Subhanallah, cantik sungguh sungai yg diciptakan oleh Al-Khaliq...
"Allahlah yg telah menciptakan langit dn bumi dn apa yg ada antara keduanya..." (al-jumuah:4)
Alhamdulillah bini'matil Islam. Alhamdulillah di atas segala kurniaan yg telah Allah berikan yg sesungguhnya benar-benar banyak sehingga tidak dpt dihitung walau menggunakan seluruh jari yang ada pada manusia di dunia termasuk jari kaki atau menggunakan akal yang ada pada setiap manusia nescaya tidak mungkin akan dapat dihitung atau dikira betapa besar dan banyaknya nikmat yg dikurniakn olh Al-Khaliq kpd kita.
"sekiranya kamu menghitung nikmat yg diberi oleh Allah maka nescaya kamu tidak akan mendapatinya..."
Berlalulah suatu hari yg mana diizinkan oleh Rabb maha berkuasa untuk diri mengunjungi ke sebuah tmpt yg sngt nyaman dgn flora dn fauna yg masih terjaga dn udara nyaman yg tidak dicemari dgn asap mobil-mobil dn terhindar dr kesesakan manusia yg sibuk mengejar karier yg diminati ke sebuah sungai yg agak jauh dari kediaman diri.
bersama beberapa orang rakan yg sangat diaksihi yg senantiasa membantu diri agar tsabat atas jalan yg sangat-sangat sukar ini diri mendapat pelbagai pengajaran yg ign dikongsi bersama semua pembaca agar ilmu yg cetek di kepala ini akan di tambah oleh ilahi.
Mgkn perkongsian ini akan diberi dr beberapa perumpaan agar pembaca dpt brfikir sedikit dn dpt mengambil pelbagai perumpamaan dr setiap kejadian atau setiap tempat yang kita lalui dlm seharian hidup kita.
1.
"Sungai ini diibaratkan seperti jalan menuju matlamat kita yang mana akan kita lalui setiap point yang mana ana ibaratkan dia air terjun. Kita akan lalui beberapa tempat air terjun sebelum tiba di puncak yg tertinggi yg mana di puncaknya kita akan mendapat air yang sangat jernih dan udara yang sangat nyaman. Namun, bukannya mudah untuk melalui setiap point sekiranya tiada matlamat yang jelas dan mujahadah yang tinggi.
2.
"ana umpamakan batu-batu besar ni seperti insan yang punyai jati diri yang besar dan punyai iman yang kuat manakala derasnya air sungai diibaratkan seprti derasnya jahiliyyah yg menjalar setiap manusia zaman ini. Walau sederas mana air sungai itu namun batu-batu besar ini mampu menahan dari hanyut bahkan boleh masuk kedalam masyarakat sungai. Manakala pasir yang banyak itu ana umpamakan seperti ummah sekarang yang mana walaupun dalam kuantiti yang banyak tapi tidak dapat menahan antara satu sama lain bahkan hanyut semuanya di bawa arus."
3.
"Ana impikan pemuda yang mana dirinya seperti air terjun yang menjunam ke dasar yang mana auranya bisa menggegari tubuh manusia yang mendekatinya. Walaupun tidak pergi ke bawahnya namun auranya sudah cukup untuk memberi kesan kepada hati-hati yang berdekatan dengannya."
4.
"Ana teringin nk jd mcm sungai yang mana ia tetap mengalir walaupun pelbagai halangan di hadapannya dan x pernah putus asa sehinggakan batu yang besar gadabak pun hanyut dengan aura yang deras sehinggakan ada lubang besar di batu-batu besar."
Astaghfirullah, ada bnyk lg seenarnya tp dh lupa. Mungkin sebab terlalu lama simpan dah bertakung dn keruh dh jadinya. Apapun, moga perkongsian ini dapat meningkatkan pemikiran kita dikala melihat ciptaan Allah yang maha kuasa.
"tidakkah kau menciptakan ini dengan sia-sia. maha suci engkau maka peliharalah kami dari siksa api neraka."
"Apakah kamu tidak melihat?"
Wallahhualam....
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, December 21, 2008
Sungai dan Insan
Monday, November 17, 2008
What did i do TODAY
What did i do today?? Soalan yang amat-amatlah kena kepada diri yang mana telah mengalami kekosongan cuti sekolah selama 7 minggu.. Berbagai perancangan berjaya ditulis namun hanya secebis sahaja yang berjaya dilaksanakan.. 'Planning is to easy but to do the job is not easy'.. Cuba berbahasa inggeris walau tidak pernah dalam hidup score 'A'..
Diri ini bukan ingin berkisah tentang perancangan diri namun ingin dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian tentang pentingnya keteguhan hati.. Dalam erti kata lain ialah pegangan kita kepada sesuatu perkara yang kita yakini.. Contohnya planning tadi yang mana kita yakin dengan ada perancangan sahajalah diri kita akan terjaga dari segala perkara yang akan menghumbankan diri kita ke dalam perkara-perkara yang keji.. Contoh lain ialah Islam pada diri kita itu sendiri.. Sekiranya lemahnya atau tidak teguhnya hati kita atau lemahnya keyakinan kita kepada agama ini, maka secara automatik diri kita akan segera meninggalkan atau melepaskan segala apa yang dituntut dan yang disyariatkan ke atas kita..
Kebiasaannya manusia terlalu yakin bahawa dirinya dah cukup kental atau dirinya dah dipenuhi dengan sinaran iman.. Ana katakan bahawa mereka silap kerana semakin kita nak diri kita hampir dengan Al-Khaliq semakin beratlah tribulasi yang akan diberikan kepada kita.. Mungin setengah dari kita pernah merasai muraqabatullah atau hampirnya diri dengan Allah, persoalannya, adakah ianya berkekalan sehingga hari ini? Apakah perasaan hari ini sama seperti mana perasaan awal-awal kita merasainya? Berkurang bukan? Atau sudah hilang dah perasaan itu akibat tidak menjaganya dengan sepenuh hati.. Amat-amatlah sayang sekali kerana kehilangan permata yang tidak terhitung nilainya.. RUGI!!
Pesanan Umar Al-Faruq kpd kita:
"hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan."
