan Ketenteraan vs Serangan Pemikiran, dan lain2 yg sewaktu dengannya..
Mudah bukan? Jika ia menolak penulisan saya hanya kerana saya mengatakan tentang agenda2 perosak keimanan remaja, sudah tentu dia akan menolak 200% penulisan saya yang lain berkaitan Hedonisme.. Memang jelas, ramai yang masih tak faham konsep hedonisme itu sendiri.. Tak payah jauh2 membahaskan tentang Hedonisme kpd orang seperti ini. Padahal halal dan haram sendiri tidak tahu.. Berat..berat..berat.. parah benor le gamaknye!
2.PERASAAN TAKSUB IDOLA.
Yang ini, memang sudah jelas.. Melenting sungguh dia tatkala saya sentuh tentang kerosakan iman remaja sekarang dan kebetulan secara tidak sengaja saya memilih untuk meletakkan gambar tersebut (yang ada paa entry nya juga) yang ada tulisan Siti Nurhaliza Tour, yang mana tertulis di atasnya "Agen2 Perosak Remaja Islam" yang telah saya ambil dari mana, saya pun sudah lupa.. Memberontak sungguh dia..
Padahal, tiada pun saya tulis perkataan 'Dato' Siti Nurhaliza' dalam entry saya itu dan entry saya memang keseluruhannya mengupas tentang realiti remaja sekarang yang imannya keluar-masuk dari hati.. Dan saya tiada langsung menyentuh tentang individu2, apatah lagi Siti Nurhaliza. Bagi saya, pembaca2 juga tak terperasan akan gambar itu bukan? Saya juga tidak terperasan..
Dan, kerana gambar itu, dia menolak penulisan saya yang telah saya cuba seboleh2nya membentuk ayat2 yang mudah diterima dan difahami oleh pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat, dan ramai yg memberi komen positif, termasuk mereka yang lalai sebelum ini.. Tapi, ketaksuban kepada Dato' Siti semata2 telah menjadi penghalang kepadanya untuk menerima mesej harmoni yang ingin saya sampaikan.. Ai.. Taksub..Taksub..
3.BERMAIN2 DENGAN KONSEP IMAN.
Untuk ini, rasanya wajar jika saya copy sedikit ayat dari blognya yang untuk membuktikan apa yang saya faham dari ayat itu..
"Why?!!!... Dato'CT dh mnyesatkn kamu ker?!(jawab!!!)... Klu yer pon tentulah diri sendiri salah!... Mna perginya iman tu?!!!... Aqu nie peminat no.1 die tp aqu cm biaser gak baek jaa!"
Baik, di sini ada berapa point penting dalam tulisannya yang saya mahu highlightkan..
1.Katanya, saya salah kerana berkata Dato' Siti menyesatkan saya.
2.Oleh kerana dia sudah mengagak jawapan saya, dia pun membuat andaian lagi, katanya oleh itu, saya sekarang sudah sesat dan saya tulis entry tentang bende itu sudah tentu salah kerana saya tulis dlm keadaan masih disesatkan.
3.Oleh kerana itu, dia membuat kesimpulan awal, saya tiada Iman..
4.Dan, dia juga membangkang yg Dato' Siti perosak keimanan remaja dengan mengatakan yang dia masih 'baik' walaupun peminat no1 Siti. Dalam erti kata lain, dia IMANNYA MASIH SIHAT DAN TIDAK ROSAK.
Oleh karana dia menyoal, maka saya berhak menjawab bukan? Jadi, ini jawapan..
1.Ada saya kata Dato' Siti menyesatkan saya ke? Seperti yg saya katakan, saya hanya meletakkan gambar umum tanpa menekankan yang Siti itu menyestkan. Tuduhan itu juga amat berat untuk seorang Muslim kepada Muslim yang lain dan saya tidak pernah menulis sebegitu pun.
2.Jika saya sesat, saya tidak akan tulis entry sebegitu..
3.Kemana perginya Iman saya? Rasanya jika kamu baca sendiri lebih bagus bukan?
4.Lihat saja blog kamu. Indah bukan? Dengan gambar2 artis Malysia yang lain selain Siti. Jika kamu letak gambar Siti yang sopan bertudung dan mungkin berselendang nipis sahaja tak mengapa, boleh lagi bersangka baik. Tapi, bagaimana dengan pakaian2 artis wanita lain yang terdapat di blog kamu?
