Bertemu kembali dalam edisi khas merdeka ini.. Kali ini dalam edisi ke-3 pulak.. Setelah memabanting tulang dan segala jari untuk menyiapkan kedua2 post yang agak serius haritu, kini ana rasa cukup dengan post yang merehatkan jiwa je. Tapi tetap ade unsur2 ilmiah di situ. Ini ialah lanjutan daripada post2 yang dahulu. Jadi sekali lagi ana ingtakan bagi mereka yang baru merasa cuba2 menceroboh CetuSaN MinDa ini, eloklah usya dulu Edisi Khas Merdeka Bahagian pertama dan Ke-2.
Seperti yang ana sebutkan pada akhir bahagian ke-2, tidak salah jika kita menyambut kemerdekaan. Tetapi, sebagai seorang muslim, sekalia ana gemar menggunakan firman tuhan ini...
واءن تطع أكثر من في الأرض يضلك عن سبيل لله
Maksudnya: dan sekiranya kamu mengikut kebanyakkan orang di muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..
Jadi, kita sebagai orang yang mengamalkan islam dalam hidup perlulah mempunyai jati diri yang lain daripada mereka2 yang maseh tidak faham di sana. Mahukah anda membawa motor sambil dirangkul orang yg tidak sepatutnya di belakang menuju ke Dataran Merdeka semata2 hendak melihat pertunjukkan bunga api? Mahukah anda tunggu.....countdown dari kol 11 semata2 nak melaungkan MERDEKA!!! sekuat hati sambil menganggu keenakan jiran di sebelah rumah yang sedang menikmati keempukan tilam yang baru dibelinya sempena potongan harga di pasaraya sempena Hari Merdeka? Mahukah anda memasang bendera sekeliling rumah sehingga orang pon keliru, samada ini rumah orang ataupun Stadium Merdeka...?
Mahukah anda menyambut Merdeka sebegitu? Sekiranya itulah anda pada tahun lepas, tahun ini buatlah anjakan paradigma sikit. Mahukan perbahan bukan? Kerajaan pon dah nak berubah dah tak lama lagi..(kaitan gile).
Jadi, kembali kpd tajuk asal, bagaimana menyambut merdeka cara islam? Soalan yang nampak mcm susah.. yelah.. orang sekaran nampak "Wah! cara islam" je nampak macam susah dan rumit.. Padahal bagi mereka yang menyebatikan islam dalam hidup, perkara ini hanya suatu perkara yang senang dan cukup mudah. Bukankah islam itu agama yang mudah? Mengapa memandangnya seperti susah?
Firman Allah:
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya: Allah menghendaki bagi kamu kemudahan dan tidak menghendaki bagimu kesusahan.
Berbalik kepada cara untuk menyambut kemerdekaan.. Bagi perkara ini, ade baiknya kita berbalik kepada Al-Qur'an dan sunnah nabi kerana....
sabda Nabi: تركت فيكم أمرين لن تضلوا اءن تمسكتم بهما كتاب الله وسنتي
maksudnya: aku tinggalkan kpdmu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama2nya selagi kamu mengikutinya. Kitab Allah(AlQura'n) dan sunnahku.. (Riwayat lain sunnah ahli bait ku)
Melihat kpd hadis nabi di atas, maknanya sudah tentu ana akan menjawab persoalan yg tertulis di atas sekali dgn ayat Al-Qur'an dan sunnah nabi. Masalahnya sekarang, pasti akan ada yang bertanya: "Ada ker cara sambut merdeka dalam Al-Qur'an? Waktu nabi dulu ade para sahabat sambut merdeka ker?"
Siapa kata dalam Al-Qura'n takder ayat menunjukkan cara sambut merdeka? Siapa kata rasulullah tak pernah sambut merdeka? Ayat dalam Al-Qur'an memang ada, malah ana pasti setiap diri yang sedang membaca tulisan ini pastinya menghafal ayat ini, paling kurang pun sudah banyak kali dengar. Cuma mungkin tak tahu makna....ataupun tak dapat hayati makna. Hanya tahu bace sahaja.. Hafal semata2.. Tak ke rugi.. Nanti, bila ana sebutkan ayat die anda semua pasti akan terdetik "Oo0Ooo... hek ele.. ayat ni rupenye..".
