Wednesday, November 26, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman (part3)

"Ustaz,! nak cerita..",pinta seorang anak muridku yang kelihatan pasrah kulihat sejak tadi menahan ketensionan untuk menghafal.. Memang aku bila melihat hampir kesemua bdk2 kelasku sudah menerawang otaknya dan tak menumpu lagi kpd hafalan, ditambah lagi masa yg tinggal lagi mungkin 20 minit, aku mula mengorak langkah bercerita ape2 perkara yg kurasakan bermanfaat dan dpt diambil pengajaran oleh anak muridku.. huhuhu.. tapi sekarang mereka pulak yg sesedap merequest cerita.. Hai... Sampaikan di Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah ini, aku telah terkenal di kalangan budak kelasku "Ustaz Muhd Bercerita".. Cet, macam rancangan tv9 tuh.. aper ntah.. Aku tak ngerti sbb aku tak der tv kt rumah..

Kelas Hafazan... waktu pagi semua semangat

Antara bnyak2 cerita, aku tak tahu kenape mereka2 nih suka sgt request cerita hantu kat aku.. Nasib baiklah aku ade pengalaman sekolah asrama yg mana boleh tahan jugelah 'kekerasannya'..


Tapi, aku tetap pelik dengan perangai budak zaman sekarang yg amat gemar cerita hantu.. Bila tgk cerita hantu atau diceritakan kpd mereka, mulalah menggigil ketakutan.. Dia juge yg mahu..Nak cakap cerita tuh best, entah..sbb aku bukannya ade tv pun nk tgk.. Tapi yang pentingnya cerita hantu ini lebih byk keburukannya drpd kebaikan.. Mahu bukti?

Apa sebenarnye motif korang tgk cerita hantu nih? Untuk meuwjudkan sifat berani untuk berhadapan dengan makhluk ini? Tak payah nak berangan.. bohong semata.. Malah tak pernah aku jumpa budak yg tgk cerita hantu banyak2 dan kesannya die semakin berani.. Malah makin mewujudkan sifat takut adalah.. Jika anda ade terjumpa budak yg mengalami kesan yg sebaliknya sepertimana yg didakwa kebanyakkan pemaju2 industri filem hantu sila beritahu..

Malah, ade seorang sepupu aku yang baru sahaja berumur 4 tahun, tapi dah pandai pgi tandas sndiri sorang2 kol 3 pagi malam2 gelap buta tuh. Bukan tandas kt rumahnya, tapi kt kampung.. Almaklumlah, bagaimana keadaannya tandas kt kampung.. Ini yg menyebabkan takut.. bukan die yg takut, tapi mak die pulak yg takut.. alahai,pening2.. Bila ditanya mak die apebende yg die ajar kt budak nih, mak die jawab "die tak pernah tengok cerita hantu dan x pernah didedahkan pasal hantu2 nih.. sbb tuh die x pernah ade rase takut.." Tengok? Mane die bukti ckp kalo tgk cerite hantu menambah keberanian.. Omong2 kosong semata..


Tapi, bila anak murid2 aku semuanya request citer hantu, aku yg jarang mengecewakan orang nih pun ceritalah banyak2 cerita hantu yg best2.. bestnye sbb ape? Sbb yg nih samaada aku lalui sndiri atau aku dah pasti kesahihannya.. Dan bila aku dah pasti kesahihannya, jarang sekali aku bercerita sambi lewa.. Mestilah dgn penuh penghayatan.. Pergh!! Dan apabila aku tengok anak murid aku yg baru drjh 4 tuh memucatkan muka, baru aku berhenti.. Dan time tuh timbullah soundtrack 'ah....!' mungkin frust sbb aku menamatkan cerita ataupun lega sbb dpt lepas drpd belenggu cerita aku yg penuh penghayatan tuh.. wallahu a'lam.


Bukannya nak menambah ketakutan mereka kpd hantu, cuma tak mahu kecewakan.. Tapi sebenarnya setiap kali cerita aku akhiri dengan menyuruh mereka bace ma'tsurat elok2 lepas asar nanti.. (lps solat asar, semua peserta dikehendaki membaca ma'tsurat). Sejujurnya modal aku untuk bercerita ini bukanlah bertimbun, cuma mahu menarik perhatian di samping menghilangkan rasa ngantuk mereka.. Namun, kengkadang aku bertegas juge.. Rotan di tangan kugunakan sebaik2nya.. Adalah 2,3 org yg dah pernah kene.. alahai.. kesian.


Bila kulihat suasana mereka2 ini yang sudah tenggelam oleh nikmat kesenangan, susah baginya untuk menghafala dan dimasuki oleh cahaya.. Berlainan dengan zaman Rasulullah dulu yang mana ketika Rasulullah dan Muhajirin nak berhijrah, tak dapat dibayangkan betapa susah [ayanhnya mereka.. Tak payah tgk jauh2... Mak bapak kita yg dulunya hanya berbekalkan selapis papan serta sebotol air dan kain lap untuk memadam tulisan di papan tersebut untuk ke sekolah.. Dan itu sudah memadai untuk mereka bersungguh2 dalam pembelajaran.. Sekarang, alahai.. suruh menghadap qur'an 2 jam sudah mengeluh... "Ustaz.. dah tengah hari ngantuk dan susah nak hafal lah.."... Aku pula yg mengeluh.. Dulu Rasulullah bertakung capalnya dengan darah ketika membawa risalah tauhid yg disampaikan dgn Al-Qur'an di Ta'if.. Bilal bin Rabah dihempap atas badannya dgn batu disebabkan 'kantoi' membaca Al-Qur'an.. Sedangkan anak muridku sekarang.... aduhai...

Firman Allah:"أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا أمنا و هم لا يفتنون "

Maksudnya:"Adakah manusia mengatakan 'kami beriman' sedangkan mereka tidak ditimpa ujian?"

Adakah anda semua pernah diuji untuk memastikan anda benar2 beriman..?

Firman Allah lagi: " أم حسبتم أن تدخل الجنة ولما ياتكم مثل الذين خلو من قبلكم "

Maksudnya: "Adakah kamu mengharap akan masuk syurga sedangkan kamu tidak pernah diuji sepertimana kaum2 yg terdahulu..?"


Wah! Cakap berapi.. Amal tiada tarak guna jugalah.. Teringat wasiat seorang naqib yg memang di paling tekankan dan aku ingat sehingga sekarang...

"Jangan letakkan dirimu dalam keadaan yg selesa"

BACA SELANJUTNYA..

