Kadangkala, tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?
ADA APA DENGAN GAMBAR..??
Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...
ana mulakan dengan persoalan..
Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi ana rase....
jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...
KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA
Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..
Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..
Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...
(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...)
MUSLIMAH DAN GAMBAR
Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..
Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan dalam post yg terdahulu..Keluhan Buat Kaum Hawa
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??
Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)
Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!
*secara jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*
BACA SELANJUTNYA..
Tuesday, June 10, 2008
Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..?
Saturday, May 31, 2008
Kecantikan Muslimah itu Terletak pada....
Wahai Muslimah2 sekalian.... Diri ini mengajak antunna semua melihat kepada beberapa nasihat di bawah... Nasihat2 yg akan membuatkan anda kelihatan cantik.. luaran dan dalaman sehigga akhir hayat insya allah...

Bagi mendapatkan mata yg cantik...
Tundukkanlah pandanganmu terhadap lelaki ajnabi..
ini menjadikan mata anda kelihatan suci dan bersih.. drpd dosa yg selalu menyapa matamu...
Firman Allah:وقل للمؤمنات يغضدن من أبصارهن ويحفظن فروجهن
Maksudnya: dan katakanlah kpd mu'minah (orang yg beriman
Bagi mendapatkan bibir yg menawan...
apabila berhubung dgn lelaki2 yg bkh mahrammu...
maksudnya:Barangsiapa yg beriman kpd Allah dn hari akhirat..maka hendaklah ia berkata yg baik ataupon diam...
Firman Allah:فلأ تخضعن بالقول فيطمع الذى فى قلبه مرض وقلن قولأ معروفا
Maksudnya:dan janganlah kamu merendahkan perkataanmu maka menyebabkan keinginan orang yg mempunyai penyakit di dlm hati mereka...
Bagi mendapatkan pipi pipi yg gebu...
-riwayat bukhari&muslim
Untuk kelihatan segar dan berseri...
Untuk membuang segala kekotoran dr mukamu...
insya allah ia akan membebaskanmu drpd dosa2 mu yg lepas...
Allah berfirman: أن الله يحب التوابين و يحب المتطهرين
Maksudnya: Sesungguhnya allah suka akan mereka yg b
Untuk mempunyai rambut serta kulit yg cantik....
sabda rasul: barang siapa yg mendedahkan di sebalik pakaiannya kpd selain suaminya,maka dia telah memecahkan perlindungan Allah terhadap dirinya-(Abu Dawud&Tarmizi)
Hiaskanlah tangan2mu dgn sifat rendah hati...
Dan untuk mempunyai otak yg cergas serta badan yg cerdas...
kpd orang yg sudah mengguris hatimu...
berterima kasihlah kpd Allah atas ujian tersebut...
Wahai Muslimah dn akhwat ...
Insya allah jika kamu mngikuti nasehat ini...
kamu pasti akan kelihatan indah,
indah rohani,indah jasmani...
indahlah hidup ini...
Wednesday, May 7, 2008
Siti yg Menjadi Impianku

Sebagai mana yg diketahui,bukanlah hanya seorang dua pompuan yg bernama siti kt dunia nih...berlambak giler...persoalannyer siti yg mana satukah yg dimaksudkan dgn tajuk di atas..??
Siti Nurhaliza..?? semestinyer bukan...
Siti Amaleena ..??OOOoo,tidak2....jauh sama sekali...
Cik Siti Wan Kembang...?? mungkin kot...hahaha...
abehtu..??siti maner yer..??nk tahu..?? lihat ape yg tertera di bawah ini...hehehe.....
1)Siti Khadijah
-merupakan isteri rasulullah yg pertama..isteri plg setia...x pernah jemu memberikan sokongan..di kala suami tersayang memerlukan seorang teman..rela mengorabankan segala kemewahan..
2)Siti Fatimah
-anak rasul yg tinggi pekertinya..sangat kasih dn syg serta setia kpd suaminya Ali walaupon miskin..Tidur hanya berbantalkan lengan Ali...
3)Siti Aisyah
-diakui sbgi isteri rasulullah yg plg romantik lg jiwang...sanggup berkongsi bekas minum nyer dgn rasulullah..dimana bekas nabi minum,disitulah die akan minum..dgn kedudukan yg sama..termasuk lah longitud dn latitud nyer...(penghormatan buat mllmh tercinta)
4)Siti Hajar
-Isteri nabi Ibrahim yg patuh kpd suami nyer dn suruhan Allah..Sanggup ditinggalkan oleh nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan..berjuang mencari air untuk memberi minum anaknyer Ismail...
5)Siti Maryam
-Wanita suci yg pndi menjaga kehormatan diri dn mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnyer dipilih oleh Allah untuk ditempatkan nabi Isa..
6)Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi iman nyer..(skali lg "bkn nurul iman" yer...) tidak gentar dgn ujian yg dihadapinyer..memillih syurga yg abadi drpd kemewahan firaun laknatullah yg duniawi...
7)Siti Aminah
-Wanita mulia yg rahim nyer dipilih sbgi menempatkan satu2nyer nabi yg diutus untuk seluruh ummat manusia..yg membawa rahmat ke seluruh alam...
8)Siti Muti'ah
-yg ni mungkin x berape famous mcm yg telah disebut kt atas2 tuh..tp tanpa kebykkan kiter tahu...isteri yg sanggup mnyediakan tongkat untuk suaminye memukul dirinye jika ade sebrg slah atau silap...selain itu,die juga berhias dn menunjukkan kecantikan nye hanya kpd suaminye shj....
yg nih yg last...ana dh kering otak dh memikirkan psl siti2 nih...kiter tgk yg ni pulak...
9)Siti Zubaidah
- Isteri KHalifah Harun Ar rasyid yg snggup membelanjakan seluruh harta nya utk membina terusan untk kegunaan org ramai...niat ikhlas hanya kerana allah...
Akhir sekali ....
الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطييبات للطييبين والطييبون للطييبات
(النور:الأية)26
"org pompuan yg jht untk org lelaki yg jht,dn org lelaki yg jht untk org pompuan yg jht...dn org pompuan yg baik untk org lelaki yg baik dn org lelaki yg baik untk org pompuan yg baik"
(surah an nur:ayat26)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, April 13, 2008
Amaran buat Nisa'
AMARAN BUATMU NISSA',
Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..
NISSA,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan mencolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,
NISSA,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa
*hmm..aritu keluhan, sekarang amaran plak..isy..isy..isy..biler lah kaum adam nk masuk plak ni..*
BACA SELANJUTNYA..
Friday, March 14, 2008
Keluhan buat Kaum Hawa'....
Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..
adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..
(bende ini tiade kene mengena dgn yg hidup atau yg mati ataupon yg hidup segan mati x mahu ..hehehe..tp untk org yg btol2 mahu mngambil manfaat..)
BACA SELANJUTNYA..