Ayat ini ialah:
اءذا جاء نصرالله والفتح
ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا
فسبح بحمدك واستغفره
اءنه كان توابا
Maksud:
ketika telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan kau melihat manusia memasuki ke dalam agama Allah dgn berbondong2.
maka hendaklah engkau bertasbih dgn memuji Tuhanmu dan beristighfarlah.
sesungguhnya Ia Maha Menerima taubat.
Ana x nak tulis pnjg2 lagi.. sebab korang pon pandai bace sndiri kan? Itu bkn ayat untuk sambut kemerdekaan ke? Al-Qur'an telah diturunkan untuk panduan hidup setiap insan, hingga akhir zaman. Jadi kita patut ikut apa yg telah digariskan dlm ayat tersebut.
1.Menyambut kemerdekaan dgn bertasbih memuji Tuhan.
Ini memang sudah jelas, kerana siapa lagi yg memberikan kemerdekaan kpd negara ini? Sudah tentu Tuhan yg Maha Berkuasa, tapi masalahnya sekarang, berapa ramai yg ketika menyambut merdeka dia sedar dan ingat bahawa tuhanlah yg telah mengurniakan nikmat ini kpd kita? Berapa ramaikah di kalangan tersebut? Adakah anda termasuk dlm kalangan itu? Ataupun anda hanya mengingatkan pejuang2 yg telah berkorban untuk kemerdekaan negara seperti orang lain? Tidak pernah terlintas untuk berterima kasih kpd Allah ketika kemerdekaan ini? Hanya tahu mengenang budi pejuang2 merdeka tanpa merasa sedikit pun rasa syukur kpd tuhan? Fikir2kanlah..
2.Menyambut Merdeka dgn beristighfar.
Jika anda melihat secara kasar, apa kene mengena menyanbut merdeka dgn beristighfar? Banyak gile sebenarnyua kene mengenenya dgn istighfar,merdeka dan masyarakat zaman sekarang.. Yang ini kenelah tgk bahagian pertama dengan bahagian ke-2 dulu... Baru boleh senang faham..
Jadi, sekarang sudah faham bagaimana menyambut merdeka cara islam? Harap2nya fahamlah, kalau tak buat sakit jari je ana berhempas pulas menyiapkan post last ni sebelum menjelang detik 31 ogos..
akhir kata, adakah anda semua mahu menyambut kemerdekaan dengan cara lama? Dengan memekakkan telinga jiran sebelah dgn menjerit Merdeka! bila jarum jam mencecah pukul12 tgh malam? Adakah anda mahu pergi ke dataran merdeka dan sama2 melihat perunjukkan bunga api yg ternyata membawa kpd pembaziran melampau? Marilah sama2 kita menyambut kemerdekaan negara kita ini dgn tasbih serta istighfar atas segala kesalahan negara kita selama mana kita berjaya mengecapi kemerdekaan. Dan juga kita menyambut dgn mengingatkan akan saudara2 kita di Palestin,Afghanistan dn sebagainya di seluruh dunia supaya mereka dpt sama2 kta sebagai ummat islam mengecapi kemerdekaan negara.. insya allah...
(perghh! akhirnya siap gak bhgn akhir Edisi Khas Merdeka nih. Setelah berhempas pulas kerana baru sedar esok dh 31 Ogos... isy.. cmner lak leh terlalai nih.. akhirnya, hanya 3 bahagian yg berjaya disiapkan.. الحمد لله )
.
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, August 21, 2008
Edisi Khas Merdeka- Bahgian ke-3: Sambutan Cara Islam..Bagaimana?
Edisi Khas Merdeka-Bahagian Kedua: Wajarkah Kita Menyambutnya?
Seperti yang diberitahu, lanjutan drpd post yg lps bahagian pertama iaitu, Merdekakah Kita?.. Jadi, kali ini ana memutuskan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan tajuk yg lepas iaitu...(seperti yg tercatat kt atas.. bace sndirilah.. malas nk tulis lagi)...