Sentiasalah MUHASABAH apa yang telah kita lakukan hari ini agar sentiasa terjaga dan janganlah sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah..
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana org yang berputus asa dr rahmat Allah hanyalah org2 kafir"
WALLAHU'ALAM
(tazkirah khas untuk diri dan mereka2 yg fatrah dlm cuti ni..he3..)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, November 16, 2008
CORETAN BUAT PEJUANG!!!

Isi Penuh
"nak tak aku tunjukkan sesuatu yang membolehkan kamu berkasih sayang?""bahkan, ya rasulullah""Sebarkanlah salam diantara kamu."
Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh..
Sekadar mengenang kembali kurniaan Ilahi kepada diri ini yakni nikmat TARBIYAH di sebuah 'GUA' terpencil di ceruk jeram...
Suka untuk dikongsikan sebuah risalah yang pernah ditampal di softboard BADAR di gua ini yang di rasai perlu diketahui dan difahami oleh seluruh umat islam umumnya dan yang bergelar du'ah(walaupun sepatutnya semuanya menjadi du'ah)
Sebuah risalah yang ditampal sebulan sebelum bermulanya 'silent killer' yang berbunyi:
"TERKADANG ADA KELUHAN DALAM PERJUANGAN?TERKADANG ADA BISIKAN-BISIKAN YANG MENGUJI KEIKHLASAN....
1. Apakah yang kita harapkan dari usaha dan amanah kita ini??
"Aku tidak meminta dari kamu sesuatu ganjaran. Bahawa ganjaran untukku hanya pada tuhan sekelian alam semata-mata"(asy-syura:109)
2. Kenapakah sedemikian?? kerana
" Dan rahmat tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"(az-zukhruf:32)
" Dan disisi Allah terdapat ganjaran yang besar"(at-taghabun)
3. Apakah ganjaran itu??
" Dia akan mengampunkan dosa2mu dan memasukkan ke dalam syurga2 yang mengalir dari bawahnya sungai2 dan rumah2 yang baik di syurga adn. itulah kemenangan yang besar"(as-saff:12-13)
4. Jika tiada sokongan manusia, tiada gaji, tiada harta, tiada karier dan nama bagaimana akan jadi hidup ini, bagaimana dapat menyumbang untuk usaha ini?
" Cukuplah bag kami Allah, ia adalah sebaik2 tempat bergantung"(ali-imran:175)
" dan menjadi hak Allah untuk bantu org2 beriman"(ar-rum:47)
" wahai org2 beriman, sekiranya kamu bantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu"(muhammad:7)
5. Anda perlukan glamour dalam hidup ini??
" izzah (kemuliaan) adalah milik Allah, rasulNya, dan org beriman"(al-munafiqun:8)
" sesungguhnya izzah itu adalah milik Allah seluruhnya"(an-nisa':139)
6. Tapi, kerja ni sukar..kita dicemuh..banyak masalah dan karenah..
" kalau kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu..tetapi tempat yang dituju itu terasa amat jauh dan sukar bagi mereka"(at-taubah:42)
7. isteriku, anakku, suamiku, hartaku??
" katakan sekiranya bapa2, anak2, saudara2,pasangan2, keluaraga2, harta kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 yg kamu cintai lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di JalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan meputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik"(at-taubah:24)
8. Masih punyai banyak alasan??
" orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (memberi alasan) keadamu (muhammad) untuk tidak melakukan jihad dengan harta dan diri mereka. dan Allah mengetahui org2 yg bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin (mmberi alasan) hanyalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudiaan dan hati mereka ragu2 kerana itulah mereka selalu bimbang dgn keraguaannya"(at-taubah:44-45)
9. Tidak puas hati kerana tidak naik gaji , pangkat atau tiada bonus dan pujian??
" dan diantara mereka ada yang mencelamu tentang pembahagian zakat, jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati tetapi jika merka tidak diberi sebahagian dengannya serta merta mereka menjadi marah. Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dgn apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka dan berkata 'cukuplah bagi kami Allah. Allah aan memberi kami sebahagian dari kurniaNya dan sedemikian pula RasulNya. sesungguhnya kami orang2 yg berharap kpd Allah"(at-taubah:58-59)
10. Sekiranya kita membiarkan dunia ini mencelah antara kita dgn pejuangan ini??
" wahai org2 yg beriman! mengapa sekiranya dikatakan kpdmu 'berangkatlah kejalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Adakah kamu redha kehidupan dunia dari akhirat? Sesungguhnya nilai hiudp dunia adalah sedikit. Jika kamu TIDAK berangkat ke JALAN ALLAH nescaya ALLAH akan MENGAZAB kamu dngn AZAB PEDIH dan akan mengGANTIKAN kamu dan kamu sedikit pun tidak akan memudaratkan Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu"(at-taubah:38-39)
11. hmmm... masih tidak yakin??
"ini adalah kitab yang tiada keraguan kepada nya, petunjuk bg org2 bertakwa"(al-baqarah:2)
"sesungguhya ALLAH TIDAK MUNGKIRI JANJINYA"(ar-ra'du:31)
fuhh..penat tulis balik risalah tu.. itulah risalah yang telah menarik minat diri untuk dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian..
"apa yg kamu tggl kpd isteri dan anak kamu?"tanya ar-arrasul.."Allah dan RasulNya" jawab ringkas Abu Bakar ketika menyerahkan seluruh hartanya untuk menampung kos tentera islam dan dia tidak menjadi miskin slepas itu malah hidup lama lagi.. YAKINLAH dgn janji Allah ikhwah dan akhawat sekelian..kita tidak akan mengulangi sejarah selagi mana kita tidak contohi sifat generasi awal yang mana sehingga digelar 'jiilul fariid'..wallahhu'alam
(sekadar coretan buat diri ini dan minta maaf kepada biro utk bkp hira kerana tidak meminta izin untuk menulis risalah ini...huhuhu)
BACA SELANJUTNYA..
