Sunday, May 24, 2009

Aii..!! Susahnya..

Mulanya berkira2 mahu berehat, biarkan saja teratak biru ini bersawang. Tetapi otak diterjah2 pula oleh beberapa perkara yang rasanya membutuhkan untuk saya menulis lagi. Maka, dengan ini penulisan saya yang tak seberapa saya cuba sediakan untuk semua. Satu isu yg dulu amat kerap saya menulis tentangnya, namun dah lama rasanya saya tidak sentuh perkara ini.

Tidak lain tak bukan ianya ialah berkenaan dengan akhir Zaman. Zaman fitnah, dunia yang makin dekat menuju pengakhirannya. Macam2 perkara memeningkan kepala berlaku. Daripada orang atasan sehinggalah pencacai bawahan. Dengan gila kuasa, politik wang, dadah, rompak, ragut, mat alfateh rempit, rogol, dan macam2 lagi.

Bagi mereka yang tak pernah lagi, ataupun baru di Cetusan Minda ini, takpun mereka yg belum lagi membaca tulisanku berkenaan perkara sewaktu dengan ini, mungkinlah masih belum mengetahui punca2 berlakunya perkara ini. Bagi yg dah lama di sini pula, kalau masih termangu2 memikirkan punca semua ini, amatlah tidak wajarnya. Punca kepada semua kejadian2 akhir zaman ini ialah KETANDUSAN IMAN. Opp.. ade yang tak faham? Senang cerita kerana tidak berpegang teguh kepada Islam sepenuhnya. Sebab itu rahmat Allah tidak turun.

Dalilnya, Hadis Nabi:

"Seorang penzina tidak akan berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah seseorang meminum khamar ketika ia minum ia dalam keadaan beriman.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lalu bertanya lagi manusia, bagaimana iman seseorang itu boleh hilang? Dalam konteks akhir zaman ini, rasanya sesuai kalau saya sertakan satu lagi hadis:

"Iman dan malu itu dua perkara yang berkaitan. Sekirang hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah kedua2nya.."

Pokoknya di sini ialah malu. Hilangnya sifat malu dari diri kita. Sebagaimana dalam hadis yang lain mafhumnya(maaf, tak sertakan matannya), jika Allah mahu musnahkan sesuatu kaum itu, ia akan menarik sifat malu mereka dahulu. Mudah bukan? Itulah yg berlaku dalam persada dunia berorientasikan fitnah ini.

ISLAM DI ZAMAN FITNAH

Yang ini, saya mahu sekali lagi sertakan hadis Nabi:

"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"


Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (RIwayat Muslim)

Hadis ini jelas sekali bukan? Penerangan tentang satu benda yang memang secara lazimnya dapat kita perhatikan dalam suasana sekarang. Bayangkan saja, seorang yang lengkap berjubah, berserban, dengan janggut panjang masuk ke dalam sebuah pasaraya, ataupun masuk ke dalam KTM. Bagaimana rasanya.. asing bukan? Itulah antara ciri2 bahawa Islam sudah kembali asing, seperti mana yg tertera dalam hadis tadi. Bahkan turur asing dalam kalangan ummat islam sendiri. Tak percaya? Saya cabar anda pergi ke Midvalley dalam memakai kopiah saja sudah cukup. Ade berani? Jelas bukan? Keasingan itu amat terasa.

Tambahan pula bagi mereka yang bergelar muslimah. Satu yang amat sedih ingin saya katakan apabila melihat kehidupan mereka. Sangat sedih melihat mereka yang mahu berubah, dan mendapat tentangan. Lebih sedih lagi jika mereka terus berhenti daripada percubaan untuk berubah itu. Mudah2an tiada yg seperti itu.

