Monday, June 30, 2008

Hijab/Purdah....Wajib ker..?



Sejurusnya terbit post ana tentang Muslimah dan Gambar ,timbullah satu persoalan dari saudara ibnu sanusi di shoutbox "bagaimana pulak hukum purdah..?" Ditambah pula dengan komen susulan daripada Saudara Ahmad Aminuddin yg mengatakan purdah itu wajib terutamanya pada zaman fitnah sekarang.....maka ini memaksa serta mendorong ana untuk mencari hujah2 yg sahih serta pendapat ulama' antara yg mewajibkan dan tidak mewajibkan....



Maka ana terdorong untuk berkongsi hujah2 mereka yg tidak kurang hebat nya antara satu sama lain........Pertama sekali ana ingin katakan bahawa ana bukanlah org yg layak untuk berhujah tentang ini... disebabkan itu ana mengambil hujah2 ini drpd ulama' yg muktabar ...
Mari kita lihat satu persatu dulu dengan bermula dari dalil yg x mewajibkan....


DALIL YANG TIDAK MEWAJIBKAN

1. Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya:dan janganlah kamu pamerkan perhiasan kamu kecuali apa yg zahir drpdnya..

Ibnu Abbas berkata di sini yg dimaksudkan dgn apa yang zahir ialah muka dan tapak tangan
tetapi pendapat ini disangkal oleh Syeikh Musthafa Al-Adhawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'

2. Firman Allah: قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظ فروجهم

maksudnya: dan katakanlah kpd org mu'min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka....

Ayat ini menunjukkan bahwa ada sesuatu pada wanita yg mungkin dibolehkan untuk dibuka yg pada masa yg sama dilarang dilihat oleh lelaki.

ia juga dikuatkan dengan beberapa hadis antaranya:
"Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana engkau berhak pada pandangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua..

3. Hadis nabi:

Dari Aisyah R.A bahwa Asma' bintu Abu bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis, maka Rasullah berpaling drpdnya dan berkata,: Wahai Asma', jika seseorang wanita itu telah mendapat haidh (baligh) , maka tidak patut terlihat drnya kecuali ini dan ini ( Rasulullah menunjuk kpd tapak tangan dan muka)

4.Hadis nabi:

Rasulullah berjalan bersama Al-Fadhl bin Abbas, kemudian ia berhenti untuk memberi periungatan kpd org ramai... ketika itu datanglah seorang wanita yg cantik dari suku Khats'am meminta fatwa dr Rasulullah. Maka terlihatlah Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona ia. Nabi melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam , tetapi dia tetap memandang ke arah wanita tersebut. Maka Rsulullah pun berundur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl dan memalingkan wajah Al-Fadhl...

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd org ramai....

Ini hanyalah sebahagian hujah drpd 18 hujah sahih drpd ulama'. Baiklah... mari kita lihat kpd hujah yg mewajibkannya........




HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.........


2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...

Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....


3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......


Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

.5.Firman Allah (sorilah... dh malas nk tulis arab):
"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman


6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"


7. Aisyah berkata: " jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini....

Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi
2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz
3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
4.Syaik Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah
5.Syaikh Bakar Abu Zaid
6.Syaikh Musthafa Al-Adhawi
dan lain2 lagi.........



KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.

-Seperti yg telah dikatakan oleh Saudara Ahmad Aminuddin dlm shoutbox dulu, sekarang sudah masuk apa yg dikatakan sebagai zaman fitnah. Maka seharusnya para muslimah terdorong untuk mengenakan purdah ke atas wajahnya demi kebaikan dirinya dan seluruh ummat islam.

-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah:
بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."

maka, apa salahnya kita menjadi sebagai prg yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa' drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada dalil yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib. ~wallahu a'alam~

BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, June 24, 2008

Mesti Ambil Tahu

alhamdulillah.. bertemu kembali dalam kehangatan Euro 08.. setelah lama tidak diusik blog ini akhirnya ana dapat juga sesuatu yang dpt dikongsikan bersama...

Dalam suasana Euro 08 ini, pastinya ramai yang mengikuti perkembangan kejuaraan tersebut...
Dalam masa yang sama ana rasa ramai juga yang selalu mengekori berita tentang artis2, gosip2 terkini, dan macam2 lagi... jika ditanya orang, "Siapa yang layak ke separuh akhir Euro..?" pastinya hampir semua orang akan menjawab dengan tepat sekali iaitu Turki,Jerman,Spain dan Russia...