Monday, September 1, 2008
BAHANG RAMADHAN
Dalam keadaan otak yang ligat berfikir, ahmad melangkah keluar dari giant setelah selesai berborak bersama seorang pakcik yang tidak dikenali. dengan janggut menghiasi muka dan jambang yang teratur, membuat ahmad ingin mendekati beliau."assalamualaikum"."waalaikumussalam"."pakcik ni sape??"tanya ahmad penuh kehairanan kepada pak cik yang sudah separuh abad itu."pak cik ni musafir.anta ni sape pulak??"tanya pak cik itu."nama ana ahmad. ana belajar kat sekolah tsur.on the way balik rumah ni.""ruamh anta kat mane??""dekat depan tu je.""anta buat ape kat giant ni??""saje singgah.ana biasa beli game kat sini.lg pun alang2 nk masuk maghrib buka puasa kat sini terus kot, boleh makan kat kedai. asyik makan makanan kat sekolah je,tukar taste sket."jelas ahmad."anta puasa sempena ape plak ni??""persediaan ana dalam bulan sya'ban ni utk hadapi ramadhan, insyaallah time ramadhan nanti kuat sikit.pak cik puasa tak??""pakcik puasa jugak, boleh la bukak skali, pakcik belanja.jom!"
ALLAHHUAKBARx2!!!!
"allahhummalakashumnawabikaamannawaalarizqikaaftharna"doa orang tua separuh abad itu.selesai meminum beberapa teguk air pakcik itu memulakan cerita"anta perasan sesuatu tak?""perasan ape pakcik?"balas ahmad tanda tak ngerti."klu anta perasan kita ni ramadhan pun x masuk lagi tapi"pakcik berhenti seketika utk menyuapkan sepotong kuih"masyarakat terutama kat malaysia ni dh sebok dgn promosi raya."sambung pakcik."betul jugak pakcik cakap.tadi kat giant tadi pn tgh hangat sales utk hari raya."sokong ahmad.
"klu zaman sahabat dulu mereka semua persiapkan diri dgn kedatangan tetamu agung yg mana allah dtgknnya setahun sekali je.mereka sering berdoa allahhumma bariklana fisya'ban waballighna ramadhan!!"jelas pakcik panjang lebar"menunjukkan betapa mereka mengharap sangat supaya dapat bertemu dgn bulan yang mana allah janjikan bermacam2 perkara dalamnya"sambungnya.
setelah selesai mengunyah nasi goreng yang dicampur dgn sebulat telur dada yg dilihat kurang masak, pakcik itu sambung kembali"seperti sabda rasulullah dlm satu hadis dha'if:
'awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghunjungnya perlepasan dari api neraka'
makin lama makin 'ganas' promotionnya tp makin lama makin berkuranglah org yg melakukan amal kebaikan mendekatkn diri dan mengejar nikmat allah ta'ala."
ahmad diam khusyuk mendengar 'khutbah' yg tak disangkanya."sori ar bebel panjang lak pakcik.tak sangka lak jumpe budak form2 puasa."bangga ahmad dipuji oleh pakcik.
selesai bayar"pakcik gerak dulu ar, ade hal.cube ar cari lagi persediaan2 dan kelebihan bulan ramadhan yang anta blh dapatkannya dr quran sendiri, hadis2 ar-rasul dan buku2 para ulama', insyaallah ramadhan tahun ni jd yg terbaik utk pakcik terutamanya dan anta sekali serta seluruh pembaca blog ni..hehehe.."harapan pakcik kpd ahmad.
"insyaallah pakcik.moga2 allah berkati kita.jumpa lg, nnti lewat mak marah pulak.assalamualaikum.""waalaikumussalam"
(maaf lah.. post yg lebih kurang saje.. kerana Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan amalan.. hanya untuk mengelakkan teratak hijau CetuSaN MinDa ini drpd bersawang.. hahaha... para sahabat pon mengucapkan selamat tinggal sesama mereka sebaik tibanya ramdhan, inikan pula ana yang hanya beberapa kerat jer amalan yg telah dikumpul buat bekalan di akhirat... cukuplah sekdar post yg ala kadar ini... untuk merasakan kehangatan Ramadhan di samping kesian tgk pengunjung blog ini menatap post Edisi Khas Merdeka je yg dh lapuk tu..)
.
BACA SELANJUTNYA..
Friday, June 6, 2008
Ummatku....Sebuah Pemerhatian
Assalamualaikum...
insyaallah,setelah sekian lame ana x berkesempatan utk memenuhi ruangan di blog ini kali ni ana akan bawa sedikit pengalaman yg allah kurniakan kepada ana sepanjang cuti ini khususnya pd hari sabtu hingga rabu minggu ke-2 cuti.allah telah mengizinkan ana utk melawat salah satu negeri di dlm malaysia iaitu negeri terengganu.
"berljnlah kamu di atas muka bumi ini utk menyaksikan keindahan ciptaan allah"
KISAH PERTAMA
Pd hari ahad,ana bersama keluarga telah melawat sebuah masjid yg baru dibina dan dh terkenal di serata malaysia iaitu masjid kristal. Jauhnya perjalanan utk peri ke masjid itu(dr kuala berang). Ana rasa bersyukur kerana kami diizinkan pergi pd waktu mlm. Sungguh indah masjid itu dgn lampu yg berwarna-warni. Mashaallah. Tidak hairanlah ianya menjadi kebanggaan rakyat pantai timur ini.turunnya ana dr kereta ana rasa pelik. Pelik kerana makhluk pertama yg ana nampak(klu x silap) ialah org yg berbangsa cina sekeluarga yg smuenye mendedahkan aurat. X kanlah nk baik sangka yg mereka ni org islam melihatkan pakaian mereka dan cara mereka(beza klu tgk muallaf dgn cina betul). Ana x menghiraukan mereka dan terus menuju ke masjid utk solat tahyatul masjid.dlm perjalanan(jln kaki) ana memerhatikan sekeliling, semuenye sedang bergambar bersama keluarga. "Dh solat sunat kot td sblm bergambar" ana cube utk husnuzzan. Tp terkejut bile lihat laki pompuan tgh duduk dua-duaan. "X kan adik beradik kot??" persoalan yg timbul di benak fikiran. Ana terus ke tempat wudhuk utk ambil wudhuk dan terus ke ruangan solat LELAKI. Terkejut kerana manusia pertama yg ana lihat ialah seorang makcik. Bile kate mak cik tentulah WANITA!! di tempat LELAKI."pelik-pelik". Di ruangan solat itu ana x nmpk langsung org yg menunaikan solat melainkan ayah ana dan adik2 ana. Ape yg mereka lakukan hanyalah bergambar dgn keindahan masjid kristal yg mungkin indah bg mereka."ADUH!!UMAT-UMAT!!!haih....". Ana terus menunaikan solat dua rakaat dan selesai solat, ana memerhati sekeliling.sepanjang ana duduk dlm masjid(lebih kurang 20 minit)hanye 6-7 org termasuk keluarga ana yg solat 2 rakaat nk dibandingkan yg ade waktu tu dlm 10-15 keluarga x termasuk yg dtg single. "Waktu melawat dh habis".terdgr kate2 ni di luar masjid.sekumpulan manusia kembali ke kereta masing2. "Sekarang ni masjid hanya utk melawat saje ye??"persoalan yg timbul melihatkan keadaan yg x diduga itu td.