Firman Tuhan:"قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ "
Maksud: "dan katakanlah kepada orang2 mu'min, tundukkanlah pandangan mereka (kpd wanita ajnabi*bukan mahram) dan jagalah kemaluan mereka.. Itu dalah lebih suci bagi mereka dan Allah itu menegtahui apa yang baik bagi kamu"
(An-Nur30)
Senang bukan? Bagaimana?
4.MUDAHNYA MENJADI BAIK
Untuk kali ini juga, saya rasa perlu untuk copy sekali lagi.. hehehe.. maaflah.
Tulisannya yang berbunyi begini..
"Betulka Dato'CT pon perosak Keimanan Remaja Islam?... Astagfirullah!!!!... Artis yg bnyk kali mngerja Umrah & suda mnjadi Hajjah dikatanya sperti itu?"
Senang bukan? Sudah mengerjakan umrah, lalu dikatakan beragama.. Sudah bergelar hajjah, lalu sudah terlampau baik gamaknya.. Namun, adakah itu semua semata2 kayu pengukur kepada baik buruknya seseorang? Berapa ramai sudah artis yang mengerjakan umrah/haji? Namun, berapa kerat sangatkah yang tampil dengan perubahan selepas itu?
5.TERSINGKAPNYA REALITI UMMAT
Begitulah akhirnya, tersingkap sudah realiti ummat.. Bagaimana jika ummat seperti ini yang kita harapkan suatu hari nanti untuk membangunkan Islam di persada dunia.? Pada awalnya, saya ingatkan hanya sedikit orang yang tergamak mengeluarkan kata2 kesat kepada mereka yang mahu meneylamatkan agama, mungkin juga hanya seorang, iaitu dia sndiri yang tergamak, tapi, byk pula komen yang menyokong.. pelik bukan?
----------------------------------------
Dan last sekali, andailah 'mereka2' ataupun dia sendiri yang membuka blog ini, lalu hati bagai ditoreh oleh pisau penoreh getah disebabkan tulisan2ku yang di atas, ketahuilah pandanganku tentang Siti..
Dato' Siti Nurhaliza sememangnya boleh dikatakan seorang artis yang 'boleh tahan jugak' selepas pemergiannya mengerjakan haji. Katanya dia akan pakai tudung dengan konsisten suatu hari nanti.. Aku masih menanti..
Baru2 ini, dia pergi melawat Tok Guru Nik Aziz.. Alhamdulillah, harap2nya dia menjadi batu loncatan ke arah yg lebih baik..
NAMUN!, aku masih menentang konsep Hedonisme nya jika dia masih lagi membawa imej tersebut dan walaupun ketika itu dia melawat Dr. Yusuf Al-Qardhawi sekalipun, dan dengan imej bertudung terus melontar lenggokan suara mainan Syaitan, AKU MENENTANG!
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, April 26, 2009
Minal Ma'rad, ila Bookfair
Hujung minggu ini sungguh padat. Sabtu ada walimah abang ke2, kemudian majlis kenduri juga, sepupu mak pula.. Aiisy, tak habis2 walimah. Ahad pertandingan futsal menjengah. Setelah difikir2, baru saja teringat yang pesta buku mencapai hari terakhirnya Ahad ini! Futsal diketepikan.Pesta yang hanya menjengah setahun sekali diberi keutamaan.
"بكم؟ " tanyaku.. Sambil memegang jilid satu dan dua daripada kitab البداية والنهاية .
"كل سبع ,ماءة وخمسون رينجيت"ا
"Apa!" detik hatiku..
"ماءة وخمسون فقط؟؟", aku bertanya meminta kepastian.
Pak Arab itu angguk. Keinginanku untuk membeli hanya satu daripada tujuh jilid kitab itu tenggelam oleh harga yang disebutkan oleh pak Arab tadi. Tujuh jilid dengan harga HANYA RM150 bukanlah senang nak didapati di Malaysia. Jika tak silap, harga seluruh 7 jilid hampir mencecah RM 600. Berahiku untuk menyambar kesemua 7 jilid membara. Tapi, untuk melaburkan RM 150 untuk satu kitab bukanlah suatu yang mudah memandangkan banyak lagi kitab2 Sirah yang lain seperti Qasasul Anbiya', yang harganya hanya RM 60 walaupun hanya bersaiz satu jilid daripada kitab Bidayah wan Nihayah ditambah lagi aku yang masih belajar. Aku ambil keputusan untuk survey dulu di tempat lain. Pak Arab melihat pasrah aku meninggalkan boothnya yang memang sedia sepi.
Sampai di booth syarikat pemasaran dari Malaysia..
"Abang, Bidayah wan Nihayah berapa?"