Tetapi, bila ditanya soalan " Berapa orngkah pejuang Palestin yang Syahid pada minggu ini..?"... ana rase tiada siapa yang dpt mnjwb dgn satu jwpn yg meyakinkan.. Di sini dapat kita lihat perangai ummat islam zaman sekarang....

ana ingin tekankan sebuah hadis di sini..(sorilah.. malas lak nk tulis dlm base arab):
" sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang islam, maka mereka bukan dari kalangannya"..

jadi, di manakah peranan kita sebagai org muslim ketika ini..? dimanakah keimanan kita...? sejauh manakah tahap keimanan kita..? dan yg plg mengerikan, adakah kita dikategorikan sebagai orang yg beriman..? dlm keadaan hanya mengambil tahu tentang gosip2 terkini artis tempatan, adakaha begitu yg dikatakan sbgi seorang muslim..? jika betul apa yg ana katakan nmpknya mmg sudah berjaya jarum yg Yahudi telah masukkan dlm pemikirn kita ketika ini...

jika dilihat pada zhohir hadis tersebut, kita ini nmpknya tidak beriman lah..? na'uzubillahi min zalik.. minta dijauhkan dari yg sedemikian.... nmpknya kita bernasib baik kerana hampir kesemua Ulama' hadis sepakat mengatakan bukanlah dibatalkan keimanan seseorang jika tidak mengambil tahu, cuma kesempurnaan iman sahaja.... tetapi adakah kita mahu kecacatan iman..? masya allah jika ada yg berpendapat begitu...

Jadi, apa yg perlu kita lakukan sekarang...?

kita mesti AMBIL TAHU tentang masalh ummat islam... jika tanganmu itu ringan untuk menyemak kotak emel setiap hari, melihat komen2 terbaru pada homepage friendster, sanggup membuka laman2 web artis terkini untuk mengetahui perkembanganbterbaru, rajin membuka laman2 web bola sepak untuk melihat kemajuan pasukan pilihan......... MENGAPAKAH KITA TIDAK RINGAN2KAN TANGAN KITA UNTUK MELIHAT TENTANG BERITA2 SAUDARA KITA DI NEGARA LAIN..? Insaflah wahai pemuda2 sekalian...

Yahudi hanya duduk lepak di pejabat mereka sambil melihat kita di Malaysia melayan agenda2 yang telah mereka sediakan kpd kita dalam masa yg sama saudara kita di negara lain mengerang kesakitan.. kita di Malaysia hanya tahu Hiburan...Hiburan..Hiburan.........




SAMPAI BILA MAHU MELIHAT SAUDARA KITA DI PALESTIN MENJERIT2 MEMINTA DIKASIHANI..? SAMPAI BILA..?

Sedarlah ummat islam di Malaysia... tiada salah mahu mengikuti perkembangan bola sepak.. tetapi berpada2lah... namun, mmg menjadi suatu kesalahan dan dosa jika mengambil tahu gosip2 artis terkini.... itu mmg sudah jelas...

Bagi mereka yg malas sgt nk buka web2 berita kesengsaraan saudara di Palestin mungkin boleh membacanya di bhgian tepi blog, di atas shoutbox.. ana telah sediakan kerana ana tahu perngai ummat zaman sekarang.. namun begitu, sampai bila hanya membaca tajuk sahaja..? kalo bola nk pulak baca penuh.. kalo psl artis nk pulak bace sampi habes sambil menghayati.. tetapi perkara yg berkaitan agama..? baca tajuk saja..?

Tahukah anda sebuah Masjid di China diruntuhkan oleh pihak pemerintah dan AJK nya dituduh sebagai pengganas..?

Tahukah anda seorang muslim di Amerika yang sepatutnya menerima penghargaan menjadi sukarelawan dan menyumbang dana dlm usaha bantuan kemanusiaan dibatalkan penghargaannya atas sebab tidak mahu bersalaman dengan pemberi hadiah kerana pemberi hadiahnya adalah seorang wanita.....?