Sunday, November 23, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman (part2)

Usai solat Zohor, peserta2 dibahagikan kumpulan makan.. Dan sudah tentu inilah satu2nya mase yg dilihat peserta2 tidaklah tension sepertimana waktu2 lain.. Maklumlah.. makan. Sudah dua hari aku berkhidmat untuk Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah sempena cuti sekolah ini dan ini masuk hari ketiga. Penat juge melayan karenah budak2 ini.. Lebih2 lagi waktuku untuk kailullah (tidur sebentar untuk mudah bangun pd malam hari tahajjud) amat terbatas.Selepas makan, pukul2-3.30 ade LDK (latihan dalam kelas). Ini adalah untuk pengetahuan2 tentang agama yg mana ramai masyarakat amek remeh sekarang.. Dua hari sebelum ini aku mengelakkan diri drpd masa ini untuk kailullah, nampaknya hari ini aku tidak dpt lari lagi..

Untuk LDK, mereka dibahagi2kan mengikut u
mur masing2. Darjah 1,2,3 satu tahap, darjah empat lima enam satu tahap, tingkatan 1,2,3 satu tahap yg lain.. Disebabkan darjah 4,5,6 terlalu ramai, maka tahap ini dibahagi dua.. Ini bermakna semuanya mempunyai 4 fasilitator untuk mengajar tahap masing2.. Aku menunggu arahan drpd ketua fasilitator untuk pembahagian tugas ini.Mengikut mesyuarat tempoh hari, hari ini mereka dijadualkan diajar Sirah Nabi. Aku bab2 nih mungkin boleh dikatakan pakar.. hehehe..

"Ustaz Muhd, boleh ambik yg tingkatan 1,2,3 ye..?" pertanyaan bercampur arahan dan pemberitahuan daripada Ketua Fasi itu aku jawab dgn anggukan sahaja.. Pasrah...Sekali lagi dapat tahap paling tingg!! "Ini modulnya.." sambungnya lagi menghulurkan kertas 'berstapler' menandakan lebih dr
pd sehelai kertas.. Aku hanya melihat tajuknya yg tertulis besar.. "Kisah Nabi Yusuf".. Aha! Aku dah tau nak buat ape buat bdk2 form1,2,3 ini...

"Ok semua.. harini kita akan belajar sirah Nabi iaitu Nabi Yusuf," ucapku selepas memuji Allah serta selawat, lazimnya apabila aku memberi sesuatu ucapan mahupun pembentangan ketikaku dalam kelas
separuh teriak untuk menarik perhatian budak2 yg aku faham keterpaksaan mereka dalam penyertaan kem ini. Maklumlah, lebih2 lagi yg form3, baru sahaja lps PMR dan mahu membebaskan diri drpd belenggu tekanan, terus kene masuk kem ini.. Demi agama..

"Sebelom ana mulakan,erk...ustaz mulakan, ustaz menyarankan korang ambek buku dan pen untuk catat sebab lps nih ustaz akan bagi soalan," aku cuba memancing tumpuan mereka..Sejujurnya bertambah janggal menggunakan title 'ustaz' itu, lebih2 lagi dgn budak2 besar.. Maka bergeseranlah kaki kerusi, tidak lupa juga kaki meja akibat peserta2 yg bangun drpd tempat duduk mereka untuk mengambil pen dan buku tulis sbgi catatan untuk soalan aku nanti. Nampaknya segalanya berjalan lancar. Mereka seperti sudah kendur sedikit sifat keterpaksaan mereka..

"baiklah, sekarang ustaz nak mulakan. Siapa kat sini ade Qur'an terjemah?" aku memang bercadang menggunakan terjemahan qur'an semata2 kerana di situ ade keberkatan yg lebih tambahan lagi meyakinkan dan membuatkan peserta2 itu mungkin akan lebih membelek2 qur'an lps nih.. Ade due orang mengankat tangan. Aku perintahkan mereka buka Qur'an terjemahan mereka bg yg ade dan begitu juga yg hanya ada qur'an biase.. Sambil Qur'an terjema
h aku sendiri aku hulurkan kpd peserta yg duduk barisan plg hadapan.. Aku pun mulakan dengan membuka Qur'an kecilku dan mula mengajar tanpa menyelak langsung kertas yg diberi kepadaku.. Bagiku Surah Yusuf telah menerangkan sejelas2nya dgn terperinci setiap kejadian Nabi Yusuf..

Namun begitu, kisah penuh Nabi Yusuf tidak dpt dihabiskan kerana masa yg terbatas.. Hanya sampai babak die meminta dipenjarakan kerana godaan2 yg melampau oleh Zulaikha.. Dan sudah tentu mereka paling teruja babak climax ketika Yusuf digoda Zulaikha.. Aku berusaha mengawal 'keterujaan' mereka itu dengan mengatakan beberapa kali.. "Ha'alah.. Ustaz tak suruhpun kamu bayangkan.. yg korang bayang buat per..?! kalau ustaz xper ah.." aku menambah sedikit senda di situ..

Aku sengaja menekankan part itu kerana mahu menarik perhatian mereka.. Kalau tidak, sudah tentu ramai yg tumbang dan tewas kpd bisikan syaitan yg menyruh menutup matanya.. Tambahan ketika itu tengah hari dan memang org ckp waktu tido.. Maka, aku yg termasuk dalam golongan org2 yg dilanda sifat ngantuk ini berusaha menyegarkan diriku sendiri dan juga anak2 muridku.. Ternyata usahaku berjaya.. Aku harap tidak lebih drpd itu..



Memang menyeronokkan mendidik budak2 ini yg sangkaku mula teramatlah susah payahnya.. Tetapi aku mengaku, byk benda yg aku perlu berikan, tetapi aku masih belum beri.. Hanya menuggu masa yg sesuai, ataupun mmg tak sesuai untuk berikan kpd mereka, wallahua'alam..


Selain kisah Nabi Yusuf, ade jugak aku selitkan info2 menarik seperti pemain beragama islam.. Dan seperti yg dijangka, semua terkez
ut, sekaligus aku berjaya utk keberapa kalinya menaikkan semangat mereka untuk mendengar pengajaran daripadaku .. Bila dinyatakan sumber, tidak lain dan tidak bukan.. website mane lgi ade info tntg pemain islam secara unik kalau tidak bukan......... (Ah..lu sambunglah sendiri!)

Ustaz lepasan Syubra Al-Azhar yg sudah habis kelasnya di sebelah menoleh ke arahku tika aku baru hendak menutup kelasku dengan tasbih kafarah dn surah wal'asr.. Tatkala ku keluar, dia menyapaku, "eh ustaz, ana dengar tadi macam meriah je.. Diorang takder yg tido ker?" ustaz itu yg turu
t membahasakan diriku sebagai ustaz walaupun sudah lepasan Syubra Al Azhar.. "erk.. xder ah ustaz.. diorang steady je.. xder yg tido2 punye.. lagipun kan cerita tentang sirah Nabi Yusuf.. sukalah diorang..". Ustaz tersebut menangguk faham sambil senyum sinis..