Ada yang asalnya tidak pakai tudung, lalu cuba berubah untuk pakai tudung, dikatakan kene panah petir, lalu otak jadi terbalik, lalu pakailah tudung. Yang dari tudung bawal pendek tahap maut nak bertukar kepada tudung labuh, diperlinya "ustazah", alim gila nak mati, dan macam2 lagi. Bila fikir situasi ini, tiba2 ter're-call' balik satu hadis Nabi:

"Akan datang satu zaman yang mana seseorang itu berpegang kpd Islam ibarat mengenggam bara api" (Riwayat Tarmizi)

Maka, tak perlulah bersedih, hairan, pening2kan kepala memikirkan kenapa semua ini terjadi. Semuanya sudah disebut nabi. Tinggal perlu fikir saja apa yang perlu dibuat oleh segala2 gejala yang mendatang ini.

POSITIVE THINKING DAN REVERSE PHSYCOLOGY

Jangan berkerut sangat memandang sub tajuk di atas. Itu hanya gimik saja. Apa yang saya akan tuliskan adalah sesuatu yang sgt mudah untuk difahami. Ia adalah bagaimana seseorang itu perlu reaksi apabila ia berdepan dengan situasi yg telah disebut di atas. Anyway, mungkin tak berapa berkesan untuk perempuan kerana ana rasa perempuan lebih emosi (jgn marah, ianya fakta). Berlainan dengan lelaki yang boleh berkeadaan selambe dalam ape keadaan sekalipun keadaan itu memang berkehendak kepada keseriusan.

Bagi mereka yang dicaci2, diperli, dikutuk, dan macam2 lagi atas sebab cubaan anda ingin berubah, maka ketahuilah bahwa anda tidak perlu berasa sedih, berduka, dan yg sewaktu dengannya. Kenapa pula?

-Anda diperli dengan "weyh, ape ah ko ni 'alim sangat", ketahuilah bahwa itu bukanlah satu yang perlu dianggap sebagai kutukan atau perlian, malah itu adalah doa' untuk kita. Jadi, bergembiralah dan aminkanlah apa yg mereka katakan kerana doa' seorang rakan kpd rakannya yg lain adalah lebih mustajab berbanding doa' untuk diri sendiri. (meskipun jelas niatnya ialah untuk memerli)

-Jika anda dikutuk "fullamakk.. dah jadi Ustazah.." ataupun.. "woi, jage sikit cakap tuh.. Ade sutazah kt sini", ketahuilah juga, anda termasuk dalam golongan yg di atas tadi.

-Ataupun jika anda di caci, dicerca, dengan kata2 yg lain daripada yg di atas, ketahuilah bahwa anda sudah pun masuk dalam kalangan orang2 yang disebut oleh nabi dalam hadis2 yg telah saya nyatakan tadi. Maka, berbanggalah, kerana itu tanda2nya anda seorang mu'min sejati.

Kesimpulannya:

Biarlah apa pun mereka nak kata, sehebat manapun tentangan, dan sekeras manapun cacian kutukan yang dilontarkan kepada mereka ingatlah, semua itu tak lebih daripada hanya sekelumit daripada apa yang telah ditimpa oleh nabi dan para sahabat. Cuba banayang2kan kembali bagaimana Nabi berdakwah ke Ta'if, balik dalam keadaan bermandi darah, dilempar batu oleh budak2 hingusan yang sudah menunggu di jalanan. Ketika itu, Nabi masih boleh lagi mendo'akan hidayah untuk penduduk Ta'if. Menakjubkan. Bayangkan pula Bilal bin Rabah, yg dijemur panas terik matahari di tengah padang pasir. Seketul batu berada di atasnya. Arghh! tak sanggup aku.

Bila mereka disiksa, mengadulah mereka pda Nabi..

lihat firman Tuhan Al-Baqarah ayat 214..:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

Maksud:" Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak lagi ditimpakan ujian seberat umpama kaum2 sebelum kamu?..(ila akhir ayat)"

Lalu, di manakah kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? Sama2 muhasabah diri masing2..
BACA SELANJUTNYA..

Monday, May 18, 2009

Syukran Ya Murabbi!