Tahukah anda semua itu..? Kenapa tidak tahu..? Bukankah anda orang islam..? Bagaimana tidak boleh tahu masalah orang silam yang lain.. padhal dlm hadis yg di atas sudah ditekankan perlunya ambil berat...?

kita mesti AMBIL TAHU tentang masalh ummat islam... jika tanganmu itu ringan untuk menyemak kotak emel setiap hari, melihat komen2 terbaru pada homepage friendster, sanggup membuka laman2 web artis terkini untuk mengetahui perkembanganbterbaru, rajin membuka laman2 web bola sepak untuk melihat kemajuan pasukan pilihan......... MENGAPAKAH KITA TIDAK RINGAN2KAN TANGAN KITA UNTUK MELIHAT TENTANG BERITA2 SAUDARA KITA DI NEGARA LAIN..? Insaflah wahai pemuda2 sekalian...


(Tahukah anda bahawa pemain utama dalan pasukan bola sepak Turkey iaitu Nihat Kahveci, San;li Tuncay, Turan Arda dan Emre tidak dpt bermain ketika perlawanan separuh akhir Euro 08 menentang Germany nanti..? Ini bermakna Turkey terpaksa bergantung kpd Semih Senturk semata2... serta doa' kpd Allah...Moga2 Allah membantu agamanya...)* ini pun termasuk dlm masalah ummat islam juga..hehehe..............* BACA SELANJUTNYA..

Thursday, June 19, 2008

Majulah Bola untuk Islam...!!

Kali ini ana ingin merehatkan seidkit minda dgn post yg agak santai.. hahhaha...

demam euro sedang hangat skarang... ramai yg pergi ke sekolah hanya untuk membincangkan tentang perlawanan malam td.. namun begitu, ramai juga yg dpt manfaat drpd tournament ini..

Seperti yg diketahui oleh sebahagian org, Euro dan bola sepak yg lain adalah antara satu agenda Yahudi dlm mahu 1merosakkan org Islam... tetapi, tidak salah untuk menonton serta melayan perkara nih.... ini kerana ia tidaklah dijatuhkan hukun haram pd awalnya, seperti agenda2 yg lain seperti AF dan mcm2 lg yg sudah jelas hukum haramnya ... manakala dm perkara ini ianya mungkin boleh jatuh hukum haram ke atas sesetengah individu yg mungkin menyebabkan dia meninggalkan solat subuh , dan mcm2 lg... yg pntg sekarang tidak salah untuk sekadar menonton.... tetapi hendaklah ingat ia adalah salah satu drpd agenda Yahudi dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai perkara yg penting dlm hidup....

Selain itu ia juga boleh dijadikan manfaat bg org lain sperti senang untuk bangun tahajud,.. walaupon ana sedar mungkiin hanya 1:20 drpd mereka yg menonton Euro...
Sekali lg ana ingin nyatakan bola juga antara agenda Yahudi, jd untuk melihatnya hendaklah sentiasa menanam dlm otak" ini agenda Yahudi"... Ana berasa hendak ketawa apabila teringatkan ketika ana menyoal sahabat ana "anta tgh buat aper tuh..?"
jwb kawan ana: "ana tengah melihat tarbiyyah Yahudi"

jelas di sini bola sepak bknlah agenda Yahudi yg amat berkesan, hatta agenda ini sebenarnya kita boleh manipulasikan menjadi suatu yg positif bg ummat islam...
Antara yg ana ingin sebutkan ialah tajuk di atas.... (td baru mukaddimah jek)

Ramai yg tidak tahu bahawa bilangan pemain bola yg muslim amatlah byk drpd mereka yg popular... Sehingga boleh mencipta satu line up untuk satu match... Lebih membanggakan lg ada di antara mereka yg menukar agama atas dorongan rakan sepasukan sendiri...


Mari kita lihat satu persatu posisi....

GOALKEEPER/PENJAGA GOL

12. Rami Shaaban

No Jersi: 12
Posisi: Pengaja Gol
Tarikh Lahir : 3 Oktober 1981
Negara: Sweden (Berk
eturunan Mesir)

Rami Shaaban bermain dengan baik di peringkat kelayakan EURO 08 dengan hanya melepaskan 2 gol daripada 4 perlawanan. Berketurunan Mesir daripada sebelah bapa, Rami Shaaban memulakan karier bersama kelab Zamalek, ketika masih menuntut di Universiti di Kaherah. kemudiannya, menyambung karier di kelab bahagian dua liga Sweden, FC Nacka sebelum berpindah ke kelab Djurgarden. Seterusnya, berpindah ke kelab Arsenal pada tahun 2002. Kini, Rami Shaaban bermain dengan kelab Hammarby.