Apa yang aku harapkan sebenarnye ialah kemampuan mereka untuk menukar niat serta tujuan2 mereka datang ke Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah ini.. supaya tidaklah sia2 mereka penat2 datang semata2 kerana dipaksa oleh mak, sekaligus melenyapkan pahala mereka yg menggunung ...Peserta bce Ma'sturat lps solat Asar

Hadis Nabi:

"Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik yang seperti itu daripada mengerjakan sembahyang sunat 100 rakaat.” Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasululah juga mengatakan :”Siapa-siapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat.”


Semoga mereka2 yang dihantar oleh makbapaknya ke kem ini tergolong sepenuhnya drpd golongan ini, sekaligus manjayakan harapan ummat islam untuk melihat org islam kembali kpd Al-Qur'an dan sunnah dan akhirnya membangkitkan islam kembali..
BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, November 18, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman


Aku melangkah ke perkarangan surau dengan penuh perasaan yg bercampur aduk.. Dari jauh kelihatan beberapa orang mak bapak yg kelihatan risau, ade juga muka2 yg lega.. Manakala beberapa bebudak yg dari naluri hati aku sekolah kebangsaan kelihatan sempoi berbaju Melayu yang lihat seperti terdapat paksaan dalam pemakaian mereka.. Lebih jelas keterpaksaan itu terbit dari wajah2 yg sedia muram. Hatiku digeletek oleh gelagat2 mereka yg bagi aku agak melucukan.

Bagi memenuhkan cuti akhir tahun yg sebulan lebih panjangnya, aku telah dijemput untuk menjadi fasilitator di sebuah kem cuti sekolah.. Nama penuh kem tuh Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah.. Ini khusus untuk mak bapak yg menyedari kepentingan Al-Qur'an dalam kehidupan anak2 diorang dan juga bagi mengisi mase cuti anak2 mereka dengan mendalami islam. Selame tiga minggu, mak bapak diorang akan hantar anak2 untuk menghafal Qur'an sebanyak yg mungkin dan semestinya asas2 agama yg byk remaja sekarang ketinggalan.. Oh! sungguh menyedihkan....Aku yg dijemput menjadi fasilitator menyediakan yg terbaik bagi diriku untuk mendidik masyarakat..

Sebenarnya, aku berkira2 untuk berkongsi sedikit sebanyak pandangan aku sebagai seorang yg sekolah agama daripada darjah satu sampai habes skolah kepada mereka2 yg memakai title sekolah kebangsaan nih.. Bukannya tak pernah bergaul dan melepak2 dengan diorang, tetapi kali ini bukan sebagai kawan biase.. Aku melihat dr kacamata seorang pendidik yang b
ertanggungjawab mencurahkan ilmu agama semampu mereka dan juga aku..

Kedatanganku ke kem itu disambut penuh gembira oleh Ketua Fasilitator yg kulihat nun dari jauh sungguh bertungkus lumus menguruskan kemasukan peserta2 yg aku kira pastinya lebih drpd bajet oleh penganjur... "Aha.. Ustaz! Dah sampai pun.." ucap Ketua Fasi yg kepenatan melayan kerenah ibu bapa yg kulihat byk menarget ketua fasi itu sebagai tmpt bertanya.. Dalam masa yg sama di dalam kelas sudah byk peserta yg memgang Al-Qur'an.. Perasaan bersalah menerjah diriku melihat sapaan ketua fasi itu td memandang
kan aku sedar aku 'sedikit' lewat..

Peserta kem ini dibahagikan mengikut gred hafalan masing2..
Tahap pertama:والضحى -الناس
Tahap kedua:النباء -الليل

Tahap ketiga: Surah pilihan-untuk mereka yg dah hafal juz30

Tujuan aku bagitau tahap2 ini semua kerana ada suatu kejadian yg bagi aku melucukan, bagi aku, bagi korang aku tak tau...

Mulanya ketua fasi memberi arahan supaya ban
gun dan berkumpul mengikut umur.. Dan, ade aktiviti aper ntah... Aku dpt ar cam sket muke2 budak yang paling tua, iaitu yg berumur 15 tahun.. Dan apabila disuruh berkumpul mengikut tahap hafalan.. Perghh!! semua form3 menuju ke arah tahap pertama... Wakaka.. Aku yg tak pernah sekolah kebangsaan seumur hidupku gelak sakan di dalam hati.. Ku pandang fasilitator sebelah aku yg baru habes mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).. Aku tahu die juge tahan gelak.. Bukannya tidak menjangka perkara ini, tetapi tidaklah mengharap sangat dan tidaklah menjangka KESEMUANYA pada tahap itu..

Berbincang sebentar dengan fasilitator2 yg lain tentang masalah remaja sekarang, maka fasilitator yg kedua termuda selepas aku (aku paling muda) bukalah cerita ketika dia masih di Ma'ahad Tahfiz... Katanya ada seorang budak yg boleh dikira pandai.. setiap hari mesti hantar saba' (tasmi') dengan ustaznya 2 muka.. Tapi malangnya die sebenarnye di tengah2 perebutan antara neneknya yang mahukan dia menghafal qur'an dan ibu b
apanya yang mahukan dia masuk sekolah biase dengan alasan pelajar yg ambil agama masa depan gelap.. Dan, sudah tentu apabila bergaduh ibubapa dengan nenek tentang anak, maka ibubapalah yg dikira lebih berhak.. AKhirnya pelajar tadi keluar daripada Tahfiz tersebut dengan paksaan drpd ibubapanya..

Termenung memikirkan cerita ini, terfikir aku akan mak bapak pelajar tadi dan mak bapak peserta2 kem ini.. Pelajar tadi, mempunyai minat dan bakat dalam bidang agama, malangnya mak bapaknya teramatlah jahil tentang perkara ini... Berlainan sekali dengan peserta2 kem ini yang mana pastinya mak bapak mereka teramat mengambil berat tentang agama anak2 mereka yg menyebabkan mereka menghantar anak2 mereka ke kem ini berbanding kem motivasi yg lain, tetapi dalam masa yg sama anak2 mereka kebanyakkannya tidak berminat untuk menyertainya... dua situasi yg amat berbeza.. tapi ini semua ana dah terangkan dalam POST INI
Sila lihat jika anda mahukan penerangan yg maksima...


"Assalamualaikum.. Nama ana,erk!. Nama ustaz... Muhammad ...." ucapku yg masih berasa janggal dengan gelaran 'ustaz' yg diberikan oleh Pengarah Program kpdku untuk budak2 yg menjadi peserta.. Apatah lagi aku mengaku diriku masih berada amat jauh sekali daripada berkelayakkan untuk menggunakan 'title' itu..