Org cina atau bukan islam boleh dtg masjid atau tempat ibadah umat islam sesuka hati sedangkan Allah x benarkan. Umat islam pula hanya dg masjid utk tgk ciptaan manusia yg akan hancur dan bergambar tanpa mengingati allah wlupun dtg kat rumah allah. Astaghfirullah...
Kisah KEDUA
Allah mengizinkan ana sekeluarga menyaksikan keindahan pulau redang. Subhanallah, memang cantik pantainya. Dr pemukaan laut bleh nmpk pasir. Di sana,penuh dgn lautan manusia.tp,apabila ana pergi kemasjidnya utk solat isyak, hanya satu saf je. Boleh dikatakan sof die ade lebih kurang 30-40 atau lebih tp yg ade hanye satu saf itupun x penuh."Arghh!!!". Ape nk jd!!!.mgkn mereka x de pendekatan tntg islam tp mane perginya jemaah yg bnyk2 kat Malaysia utk mendekatkan seluruh umat islam disana tntg islam yg sebenarnya,tntg keindahan islam. Inilah tugas mereka2 yg faham khususnye yg berkecimpung dgn medan dakwah dan tarbiyyah, lebih khusus lg yg dh BESAR dan terlibat dgn mane2 jemaah. Di sana ade ana nampak mereka2 yg berpotensi yg akan meneruskan perjuangan islam ini lebih2 lg mereka adalah golongan remaja. "Remaja tunjang kebangkitan sebuah bangsa". Oklah,solat isyak satu saf.tp, solat zohor hanya 3 org termasuk ana. Wallahhualam..
Teringat khutbah yg disampaikan khatib pd solat jumaat td. "Sudah ramai mereka yg melakukan kebaikan yakni beriman dan beramal soleh tp x ramai mereka yg membaikkan org lain iaitu berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran dan x ramai yg tsabat di atas jln ini."
(post terakhir sebelum blk skolah....selamat berkenalan kpd semue sahabat Muhammad Al fateh..smoga semue tsabat atas jln ini...wallahhualam...)
BACA SELANJUTNYA..
Wednesday, May 28, 2008
Media Massa vs Cara Hidup Islam
Semakin berlalu masa semakin banyak berlaku perubahan..
sama ada perubahan dari segi ekonomi,dasar kerajaan,sosial dan berbagai lagi..
semakin berlalu masa semakin banyak masalah sosial yang timbul...
berbagai ideology yang menyesatkan tumbuh bagaikan cendawan...
semakin banyak remaja yang menjadi mangsa dan menjadi sasaran untuk menjadi mangsa..
golongan kuffar tanpa henti sentiasa merancang pelbagai rancangan yang menggugat keseimbangan alam..
pelbagai trend baru di tebarkan ke setiap inci tanah di muka bumi ini...
namun segala perancangan mereka masih tidak disedari oleh kita..
meresap secara senyap ke dalam jiwa setiap manusia yang bergelar muslim(target utama)...
resapan yang menyentap roh islam dari jiwa...
mengikis segala fahaman islam yang selama ini tersemat kemas di dalam jiwa...
sudah tidak ada perasaan bertanggungjawab atas agama sendiri..
segala tanggungjawab dilepaskan begitu sahaja tanpa mengira hukum...
melayani setiap agenda-agenda yang disusun dengan penuh kerjasama....
membiarkan diri dibentuk dengan fahaman yang terpesong jauh sekali dari yang sepatutnya..
dari kecil sampai dewasa dibesarkan dalam suasana yang menyesatkan...
Maka..kesan dari itu terlahirlah insan-insan yang kini di anggap sebagai ’sampah masyarakat’..berbagai masalah sosial timbul...lepak,couple,zina,rogol,buang anak,minum arak,kurang ajar dengan mak bapak,dan berbagai lagi masalah sosial yang timbul..jika nak disebutkan di sini...
terlalu banyak..
semua itu adalah hasil didikan dari golongan kuffar yang sentiasa berusaha menghapuskan islam sehingga ke akar umbi...
namun masih ada lagi golongan yang sedar akan keadaan ini..
dan berusaha untuk mengejut semua ummat islam dari tidur mereka yang dibuai dengan keindahan duniawi yang memukau..mengajak ke arah jalan yang lurus..dan apa yang kita harapkan semoga saya dan para pembaca semua tergolong dalam kalangan ini..
para pendokong dakwah islam..
yang mengajak kepada allah dan semoga apa yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata demi mengejar keredhaan allah..
kita memohon kepada allah supaya kita semua diberi hidayah dan juga taufiq supaya kita dapat menempuh segala dugaan dan cubaan dengan kesabaran dan kebergantungan hanya kepada allah semata-mata...