Penjual itu kelihatan ragu2 melihatku. Ditanya kembali, "kitab tarikh Bahasa Arab ini ke?".. Aku angguk.
"RM 450"........... Amek kau!
Dengan tekad dan yakin, kuleburkan RM 150 di kedai yang dijaga Pak Arab itu yg tersenyum lebar tatkala melihatku.
----------------------------------------------------------
Mengapa perbezaannya terlalu ketara?
Ianya sebenarnya satu yang memang telah aku agak, cumanya tak sangka sebegitu sekali gamaknya. Ktab2 jika nak dicari di pesta buku ini, cari saja yg dijual Pak Arab, booth yang kecik dan macam2 lagi. Kenapa? Ini lah sebenarnya satu kelebihan yang amat besar yang dipunyai oleh orang2 Arab. Kelebihan inilah yang menyebabkan ana lebih mengutamakan kitab2 Arab berbanding yang telah diterjemah walaupun ianya lebih sng difahamkan dan tidak banyak bezanya. Kelebihan itu jugalah yang menyebabkan kenapa Ar-Rasul diturunkan kepada mereka, dan juga semestinya Al-Qur'an juga..
Kelebihan itu ialah, mereka mencintai ilmu. Kecintaan mereka terhadap ilmu susah untuk ditandingi oleh mana2 puak. Tak tahulah anda semua setuju atau tidak dengan kenyataan ini, kerana ana menyatakan ini berdasarkan pengalaman.. Situasi yang baru ku lalui di atas sebenarnya membuatkan aku mengimbas kembali tatkala aku pergi ke Mesir, yang di mana kebetulan ketika itu juga di sana ada pesta buku, ataupun lebih tepat معرض الكتب , (ma'rod alkutub). Yang mana, suasana sambutan di sana tak dapat untuk ku ceritakan di sini. Sangat meriah. Buku pula murah. Tetapi, oleh kerana masa sudah suntuk ketika itu, di mana kami mahu berlepas kembali ke Malaysia malam itu dan kami pergi ke Ma'rod petang itu, maka pembelian amatlah terbatas. Oleh itu, buku2 yang mengujakan terpaksa ditinggalkan begitu saja.
Ma'rod Kutub-Pintu Masuk hadapan
Apa lagi bukti yang menunjukkan orang Arab cintakan ilmu? Lihat saja, tatkala abgku yg belajar di Mesri pulang ke tanah air, dan ketika mahu terbang kembali ke Mesir. Tahu2 lah saja, orang yg mahu pergi ke luar negara semula setelah pulang ke tanah air, sudah tentu membawa barang yang banyaknya tak terkira. Apatah lagi dengan barang2 kiriman kawan2 abangku yang tidak pulang oleh mak bapak mereka disini. Pihak kapal terbang pula sudah menetapkan berat barang bagi seorang penumpang, dan semestinya barang yang dibawa abangku melebihi kadar itu. Tetapi, pegawai itu bertanya, "أنت طالب؟".. (adakah anda pelajar) ketika melihat yang adestinasi abangku ialah Mesir. Setelah abangku mengiyakan, maka pegawai itu membenarkan abgku membawa muatan lebih tanpa perlu membayar kepada pihak penerbangan seperti sepatutnya.
Dan diceritakan juga daripada seluruh member2 abangku yang belajar di sana, yang orang Arab yang kaya sering memberikan sumabngan kepada pelajar2 di sana. Dan mereka selalu mendapat jemputan jamuan atas tiket pelajar agama. MasyaAllah..
Kesimpulannya...
كن عالما أو متعلماأو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك
Maksudnya: "jadilah orang yang a'lim, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu jadi golongan yang kelima (selain dari itu) nescaya celakalah kamu.
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, April 23, 2009
Ada Apa Dengan Suara?
(perhatian: baca sehingga habis.. jangan baca separuh dan berhentikan bacaan kerana timbul andaian dalam kepala anda yang dicelah oleh Syaitan L.A)
Tersebutlah kehidupan di sebuah sekolah yang diwartakan sebagai sekolah ugama agama. Suasana kelihatan indah, dengan seragam sekolah yang putih, menandakan kesucian. Pelajar2 di sana yang pandai menjaga adab, tahu batas pergaulan, dan macam2 lagi. Jika dilihat, memang boleh dikatakan sebuah sekolah yang INDAH.