Dengan pembahagian tahap tersebut, fasilitator2 juga dibahagikan.. Ketua Fasilitator dengan yakin memberi kepercayaan kpd ana untuk mengawasi tahap paling tinggi,Surah2 pilihan.. Katanya ana layak dan mampu... Walaupun pada awalnya terasa seperti berat dan susah, tetapi bila difikirkan dua kali, terasa bernasib baik pula kerana pastinya budak2 yg tahap rendah2 tuh susah nak kawal dan yg tahap tinggi nih agak senang ar.. Jadilah aku ustaz yg diamanahkan utk mentasmi' budak2 yg menghafal surah2 pilihan...

Menjaga kelas ini bukanlah sepertimana terbayang oleh otakku.. Awal2 lagi kejutan demi kejutan melanda sanubari...

Ketikamana aku masuk ke kelas ini, tertangkap oleh mataku tampang dua bdk kecik, mungkin masih darjah 4 atau 5 mengikut pengiraanku.. Seri wajah kelihatan di muka mereka, menunjukkan masih suci drpd dosa2, (bukan seperti aku yg terkadang jatuh juge..).. Tidak seperti muka2 lain yg pastinya sudah mencapai takat umur baligh.. Kekaguman berputik sedikit di lubuk hatiku melihat si kecil berdua bertungkus lumus menghafal Al-Mulk, surah pertama yg berada dlm modul kem motivasi ibadah ini.. Kupanggil salah seorang drpd mereka untuk bertanya sedikit, bertaaruf asas ukhuwwah kata orang.. Selepas nama, benda yg pastiku tanya ialah umur dan sekolah.. darjah 4 dan bersekolah di sebuah sekolah tahfiz.. Kekaguman tadi menegendur sedikit tatkala mengetahui yg dia belajar di sekolah tahfiz.. Padanlah dah hafal satu juz 30.. Imbauanku kembali mengingati diriku ketikaku darjah empat.. Entah berapa kerat sangat ayat yg kuhafal.. Senyuman paling manis kuhadiahkan kpdnya sebelum mentasmi' dulu tilawah surah Al-Mulk, takut ada yg disalah hafal, nanti payah hendak dibetulkan.. Alhamdulillah memuaskan...


"Ustaz, nak pergi tandas?".. Aku yg pd awalnya mahu mendongak melihat si penanya membatakan niatku apabila melihat aku hanya perlu mengangkat sedikit kepalaku untukku bertentang mata dengan si penanya.. Si kecil yang lagi satu rupanya.. "Nak pergi tandas? Meh sini duduk depan ustaz kejap.. Ustaz nk tanye.." aku menggimikkan perasaannya yg kulihat sejak td tidak keruan menghafal.. Mungkin sudah bosan.. "Name sape..?" aku memulakan dialog.. Senyuman mendahului jawapannya.. "Faris.." Aku kembali melihat senarai nama yg diberi kpdku oleh Ketua Fasi tadi.. "Darjah baper nih?".. "empat",jawabnya malu2.. "Sekolah dekat mane?" senyum lagi.. "Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang..." Perghh!! perasaan kagum melanda diriku.. Sekolah kebangsaan darjah empat dah boleh masuk tahap surah2 pilihan.. Ini satu dalam seribu... Hatiku mengomel sendirian.. "dah2.. Ustaz bagi pergi tandas.." "Terima kasih ustaz" jawabnya lalu keluar...

Hari itu, kedua2 budak kecik tadi sudah habis tasmi' denganku Surah Al-Mulk.. Kagum lagi.. Lebih2 lagi dengan bdk sekolah kebangsaan itu.. Bak kata seorang anak muridku yang lain, "A'alah ustaz. bolehlah.. die tak de dosa lagi.." bijak mengemukakan alasan apabila aku mencabarnya melawan budak itu.. Budak2 nih.. bnyk betul karenahnya..

Kepalaku masih memikirkan tentang bdk sekolah kebangsaan itu.. Mengapa? Dia mempunyai bakat yang baik serta kelebihan yg mendalam dalam bidang hafalan khususnya dan agama umumnya dan sekarang dia berada di bangku sekolah kebangsaan.. Aku terfikir jika mak bapaknya masih berkeutusan untuk menyekolahkannya di sekolah kebangsaan sehingga Sekolah Menengah.. Aku tak pasti jiwanya yg suci itu mampu menempuh cabaran yg mendatang.. Sekolah agama yg belum btol2 agama pun terkadang ramai yg tewas oleh pengaruh2 rakan sebaya.. Tetapi siapa tahu jika dia mampu? Jika tidak? Oh!! Aku mesti berjumpa dengan mak bapaknya menyuarakan pendapatku.. Mungkin masih awal..


Ini adalah sebahagian perkongsianku untuk anda sepanjang cuti ini.. Meskipun sudah seminggu kem ini berlalu dan berbaki lagi 2 minggu, aku baru berkongsi hanya sedkit sahaja untuk anda berbanding beratus2 benda yg difikirkan sejak aku menjadi fasilitator dalam kem ini.. Insya Allah jika peluang datang drpd Allah dan diizinkan olehNya, aku akan berkongsi byk lagi untuk anda...

(maaf ya kepada mereka2 yg bersekolah kebangsaan.. ana tidak berniat nk menyakiti. cuma memandang dr kacamata kasihan... lebih2 lagi jika ade anak murid menjengah ke blog ini hehehe.. diam2 sudah.. kang kene dengan ustaz..)


BACA SELANJUTNYA..

Monday, November 17, 2008

What did i do TODAY




What did i do today?? Soalan yang amat-amatlah kena kepada diri yang mana telah mengalami kekosongan cuti sekolah selama 7 minggu.. Berbagai perancangan berjaya ditulis namun hanya secebis sahaja yang berjaya dilaksanakan.. 'Planning is to easy but to do the job is not easy'.. Cuba berbahasa inggeris walau tidak pernah dalam hidup score 'A'..




Diri ini bukan ingin berkisah tentang perancangan diri namun ingin dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian tentang pentingnya keteguhan hati.. Dalam erti kata lain ialah pegangan kita kepada sesuatu perkara yang kita yakini.. Contohnya planning tadi yang mana kita yakin dengan ada perancangan sahajalah diri kita akan terjaga dari segala perkara yang akan menghumbankan diri kita ke dalam perkara-perkara yang keji.. Contoh lain ialah Islam pada diri kita itu sendiri.. Sekiranya lemahnya atau tidak teguhnya hati kita atau lemahnya keyakinan kita kepada agama ini, maka secara automatik diri kita akan segera meninggalkan atau melepaskan segala apa yang dituntut dan yang disyariatkan ke atas kita..

Kebiasaannya manusia terlalu yakin bahawa dirinya dah cukup kental atau dirinya dah dipenuhi dengan sinaran iman.. Ana katakan bahawa mereka silap kerana semakin kita nak diri kita hampir dengan Al-Khaliq semakin beratlah tribulasi yang akan diberikan kepada kita.. Mungin setengah dari kita pernah merasai muraqabatullah atau hampirnya diri dengan Allah, persoalannya, adakah ianya berkekalan sehingga hari ini? Apakah perasaan hari ini sama seperti mana perasaan awal-awal kita merasainya? Berkurang bukan? Atau sudah hilang dah perasaan itu akibat tidak menjaganya dengan sepenuh hati.. Amat-amatlah sayang sekali kerana kehilangan permata yang tidak terhitung nilainya.. RUGI!!