Rasanya sudah dalam jangkaan, aku baru saja diam beberapa ketika. Pasti ramai yang mengagngap diri ini sibuk. Hehehe.. Cuma perasan sibuk saja. Keluar pula di shoutbox. Bunyinya seperti mendambakan tulisanku mengenai Hari Guru yang lepas sudah sabtu yang lalu. 16 Mei. Tarikh keramat setiap insan bergelar guru.

Sebelum memulai apa2, elok rasanya jika aku ana mengucapkan maaf kepada semua guru atas ketidak tulisan saya tentang guru. Harapnya, mana2 guru yang terasa, a'asiff jiddan, SORRY, minta maaf, (dan sebagainya lagi). Tapi, rasanya semuanya sudah dicoret oleh penggiat2 blog yang lain. Atas kata lainnya, tulisan ana yang ini tak lebih hanya sisa2 isi yang telah mereka2 yang lain kemukakan. Cumanya, yang mungkin lebih sedikit ialah, yang menulisnya ialah saya, bukan orang lain. Lalu, mereka yang menanti2 penulisan saya pasti mengharapkan sesuatu. Untuk tidak mengecewakan, dan sebagai memenuhi tuntutan seorang muslimin ke atas seorang muslimin yang lain , iaitu jika diminta diberi peringatan, maka hendaklah dia bagi, maka saya terbitkan penulisan hasil sisa2 isi yang tak terambil oleh blogger2 lain.

Mungkin ramai yang bertanya, "Awatnyer hang lambat sangat tulisa pasal guru. Hang sibuk ke apa? Tak sayang cikgu ek?". Begitulah lebih kurangnya hati2 anda berbicara. Bagi saya, tak salah rasanya saya menulis hari ini. Minggu depan pun tidak mengapa. Hatta, jika Allah tak kurniakan taufiq kepada saya langsung untuk menulis, mungkin tulisan saya terbit bulan depan pun saya tidak kesah.

Mengapa? Soalan yang rasanya ramai orang boleh menjawabnya lantaran penulisan2 blogger lain yang sering menerbitkan isi penting ini. Tak lain tak bukan, jawapannya ialah, "mengingati guru bukan sehari". Bahkan sebagaimana yang telah diteriakkan dalam penulisan2 yang bertebaran di alam maya ini, guru itu tidak wajar untuk hanya diperingati satu hari saja. Iaitu hanya pada 16 Mei setiap tahun. Mereka patut dihargai, dihormati, diingati, dan diSAYANGi setiap hari.

Timbul pula satu persoalan.. "Lalu, tidak wajarkah jika kita menyambut Hari Guru?"

Satu pertanyaan bernas yang bukan semua orang boleh menjawab dengan memuaskan hati si penanya. Malahan, apa yang akan saya tulis selepas ini pun saya tidak akan jamin semua orang akan berpuas hati sebagai persoalan kepada yang di atas.

Asalnya, ianya bukan satu persoalan yang asing di kalangan kita. Bahkan, hampir setiap kali perayaan menyambut hari2 tertentu soalan ini diangkat naik. Ini termasuklah ketika MaulidurRasul, yang mana perkataan Bid'ah oleh sesetengah pihak yang kononnya cuba membela kehormatan nabi. Maka dijawab pula oleh sesetengah pihak 'Bid'ah Hasanah. Entah yang jawab itu mengerti ataupun tidak akan frasa Bid'ah Hasanah itu. Yang penting, bukan MaulidurRasul yang ingin saya bahaskan.

Berbalik semula kepada Hari Guru. Rasanya tidak wajar jika kita menolak secara mutlak apa yang dikatakan sebagai Hari Guru. Apakah salah jika diletakkan satu hari istimewa kepada mereka2 yang telah banyak memberi utnjuk ajar kepada kita. Bukan bermakna hari2 lain kita lupakannya, cuma ada satu hari yang kita raikan penghoramatan, ingatan, dan kasih sayang kita kepada guru dengan suatu yang luar dari kebiasaan kita, contohnya memberi hadiah. Adakah ini bermakna kita melupakan guru pada hari2 lainnya? TIDAK sama sekali. Bahkan ini membuktikan yang hari2 lain juga kita mengingatinya. Masakan kita melontarkan kutukan2 pada hari lain, tapi tiba 16 Mei terus saja membelikan hadiah. Itu ajaib.