Mula2 sekali, ingin sekali ana nyatakan bahwa ini hanyalah sebahagian pendapat ana setelah pemerhatian dan pengkajian,serta pembelajaran yang agak lama tentang masyarakat sekarang dan juga isu2 semasa yang melanda Malaysia. Jadi, sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata amatlah diharapkan supaya menegur.
Bagi sesetengah orang,pastinya terasa agak pelik apabila melihatkan kepada tajuk ini. "Buat apa lagi memppertimbangkan kewajaran menyambut kemerdekaan? Bukankah sudah jelas kita patut menyambutnya kerana kita sudah MERDEKA?", lebih kurang begitulah persoalan yang mungkin timbul dalam benak fikiran orang ramai. Namun begitu, ana yakin, bagi mereka yang sudah terlebih dahulu membaca Merdeka? bahagian pertama, pastinya pertanyaan tentang kewajaran menyambut kemerdekaan tidaklah janggal. Jadi, ana menyarankan bagi mereka yang masih belum membacanya dipersilakan untuk membacanya supaya anda lebih faham kewajaran tajuk post kali ini.
Seperti biasa, apabila 31ogos mula menunjukkan bayangnya, mulalah TV, Radio, Media Massa yang lain mempropagandakan Hari Merdeka. Dan sudah pasti banyak kita dengar bunyi2 yang menasihati supaya menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh meriah, dan sudah pasti apabila perkataan 'meriah' digunakan, ianya sangatlah sinonim dengan 'pembaziran'. Tak gitu? Kalau tak setuju takper... berani2kanlah bagi komen ye..
Sebenarnya, dalam kemeriahan kita menyambut kemerdekaan, hampir semua daripada kita (termasuklah ana) ana jamin pasti tidak akan teringat langsung kepada saudara2 seislam kita di Palestin, Afghanistan, dan negara2 islam lain yang menderita. Mengapakah ana cakap begini? Pasti sangat ramai yang berkata"apehal lak Alfateh ni? Dah nyanyuk ape? Ni negara kitalah.. Kita sambut kemerdekaan negara kita. Apalah pulak kaitannya dengan negara Palestin..walaupun dia sebuah negara islam pon?". Ana jamin pasti anda akan berfikiran begitu.. Paling kurang pun anda mungkin baru tersedar satu hakikat.. Bagi menjawab persoalan tadi, ana ingin bertanya kembali kepada anda...
Lupakah anda bahawa Nabi ada bersabda (mafhumnya):
"Orang mu'min itu ibarat satu anggota, jika salah satu anggota terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggota badan.."
Jika anda sudah biasa ataupun pernah mendengar hadis ini... jadi dimanakah penghayatan anda pada hadis ini? Tidakkah anda rasa penderitaan mereka2 yang di sana..... Wajarkah kita menyambut merdeka dengan semeriah2nya dalam masa yang sama saudara SEISLAM kita jauh di sana masih lagi menderita? Tidak dapat2 lagi kemerdekaan seperti yang kita sudah nikmati? Jika anda betul2 beriman dengan hadis ini, anda tidak akan terlalu menyambut kemerdekaan ini dengan semeriah2nya.. Tidak sanggup..
Bagi mereka yang lebih teruk lagi, pasti bertanya,"mengapa dengan Palestin? Apa yang telah berlaku di sana?"... Tidak mustahil ada di kalangan anda yang terlintas di fikiran macam itu.. Jadi, ana ingin bagi hadis lain..
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya: "barangsiapa yang tidk mengambil tahu akan hal orang2 muslim, maka dia bukan dr kalangan mereka"
Maka, di golongan manakah anda berada? Tepuk dada tanya iman.