Pesanan Umar Al-Faruq kpd kita:

"hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan."

Sentiasalah MUHASABAH apa yang telah kita lakukan hari ini agar sentiasa terjaga dan janganlah sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah..

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana org yang berputus asa dr rahmat Allah hanyalah org2 kafir"

WALLAHU'ALAM

(tazkirah khas untuk diri dan mereka2 yg fatrah dlm cuti ni..he3..)
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, November 16, 2008

CORETAN BUAT PEJUANG!!!


Isi Penuh


"nak tak aku tunjukkan sesuatu yang membolehkan kamu berkasih sayang?""bahkan, ya rasulullah""Sebarkanlah salam diantara kamu."


Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh..

Sekadar mengenang kembali kurniaan Ilahi kepada diri ini yakni nikmat TARBIYAH di sebuah 'GUA' terpencil di ceruk jeram...

Suka untuk dikongsikan sebuah risalah yang pernah ditampal di softboard BADAR di gua ini yang di rasai perlu diketahui dan difahami oleh seluruh umat islam umumnya dan yang bergelar du'ah(walaupun sepatutnya semuanya menjadi du'ah)

Sebuah risalah yang ditampal sebulan sebelum bermulanya 'silent killer' yang berbunyi:

"TERKADANG ADA KELUHAN DALAM PERJUANGAN?TERKADANG ADA BISIKAN-BISIKAN YANG MENGUJI KEIKHLASAN....


1. Apakah yang kita harapkan dari usaha dan amanah kita ini??

"Aku tidak meminta dari kamu sesuatu ganjaran. Bahawa ganjaran untukku hanya pada tuhan sekelian alam semata-mata"(asy-syura:109)

2. Kenapakah sedemikian?? kerana

" Dan rahmat tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"(az-zukhruf:32)

" Dan disisi Allah terdapat ganjaran yang besar"(at-taghabun)

3. Apakah ganjaran itu??

" Dia akan mengampunkan dosa2mu dan memasukkan ke dalam syurga2 yang mengalir dari bawahnya sungai2 dan rumah2 yang baik di syurga adn. itulah kemenangan yang besar"(as-saff:12-13)

4. Jika tiada sokongan manusia, tiada gaji, tiada harta, tiada karier dan nama bagaimana akan jadi hidup ini, bagaimana dapat menyumbang untuk usaha ini?

" Cukuplah bag kami Allah, ia adalah sebaik2 tempat bergantung"(ali-imran:175)

" dan menjadi hak Allah untuk bantu org2 beriman"(ar-rum:47)

" wahai org2 beriman, sekiranya kamu bantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu"(muhammad:7)

5. Anda perlukan glamour dalam hidup ini??

" izzah (kemuliaan) adalah milik Allah, rasulNya, dan org beriman"(al-munafiqun:8)

" sesungguhnya izzah itu adalah milik Allah seluruhnya"(an-nisa':139)

6. Tapi, kerja ni sukar..kita dicemuh..banyak masalah dan karenah..

" kalau kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu..tetapi tempat yang dituju itu terasa amat jauh dan sukar bagi mereka"(at-taubah:42)

7. isteriku, anakku, suamiku, hartaku??

" katakan sekiranya bapa2, anak2, saudara2,pasangan2, keluaraga2, harta kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 yg kamu cintai lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di JalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan meputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik"(at-taubah:24)

8. Masih punyai banyak alasan??

" orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (memberi alasan) keadamu (muhammad) untuk tidak melakukan jihad dengan harta dan diri mereka. dan Allah mengetahui org2 yg bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin (mmberi alasan) hanyalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudiaan dan hati mereka ragu2 kerana itulah mereka selalu bimbang dgn keraguaannya"(at-taubah:44-45)

9. Tidak puas hati kerana tidak naik gaji , pangkat atau tiada bonus dan pujian??

" dan diantara mereka ada yang mencelamu tentang pembahagian zakat, jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati tetapi jika merka tidak diberi sebahagian dengannya serta merta mereka menjadi marah. Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dgn apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka dan berkata 'cukuplah bagi kami Allah. Allah aan memberi kami sebahagian dari kurniaNya dan sedemikian pula RasulNya. sesungguhnya kami orang2 yg berharap kpd Allah"(at-taubah:58-59)

10. Sekiranya kita membiarkan dunia ini mencelah antara kita dgn pejuangan ini??

" wahai org2 yg beriman! mengapa sekiranya dikatakan kpdmu 'berangkatlah kejalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Adakah kamu redha kehidupan dunia dari akhirat? Sesungguhnya nilai hiudp dunia adalah sedikit. Jika kamu TIDAK berangkat ke JALAN ALLAH nescaya ALLAH akan MENGAZAB kamu dngn AZAB PEDIH dan akan mengGANTIKAN kamu dan kamu sedikit pun tidak akan memudaratkan Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu"(at-taubah:38-39)

11. hmmm... masih tidak yakin??

"ini adalah kitab yang tiada keraguan kepada nya, petunjuk bg org2 bertakwa"(al-baqarah:2)

"sesungguhya ALLAH TIDAK MUNGKIRI JANJINYA"(ar-ra'du:31)



fuhh..penat tulis balik risalah tu.. itulah risalah yang telah menarik minat diri untuk dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian..

"apa yg kamu tggl kpd isteri dan anak kamu?"tanya ar-arrasul.."Allah dan RasulNya" jawab ringkas Abu Bakar ketika menyerahkan seluruh hartanya untuk menampung kos tentera islam dan dia tidak menjadi miskin slepas itu malah hidup lama lagi.. YAKINLAH dgn janji Allah ikhwah dan akhawat sekelian..kita tidak akan mengulangi sejarah selagi mana kita tidak contohi sifat generasi awal yang mana sehingga digelar 'jiilul fariid'..wallahhu'alam


(sekadar coretan buat diri ini dan minta maaf kepada biro utk bkp hira kerana tidak meminta izin untuk menulis risalah ini...huhuhu)
BACA SELANJUTNYA..

Friday, November 14, 2008

Bicaraku Tentang Hipokrit

Kali nih ana berkira2 lah pulak untuk membicarakan tentang satu jenis ape entah.. tp lebih kurang satu perkataan yg dinamakan sebagai 'hipokrit'.. Satu bende yg sebenarnye dah terperap lama dalam draft, hanya menunggu mase untuk menge'post' sambil2 memerhatikan sekeliling untuk dtambah tokok dlm post yg sedia ada.. insya Allah, anda boleh membacanya ketika ini juga..