DEFFEDNDER/PERTAHANAN

-Keutamaan dberikan kpd mereka yg membuat penampilan pd Euro08 kali ni.. dgn meletakkan Khalid Bouhlarouz di bhgn kanan dan Abidal di kiri... pastinya pertahanan Muslim kali ni lebih mantap.. lebih2 lagi gandingan Thuram dan Toure di tengah.. pastinya sukar untuk ditembuusi oleh sesiapa pun...


21. Khalid Boulahrouz

No Jersi: 21

Posisi: Bek Kanan / Bek Tengah
Tarikh Lahir: 28 Disember 1981
Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)

Merupakan pemain yang terakhir digugurkan oleh Marco Van Basten, tetapi mendapat panggilan semula ke dalam skuad selepas Ryan Babel manarik diri akibat kecederaan. Memulakan karier profesional di kelab RKC Waalwijk di bawah kendalian jurulatih, Martin Jol. Bermain dalam kesebelasan utama Belanda pada Piala Dunia 2006, tetapi telah dibuang padang ketika bertemu dengan Portugal. Boulahrouz menyertai Chelsea selepas Kejohana Piala Dunia tetapi tidak mendapat tempat dalam kesebalasan utama dan telah dipinjam ke kelab Sevilla. Malangnya, Boulahrouz telah mengalami kecederaan serius pada bulan November yang mengakibatkan musimnya telah berakhir.


Kolo Habib Toure

Posisi:Bek tengah/kanan
Tarikh lahir:19Mac 19
Negara:Ivory Coast

Seorang pertahanan yg kecil tp mantap... bermain dgn kelab Arsenal yg mempunyai byk pemain Islam.. Toure dikategorikan sebagai "practising islam" iaitu mempraktikkan islam dlm hidup.. Membantu negaranya ke semi final African Cup2008... Adiknya Yaya Toure juga seorang muslim yg bagus.. bermain untuk kelab Barcelona....

10. Lilian Thuram

No Jersi: 15
Posisi: Pertahanan Tengah / Kanan
Tarikh Lahir: 1 Januari 1972
Negara: Perancis

Pemain paling berpengalaman dan paling banyak mempunyai cap antarabangsa dalam skuad Perancis. Kapten Perancis ini juga merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak beraksi dalam kejohanan EURO ( EURO 96, 00, 02, 04, 06) dan juga telah bermain dalam 3 Piala Dunia. Telah bersara pada selepas kejohanan Euro 2004, tetapi kembali semula ke dalam skuad Perancis setahun kemudian. Memulakan karier di kelab AS Monaco, sebelum menghabiskan 10 tahun di Itali ( 5 tahun bersama kelab Parma, 5 tahun bersama kelab Juventus), sebelum menyertai Barcelona.


9. Eric Abidal/Bilal

No Jersi: 3
Posisi: Pertahanan Kiri
Tarikh Lahir: 11 September 1979
Negara: Perancis

Bermain unutk kelab As Monaco dan Lille sebelum berpindah ke kelab Olympique Lyon pada tahun 2004 dan memenangi hatrik kejuaraan Ligue 1. Menyertai Barcelona dengan bayaran kira-kira 15 juta dan bermain 11 kali dalam pusingan kelayakan EURO 08-semuanya sebagai pemain utama.


PEMAIN TENGAH/MIDFIELDERS

-Majoriti pemain islam yg popular adalah drpd Perancis.. untuk menjadikan kepelbagaian warganegara bertepatan dgn ayat Alquran..."dan kami ciptakan kamu berlainan bangsa dan kabilah supaya kamu saling kenal mengenali" .. ana telah mencari pemain2 islam selain Perancis.. tetapi ana tetap tertarik dengan gandingan dua pemain Perancis di bhgn tengah ini , selain pemain Belanda dan Ivory Coast



7. Frank Bilal Ribery

No Jersi: 22
Posisi: Sayap Kanan
Tarikh Lahir: 7 April 1983
Negara: Perancis (mempunyai isteri yang berketurunan Algeria)/Bayern Munich