Maaf kepada mereka2 yang sebelum ini ada menulis tentang penghapusan Hari Guru. Saya rasa, cuba baca penulisan saya berulang kali agar dapat saya terjemahkan apa makna ari Guru bagi kami sebagai seorang yang masih bergelar pelajar kepada seorang yang telah banyak sangat berbakti kepada kami. Semoga segala2nya dapat terungkai kembali.

Namun sejujurnya, saya amat benci kepada mereka yang menunjukkan tanda hormat mereka hanya apabila tiba hari2 tertentu, yang mana dalam aspek ini ialah Hari Guru.Tapi, mereka pada hari lain amatlah mencaci2, memaki2, mengumpat, dan sebagainya lagi guru yang memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Nampak sangat satu kehipokritan di situ. CUba cari hari lain yang mana semua orang menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada guru mereka selain dari Hari Guru. Ada bukan? Itu ialah hari2 yang menuju kepada sesebuah peperiksaan besar, tak kira PMR, SPM, STPM, STAM, dan sebagainya. Lucu bukan? Itulah hakikat pelajar sekarang. Mungkin sebab itulah ada pihak yang mencadangkan "hapuskan Hari Guru!". lantangnya seperti tunjuk perasaan mansuhkan ISA.

Apa2pun, sebagai penutup untuk anda daripada saya, dengara2kanlah lagu yang anda jarang2 dengar, dan mungkin inilah kali pertama anda dengar. Seperti biasa, apabila saya ungkapkan lagu, itu tak termasuk langsung lagu2 selain nasyid, kerana nasyid itulah satu2nya lagu dalam kamus hidupku. Dengarkanlah.........


BACA SELANJUTNYA..

Saturday, May 9, 2009

Menyanggah Kesibukan- Bicara Imtihan

Hari ini kesihatanku agak terganggu. Mungkin terlalu penat dan aktif. Minggu ini, setiap hari sampai rumah ketika jam sudahpun melangkaui pukul 7. Nasib baik ada KTM, jika tidak mungkin aku terpaksa menyusahkan 'orang lain' untuk meredah kesesakan lalulintas yang boleh dikatakan mencapai tahap maksima.

Walaupun begitu, tangunggjawab dan hak kepada pembaca2 blog ini tidak ditinggalkan begitu saja. Meskipun kesihatan ternagnggu, kuperah juga kepala otak untuk mengeluarkan yang terbaik untuk pembaca. Tiba2 saja teringat satu perkara yang akan diadakan pada minggu depan saja...

IMTIHAN! ya.. dalam kesibukan, boleh saja kulupa akan imtihan yang dari awal tahun sudah mengintai, dan kali ini dia menjengah dengan lebih lagi sebelum datangnya imtihan yang lebih besar.

Bercakap tentang imtihan, memang diri ini sudah banyak membicarakan tentangnya.Cumanya, kali ini, ana cuba tajdid kembali penulisan ana tentang imtihan yang lepas. Imtihan.. setiap kali dia datang bawa dengan seribu pengalaman dan pengajaran yang bertambah2..

Hadis Nabi:من كان يريد الدنيا فعليه بالعلم ومن كان يريد الأخيرة فعليه بالعلم و من كان يريدهما معا فعليه بالعلم

Maksud:" Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan, siapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka keatasnya ilmu"

Lagi: طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksud: "Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim."

Maka jelas di sini, sebagai sebuah agama yang mementingkan fitrah kebaikan, agama yang syumul, holistik, dan sempurna, Islam amatlah menggalakkan ummatnya menimba ilmu. Seperti mana yang telah kita lihat dengan dua buah hadis di atas, cukup jadi bukti. Meskipun berlambak lagi hadis, bahkan ayat Qur'an yang mengangkat tinggi darjat ilmu.

