Ada orang yg bertanya di shoutbox tentang sesuatu perkara yg bunyinya lebih kurg macamnilah,
"salam, beb antara pahala,
syurga dan redha Allah
mana yg lebih utama. cuba
nta kupas skit isu ni."
Mungkin antara korang ramai yg tak berapa faham soalan ini, tapi aku faham sebenarnye sang penanya nak suruh saya nyatakan apa.. Sejujurnya, sudah lama aku tingalkan soalan ini kerana rasanya tak perlu untuk menjawabnya, tak sampai masa lagi.. Maklumlah, kadangkala ada ilmu yg kita tak boleh dedahkan kpd masyarakat kerana mungkin akan menyebabkan perkara lebih buruk.. Contohnya, puasa Rejab yg lalu. Kalaulah ade seorang ni yg jarang dan susah sgt lah nak puasa walau yangyok sekalipun... Tapi, bila masuk Rejab, die tetibe semangat nak puasa dan kita pun byk yg tahu tiada dalil yg menyebutkan puasa Rejab itu sendiri, cumanya yg ada bulan Rejab adalah termasuk dlm bulan Haram dan pahala dilipatgandakan.. Cuba bayangkan, tetibe kita cakap kat dia yg puasa rejab ni sebenarnya takde.. Apa akan jadik? Jatuhlah semangat, lalu tak pernah puasalah mamat tu sepanjang tahun kecualilah Ramadhan..
Adapun tentang redha Allah dan ganjaran pahala ini, jika dinyatakan sekarang apa pulak akan jadi? Lalu, setelah berfikir2, rasanya elok juga aku cakap sikit perkara2 semua yg mungkin membolehkan korang semua berfikir.. InsyaAllah, aku akan bawakan beberapa situasi dan cerita untuk di bayang2kan mengenai soalan itu..
Sebelum tu, elok kita perhatikan kembali soalan itu..Supaya senang korang nak berfikir mengikut laluan soalan itu, bukan berfikir yg bukan2..
"salam, beb antara pahala,
syurga dan redha Allah
mana yg lebih utama. cuba
nta kupas skit isu ni."
Jadi, kita ada dua pihak, [pahala,surga] dan [redha Allah].. Untuk buat ibadat, mana satukah yg menjadi target kita?
Saya akan bawakan situasi pertama..
Terdapatlah seorang bibik/orang gaji/amah/
-dia membuat kerja2 yg diarahkan kerana dia mahukan duit dan gaji yg lumayan daripada majikannya yg kaya rayau, lagi pemurah dlm memberi gaji..ATAU....
-dia membuat kerja2 yg disuruh kerana takut diletakkan sterika panas pada belakang tubuh, lalau terbayangkan perkara ngeri itu, dia buat kerja dengan baik.ATAU....
-dia membuat kerja2 yg disuruh kerana rasa berterima kasih dengan majikannya yg membayar gaji setiap bulan kpdnya untuk bekerja kepadanya dan mahukan majikannya menyanyaginya..
Yang mana satu? Jawab dalam hati ataupun komen..
Situasi ke2........
Terdapatlah seorang pemuda yg dah gian nak kahwin, tapi tak punya calon lagi.. Lalu, merayau2lah dia dengan motornya di sekeliling kampungnya dan kampung2 lain yg dirasakan strategik untuk tujuannya itu.. Tiba2, tertangkaplah matanya akan tampang seorang gadis, dan tup..tup... tau2 dah jatuh ke hati.. Lalu, dia bertanya2lah dia dengan org sekeliling untuk bertanya berita.. Dipendekkan cerita, dia telahpun bersiap2 untuk mendapatkan perempuan itu.. Dengan segala ayat2 jiwang yg diciplak dari novel, melangkah dia penuh yakin.. dipendekkan lagi cerita, dia berjaya berbual2 dengan sang perempuan dan segalanya nampak baik..Seperti dia sudahpun berjaya untuk memenangi hati sang perempuan..
Tiba harinya untuk dia mendapatkan sang perempuan dgn mutlak, dia pun pergi ke rumah sang perempuan untuk bertemu dengan wali (penjaga) atau ibuabapa perempuan tersebut.. Tapi, malangnya apabila dia menyuarakan hasratnya, dia ditolak dengan selambanya oleh ibubapa perempuan tadi dengan alasan, "MAKCIK TAK SUKA KAMU".. Pedihnya hatinya.. Mengapa? Bukankah dia dah berbual, bersembang, memenangi hati sang perempuan.. Tapi kenapa tak boleh DAPATKANNYA?
Jawapannya sangat senang.. Ini kerana, perempuan itu adalah milik wali(penjaga/ibubapa)nya.. Jadi, untuk mendapatkan perempuan itu, tak
Samalah seperti persoalan yg dilontarkan.. Pahala dan Syurga itu milik Allah, bukan? Jadi, yg lebih penting redha Allah ataupun pahala/syurga? Mungkinkah kita dapat lebih daripada syurga/pahala jika kita dapat redha Allah? Renungkan kembali kisah bibik/orang gaji/amah/
Sebagai penutup, di bulan Ramdhan ini elok kita banyakkan baca Qur'an, zikir dan sebagainya.. Tapi orang sekarang sussah nak buat kebaikan berterusan.. Stress lah, ape ntah lagi. Jadi, untuk rehatkan minda, daripada dengar lagu2 yg dah confirm melemahkan iman korang, aku sediakan alternatif untuk korang semua sempena bulan Ramadhan ini... Dengarkan......
No comments:
Post a Comment
1.Sila berlatih menggunakan tajwid Bahasa Melayu yang betul.Jangan terlalu banyak shortform.
2.Harap dapat mengutuk menggunakan bahasa yang murni, hatta jika hendak mencarut sekalipun.
3.Tulis dengan ikhlas dan elakkan meng'emo'kan diri anda.Lebih baik jangan komen jika sedang emo.
4.Ingat! Anda sedang memberi komen kepada seorang yang lemah, lagi hina. Janganlah meletakkan harapan yang tinggi.
5.Komen akan dijawab menggunakan nama 'NahnuNasrullah' atau 'Muhd Alfateh'. Kedua2nya org yg same, jadi tiada msalah.