Saturday, March 20, 2010

Jarum2 Syirik berdekatan anda..

Alhamdulillah, saya diizinkan kembali menulis di teratak biru ini dengan tajuk yang sensitif. Syirik, betulkah kita sensitif dengannya? Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan antara kita langsung tidak peka kepada perkara2 yg boleh menjerumuskan diri kepada syirik, malah kini, syirik jali (syirik terang2an) sudah tidak dipandang berat oleh kita.. Jika anda mahukan bukti, boleh teruskan membaca.

Saya mulakan dengan hadis yg dianggap Sahih oleh Imam Al-Hakim,

"Mereka yg bertemu tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa2 yang dikatakan oleh tukang ramal itu , sesungguhnya dia telah kafir ke atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad."
(Riwayat Hakim)

Terus terang saya katakan, kemajuan teknologi zaman ini memudahkan lagi orang Islam untuk mensyirikkan Allah. Tidak perlu lagi menuju ke rumah tukang2 ramal ataupun pondok2 bomoh untuk membuat ramalan. Kini, anda boleh periksa "nasib baik" yang anda boleh dapat untuk setiap hari.....



Eh! silap gambar pulak.. Yang bawah ni baru betul..


(klik gambar untuk lebih jelas)

Lagi2 syirik....


Lagi Hadis Nabi:

"Sesiapa yang mendatangi 'arraaf (tukang ramal) dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak akan diterima solatnya 40 hari." (Riwayat Muslim)

Saya rasa tak perlu saya membebel panjang.. Sebelum ini juga saya telah menulis tentang bukumuka a.k.a Facebook ini.. Jadi, untuk kali ini, biarkan hadis dan gambar2 yang berkata2. Cukup bagi mereka yang sensitif hatinya dengan agama. Sesungguhnya, orang beriman itu apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka.

Jika anda sayangi rakan2 anda, selamatkanlah mereka daripada bahaya2 jarum syirik ini.. Jika mereka hanya ketawakan anda seraya berkata, "hek leh.. ni orang saje je main2 suka2.. bukannya percaya pun..", ketahuilah.. hanya satu yang saya mahu katakan.. ITULAH KESAN FACEBOOK..

Seperi juga senapang, satu benda yang amat berbahaya, tetapi boleh digunakan untuk membantu agama Allah.. Tetapi, jika tak pandai gunakan, lalu tertembak diri sendiri, apalah gunanya?

"Saya hanya akan pegang senapang apabila saya betul2 yakin saya tak akan tertembak diri sendiri"

BACA SELANJUTNYA..