Pemain penting dalam skuad Perancis. Ribery menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2006 dan mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama hingga ke perlawanan akhir. Menyertai Bayern Munich pada tahun 2007 dengan memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut (26 million) dan menjadi inspirasi kepada kemenangan treble Bayern musim ini (Bundesliga, DFB Pokal, Piala Liga)


4. Samir Nasri

No Jersi: 11
Posisi: Tengah Menyerang
Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
Negara: Perancis ( berketurunan Algeria)/Olympique Marseille

Samir Nasri telah menghabiskan 4 musim bersama kelab Olympique de Marseille dimana dia telah digelar sebagai "Zinedine Zidane baru". Pemain muda berbakat ini telah memenangi anugerah Pemain Paling Berbakat dalam Ligue 1 bagi tahun 2006/07. Nasri telah menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika penampilanya yang ke-3 bersama Perancis- gol tunggal perlawanan ketika bertemu Georgia di Auxerre.



Yaya Toure (Barcelona/Ivory coast) - “After moving from France’s Monaco for 10 million euros, talented midfielder Toure made it clear that practicing Islam, including fasting, does not affect his successful soccer career. He was named by Eurosport in 2005 as one of the most promising young players in the world.



2. Robin Van Persie

No Jersi: 7
Posisi: Penyerang /Sayap Kiri
Tarikh Lahir: 6 Ogos 1983
Negara: Belanda/Arsenal
(Memeluk agama Islam selepas tertarik dengan rakan-rakan berketurunan Maghribi ketika kecil dan isteri)

Pemain tampan yang mempuyai sepakan kaki kiri yang hebat ini telah menghabiskan 2 musim terakhir di kelab Arsenal dengan dibelenggu kecederaan dan hanya membuat 13 penampilan dalam liga perdana Inggeris bersaman The Gunners pada musim 07/08. Walaubagaimanapun, Persie dijangka menyinar bersama jersi Oren di dalam kejohanan EURO ini. Persie memenangi Piala FA pada musim pertamanya; membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-jaura Eropah pada tahun berikutnya tetapi tidak beraksi di perlawanan akhir ketika bertemu Barcelona akibat daripada kecederaan. Memainkan peranan penting dalam kempem permulaan kelayakan dengan meyumbat 4 gol daripada 3 perlawanan untuk Belanda sebelum dilanda kecederaan.


STRIKER/PENYERANG

-Setelah mengkaji cara bermain dan kelebihan diberikan kpd mereka yg bermain untuk euro 2008... akhirnya ana menemukan kombinasi yg sesuai untuk penyerang Muslim kita... Pada mulanya mahu meletakkan Federic Kanoute.. ttp atas sbb2 tertentu terpaksa menggantikan dgn Anelka... mungkin lebih popular berbanding Kanoute....


14.Thierry Henry
France/Barcelona

Penyerang yg cukup terkenal ini seringkali mengajak dunia supaya mengkaji isi2 Alquran dan menyatakan pasti akan terpesona dgn keindahannya. Keputusannya untuk keluar dari Arsenal menyebabkan sedikit pergaduhan dalam keluarganya. Henry dipercayai mendapat hidayah hasil dorongan rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Yaya Toure, Eric Abidal dan Lilillian Thuram selepas berpindah dr Arsenal.


8. Nicolas Anelka@Abdul Salam Bilal

No Jersi: 8
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Negara: Perancis (memeluk agama Islam)/Chelsea

Sering bermasalah di peringkat kelab menyebabkan kehilangannya dalam skuad Perancis dalam tempoh yang agak panjang sehinggalah raymond Domenech memanggilnya menyertai skuad perancis untuk perlawanan kelayakan EURO 08. Penyerang berbakat ini telah meninggalkan Arsenal pada 1999 untuk ke Real Madrid yang menjadikanya pemain termahal kelab itu pada masa tersebut. Bagaimanapun, Anelka tidak dapat menyesuaikan diri dan menyertai kelaba lamanya, Paris St. Germain. Kemudiannya, Anelka telah menyertai 4 kelab Inggeris-Liverpool, Manchester City, Bolton Wandererers dan yang terbaru, Chelsea. Kombinasi semua perpindahanya adalah sebanyak 108 juta, menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.