Seperti yang telah sedia maklum..
negara kita sendiri tidak terlepas dari perancangan golongan kuffar..
mereka menyeludup masuk ke dalam sistem pemerintahan negara kita tanpa disedari ....
berbagai wasilah/cara yang mereka gunakan untuk menyesatkan golongan kanak-kanak,remaja,bahkan golongan tua sendiri tidak terlepas dari pandangan mereka..
mereka meletakkan FUN,FOOD dan FASHION sebagai dasar perancangan..
mereka sekarang sudah menguasai media massa jadi semakin mudah untuk mereka mengadakan hiburan yang keterlaluan sehinggakan boleh membentuk cara pemikiran yang negatif,sempit dan terhad...
apabila dari kecil sudah dibentuk cara pemikiran dengan silibus yang dirancang maka otak ma’nusia itu sendiri akan terbentuk seperti yang dirancang...
dan bagi golongan kuffar..
mereka ingin membentuk pemikiran serta jiwa yang sayangkan dunia dan takutkan mati dengan itu otak manusia akan terbantut dan tidak mampu untuk berpemikiran yang luas ...
sebagai contoh Ali bin Abi Talib,Usamah bin Zaid,Muhammad al Fateh..dan ramai lagi tokoh yang boleh kita ambil sebagai contoh..kita boleh lihat bagaiman cara mereka berfikir..
pada usia 20-an sudah memikirkan bagaimana untuk menakluk dunia..
tetapi pada zaman ini setelah mendapat didikan media massa..
golongan remaja lansung tidak memikirkan agenda-agenda besar tetapi hanya memikirka perkara yang remeh temeh seperti ‘awek aku sakit,apa aku nak buat’ ....
sebaliknya mereka tidak pernah langsung untuk terfikir..
’ummat islam sekarang semakin teruk,apa yang perlu aku lakukan’...
di negara kita...terdapat macam-macam siaran untuk kanak-kanak...contohnya..Tom Tom Bak..Anak-Anakku,Macam-Macam Aznil....bagi saya semua program tersebut tidak patut sama sekali diadakan kerana bagi saya patutkah budak sekecil itu didedahkan dengan unsur-unsur negatif???selepas mereka melihat siaran yang tidak sepatutnya..sudah semestinya mereka ingin menirunya...sebagai kesannya...tempoh pembesaran si kecil dipengaruhi oleh media massa....pemikiran negatif..akhlak negatif..maka timbullah berbagai masalah sosial..kesan media massa ke atas pembentukan masyarakat sudah terbukti jelas dan banyak bukti yang boleh kita lihat...
Yang sepatutnya..bagi kaum muslimin..
mereka tidak cukup hanya mengikuti islam secara keseluruhan,berakhlak mulia,menjaga adab..
mereka masih mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menyebarkan rahmat islam ke sekalian alam...
kerana itu yang sangat dituntut pada masa kini..
kita sebagai ummat islam akan terus berdosa selagi islam tidak tertegak dimuka bumi ini...
dakwah ini bukan hanya terhad pada sesetengah golongan sahaja tetapi kepada setiap individu yang bergelar muslim...
jadi target kita adalah untuk menguasai bumi ini demi menyebarkan ajaran islam dan supaya manusia membebaskan diri dari menyembah sesama sendiri kepada penyembahan kepada tuhan yang satu iaitu allah s.w.t..bagi individu yang bercita-cita besar sudah pasti dia mempunyai pemikiran yang matang,besar dan mempunyai jiwa yang besar dengan berbekalkan ilmu yang banyak...
para penakluk dunia ini sudah semestinya perlu dididik dan dibentuk dengan latihan yang ekstrem supaya terbentuk peribadi yang ekstrem yang mampu mengharungi segala ujian dalam proses penaklukan dunia...
Dan itulah pendidikan yang sepatutnya diterima oleh kaum muslim..pendidikan islam yang menyeluruh yang dapat membentuk diri dan jiwa seorang penakluk yang kental dan tabah...
namun begitu..pihak kuffar terlebih dahulu menyusun serta mengatur perancangan pendidikan yang bertentangan dengan yang dituntut bagi islam...pendidikan mereka berteraskan kelalaian,kemalasan,manja,penakut,lemah dan berbagai lagi...
semua itu terhasil dari pemikiran yang sempit,terhad dan negatif...
kini hasil dari perancangan mereka ummat islam lemah,malas,tidak bernilai bagaikan buih di lautan yang banyak tetapi tidak bekualiti..
Dalam masa yang sama mereka iaitu golongan kuffar tidak terlepas untuk menyerapkan ideology-ideology dan pengaruh-pengaruh mereka kedalam sistem pendidikan negara kita..sebagai contoh The Phantom of the Opera...disitu sudah jelas bagaimana pihak kuffar cuba untuk menerapkan nilai percintaan dalam jiwa setiap remaja di malaysia....
sistem pendidikan juga memainkan peranan yang besar dalam pembentukan sahsiah setiap individu...
pengasingan agama dari segala aspek kehidupan sangat memberi kesan kepada pemikiran...
sistem pendidikan sekular yang terdapat di negara kita hanya mengundang pembangunan yang tidak seimbang dan membuahkan hasil yang tidak seimbang antara dunia dan akhirat yang mengakibatkan berlakunya penindasan,kezaliman,salah guna kuasa,masalah sosial,..
semua ini berpunca dari kerapuhan asas agama yang hanya sangat sedikit yang diterapkan sejak kecil kerana tiada penekanan agama dalam sistem pendidikan...
apabila dari kecil si kecil tidak dididik dengan asas agama yang mantap maka apabila usianya meningkat...
dia melakukan kerosakan dan maksiat secara terang-terang kerana dia tidak mengetahui bahawa apa yang dia lakukan adalah salah kerana dia tidak pernah didedahkan dengan islam..
maka disini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan sangat memainkan peranan yang besar..
namun sayang sekali ia sekarang berada di bawah kuasa golongan kuffar...
Walaupun begitu..masih banyak lagi faktor-faktor yang boleh kita bincangkan..tapi pada kali ini saya hanya ingin kemukakan faktor ini..jadi saya harap pada semua para pembaca supaya dapat prihatin dan ambil pengajaran..di sini saya ingin mengemukakan soalan supaya sama-sama kita dapat bincangkan dan bertukar pendapat sambil mengembangkan fikiran masing-masing..adakah media massa lebih mempengaruhi pembentukan sahsiah individu atau sistem pendidikan sendiri yang lebih mempengaruhi???
maklum balas para pembaca sangatlah diharapkan........