Apa yang menarik apabila tiba proses pembelajaran dan pengajaran bermula. Seperti biasa, ternyata sang Hawanya lebih menonjol berbanding sang Adam yang masih di tahap permulaan kematangan kata orang, namun masih tahu dan 'arif tentang selok belok agama, mungkin terlebih 'arif. Ini dapat dibuktikan apabila sang Hawanya 'ter'naikkan sedikit volume suaranya, lantas dengan cepat pihak sang Adam berteriak, "Woi! perlahan sikit.. suara aurat." dan begitulah.. apabila ditegur, buntu seribu kata sang Hawanya.. Kasihan, namun mungkin kebaikannya besar juga..
Cerita diteruskan apabila seorang guru masuk mengajar. Dan tatkala si guru tersebut sedikit berang dengan perangai 'pramatang' sang Adam, pitching ataupun volume suaranya naik sedikit, satu perkara normal bagi mereka yang diselubungi kemarahan yang amat. Lalu, sang Adam yang walaupun pramatang, tetapi masih tahu serba serbi dan arif tentang selok belok agama dengan cepat melaungkan kata2 kegemaran, "Suara aurat... perlahan sikit.." dan seperti tadi, terdiam seribu bhasa sang empunya suara.. Dan begitulah juga dengan yang lain2nya....
Begitulah betapa syadidnya sang Adam.. Itulah mereka di sekolah..
Tapi, bagaimana di rumah? Apa yang didapati sangatlah mengecewakan..
Mereka2 yang melaung2kan "Diamlah.. gedix gile korang.. suara aurat tau tak!".. dan juga yang mengesound guru2 mereka dengan selambanya, "suara aurat.. perlahan sikit".. Mereka2 inilah juga yang menghiasi ruang2 ear canal (corong telinga) mereka dengan lagu2 nyanyian wanita dengan selambanya.. Mereka inilah yang mendengar suara perempuan yang telah diperindah oleh syaitan L.A dengan selamba tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.
Apa ceritanya? Mana pergi ketegasan mereka2 ketika di sekolah? Adakah penurunan Iman secara mendadak menyebabkan perkara ini berlaku? Ataupun sebenarnya memang natijahnya ketika mereka berada di sekolah itu palsu2 belaka? Munafiq, hipokrit, hipokarat, dan lain2.. Sungguh mengecewakan.. EMbarassing..
Apa2pun, memandangkan ini entry/post ketiga ku beturut2 tentang pandangan aku yang lemah ini tentang lagu dalam Islam, maka aku cuba mengintai ini dari dimensi yang sedikit berbeza. Ini sebenarnya lebih kepada suatu kenyataan yang kurang tepat yang sering diterima pakai oleh KEBANYAKKAN orang dalam SESETENGAH perkara.. Iaitu....
Suara Wanita, Aurat?
Benarkah suara wanita itu aurat, seperti kisah yang disebutkan di atas? Sejauh manakah suara wanita itu dikira aurat?
Sebelum itu, aku yang faqir inimenyatakan bahwa, memang sudah dikira terlambat sebenarnya untuk mengupas benda yang sudahpun sebahagian besar penggiat islam di internet mengupasnya. Apa2pun, memandangkan ramai yang masih samar2, tak pasti dan tak yakin dengan ulasan, ataupun masih kurang faham, maka dengan kefahaman aku yang lemah lagi hina ini, cuba untuk menyampaikan kefahaman ini kepada anda semua. Oleh itu, TOLONG JANGAN BERHENTI MEMBACA PADA TENGAH2 ENTRY INI supaya tak timbul sebarang fahaman yang pelik yang mana akhirnya nama Cetusan Minda juga yang disebutnya..
Untuk menjawab persoalan di atas mari kita lihat hujah secara naqli (berdsarkan hadis dan Al-Qur'an) dahulu. Di sini ingin aku jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat’i(putus). Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat’i secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata.
Berbalik kepada persoalan, adakah benar2 suara wanita itu aurat?
Sebelum aku cuba huraikan lebih lanjut, elok kita tengok pada fatwa yang wajar kita percayai tentang suara wanita,
"Dengan tegas kami katakan bahwa suara wanita bukanlah aurat, karena sesungguhnya para wanita di zaman Nabi selalu bertanya kepada Nabi shallallaahu 'alayhi wasallam tentang urusan-urusan agama Islam, dan mereka juga selalu melakukan hal yang sama pada zaman Khulafaur Rasyidin serta para pemimpin setelah mereka."
Rjukan:Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Ifta', fatwa no 9522. Disalin dari Fatwa-Fatwa tentang Wanita (Darul Haq)
Begitulah dia, kebenaran hakikat tentang suara wanita.. TAPI, JANGAN HABISKAN MEMBACA LAGI..! Sila teruskan membaca..