Apabila dikatakan Islam menggalakkan ilmu, bagaimana pula situasinya dengan orang yang malas belajar, dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Senang saja, dia telah berpandangan serong dengan prinsip dan konsep Islam.

Hadis: اءن الله يحب اءذا عمل عملا أن يتقنه
Maksud: "Sesungguhnya, Allah suka akan apabila sesuatu amalam dikerjakan, ia dilakukan bersungguh2"

Jadi, sebagai bukti kesungguhan kita belajar setelah sekian lama, maka wujudlah satu perkara yang memang agak tidak digemari oleh segelintir manusia yang bergelar pelajar. (Oh! mungkin juga termasuk). Oleh itu, buktikanlah sejauh mana kita mengamalkan hadis Nabi ini dengan mengaplikasikannya dalam menuntut ilmu.

PERIKSA KECIK vs PERIKSA BESAR

Terkadang, kita terlalu mengecikkan skop. Apabila disebut periksa, terbayang kertas2 yang mengadungi soalan2 yang boleh memecahkan urat2 saraf dalam otak, takpun kertas pilihan OMR yang tinggal mahu hitamkan saja. Dan, apabila terbanyangkan semua itu, semua orang pun berlari menerkam buku masing2 untuk mengulangkaji dan menela'ah supaya tak GAGAL dalam periksa itu. Sangat takut gamaknya. Namun, bagaiamana pula dengan periksa yang berganda2 lebih besar?

Firman Allah:
كل نفس ذاءقة الموت

Maksud:"setiap yg bernyawa psti akan mati...."

Lagi Firman Allah:
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد

Maksud:"tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...(yg mencatat setiap perkataan yg keluar daripada mulut manusia)"

Jadi, bagaimana? Jelas bukan? Periksa yang digambarkan di atas tadi hanyalah sekecil2 periksa saja, yang mana tidak ke mana sanagtpun jika mendapat terbaik, dan juga tidak kecewa mana pun (bagi org2 yang faham Islam) jika tidak mendapat yang terbaik. Itu semuanya tak menjanjikan kehidupan yang bahagia. Mungkin juga di dunia, jika dapat belajar tinggi2, result bagus, dapat kerja baik punya, dan hidup pun mewah tak terkata.. Tapi, untuk mendapat yang kekal abadi punya, mahu cari di mana? Bagaimana mahu mendapatkannya?

Jawapannya, ialah dengan membuat yang amat,amat,amat terbaik dalam periksa yang paling besar. Periksa yang mana, tak boleh lagi repeat2 jika dan tersalah langkah. periksa yang mana, yang menandanya bukanlah seorang guru yang boleh dibodek2 untuk belas kasihan. Periksa yang mana, bukan hanya dua,tiga jam sahaja.. tetapi seumur hidup. Yang mana, result baginya hanyalah diadapati setelah kebangkitan kita yang kedua.


DUA DALAM SATU, KECIK DAN BESAR

Jadi, bagaimana pula dengan periksa dunia tadi? Adakah biarkan saja failed dengan alasan ianya tak membawa kemana pun. Jika berjaya dalam periksa yang amat2 besar sudah cukup bagus. Mungkin ada juga yang bertanya "bagaimana pula mahu tumpukan dua periksa yang mana, dimensinya amatlah berbeza sama sekali. Susah bukan?"

Senang saja..

الدرس هو الطاعة الله
*"Belajar itu ialah ketaatan kepada Allah"

Di atas bukanlah hadis nabi, jauh sekali kalam Tuhan yg Mulia. Tetapi, ia adalah jawapan daripada seorang Syeikh kepada seorang Akh di Mesir, tatkala di minta syeikh tersebut memberikannya motiasi. RIngkas, tapi penuh dengan hikmah.

Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...

Wallahua'lam...

*Tajdid daripada ini dan ini


BACA SELANJUTNYA..