(nampaknya ghuzwatul fikr (serangan pemikiran) di Malyasia nih masih boleh bertahan dlm masa 50 tahun lg....isy,isy,isy....x kan nk tgk jer...di manakah peranan kita...???!! Ayanqusuddinu wa ana hayy...???!!!)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 25, 2008
Tokoh2 Tauladan...
bismillahhirrahmanirahim..
assalamualaikum kpd semua pembaca blog ini..semoga allah memberkati kita semua..
insya allah, kali ini ana akan mengongsikan beberapa cerita yg dipetik dr sirah islam yg mane org ramai skang dh x mengkajinya..mungkin menganggap bende nih tidak pntg...yg dh berlaku biarkan berlaku...tp kite ptt tahu yg bende nih amat lah perlu untuk kita ambil tahu...sbb aper yek...??
Seperti yg dikatakan oleh Panglima Perang Yahudi, Moche Dayan :
3 kelemahan ummat islam yg meyebabkan kejatuhannya ialah:
1.Malas
2.Perancangan tidak teliti
3.Tidak mengkaji sejarah
Cuba bayangkan..sehingga panglima perang yahudi bagitau pon ummat islam boleh lg buat bodo jer...sungguh memalukan...Mengapa beliau berani sangat memberitahu bende itu kpd kita..?? Jwapannya ada di dalam 3 kelemahan yg dinyatakan...mereka begitu yakin walaupon mereka membritahu bende itu ummat islam tetap akan ada 3 kelemahan tersebut...
Dan apa yang nk disentuh di sini ialah yg ketiga...iaitu tidak mengkaji sejarah...
jd, kita lihat tokoh2 yg pernah menjadi kebanggan ummat islam dahulu..mereka inilah yg menyebabkan ummat islam pernah mengusai 2/3 dunia suatu ketika dahulu...untuk mencontohio mereka perlulah melihat kpd peribadi mereka ....
insyaallah,tokoh yg akan ana kongsikan ialah tokoh2 yg telah mengalami proses perubahan dalam diri setelah MENGIKUT ISLAM SECARA SEPENUHNYA dan seterusnya telah menggegarkan dunia ini..
TOKOH PERTAMA:UMAR AL-KHATTABNama sebenarnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal yg berasal dr suku quraisy bani adi... lahir pd tahu 583 masihi.....
sblm beliau memeluk islam beliau telah menanam anak perempuannya hidup2 walaupun ketika hendak menanam, anaknya menunjukkan yg dia sngt mencintai ayahnya tp dia tetap memasukkan anaknya ke dalam lubang yg telah digalinya hidup2(kiter x pernah melakukan dosa sebesar ini).....
tetapi, apabila diberi hidayah oleh allah beliau terus membuang segala jahilliyah yg ade pd dirinya itu.beliau terus mengikuti segaa kehendak islam seperti tidak meminum arak,berzina(maupun zina mata)dan lain2 sehinggalah beliau berjaya membuka kota al quds (palestin) dr raja rom yg mana ketika itu merupakan kuasa besar dunia..
kata2nya yg mahsyur:
"Ù†ØÙ† قوم أعزن الله بالأءسلأم"
"nahnuqaumun a'azzaallahubilislam!!
(kami kaum ygdimuliakan allah dengan islam!!)"
TOKOH KEDUA:KHALID AL-WALID
perang uhud dan perang muktah adalah satu keadaan yg amat berbeza sebagaimana bezanya peribadi khalid..
dialah yg berjaya mengalahkan org islam di dlm perang uhud TETAPI dialah hero penyelamat di saat ambang kekalahan umat islam membuktikan dia memang layak menerima anugerah panglima tertinggi iaituٍ'SAIFULLAH' ...
khalid tidak pernah ditewaskan(klu tak silap) apabila dia memimpin tentera islam kerana pegangannya kpd aqidah itu sendiri sehingga tidak berkesempatan bertemu syahid(kerana terlalu hebat bertempur)..
cukuplah 2 tokoh utk kita hayati dan renungi seteruk mana amalan mereka semasa jahiliyyah dan bagaimana blh taghyir(berubahnya) mereka ketika memeluk islam..
mereka mempunyai keazaman/keinginan yg cukup tinggi dan semangat yg meluap2 utk berubah dan mengikuti islam secara keseluruhannya dan mengembangkan ajaran aqidah/pegangan yg mulia ini..
semga kita sama2 dpt mengamil iktibar dr tokoh2 silam seperti Sa'ad bin Muadhz yg mana 'arasy allah pernah bergegar dua kali iaitu ketika turun ayat kursi dan ketika kematian Sa'ad bin Muadhz(klu x silap ana)..ramai lg tokoh2 yg blh kita ambil pengajaran utk mentaghyirkan diri kita kearah lebik baik sepertimana generasi awal yg digelar 'jiilulfarid' tlh mentaghyirkan diri mereka..
"NAHNU QAUMUN A'AZANALLAHU BIL ISLAM...!!!!!!"
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, May 1, 2008
Zikrulmaut...Mati,Mati,Mati...

Kumerintih.. aku menangis.. ku meratap.. aku mengharap... ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata namun segalanya sudah terlambat..
kini hidup ku di dunia sudah berakhir..
segala penyesalan sudah tidak berguna..yang kini yang akan menemani aku adalah segala amalan yang telah aku aku lakukan didunia..
adakah cukup segala amalan yang aku bawa??
adakah cukup untuk memberi keselesaan aku di alam ini...
itulah keluhan yang datang dari seorang insan yang lemah dan lalai tika hidupnya didunia..
kematian adalah suatu perkara yang akan berlaku..
setiap detik yang berlalu adalah mendekatkan kita kepada kematian....
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Manusia zaman sekarang semakin lalai dan leka..
mereka tidak ingin bahkan ingin menghidari dari memikirkan hal kematian..
mereka sering memikirkan perkara duniawi..
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap.
Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini:
kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan kita, berbicara, tertawa;
semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati...
segala harta benda,anak pinak,pangkat tidak dapat kita bawa sebagai bekalan di akhirat sana
yang dapat kita bawa ke sana adalah tiga perkara iaitu
1-amal ibadah kita
2-sedeqah jariyah
3-doa anak soleh/ah..
maka sedarlah wahai sahabatku
bahawa hidup kita didunia ini tidak lama bahkan tersangat sekejap jika nak dibandingkan hidup kita di akhirat
yang selama-lamnya..
jadi marilah kita kenang balik ape sebenarnya matlamat hidup kita..
adakah selama ini kita menjalankan hidup kita di atas landasan yang sepatutnya..
adakah selama ini apa yang kita kejar adalah apa yang sepatutnya...
adakah segala apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mengejar redha ilahi..
setiap yang berjiwa akan menemui ajal..
tidak akan dicepat atau dilambatkan walaupun sesaat..
cuba bayangkan.
semasa saat kita sedang membuat maksiat..
anggapan kita 'insyaallah tak mati kot sekarang'..
tibe-tibe..allah hantar malaikat dia dan terus cabut nyawa...
dalam keadaan sedang membuat maksiat..
bagi mereka yang betul-betul meyakini bahawa kematian adalah pasti nescaya kemaksiatan serta kefasadan tidak akan berlaku..
bagi mereka yang sentiasa mengingati mati
sudah pasti mereka tidak akan melakukan maksiat kerana mereka adalah bijak..
mereka takutkan kerugian yang nyata atas segala yang mereka lakukan..
jadi jangalah kita menjadi orang yang kurang bijak
atas dasar kita lalai dan tidak mengingati mati lalu melakukan kemaksiatan dengan dasyat sekali..
ada banyak maknanya mengapa rasulullah mengatakan siapa yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijak..
maknanya kita boleh renungkan dan fikirkan sendiri.
jadi saya menyeru serta mesihati sahabat semua supaya sentiasalah mengingati mati kerana cukuplah mati sebagai peringatan....
*peringatan jugak buat pembikin blog nih...hehehe...*
Friday, April 4, 2008
MAHA SUCI ALLAH..
Sebenarnya itulah maksud muraqabah sebenarnya. Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).
Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?
Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Disini saya ingin berkongsi bersama sebuah peristiwa yang mana berlaku di depan mata saya sendiri..pada tengah hari tadi..ketika saya sedang mengambil wudhuk di salah sebuah masjid di malaysia tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat..bunyi itu telah menarik perhatian saya untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut..lalu saya terlihat sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal..saya melihat keadaan kereta tersebut agak teruk kerana cermin depannya pecah dan penunggang motosikat itu bernasib baik kerana masih hidup..yang nak jadi kesnya..si pemandu kereta tu tanpa berfikir panjang terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam kesakitan..walaupun begitu..kat sini Allah nak tujuk kuasa dia..plat nombor kereta tersebut patah dan tercabut...jadi kat sini saya dapat mengambil beberapa pengajaran iaitu...


Sunday, March 9, 2008
Senjata...??
salam ukhuwwah dr penulis kpd semua pembaca blog cetusan minda seorang pemuda.untuk kali ni insyaallah akan ana kongsikan senjata yg berkesan seperti mana yang telah ditulis di arkib bertajuk pemuda tp di sini ana ingin mendetailkan sedikit utk pembaca sekelaian.
sebenarnya,musuh-musuh islam laknatulah telah lame berusaha utk menjatuhkan islam.jd,mereka telah melakukan bermacam-macam peperangan keatas umat islam.tp,pada setiap peperangan,mereka kalah wlupun bil tentera jauh berbeza.lama kelamaan,seseorang (ana x ingat name dan pangkat die) telah berkata"klu kita nak jatuhkan islam kite x boleh menggunakan kekerasan tp mesti melalui serangan dalaman"(kalau x silap kate-kate die camnie tp klu lain pun maksud die lebih kurang).jd,semenjak hari tu,mereka berusaha melakukan bermacam-macam serangan keatas umat islam tp bukan dengan cara peperangan bahkan mereka tak murtadkan pun umat islam.x lain x bukan mereka masih membiarkan umat islam tp hanya islam pada nama.
kita lihat zaman ini islam hanya ade pade name saje.hampir setiap umat islam tidak ade langsung pemikiran tentang islam apetah lg sejarah mengenai islam itu sendiri.mereka islam hanya mengikut mak bapak mereka sahaje.antare senjate yg menyebabkan jd begini ialah tv(apelg klu astro),internet(klu salah gune) dan macam lg seperti perubahan ideologi.klu kite lihat,negara umat islam skrg berpecah belah dan lg menyedihkan negara islam pun x seperti negara islam yg sebenar.cthnya,negara kite sendiri iaitu malaysia.namanya islam tetapi maksiat bersepah seperti sesuatu yg biasa.orng pompuan semuanye cuak nk kuar(kecuali minah2 liar).klu kite tngk zaman khilafah dulu pompuan semuanye tak takut kecuali dgn serigale(kalau x silap).sebenarnye org2 yg suke melakukan bende-bende maksiat sebenarnye tngh mencabar allah.dan orang2 yg cabar allah ni sebenarnye ialah orang yang takde akal.sebab ape?sebab diorang tau yg allah paling berkuase tp nak kerek2 lak.dan biasenye org yg takde akal ni biasenye x bergune.dan bende2 x berguna ni biase org panggil sampah je.jd klu kite nk jd sampah kat muke bumi baik x yah.knp?sebab tong sampah pun ade gunenye iaitu membuang sampah-sampah yg tak bergune tu.jd,jdkanlah diri kite bergune utk islam wlu sedikit.
insyaallah sampai disini saje perkongsian yg tak seberape dr ana dan pade sesiape yg berhajat menambah ilmu bolehlah membaca buku2 fikrah atau baca blog http://inijalanku.wordpress.com .insyaalah akan dpt manfaat.
BACA SELANJUTNYA..
Mengejutkan.......!!!
alhamdulillah...malam tadi adalah malam yang bersejarah buat semua pemimpin-pemimpin malaysia dan semua rakyat malaysia yan inginkan perubahan tampok pemerintahan negara.. selepas pengunguman keputusan pilihan raya semalam....telah terbukti rakyat malaysia sudah pandai BERFIKIR..keputusan telah membuktikan rakyat sudah SEDAR tentang situasi yang sedang berlaku di negara...mereka sudah TIDAK SABAR dengan kepincangan-kepincangan dalam demokrasi....penyelewengan dalam pentadbiran negara...penyelewengan duit-duit negara yang tah kemana lesap....dengan itu mereka inginkan perubahan..kedah,pulaupinang,kelantan bahkan negeri kita telah jatuh ke tangan pas.. walaupun bagi saya..pas ni ingin tubuh kerajaan islam secara terburu....kita hendaklah sokong mana yang terbaik dan betul...kebenaran telah terang didepan mata kita...mengapa perlu kita sangkal kebenaran tersebut???saya tutup dengan satu kata2 yang famous...'nak x nak...kita kena mula dari bawah..'....jika nak tubuhkan satu kerajaan yang kuat...maka bina lah dengan batu asas yang kuat..jika batu asas lemah..maka sangat senang untuk ditumbangkan..maka marilah bersama2 kita bangkit dan hasilkan batu-batu asas yang kuat lagi kukuh untuk menuju daulah islamiyyah.insyaallah.....allahuakbar BACA SELANJUTNYA..