Sebenarnya byk lg pemain islam selain drpd 11 pemain utama ini.. Negara yg mempunyai pemain islam popular plg ramai ialah France-9pemain utama manakala jika dilihat drpd kelab pula ialah Arsenal dn Barcelona masing2 4 pemain.. tp jika Samir Nasri masuk Arsenal nanti jd 5 lah.. hahaha.... HIDUP ISLAM..!!
islam itu syumul(menyeluruh)...


(~Allahummansuril islama wal mujahidin fi kulli makani wa fil mubarati kurratal qadam~)


BACA SELANJUTNYA..

Monday, June 16, 2008

Lawak..Lawak..Lawak...

Post kali ini mengajak anda berfikir... lebih2 lagi bg mereka yg suka sgt berangan.......

Bayangkan benda ini berlaku pada anda .....
Suatu hari, pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun ...
lalu salah seorang lelaki
tu bertempik.......


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH silaberdiri di tempat kamu",
Selepas mendengar amaran lelaki itu ,apa lagi..?
larilah para jemaah untuk menyelamatkan diri ....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahajayang masih berdiri di tempat masing-masingtermasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit dan munafiq, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut solat bersama2 jemaah yg ada....


Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."
Lawak kan..?
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan...?
berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya ...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh .. tapi generasi sekarang ..amat lemah ..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak sembahyang Jumaat lagi..."

"Lawak,..lawak...
ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang masjid..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
Ana yakin x der bdk Al Amin mcm nih... kalo ader, na'uzubillah...

"Lawakkan...?

ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar serta ape yg disebarkan oleh rakan sekelas... (obi la tuh..)
daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan..?
berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal,

tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak giler...
kita boleh bersembang dengan awek berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi,
bila kita boleh hantar message banyak atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat ...
tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang berunsur agama...
Menyebarkan link yg bermanfaat...

(Lawak kan??? Kenapa gelak .. tu kan realiti .. tapi
yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas
baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ...)

Wallahualam...

BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, June 10, 2008

Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..?

Kadangkala, tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?fikir



ADA APA DENGAN GAMBAR..??:ha?:

Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...

ana mulakan dengan persoalan..
Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi ana rase....

jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...


KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA

Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..
Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..

Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...
(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...
setan)


MUSLIMAH DAN GAMBAR

Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..

Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan dalam post yg terdahulu..Keluhan Buat Kaum Hawa

Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??

Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)

Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!takbole



*secara jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*setan


BACA SELANJUTNYA..

Saturday, June 7, 2008

Suatu Perkongsian..Sebuah Perbandingan

Selamat bertemu kembali.. insya allah.. melihatkan keadaan sekeliling yang x habes2 memeningkan kepala..terlintas di fikiran ana untuk melihat youtube.. dan apa yang ana dpt amatlah menenagkan dan menyejukkan pandangan... (jgn silap fhm) Dan kali ini ana ingin berkongsi sesuatau yang mungkin akan meluaskan pandangan pembaca semua terhadap dunia sekarang yg semakin dijajah oleh Konco-Konco barat dan Zionis... Memanglah bukan semua orang berjaya ditawan pemikrannya oleh mereka..

Baiklah.. kita mulakan dengan satu klip video .. sungguh mengasyikkan.... lihat sama2...



bising
dah habes tgk..?? amacam..?? menangis..?? rilek lah ... mmg mengasyikkan.. seorang bdk kecil sudah pandai membaca Quran dgn sungguh sedap... Masya Allah... susah untuk di bayangkan dengan kata-kata...

baiklah... sedia dengan klip video yg kedua....?? Hayatilah... SILA LIHAT SAMPAI HABIS...


DH HABIS TGK..?? apakah perasaan anda..? sgt sedih..??nangih sudah semestinya.. baiklah.. kalo malas nk tgk video tuh x per ah... kalo yg dah tgk... anda sudah tgk dua video di atas bukan..?? baik marilah..

kita lihat pula video yg ketiga... Untuk pengatahuan video yg di atas sekali adalah bdk dekat Bosnia... yg kedua pulak sepeti yang diketahui keadaan budak dekat Palestin..Baiklah.. kali ini ana akan lihatkan kepada pembaca semua klip yg ketiga.. kali ini bukan dr Negara yg asing lg...

kali ini bukan setakat menonton atau menghayati... ana ajak pembaca semua berfikir dgn akal yang waras... SAKSIKAN........



hahaha.. ana lupa pulak nk tulis kt atas yg video ini tidak digalakkan sama sekali dilihat sehingga habis.. ttp jika untuk memberi pengajaran apa salahnya..??

baiklah... ketiga2 video sudah disaksikan.. dr tiga buah Negara yg berlainan dr benua yg berbeza.. yg eprtama dr benua Eropah, yang kedua dr Asia Barat dan yang ketiga dari..._____ isy isy isy.... x sanggup nk mengaku Negara sendiri.. Sungguh Memalukan..!!!