Jika begitu, bagaimanakah boleh timbul kenyataan suara wanita itu aurat? Takkanlah tiba2 sahaja timbul kenyataan ini. Jika tiada angin, masakan pokok tercabut bergoyang. Ingat! fatwa di atas bukan bermakna anda (sang Hawa) boleh dengan sesedap hati berbuat sesuka hati dengan suara kurniaan itu. Suara bukan aurat bukan bermakna anda boleh keluarkan secara semberono. Kenyataan atau ungkapan yang suara anda adalah aurat bukan satu ungkapan yang sia2 semata2.. Ia punyai banyak kebaikan jika anda faham natijah daripada ungkapan tersebut..
Hujah ana berkata begitu kerana berdasarkan firman Allah:
فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ
Maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk (melembut2kan) suara kamu dalam percakapan, maka berkeinginlah orang yang terdapat penyakit dalam hati mereka." (Al-Ahzab:32)
Maksud ayat ini ditujukan kepada seluruh kaum Hawa Muslimah, meskipun permulaan lafaz ayat ini merujuk kepada isteri2 nabi. Perkara yang jelas di sini ialah, betapa perlunya seorang wanita itu untuk menjaga dirinya daripada bahaya orang yang mempunyai penyakit dalam hati mereka. Tak kisah apa pun perbuatan yang membawa kepada membuaknya keinginan, senang cerita nafsu syahwat 'mereka2'.. Bukankah senang untuk difahami bukan?
Kembali kepada suara, elok rasanya jika ana munculkan lagi satu pemdapat , kali ini oleh Imam Zarkasyi, yang ringkas iaitu:
"Suara perempuan tiada haram diperdengarkan kecuali jika timbul kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Demikian juga jika ianya sudah memang pasti menimbulkan kelazatan kepada pendengar"
Begitulah kiranya, jelas bagi anda semua. Tak salah jika wanita tinggikan suara mereka sedikit agar dapat didengar, tak perlulah sampai meeting dengan boss sampai boss tak dengar, berjual beli sampai timbul salah faham tentang harga, dan macam2 lagi. Senang cerita, dalam bab mu'amalat, asalkan jangan menggedikkan suara seperti timbul nada ria dan bersuara riang sehinggakan perbualan meleret2 sampai kepada topik yang tak diingini dan tak sepatutnya bagi ummat Islam. Cukup menggambarkan kita ini seorang yang menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah sejati dengan bercakap dengan sopan dan penuh bermaruah.. Biar mereka yang berinteraksi dengan kita faham yang bahwa sesungguhnya anda itu seorang yang menjaga imej sebagai soerang muslimah. Maka, terdetiklah "eh, dia ni jaga pergaulanlah.. tak yah la cakap panjang.." .. Manakala jika sebaliknya, fikir2lah sendiri..
Tentang lagu nyanyian perempuan pula, ini adalah antara perkara yang paling aku pantang sekali. Jika mereka2 yang layan lagu2 lagho pasang lagu di hadapan aku, aku akan tegur jika aku rasa boleh, jika tidak, aku beri amaran saja "kalau aku dengar suara perempuan, siap handset kau." Woha!! SYadid bukan? Apatah lagi jika mereka itu tergolong daripada watak2 kisah di atas?
Aku bukan bertindak membabikhinzir buta semata2.. Aku punya dalil yang cukup kuat untuk menyokong perlakuanku ini.. Hadis Nabi:
الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
Maksudnya:"Kebaikan ialah apa yang menteteramkan jiwa dan menenagkan hati, sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, WALAU APA PUN YANG TELAH DIFATWAKAN OLEH ORANG YANG MEMBERI KEPUTUSAN.(Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir)
Sejujurnya,aku tak pernah melihat manusia berubah dengan mendengar nasyid perempuan,(lagu toksah cerita lagi.. aku memang reject) berubah menjadi baik, malah aku lihat perkara sebaliknya.. Berlainan dengan beberapa nasyid lelaki yang sudahpun dijamin keberkesanannya.. Aku bercakap dengan pengalaman, tak tahu jika ada antara anda yang berpengalaman sebaliknya..
Kesimpulannya, suara wanita bukanlah aurat secara mutlak, tetapi ianya wajib dijaga dan digunakan berpada2, agar tak ia dijadikan 'aurat' oleh sebab penggunaan anda sendiri.. Wallahua'lam
BACA SELANJUTNYA..