Sunday, May 3, 2009

Tersingkapnya 'Kekurang Bijakan'

Saya rasa berat lagi untuk mengupdate blog ketika masih dalam keadaan 'perasan sibuk'. Namun, terdapat beberapa perkara yang 'kelakar' bagiku saya yang membuatkan saya teruja untuk mengupdate blog kali ini. Gapo?

Teringat dahulu, tatkala menikmati kemanisan tarbiyyatul Islam, satu soalan dilontarkan kepada yang berhak menjawab, "Apakah tanda2 yang menunjukkan kita ini 'bergerak'..?" (bergerak dlm erti kata menyampai ataupun dakwah dlm bahasa Arab).

Lalu, jawablah yang ditanya itu, "Tanda2nya ialah, akan ada orang yang menyukaimu atas satu sebab, dan juga akan da orang yang membenci kamu, atas SEBAB YANG SAMA.."

Jawapan ini saya pegang sehingga kini, dan Insya Allah sampai bila2.. Termasuklah dalam aspek pembikinan blog ini yang tak lari dari 'menyampaikan' itu sendiri. Dek kerna sedar "من قال لاء اءله الا الله فهو داعي ".. Cumanya tahap saja yang berlainan. Jika rasa sudahpun bersedia untuk membahas perkara2 berat dengan ilmu dan kefahaman yang mantap dan padat, silakanlah.. Dan, oleh sebab itu, aku mulalah bergerak, dan alam masa yang sama tercari2 bukti yang mana menjadi kayu pengukur sejauh mana saya telah bergerak.

Semestinya jalan yang dilalui bukanlah mudah. Terkenang waktu Ar-Rasul dulu. Memang tak dapat nak bayangkan, sedangkan 'orang sekarang' senang sahaja duduk menghadap komputer di dalam bilik berkipas angin, menekan2 papan kekunci, menunggu dan menjawab komen, kemudian go on..begitulah.. Senangnya orang sekarang melabelkan dirinya sebagai pendakwah, siap boleh melenting lagi jika direndah2kan label mereka sebagai pendakwah. Kononnya sudah cukup baik..

Berbalik kepada kayu pengukur yang membuktikan saya berjaya bergerak dengan blog ini.. Memang maklum, ramai sudah yang memberi kata2 semangat.. Alhamdulillah, satu bukti muncul sudah, namun bimbang juga jika ianya terlebih. Jika hanya ada satu bukti, ianya tidak cukup untuk membuktikan apa yang saya mahu dari blog ini. Jika mahu orang suka, senang aja bukan? Ini yang menjadi kebimbanganku saban hari, takut kesesatan qasad dan niat mempengaruhi reaksi luaran daripada orang. Bimbang ia hanya satu mainan Syaitan L.A yang mempengaruh.. Banyak sudah saya terjerumus dengan mainannya sebelum aku wujudkan blog ini. Minta2 dijauhkan dari terjatuh lagi.

Akhirnya terjumpa juga! Inilah yang kunanti2kn sebenarnya.. bertepatan dengan "....dan ada orang yang akan membencimu dengan SEBAB YANG SAMA orang menyukaimu" Kritikan2 ilmiah tidak boleh dilabelkan dengan ini kerana ianya jelas bukan atas sebab benci, cumanya mahu ku menjadi lebih baik. Ini membuktikan 'menyukai'. Bak kata orang tua, "marah tanda sayang". Tapi, ini jelas perasaan benci itu timbul.

Mungkin kata orang, "hang tak marah ke tengok dia mengutuk2 sambil membela2 pihak dirinya.." lalu aku pun jawab, "Nak marah buat apa, aku gelak je baca komennya.." dan saya percaya ramai antara anda2 yang memahami Islam berlainan dari kacamatanya akan turut gelak sama.. Melucukan bukan? Mungkin bagi anda, ianya suatu yang remeh, namun bagi saya, ianya membuktikan satu kayu ukur kepada kesan penulisan sya kepada masyarakat yang saya kira sudah cukup baik dan berpuas hati, cumanya sudah tentu banyak yang perlu dibaiki.