Saturday, March 8, 2008
Pemuda??

ku termenung di pagi 8/3/2008 di mana tarikh orang ramai pergi memilih pemimpin mereka.aku duduk di bangsal bas yang usang dan sudah lama ditinggalkan oleh bas-bas.terkeluar di pemikiranku sebutir ilmu untuk dikongsi.
di pemikiranku aku terfikir ramai yang mengundi termasuklah pakcik,makcik,datuk,nenek,nyonyadan bermacam gelaran lagi bahkan semua golongan muda mudi bahkan kanak-kanak yang takmengerti apa yang mereka lakukan turut serta dalam mengempen parti masing-masing.ini tak termasuk lagi mereka-mereka yang merempit sambil mengebarkan bendera parti yang diharap dapat memimpin.
apa yang ana nak bawakkan kat sini ialah semua orang mengundi namun ape yang diharapkan oleh pengundi-pengundi tersebut.sebagai contoh,seorang lelaki mengundi kerana merasakan itu salah satu kewajipan rakyat sahaja.contoh lain,seorang nenek mengundi kerana anak anak suruh.seorang pakcik mengundi kerana mengharap dapat menang tahun ini.ana bukanlah nak sokong mana-mana parti (bahkan belum cukup umur) tapi apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka-mereka yang mengundi lebih-lebih lagi individu yang menggelar dirinya muslim.
ana bawakkan satu kisah yang mana biasa didengari oleh pelajar-pelajar sekolah ana.kisahnya bermula apabila seorang lelaki berjalan-jalan di sebuah tapak pembinaan.di situ dia dapat melihat pekerja yang sedang melakukan kerja masing-masing.ada yang bancuh simen,ada yang sedang menyapukan simen dan ada yang sedang menegakkan tiang.lalu dia pergilah ke orang yang membancuh simen lalu dia tanya ape yang sedang pakcik lakukan?lalu pakcik itu menjawab"tengah bancuh simen nak.lalu dia pergi ke arah orang yang sedang menyapu simen lalu bertanya"apa yang sedang uncle lakukan?lalu uncle itu menjawab"sapu simenlah!tak nampak ke!lalu die terus lari kearah orang yang mendirikan tiang lalu bertanya:"ape yang sedang saudara lakukan?"dia menjawab"banyak yang sedang saya lakukan.kemudian dia bertanya semula"sekarang?" "sekarang saya sedang membina masjid"..
sebenarnya simbolik dari cerita ini ialah orang ketiga itu nampak lebih jauh dari orang pertama dan kedua iaitu dia bukan hanya nampak dia hanya meletakkan tiang tapi dia nampak kerja dia tu akan membangunkan sebuah bangunan dan dia adalah salah seorang yang akan membangunkan bangunan tersebut.apa yang ana nak kaitkan disini ialah(bukan setakat mengundi) apa yang sebenarnya yang kita lakukan.
ingatlah wahai saudara-saudaraku,pada zaman silam umat islam telah memayungi 2/3 dunia ini tapi sekarang ini walaupun umat islam ramai tapi bagai buih-buih dilautan.sepertimana hadis nabi mengatakan"pada akhir zaman kamu akan dikerumuni sepetimana makanan dikerumuni."sahabat bertanya"adakah bilangan kami pada zaman itu sedikit ya rasullah"ar-rasul bersabda"tidak.umat islam ketika itu ramai tapi bagai buih-buih dilautan"(kalau salah sila betulkan)
teringat ana pada sebuah cerita yang ana dengar dari seorang akh sewaktu ana pulang dari sekolah bersaman-sama dia.dia bercerita"pada masa dulu(tidak terlalu lama)ada sebuah negara arab yang mana penduduknya mengamalkan islam yang sebenar-benarnya sehingga kalau nak bezakan islam dan kafir hanya dengan melihat pemakaian tudung."dia menguatkan lagi"sehingga orang bukan islam segan dan ada yang memakai jubah kerana terlalu ramai yang pakai pakaian yang sopan.pada suatu hari kerajaan mereka mempromot satelit tv secara percuma yang dapat berbagai channel dan hanya perlu bayar duit untuk piringnya sahaja tak seperti astro yang perlu bayar bulanan.ramai yang membeli piringnya.tidak lama selepas itu,orang yang pergi kesana tidak dapat mengenal pasti yang mana benar-benar muslim kerana kebanyakkan sama saja dari segi pakaian,gaya rambut dan cara pergaulan."tamat disitu.
jadi dari cerita tu kita dapat lihat senjata kuat yang dapat membasmi fikiran umat islam lagi-lagi golongan pemuda dalam masa yang singkat.sedarlah,sesungguhnya agama allah memang akan tertegak tapi yang menjadi persoalannya ialah adakah kita yang akan menegakkannya atau hanya meraikan saja atau tidak berasa apa-apa.ingatlah,telah 84 tahun agama tercinta kita telah dinoda dibawah pimpinan-pimpinan selain islam.ingatlah sekarang ini islam diletak ditempat yang tak sepatutnya.jadi ana seru kepada pemuda-pemuda supaya cepat-cepatlah sedar dengan keadaan ini lagi-lagi kepada pemuda yang mempunyai kefahaman tentang islam supaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pemuda muslim.ana tak ingat pesanan sape tapi kalau tak silap imam hasan al banna(kalau silap betulkan).lebih kurang ginilah yang dia cakap"pemuda adalah punca kebangkitan sesuatu kaum.jadi fikir-fikirkanlah.
allahhumma ya muqallibal qulub tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala thaa'tik wa 'ala thoriqi da'watik
BACA SELANJUTNYA..