Aamacam..?? ade yg x puas hati lagi apabila ana mengatakan bahawa Malaysia MEMANG SUDAH DIJAJAH OLEH BARAT...

Baiklah.. ana rase x payah lagi diulas panjang kenaper ana meletakkan ketiga2 vid tersebut.. Bandingkan Bagaimana keadaan ataupon sistem yg diterapkan kpd anak2 kecil di Malaysia dengan apa yang terjadi di Luar sana...

Mungkin ada yang mengatakan "hek ele... diorang memang or
ang Arab.. boleh lah bace Qur'an camtuh..kita orang Asia nih susah sket..."

Masya Allah.. mungkin mereka yang bercakap mcmtu adek2 dier ade masuk program Anak-Anakku kot...hehhe... Kalo cmtuh mari kita lihat klip yang keempat pulak..


amacam..?? maseh lagi mahu membela program tajaan Yahudi di Malaysia dengan mngatakan kita tidak boleh buat program agama untuk anak2 kecil kita dgn alasan mereka masih terlalu kecil..?? lihat sahaja klip video td.. sudah ter
ang dan jelas lagi bersuluh...Negara Indonesia yang hanya jiran kita boleh sahaja membuat program Pildacil-Pemilihan Dei' Cilik... kemana perginya program ini di Malaysia..?? tidak relevankah program realiti tv agama untuk anak2 kecil di Malaysia..?? Apa bezanya Indonesia dgn Malaysia..?....

Budak kecil dr Bosnia, mampu membacakan yasin dgn suara yg merdu..

Budak yg berada di Palestin, terpaksa bbertungkus lumus menyelamatkan nyawa masing2... sudah mampu mengerti apa itu jihad..

Indonesia pula, mampu menerbitkan satu rancangan realiti tv untuk budak kecil yg bertemakan Pencarian Dae'i (pendakwah) Cilik.. seorang peserta pertandingan seperti yg ditunjukkan mampu memberikan ceramah tntg kesabaran kpd orang ramai.. bukan setakat itu, mampu berhujah dgn hadis dan al qur'an..Subhanallah..!!

Manakala di Malaysia pula..?? Arghh..!!! Mampu menari di usia yg begitu kecil..?
x heranlah jika industri perlacuran negara tumbuh seperti cendawan lepas hujan pd 10 tahun akan datang..........


:sobrakana:ha..! siapa yang berbangga dengan Malaysia sebagai Negara Islam contoh sila jawab...!!

Umur yang lebih Kurang sama... AGAMA yang sama... tetapi..?? apa yang membezakan nya..??tensionArghh...!!
Malaysia....oh...Malaysia... sampai bila kamu hendak lena di pangkuan Yahudi laknatullah...!!:sleep: BACA SELANJUTNYA..

Friday, June 6, 2008

Ummatku....Sebuah Pemerhatian

Assalamualaikum...sengihnampakgigi

insyaallah,setelah sekian lame ana x berkesempatan utk memenuhi ruangan di blog ini kali ni ana akan bawa sedikit pengalaman yg allah kurniakan kepada ana sepanjang cuti ini khususnya pd hari sabtu hingga rabu minggu ke-2 cuti.allah telah mengizinkan ana utk melawat sal
ah satu negeri di dlm malaysia iaitu negeri terengganu.
"berljnlah kamu di atas muka bumi ini utk menyaksikan keindahan ciptaan allah"