Meskipun begitu, saya melihat ada perkara lain yang boleh saya ulas dan dikongsi bersama pembaca2 yang lain setelah melihat laman yang dikira 'melancakan serangan' kepadaku secara sembunyi2 itu.

1.PRINSIP HEDONISME YANG MASIH KABUR PADA MASYARAKAT

Sebelum saya mengajak anda berfikir lebih jauh, saya sarankan dulu menjenguk ke post2 yang berkaitan dulu seperti Media Massa vs Cara Hidup Islam,Serangan Ketenteraan vs Serangan Pemikiran, dan lain2 yg sewaktu dengannya..

Mudah bukan? Jika ia menolak penulisan saya hanya kerana saya mengatakan tentang agenda2 perosak keimanan remaja, sudah tentu dia akan menolak 200% penulisan saya yang lain berkaitan Hedonisme.. Memang jelas, ramai yang masih tak faham konsep hedonisme itu sendiri.. Tak payah jauh2 membahaskan tentang Hedonisme kpd orang seperti ini. Padahal halal dan haram sendiri tidak tahu.. Berat..berat..berat.. parah benor le gamaknye!


2.PERASAAN TAKSUB IDOLA.

Yang ini, memang sudah jelas.. Melenting sungguh dia tatkala saya sentuh tentang kerosakan iman remaja sekarang dan kebetulan secara tidak sengaja saya memilih untuk meletakkan gambar tersebut (yang ada paa entry nya juga) yang ada tulisan Siti Nurhaliza Tour, yang mana tertulis di atasnya "Agen2 Perosak Remaja Islam" yang telah saya ambil dari mana, saya pun sudah lupa.. Memberontak sungguh dia..

Padahal, tiada pun saya tulis perkataan 'Dato' Siti Nurhaliza' dalam entry saya itu dan entry saya memang keseluruhannya mengupas tentang realiti remaja sekarang yang imannya keluar-masuk dari hati.. Dan saya tiada langsung menyentuh tentang individu2, apatah lagi Siti Nurhaliza. Bagi saya, pembaca2 juga tak terperasan akan gambar itu bukan? Saya juga tidak terperasan..

Dan, kerana gambar itu, dia menolak penulisan saya yang telah saya cuba seboleh2nya membentuk ayat2 yang mudah diterima dan difahami oleh pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat, dan ramai yg memberi komen positif, termasuk mereka yang lalai sebelum ini.. Tapi, ketaksuban kepada Dato' Siti semata2 telah menjadi penghalang kepadanya untuk menerima mesej harmoni yang ingin saya sampaikan.. Ai.. Taksub..Taksub..


3.BERMAIN2 DENGAN KONSEP IMAN.

Untuk ini, rasanya wajar jika saya copy sedikit ayat dari blognya yang untuk membuktikan apa yang saya faham dari ayat itu..

"Why?!!!... Dato'CT dh mnyesatkn kamu ker?!(jawab!!!)... Klu yer pon tentulah diri sendiri salah!... Mna perginya iman tu?!!!... Aqu nie peminat no.1 die tp aqu cm biaser gak baek jaa!"

Baik, di sini ada berapa point penting dalam tulisannya yang saya mahu highlightkan..

1.Katanya, saya salah kerana berkata Dato' Siti menyesatkan saya.
2.Oleh kerana dia sudah mengagak jawapan saya, dia pun membuat andaian lagi, katanya oleh itu, saya sekarang sudah sesat dan saya tulis entry tentang bende itu sudah tentu salah kerana saya tulis dlm keadaan masih disesatkan.
3.Oleh kerana itu, dia membuat kesimpulan awal, saya tiada Iman..
4.Dan, dia juga membangkang yg Dato' Siti perosak keimanan remaja dengan mengatakan yang dia masih 'baik' walaupun peminat no1 Siti. Dalam erti kata lain, dia IMANNYA MASIH SIHAT DAN TIDAK ROSAK.

