Pertama2nya tak terlambat rasanya untuk mengucapkan Maaf Zahir & Batin kpd semua pembaca samaada yg mengenali diri yg hina atau tidak. Mana tahu, ade salah silap yg tak sengaja ataupun sengaja, samada yg korang tahu ataupun tak tahu, harap dapat maafkan begitu sahaja tanpa banyak soal.. Boleh kan? hehehe.. Saya takkan buat satu post semata2 untuk mengucap maaf sempena hari di mana orang Melayu berfoya2 ini.. Jadi, saya menulis di sini, menerbitkan satu entry untuk mencetuskan sesuatu..
Apabila raya nak datang, ramai orang bersebok2 nak mendapatkan baju raya tahun ni.. Ade yang tempah dengan tukang jahit, ade yang beli kat Mid Valley, ade gak yang dapat free daripada makcik2 yg rajin nak jahitkan baju raya untuk anak2 sedare.. Macam2 lah. Baju raya kononnya amat penting kalau nak raya, sehinggakan ancaman "nanti tak dapat baju raya tahun ni!" oleh ibubapa merupakan ancaman yang paling menakutkan bagi anak2, hatta pelajar yg umur pun kira dah nak PMR pun cuak. Haisyy.. mcam2..
Bagi anda, mungkin semua itu hanya biasa saja. Tapi, itu adalah benda yang paling pelik bagi saya yang sejujurnya tak ingat langsung bilakah kali terakhir saya mendapat "baju raya" secara rasmi. Apa yg saya pakai setiap tahun ialah apa yang saya pakai setiap malam pergi solat berjemaah.. Kalau bernasib baik, mungkin terjumpa dengan jubah2 abang2 yg terperusuk jauh ke dasar almari. Lalu, ringkas cerita, apa yg saya pakai setiap tahun ialah JUBAH.
Alasan "sunnah Nabi" memang kuat, tapi saya rasa tak semua orang boleh tertarik dengan alasan itu walaupun semua orang mengakuinya. Bahkan, ada yg sudah naik jelak dan bosan dengan prinsip yg diperjuangkan puak2 tabligh itu.. Lalu, kelebihan yg saya mahu nayatakan ini mungkin terkeluar daripada skop ini.
Saya mulakan dengan suasana hari raya yang menyaksikan orang ramai ziarah-menziarahi satu sama lain dengan sangat aktif dan tak terkawal mungkin. Lalu, tercetus satu masalah iaitu pergaulan lelaki perempuan, dan juga masalah PENJAGAAN MATA. Bukan yg perlu letak "eyemo" atau yg sewaktu dengannya.. Tapi "ghudul basar". Lebih daripada itu, perkara lain yang tidak terkawal ialah salam tangan lelaki dan perempuan, di mana masih ramai yg jahil murakkab lagi tentangnya.. Bagi mereka yg rasa mempunyai keluarga yang faham agama, mungkin boleh berasa lega. Tapi, anda mungkin juga berhadapan dengan orang yg anda tak kenal, tapi bertembung di satu rumah atas alasan "raya".. Lalu, tak mustahil seorang perempuan ajnabi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan anda..
Berbalik dengan pemakaian jubah itu tadi, ia merupakan satu penyelesaian terbaik bagi mereka yg tidak mempunyai sifat berani tegur dlm kebaikan secara fire dan direct. Bagaimana pula? baik......
Anda rasa jika anda berjubah, apatah lagi berserban, datang raya rumah orang, lalu org melihat, ade perempuan yg mahu bersalaman dengan anda? Jika anda terjumpa dengan situasi ini dan ade perempuan tetap mahu bersalaman dengan anda, laporkan pada saya. Itu jenis orang yg perlu fire secara direct saja.. Tapi, saya yakin tiada.. Lagi satu, anda akan rasa lebih terjaga, dan menjaga apabila memakai jubah.. Ini kerana, anda akan sentiasa menjaga mata, telinga, dan segala pancaindera kerana oleh imej yg anda bawa. Lalu, ia secara tidak langsung mendorong anda supaya menjaga diri anda sendiri..
Lantaklah, dipanggil ustaz konservatif, atau ketinggalan zaman, lapuk atau ekstrimis agama, saya punyai prinsip yang terkadang boleh membelakangkan budaya warisan bangsa. heh..... Anda juga perlu bersedia dengan umpatan dan kejian2 ini jika anda bercita2 mahu berjubah di hari raya.
(tapi, baru2 ni adik saya yang pakai tudung labuh pun ade budak lelakiyg menghulurkan tangan mahu bersalaman.. Nampaknya bagi wanita, anda perlu berpurdah terus kot, baru boleh.. hehehe)
BACA SELANJUTNYA..