Melayan kerenah pembaca2 blog, maka ternampak ade satu komen membutuhkan akan post tentang hipokrit.. Maka, di sinilah akan dibicarakan tentang hipokrit.. Dari kaca mataku

Sebelum dimulakan ape2 bicare, rasenye baik untuk kita berkenelan dulu dengan ape yg kite nak bicarakan ini.. Hipokrit ye.. hmm.. Perkataan ini berasal daripada bahasa.................................

Yunani, iaitu ὑποκρίτης bermaksud hipokrit lah dalam bahase Melayu.. Dalam bahasa Hiperbolanye 'hipokarat'. Ini sasterawan sekolah ana bagitau, entah betul entah tak.. Jika lihat pada ertinya, menurut Kamus Dewan, orang yang berpura2 berperangai baik , memperlihatkan perangai berlainan daripada yg sebenarnya.. Menurut Kamus Pelajar, pendek je.. Munafik..


Dah berta'aruf dengan kawan baik anda semua, mari kite lihat bicaraku tentang perkara yang berselirat gler nih.. bak kate org puteh, complicated.. Entah.. tapi mari kita mulakan dengan cerita pengalamanku..

Bermula dengan sekolah Menegah, tingkatan 1 dengan 2 sekolah asrama (dkt mane dan sekolah itu mcam mane tak pntg.. yg pntg sekolah asrama). Bile sekolah asrama, taulah.. 24 jam di sekolah dan sentiasa diperhatikan.. Jadi, pengalamanku tentang hipokrit kt sini amatlah tak berkembang.. itu pada awal2 tahun.. Tetapi, setelah menetap berbulan2 di situ dan ramai kawan yg rapat, maka minda ana pun mulalah berjinak2 dengan perkataan hipkokrit ini... Cuti sebulan sekali yg dianugerahkan oleh sekolah diperuntukkan seboleh2nya oleh beberapa orang member ana yg memang hipokrit tahap maut.. tak tau nak ckp cmner, tp dr situ aku dh dapat mula membaca perangai budak2 yg hipokrit, ini kerana walaupun mereka menghipokritkan diri mereka, tapi takkan sampai sebulan.. dan walaupun mereka mampu, ana tetap dapat tahu siapa yg hipokrit..

Sebab itulah, jika anda semua perasan, kes jenayah peringkat sekolah yang teruk2 semuanya berlaku pada sekolah asrama... Ini kerana si pelaku jenayah tidak merkemampuan untuk 'menghipokritkan' diri terlalu lame.. hahaha..

Berbalik kepada pengalaman ana tadi... maka selama 2 tahun ana menghadapi keadaan yg mana terdapat sedikit golongan yg hipokrit di sekolah asrama ana, tapi peliknya golongan hipokrit inilah yg ana rapat dan nak dampingi? Kenape? sebab ana Sedang mempersiapkan diri menghadapi masa2 hadapan.......

Dua tahun ana kat asrama, masuk tahun ketiga ana bergelar pelajar sekolah menengah, ana dipindahkan ke sekolah biase.. (sekolah ape tak penting, yang penting sekolah balik hari2) atas desakan pihak2 yg tertentu.. Apabila sudah dikatakan sekolah balik rumah, maka merleluasalah hipokrit yg ada.. Kesedaranku tentang perkara ini dari awal2 ana masuk menyebabkan tertanam dalam diriku prinsip yg berbunyi lebih kurang begini.. "anda sedang berhadapan dengan golongan yang hipokrit". Nampak mcm kejam, apatah lagi berlawanan dengan suruhan Allah supaya bersangka baik.. Tetapi, inilah yg dipanggil berhati2 dalam berdakwah..

Dan prinsipku ini tidak sia2.. Memang seperti yg dijangka, tetapi bukan yg diharap..


Sebenarnya, dalam kita memandang perkara hipokrit ini, tak adil rasenye kalau kita hanya memandang daripada satu sudut... Mari kita bukak2 kan sikit minda anda semua.. Hipokrit, bagaimana ia boleh menjadi bagus ek? Pernah berdebat jugak dgn seorang kawan, nasib baik tgh bersemangat haritu..

Membicarakan tentang hipokrit memang susah.. Nak bercakap pun susah.. hipokrit? hipokarat? Perghh!! Lagi sedap lah dengar..Hipokarat ye.. first sekali, mahu anda semua melihat hipokarat dari sudut yang terpuji.. Bunyi macam pelik.. tp hipokrit ini (yang masih belum mencapai takat hipokarat) mempunyai kebaikan yg terselindung walaupun hanya sekelumit zarah sahaja...


Bagaimana? Baiklah.. Satu contoh paling baik.. Lihat masyarakat sekarang.. Ana lebih maksudkan mereka yg pelajar sekolah agama. Mengapa? Soalan senang.. sebab mereka sekolah agama.. ok2.. Pelajar yg sekolah agama, tanpa segan2 meng'shuffle'kan dirinya.. Nak senang faham lagi, pelajar sekolah agama merokok.. dengan baju sekolah agamanya.. Sudah tentu dalam keadaan ini hipokrit lebih utama bukan? Nak contoh lain? Lagi senang.. Masyarakat Malaysia yang ana tengok semakin tak malu2 untuk menunjukkan imej hodoh mereka.. Belah sana, belah sini, terdedah sana.. erk.. terdedah lg sini.. Waduh.. banyak lagi contoh yg lain..


Tapi, ape yg ana nk highlightkan kali ini ialah satu contoh, seorang yg bercouple dan semestinya terlalu susah untuk melepaskan diri dr belenggu couple itu.. Dalam mase yg same, die bergaul dengan segolongan orang yg tak bercouple..dan dia adalah seorang yg dikira berpengaruh.. Maka, di sini hipokrit ialah lebih baik... Sebab ape ana ckp cmtuh? Memandangkan pengaruh yang die ade, pastinya apabila die tidak meng'hipokrit'kan dirinya atas sebab mungkin akan mendorong member2nya yg lain untuk turut meng'couple'kan diri mereka.. Tetapi, mesti ade satu syarat, dia mestilah berusaha bersungguh2 untuk melepaskan diri drpd perangai buruk die.. Ana tau susah nak buat, tapi..............

Kalau nak hipokrit pun, tak payah la sampai mencapai tahap hipokarat.. erk.. maaf kpd yg tak faham.. Jika anda pernah berhadapan dengan orang yg hipokrit buat pertama kali ataupun baru2 saja, anda pasti akan tertipu habes2an dengan mereka, tetapi jika mahu menghipokritkan diri di hadapanku, maaf banyak2.. Pernah ana berhadapan dengan manusia yang, dialah yang paling bising dalam Friendster, tuduh2 orang mendekati zina.. dialah juga yang sebok2 mintak itu ini dekat aku risalah2 tentang couple.. nak bagi dekat rakan2nya katanya.. Tapi, segalanya itu tak dapat menipuku daripada pengalaman aku berhadapan dengan hipokrit.. Aura hipokarat itu masih dapat aku kesan.. Namun ku diamkan diri dulu.. ye ar.. bagilah peluang orang ini mahu meghipokritkan dirinya.. Dan, jangkaanku tak salah.. dia juga mendekati zina..