Lagi satu fakta untuk anda semua tahu....Tahukah anda bahawa dahulu tiada negara2 seperti sekarang.. Maknanya macam negara Malaysia,Indonesia,Brazil,Argentina,Jamaica,dll(perghh.. takkan nak tulis semua kot).. Yang ada di atas peta dunia dahulu (ketika zaman kegemilangan islam,sebelum kejatuhan khilafah) hanyalah dua warna sahaja yang menandakan negara2 berasingan. Negara Islam.....dan juga negara bkn Islam... Persoalan yang timbul, siapakah yang mula2 memecah2kan negara2 ini menjadi seperti hari ini? Jawapannya ialah orang2 barat.. Apakah motifnya? Pastinya untuk memecah-belahkan ummat islam.. untuk menghapuskan semangat persaudaraan islam di antara muslim itu sendiri... Fakta ini ana ketahui sejak ana Form1 dan ana percaya ada yang baru tahu pada tahun ini.. hehehe... dan juga ramai yang yang baru tahu sebentar sahaja tadi.. hahaha..
Kembali kpd topik.. Adakah berjaya orang barat memecah belahkan ummat islam melalui pembahagian negara2 mengikut peta sekarang? Sudah tentu!.. Buktinya ada di hadapan anda sendiri.. Lihat sahaja kita menyambut kemerdekaan negara dengan meriah dan langsung lupa kepada saudara2 seislam kita yang sedang menderita di negara lain.
Sekali lagi....kembali kepada persoalan utama.Dengan Merdeka bahagian pertama yang menunjukkan realiti merdeka yang sebenar di kalangan remaja, serta apa yang telah ana nyatakan di atas..... WAJARKAH KITA MENYAMBUT MERDEKA..?
Menurut ana, tidak salah sebenarnya hendak menyambut Hari Kemerdekaan ini, tetapi cubalah berpada2, ingatlah akan saudara seislam kita di Palestin atau di negara lain yang sedang menderita. Tidak payahlah kita terlalu berbangga2 dengan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang sekiranya seluruh masyrakat islam masih lagi dijajah... kerana mereka juga dulu adalah sebahagian daripada mereka dan kita juga adalah sebahagian daripada mereka. Cukuplah setakat itu. Wallahu a'lam..
(ini baru bahagian yang kedua.. bahagian yang ketiga akan menyusul tidak lama lagi.. Alamakk...! kene siapkan kesemua bahagian dengan segera kerana Merdeka tidak lama sahaja lagi. Apa2pon.... saya mengharapkan komen yg bernas daripada anda semua...)
.
BACA SELANJUTNYA..
Edisi Khas Merdeka-Bahagian Pertama:Merdekakah Kita..?
Seperti yang telah diwar2kan kt TV ke, radio ke, semua media seluruh negara, tepat pada 31Ogos2008, malam itu kita akan memulakan solat tarawih secara jemaah di semua surau dan masjid seluruh negara... Eh.. ape kene mengene dengan tajuk nih.. awal2 dh merepek dah.. Baiklah.. 31Ogos setiap tahun merupakan hari sambutan Kemerdekaan bagi Negara Malaysia yang "tercinta" ini (lah SANGAT..). Jadi, menjelang kemerdekaan ini, terdetik di benak fikiran ana untuk membuat beberapa siri artikel khas sempena kemerdekaan kita yang ke-err.. 51 ek? betullah tu..
Jadi, anda telah baca tajuk yang di atas kan? Merdekakah anda? Merdekakah ana? Merdekakah kita? Jawapan dier adalah..... jawap sndiri lepas baca post ini..
Sebenarnya, perkara ini tidak payah lagi dibahas panjang kt sini kerana post2 terdahulu sudah banyak yg menceritakan tentang perkara yang berkaitan dgn perkara ni. Bagi mereka2 yang menjadi pembaca setia blog ini memang sudah tahu benda yang ana ingin cakap.. tak lain tak bukan ialah Ghuzwatul Fikr. Bagi mereka2 yang baru boleh lihat Perbandingan Malaysia dgn negara Islam lain,
Serangan2 Barat,dan juga Serangan2 yang tak Dikesan.
Seperti mana yang kita semua ketahui(yang tak tahu tu buat2 tahu sudahla), kebiasaan remaja sekarang mengikut budaya2 barat yang dibawa masuk dgn sengaja, tapi mungkin diikuti secara tidak sengaja oleh masyarakat. Tak sengaja? Bolehla diterima..