KISAH PERTAMA

Pd hari ahad,ana bersama keluarga telah melawat sebuah masjid yg baru dibina dan dh terkenal di serata malaysia iaitu masjid kristal. Jauhnya perjalanan utk peri ke masjid itu(dr kuala berang).
Ana rasa bersyukur kerana kami diizinkan pergi pd waktu mlm. Sungguh indah masjid itu dgn lampu yg berwarna-warni. Mashaallah. Tidak hairanlah ianya menjadi kebanggaan rakyat pantai timur ini.turunnya ana dr kereta ana rasa pelik. Pelik kerana makhluk pertama yg ana nampak(klu x silap) ialah org yg berbangsa cina sekeluarga yg smuenye mendedahkan aurat. X kanlah nk baik sangka yg mereka ni org islam melihatkan pakaian mereka dan cara mereka(beza klu tgk muallaf dgn cina betul). Ana x menghiraukan mereka dan terus menuju ke masjid utk solat tahyatul masjid.dlm perjalanan(jln kaki) ana memerhatikan sekeliling, semuenye sedang bergambar bersama keluarga. "Dh solat sunat kot td sblm bergambar" ana cube utk husnuzzan. Tp terkejut bile lihat laki pompuan tgh duduk dua-duaan. "X kan adik beradik kot??" persoalan yg timbul di benak fikiran. Ana terus ke tempat wudhuk utk ambil wudhuk dan terus ke ruangan solat LELAKI. Terkejut kerana manusia pertama yg ana lihat ialah seorang makcik. Bile kate mak cik tentulah WANITA!! di tempat LELAKI."pelik-pelik". Di ruangan solat itu ana x nmpk langsung org yg menunaikan solat melainkan ayah ana dan adik2 ana. Ape yg mereka lakukan hanyalah bergambar dgn keindahan masjid kristal yg mungkin indah bg mereka."ADUH!!UMAT-UMAT!!!haih....". Ana terus menunaikan solat dua rakaat dan selesai solat, ana memerhati sekeliling.sepanjang ana duduk dlm masjid(lebih kurang 20 minit)hanye 6-7 org termasuk keluarga ana yg solat 2 rakaat nk dibandingkan yg ade waktu tu dlm 10-15 keluarga x termasuk yg dtg single. "Waktu melawat dh habis".terdgr kate2 ni di luar masjid.sekumpulan manusia kembali ke kereta masing2. "Sekarang ni masjid hanya utk melawat saje ye??"persoalan yg timbul melihatkan keadaan yg x diduga itu td.

Org cina atau bukan islam boleh dtg masjid atau tempat ibadah umat islam sesuka hati sedangkan Allah x benarkan. Umat islam pula hanya dg masjid utk tgk ciptaan manusia yg akan hancur dan bergambar tanpa mengingati allah wlupun dtg kat rumah allah. Astaghfirullah...


Kisah KEDUA


Allah mengizinkan ana sekeluarga menyaksikan keindahan pulau redang. Subhanallah, memang cantik pantainya. Dr pemukaan laut bleh nmpk pasir. Di sana,penuh dgn lautan manusia.tp,apabila ana pergi kemasjidnya utk solat isyak, hanya satu saf je. Boleh dikatakan sof die ade lebih kurang 30-40 atau lebih tp yg ade hanye satu saf itupun x penuh."Arghh!!!". Ape nk jd!!!.mgkn mereka x de pendekatan tntg islam tp mane perginya jemaah yg bnyk2 kat Malaysia utk mendekatkan seluruh umat islam disana tntg islam yg sebenarnya,tntg keindahan islam. Inilah tugas mereka2 yg faham khususnye yg berkecimpung dgn medan dakwah dan tarbiyyah, lebih khusus lg yg dh BESAR dan terlibat dgn mane2 jemaah. Di s
ana ade ana nampak mereka2 yg berpotensi yg akan meneruskan perjuangan islam ini lebih2 lg mereka adalah golongan remaja. "Remaja tunjang kebangkitan sebuah bangsa". Oklah,solat isyak satu saf.tp, solat zohor hanya 3 org termasuk ana. Wallahhualam..

Teringat khutbah yg disampaikan khatib pd solat jumaat td. "Sudah ramai mereka yg melakukan kebaikan yakni beriman dan beramal soleh tp x ramai mereka yg membaikkan org lain iaitu berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran dan x ramai yg tsabat di atas jln ini."

(post terakhir sebelum blk skolah....selamat berkenalan kpd semue sahabat Muhammad Al fateh..smoga semue tsabat atas jln ini...wallahhualam...)

BACA SELANJUTNYA..