Maka, jadilah hipokritnya bukan sahaja sudah sampai takat hipokarat, malah hipokarat yg paling tercela sekali, dan malangnya, dia langsung tidak berhasrat untuk berubah, seperti mana ciri2 hipokrit terpuji yang telah ana gariskan kt atas.. Maka hipokrit jenis ini tak salah lagi memang tergolong dengan SYIRIK KECIL. Na'uzubillah..


Manakala, Hipokrit yg terpuji ini pula ana golongan ini bertepatan dengan kata2 imam al-ghazali sendiri... "بدأت بالرياء ونتهيت بالاءخلاص " Maksud: aku bermula dengan riya' dan aku berakhir dengan ikhlas... Selain itu, untuk mengukuhkan hujah aku pulak, dicadangkan kpd anda untuk lihat CERITA INI..



Maka, kesimpulannya, hipokrit itu perlu ada, cumanya tak perlu mengada-ngada... Tetapi amat memalukan jika anda mengaku sebagai Pendakwah menghipkritkan diri, walaupun sekecil manepun.. apatah lagi mencapai tahap HIPOKARAT..

Jadilah anda.. Pendakwah Bebas Hipokrit!

BACA SELANJUTNYA..

Wednesday, November 12, 2008

Hikayat Setan Merah...

(Hari nih tibe2 aku terasa nak mengasah bakat aku yg MUNGKIN terpendam dlm bidang penulisan.. wakaka.. tak tau hebat ker tak.. jd boleh ar korang menghantar komen untuk penulisan yg susah difahami oleh segelintir golongan kt blog ana nih..Jika anda rase mcm tulisan ana merepek, sila lihat ianya diletakkan di bwah label ape..Dan anda disarankan untuk membaca post INI dahulu untuk memudahkan pemahaman..)


Tersebutlah kisah sekumpulan setan yang digelarkan sebagai Setan Merah.. Uniknya Setan Merah ini, ia terdiri drpd setan2 seluruh dunia.. Wah! Dengan diketuai oleh seekor setan daripada Scotland yg telah lame berkhidmat sebagai Setan Merah yg dulunya pernah juga menjadi org bawahan.. Manakala orang bawahannya pula dikepalai oleh warganegara England, yg juga mengalas jawatan sebagai Menteri Pertahanan dlm organisasi kumpulan ini. Sebelum terlupe,eloklah diberitahu bahwa Setan Merah ini beroperasi di sebuah negara di Eropah, maka tidaklah hairan apabila kebanyakkan anggotanya terdiri drpd org Eropah..

Bermulalah Ketua orang atasan, si Scotland ini berkira2 untuk menambah anggotanya daripada seorang yg boleh kira menyengat dalam gerak serangan.Maka terpikatlah ia akan seorang yg ketika itu masih belum tergolong drpd kalangan setan iaitu seorang warganegara Bulgaria
. Terpikatnya dia akan si Bulgaria ini bukan calang2 terpikatnya. Namun, bknnya mudah bg setan Scotland ini untuk mengambil si Bulgaria itu kerana si Bulgaria ini rupanya juga berada di bawah satu kumpulan yg pada segi lainnya adalah kumpulan yg setaraf jenisnya dengan Setan Merah. Maka, apabila sama jenis, bermakna dia juga mempunyai seorang ketua. Maka untuk mengambil si Bulgaria ini, berhasratlah kepada penyetujuan si Ketua kumpulan si Bulgaria ini yg juga terkenal sebagai Kumpulan Ayam.

Maka, diletakkanlah syarat untuk mengambil si Bulgaria ini oleh ketua Kumpulan Ayam ini dengan harga 30 juta. Mencanaklah si Scotland mencari duit dalam masa yg sama mahu mengekalkan organisasinya yg juga banyak membuat akan terpikatnya kumpulan2 yg setaraf dengan Setan Merah dan Kumpulan Ayam.

Dalam situasi yg lain pula, tersebutlah akan sebuah kumpulan yg setaraf dengan Setan Merah iaitu dipanggil Meriam (bukan Maryam). Ara
kianlah akan kumpulan ini amatlah bermusuh dengan Setan Merah kerana akan banyaknya anggota kumpulan ini daripada kalangan orang Islam. Oleh kerana ghairahnya Setan Merah untuk menguatkan kumpulan itu dengan hasrat untuk membeli si Bulgaria, maka menysunlah strategi Meriam untuk juga menguatkan barisan serangan untuk menandingi Setan Merah. Berlainan dengan Setan Merah, dengan senang Meriam dpt menambah ahli tanpa memerlukan duit yg banyak. Oleh kerana untuk menandingi Setan Merah yg mahu menambah lg setan ke dalam organisasinya, maka pemain yg ditambah Meriam juga seorang yg islam dan kuat agamanya drpd warganegara Perancis berketurunan Algeria.

Berbaliklah pula ceritanya kpd hasrat ketua Setan Merah, si Scotland untuk menambat si Bulgaria. Oleh kerana susahnya ketua Kumpulan Ayam untuk melepaskan si Bulgaria yg sememangnya sanagt berkehen
dak dia untuk menyertai Setan Merah, maka si Scotland itupun mengalih tumpuan kpd seorang lg yg cukup berbakat dalam serangan. Khabarnya orang itu adalah bekas pemain Meriam. Malang sekali bg Setan Merah kerana hasratnya ditentang sekeras2nya oleh penyokong2 Meriam dan oleh orang yg mahu itu sendiri kerana dia adalah penganut islam!

Kesedihan Setan Merah dan penyokong2 tidaklah lama apabila si Bulgaria dilepaskan juga pada saat2 akhir oleh Ketua Kumpulan Ayam. Maka jadilah si Bulgaria itu sebahagian anggotanya drpd Setan Merah
dan menjadilah dia seekor setan yg berbakat.


Dipendekkan cerita, maka bertembunglah kumpulan Meriam ini dengan si Setan Merah yg mana dari awalnya tampak memihak kepada si Setan Merah atas kecederaan yang dialami penyerang utama Meriam, si Hitam dr Togo dan juga sekatan yg dikenakan ke atas penyerang tonggaknya juga yg beragama islam drpd Belanda. Maka, berseriaulah akan kesemua penyokong2 Meriam mengharap kepada penyerang2 mudanya. Manakala si Scotland dan segala penyokong2nya pula melebarlah senyuman sekaliannya..