Kebiasaannya, malam merdeka in tak lain tak bukan, remaja2 akan gi naik motor pergi ke dataran merdeka, semata2 nak tgk bunga api malam merdeka..betul ker? kalau semata2 nk pergi tgk bunga api buat ape gi bawak aweknya? (perghh..bahase sudah mengganas)... Ini apa ceritanya pulak? Adakah in yang dikatakan remaja2 semangat merdeka? Nak kata masih tak merdeka, takder lah pulak kereta2 kebal ker, tentera Jepun kt tengah2 jalan.. Jadi, jawapannya sgtlah sng.. Inilah yang dikatakan masih terjajah pemikirannya..
Menyentuh tentang "masih tak merdeka dari segi pemikiran" ini, ana suka untuk nyatakan bahawa, banyak pentafsiran yang boleh kita tgk daripada frasa itu. Bagi mereka2 yang amatlah pro-nasionalisme, "dijajah pemikirannya" bermaksud, sudah tidak ada semangat cintakan negara ataupun senang citer semangat Patriotik dah hilang dari jiwa mereka. Maaf jika ana cakapkan ini agak menyinggung perasaan sedikit, tetapi ana agak tidak setuju dengan mereka yang berpendapat sebegini. Ana lebih suka kepada mereka yang cenderung kepada mereka2 yg dijajah pemikirannya ialah mereka2 yang telah diterapkan budaya barat dalam pemikiran mereka, mereka2 yang tidak mengamalkan islam dalam hidup mereka, dan juga yang sewaktu dengannya..
Mengapa ana cakap begitu? Sebenarnya, sehingga sekarang ana masih memikirkan, mengapa Tok Janggut yang berjuang mati2an di atas nama memperjuangkan islam begitu susah nak dapatkan kemerdekaan, tetapi Tunku Abdul Rahman yang mendapat pendidikan di England dengan senang(mungkin) dapat berunding untuk memerdekakan tanah Melayu(ketika itu).. Bukanlah mahu menimbulkan kekecohan ataupun menunjukkan ke'prejudis'an ana, tapi mahu anda semua berfikir secara mendalam... Adakah kita ini sudah benar2 merdeka..?
Kembali kepada remaja2 zaman sekarang... Ana ada terdengar suatu benda yang tak beberapa menyenangkan daripada sumber yang sahih... Meskipun ana memang menyangka benda ini berlaku, tetapi tidaklah ana menyangka ia akan seteruk itu... Straight to the point.......remaja sekarang khusunya gadis2 menyambut merdeka dengan mengorbankan 'kemerdekaan' diri mereka sendiri.MENGORBANKAN..? apsal lain macam bunyinya? Entahlah... nau'zubillahi min zalik... semoga anda semua tidak tergolong drpd mereka2 itu..
Yang lebih teruk yang ana cakap tadi ingin kongsikan ialah.... Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan setiap tahun 'berjaya' mengumpulkan hampir dua beg plastik sampah penuh KONDOM.... (bagi mereka yang x fhm anggap je kondominium kt tepi jalan yang tinggi2 tuh).. Masya Allah... amat memalukan...
Jadi, jawapan kepada pertanyaan ana tadi, "Adakah kita Merdeka?"... Sudah dapat dijawab bkn? Bagi mereka2 yg masih pening2 nyamuk lagi(eh!ade ker..?) bolehlah teruskan membaca.. insya allah akan diberi lebih penerangan..
Sekarang, hiburan dihidang di mana2 sahaja.. Bukak jer TV, tup-tup... AF lah, Geng Starz lah, OIAM lah... Ape lagi yg ana tak cakap lagi.. ha.. memandailah tambah sendiri...(nasib baik ana takder TV.. hehehe..) Baiklah... kita tumpukan kepada hiburan... Adakah hiburan yang seperti sekarang ini budaya kita sebagai ummat islam? Maksud ana hiburan itu tidak salah.Islam itu bknlah agama yang menolak sama sekali hiburan, malah ia adalah agama yang menghormati fitrah manusia, tetapi adakah islam itu sama sahaja seperti hiburan2 yang lain? Berpeluk,bersenda gurau dengan laki dan perempuan... adakah itu yang dikatakan merdeka? Dan yang plg penting.. itukah yang dimaksudkan dgn hiburan sensasi sebuah negara ISLAM yang MERDEKA.?