Oleh karana dia menyoal, maka saya berhak menjawab bukan? Jadi, ini jawapan..

1.Ada saya kata Dato' Siti menyesatkan saya ke? Seperti yg saya katakan, saya hanya meletakkan gambar umum tanpa menekankan yang Siti itu menyestkan. Tuduhan itu juga amat berat untuk seorang Muslim kepada Muslim yang lain dan saya tidak pernah menulis sebegitu pun.
2.Jika saya sesat, saya tidak akan tulis entry sebegitu..
3.Kemana perginya Iman saya? Rasanya jika kamu baca sendiri lebih bagus bukan?
4.Lihat saja blog kamu. Indah bukan? Dengan gambar2 artis Malysia yang lain selain Siti. Jika kamu letak gambar Siti yang sopan bertudung dan mungkin berselendang nipis sahaja tak mengapa, boleh lagi bersangka baik. Tapi, bagaimana dengan pakaian2 artis wanita lain yang terdapat di blog kamu?

Firman Tuhan:"قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ "

Maksud: "dan katakanlah kepada orang2 mu'min, tundukkanlah pandangan mereka (kpd wanita ajnabi*bukan mahram) dan jagalah kemaluan mereka.. Itu dalah lebih suci bagi mereka dan Allah itu menegtahui apa yang baik bagi kamu"
(An-Nur30)

Senang bukan? Bagaimana?

4.MUDAHNYA MENJADI BAIK

Untuk kali ini juga, saya rasa perlu untuk copy sekali lagi.. hehehe.. maaflah.
Tulisannya yang berbunyi begini..

"Betulka Dato'CT pon perosak Keimanan Remaja Islam?... Astagfirullah!!!!... Artis yg bnyk kali mngerja Umrah & suda mnjadi Hajjah dikatanya sperti itu?"

Senang bukan? Sudah mengerjakan umrah, lalu dikatakan beragama.. Sudah bergelar hajjah, lalu sudah terlampau baik gamaknya.. Namun, adakah itu semua semata2 kayu pengukur kepada baik buruknya seseorang? Berapa ramai sudah artis yang mengerjakan umrah/haji? Namun, berapa kerat sangatkah yang tampil dengan perubahan selepas itu?

5.TERSINGKAPNYA REALITI UMMAT

Begitulah akhirnya, tersingkap sudah realiti ummat.. Bagaimana jika ummat seperti ini yang kita harapkan suatu hari nanti untuk membangunkan Islam di persada dunia.? Pada awalnya, saya ingatkan hanya sedikit orang yang tergamak mengeluarkan kata2 kesat kepada mereka yang mahu meneylamatkan agama, mungkin juga hanya seorang, iaitu dia sndiri yang tergamak, tapi, byk pula komen yang menyokong.. pelik bukan?

----------------------------------------

Dan last sekali, andailah 'mereka2' ataupun dia sendiri yang membuka blog ini, lalu hati bagai ditoreh oleh pisau penoreh getah disebabkan tulisan2ku yang di atas, ketahuilah pandanganku tentang Siti..

Dato' Siti Nurhaliza sememangnya boleh dikatakan seorang artis yang 'boleh tahan jugak' selepas pemergiannya mengerjakan haji. Katanya dia akan pakai tudung dengan konsisten suatu hari nanti.. Aku masih menanti..

Baru2 ini, dia pergi melawat Tok Guru Nik Aziz.. Alhamdulillah, harap2nya dia menjadi batu loncatan ke arah yg lebih baik..

NAMUN!, aku masih menentang konsep Hedonisme nya jika dia masih lagi membawa imej tersebut dan walaupun ketika itu dia melawat Dr. Yusuf Al-Qardhawi sekalipun, dan dengan imej bertudung terus melontar lenggokan suara mainan Syaitan, AKU MENENTANG!


BACA SELANJUTNYA..