Maka, perlawanan dimulakanlah dengan tiga daripada kumpulan Meriam adalah penganut islam yg mana merupakan musuh utama Setan Merah. Terjadilah sebelum permainan secara lazimnya akan orang baru Meriam dr Perancis itu mengangkatlah ia akan tangannya ke langit seraya memanjatkan doanya ke hadrat ilahi.

Dipendekkan ceritanya, tumbanglah akan seluruh Setan Merah apabila dua tembakan padu daripada orang baru Meriam itu membuatkan kalahnya Setan Merah. Terduduklah akan si Scotland dan juga orang2 Setan Merah. Manakala orang baru Meriam itu lantas memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi sambil terigat dia akan ayat Al-Qur'an..



اءن نصرالله قريب


Maksudnya:pertolongan Allah itu adalah sgt dekat..

Teringatlah pula akan ketiga2 penganut islam yg berlawan dengan Setan Merah tadi akan nasib yg menimpa orang islam sedunianya.. Adakah ini merupakan satu permulaan dan tanda yg diturunkan drpd Allah sebagai titik mula pertolongannya akan Ummat islam?

Tembakan Pertama


Tembakan Kedua



BACA SELANJUTNYA..

Sunday, November 9, 2008

Obama,McCain dan Ummat Islam

Selamat bertemu kembali setelah lama tak mengupdate blog yg rasenye sudah semakin bersawang dan makin ramai suara2 yang membutuhkan sebijik post baru.. Memandangkan periksa dah pun langsai dan waktu pembelajaranku sudahpun tamat (pada tahun ini), maka kembalilah ana menghadap komputer mengorek2 ilham yang sememangnya byk, tp tak terkeluar dek unsur2 yg menghalang.. Jadi, kali ini nak memberikan pendapat tntg isu semasa yg masih hangat gila tahap maut..

Di tengah2 kehangatan bahang peperiksaan dan semasa ana dan rakan dibayangi suatu lembaga yg mengerikan dinamakan Imtihan dalam bahasa Arab, meletuplah satu khabar yg bukan khabar angin, tetapi satu keputusan daripada Rumah Putih yg mengumumkan kejayaan si Hitam, Barack Obama sebagai bakal Presiden AS pertama kulit hitam.. Dan ketika inilah ana lihat reaksi rakan2 yg ambil tahu tntg politik, tetapi agak kurang bijak untuk menganalisis sesuatu perkara. Ramai juga mereka2 yg bergembira atas kejayaannya si Kulit Hitam ini. Dan ramai ana bace berita yang mengatakan rata2 negara sekutu,musuh dan yg plg menyedihkan negara islam yg mengucapkan tahniah atas kejayaannya..

Hakikatnya, sesiapa saja yg diberi peluang untuk memerintah AS akan tetap mengambil tindakan yg sama ke atas ummat islam. Ini yang banyak org tak faham dan masih belum faham.. Malas rasanya nk ulang ayat 120 Albaqarah pd setiap post, tapi cukuplah ana mengatakan kpd manusia yg mengucap kalimah syahadah bahawa jgnlah terlalu mengharap. Walaupun anda lihat yg menduduki Rumah Putih itu bertukar2, tetapi ketahuilah bahawa yang mengontrol dan mendominasi kerajaan AS itu sebenarnya terdiri daripada lembaga2 Yahudi.

Membandingkan si Hitam ini dan McCain merupakan suatu yg amat payah dalam hidup ummat islam kerana sebagai mana ana katakan tadi, sesiapa saja yang menang langsung tak memberi keuntungan kpd ummat islam. Perbandingan ini ibarat harimau dan serigala yang di mana kedua2nya memberikan impak yg sama. McCain berusaha bersungguh2 untuk meraih undi daripada rakyat AS dengan memperlihatkan secare terang2an permusuhan kpd islam, tetapi si Hitam ini ibarat menghulurkan madu yg telah diletak racun.

Sebenarnya, cara McCain ini lebih menguntungkan islam dan merupakan calon yg lebih baik bg ana untuk ummat islam. Mengapa? Sebab aksi memusuhi islam secara terang2an yg ditunjukkan MUNGKIN akan membangkitkan semangat ummat islam, tetapi lihat dengan cara si Hitam.. Sudah jelas begitu ramai negara2 islam yg sudah terbau akan manisnya madu (eh.. madu ade bau ke?) yg dihulurkan si Hitam ini dengan mengucapkan kata2 tahniah dan macam2 lagilah.. Rasenye selain negara islam, ramai jugak ummat2 islam yg mcm rakan2 ana yg setaraf dengan mereka bersorak atas kejayaan si Hitam. Awal2 sudah melebar senyuman si Hitam ini atas sokongan yg didapatinya..


Dari sudut lain pula, kesepatutan ummat islam untuk menolak si Hitam ini pula ialah die tidak menutup langsung persahabatannya dengan negara laknat Israel. Siap beritahu lagi yang die akan menambah sebanyak 30 Million dollar lagi bantuan terhadap Israel. Lebih lagi janjinya untuk menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Israel. Mengapa ummat islam lepas pandang perkare nih.?


Mengenai Irak pula, si Hitam ini mengeluarkan kenyataan yang akan menarik tenteranya sedikit demi sedikit. Bukan ape, tapi si Hitam ini dah sedar yang pendudukan AS di Iraq lebih banyak mengurangkan sokongan Eropah, dunia bahkan rakyat AS sendiri yang mana melihatkan ramai yg mengkritik pencerobohan ke ats Iraq dan menunjukkan bantahan. Bahkan, ia juga antara faktor utama si Bush laknat hampir kehilangan takhta kpd John Kerry (eh.. betul ker name die.. betul kot rasenye..) pada tahun berape entah..( arghh lupe)

Dalam pemerintahan pula, si Hitam nampak rapi semacam, lebih drpd Bush lagi dengan memfokuskan kpd Pakistan dan Afghanistan dulu dan dlm masa yg sama mencari sokongan antarabangsa terhadap dua negara yg bergolak itu, kemudian baru melancarkan serangan ke atas Iraq,Syria,Mesir, dan negara islam lain yg dianggap boleh mencetuskan bahaya kepada AS dan semestinya Yahudi laknat.. Yang pastinya Malaysia masih boleh dianggap selamat dr golongan ini..

Inilah rancangan oleh si Hitam serta penasihat2nya dr Yahudi untuk menghias wajah Amerika yg mana telah dikotorkan oleh Bush serta diktator2nya yg telah banyak membrikan keburukan2 iabarat menconteng arang ke Negara sendiri.. (eh.. ade ke peribahasa tuh?).. Ape2pun, kita lihat sahaja sejauh mana si Hitam ini mampu hias imej AS dan pengharapan2 oleh pemimpin2 dunia untuk si Hitam layan dan berikan respon..

(baru nak mengganas lepas habis Imtihan...Insya Allah blog ini akan kembali aktif... sekian)
BACA SELANJUTNYA..