Lu ada otak lu pikirlah sendiri..!
Jadi, ape citer? Masih ada yang meraba2 mecari jawapan kpd tajuk post di atas?
Macam mana nak buat ek? hmm.... Aha..! nak lebih jelas lagi, ana sarankan anda tonton video di bawah ini dgn penuh penghayatan dan hati yang terbuka.. insya allah.. Allah akan membuatkan anda lebih jelas tentang perkara ini..
Amacam..? Inikah yang korang katakan sebagai Merdeka? tu belum ana suruh anda tgk post2 yang terdahulu seperti "Macam2 Aznil".. dan sebagainya lagi yang korang boleh rujuk kat kotak CetuSaN MinDa terdahulu kt sebelah tepi ni.. Sekali lagi pertanyaan... Merdekakah kita?
Orang Inggeris tak payah susah2 nk siapkan kereta keballah, M-16 lah, rocket launcher lah, untuk menjajah kita seperti mana mereka menyerang Iraq, Israel, dan macam2 lagi.. Cukup dengan menhantar.... Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Shuffle, dan macam2 lagilah.. Cukup sekadar itu sahaja, orang barat berjaya menjajah kita.
Adakah ini bermaksud kita ini merdeka? "Mengapakah mereka menyerang Iraq dan Palestine dengan tentera, kenapa tidak menyerang sebagaimana mereka menyerang kita?", persoalan yang pernah timbul dalam benak seorang saudara ketika ana menyuarakan pendapat ana kepadanya.. Alahai... itulah bermakna negara2 inilah(yang diserang menggunakan ketenteraan) yang sebenarnya betul2 merdeka dari sebarang penjajahan..mereka tidak langsung terpengaruh dgn serangan2 budaya sepertimana masyarakat kita terpengaruh sekarang.. Mereka langsung tidak 'lut' dengan serangan2 sebegini, yang telah 'menyerang' negara kita.. keadaan inilah yang memaksa Israel/Amerika terus je menyerang mereka dengan serangan ketenteraan.. Mahu tahu apa beza serangan ketenteraan dengan serangan budaya/pemikiran? Tekan sini..
Kesimpulannya, 'kemerdekaan' yang kita agung2kan sekarang ini hanyalah satu pemalsuan semata2... Untuk mengaburi mata kita daripada kebenaran yang hakiki. Tidak keterlaluan rasanya kalau ana ckp, British memberi kemerdekaan kepada kita setelah dia pasti yang Malaysia ini akan dpt dijajah selama2nya melalui pemikiran, kerana itulah sebenarnya objektif penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu. Untuk menyekat penyebaran Islam melalui pelabuhan terkenal,Melaka. Jadi, setelah mereka yakin dapat merosakkan ummat islam di Malaysia dgn hiburan2 dan budaya2 mereka, buat apa lagi mereka letak tentera2 dia kat Malaysia ni? Dipendekkan cerita bagilah Malaysia ni 'MERDEKA'..
Jadi, apa tugas kita sekarang? Hanya buat bodoh je? First sekali yg plg pntg tolong sebarkan link blog ini supaya dpt dihayati oleh orang ramai. Dan, sudah tentu sekali, ubahlah diri anda.. Jika rasa mata2 tu dah penat menonton Akademi Fantasia, bolehlah cuba2 elakkan.. Ingat!! Adakah anda suka membuatkan George Bush ketawa? Ketahuilah...dengan anda menonton AF itu sudah cukup untuk membuatkan Yahudi2/Barat mentertawakan anda kerana berjaya menjajah anda.. Kalau yang rase kat komputer tu banyak lagu Taman Linkin,(Linkin Park) ketahuilah bahwa di Malaysia ini banyak lagi taman2 yg best drpd Taman Linkin itu..

Merdekakah Anda..?
(ingat.. ini baru bahagian pertama... Nantikan bahagian ke-2 tidak lama lagi.. Kalau takut terlepas rajin2kanlah buka blog ini setiap hari..