Saturday, February 21, 2009

Merentas Laluan dengan Pengetahuan..

Kian lama aku hidup di dunia, makin banyak kerenah yg samaada aku sanggup atau tak sanggup melihatnya.. Namun bagaimana aku dapat mengelak.. Menyebut tentang perangai, aku pun dah lama sebenarnya nak menggapai2 tangan cuba menyentuh perkara ini, tetapi rasa macam serba salah nak kata.. Orang cakap, dipendam mati anak, diluah mati katak.. Ataupun ade peribahasa yg bunyinya lebih kurang macam tulah.. Yang penting, makin aku biarkan perkara ini tanpa menulis apa2, makin melarat perkara ini membiak..

Maka, dengan penuh rasa hina dan terbuka dengan kutukan, maka aku bermula untuk menulis sesuatu yang teramat penting sebenarnya, tapi semakin ramai yg menganggap ini remeh....

Aku melihat suatu situasi di mana seperti suatu kisah yg bunyinya begini..

Seorang pelancong datang ke Malaysia, nak jalan2 katanya2. Lalu berjumpalah ia dengan seorangyg difikirnya rakyat Malaysia. Tanpa diundang, dgn sewenang2nya rakyat Malaysia tersebut merelakan dirinya untuk menunujuk jalan kpd pelancong tersebut.. Maka, berkatalah si pelancong supaya si rakyat Malaysia itu tadi menunjukkan jalan ke Langkawi.. Hasilnya, sampailah kedua2nya ke sebuah tempat yg katanya rakyat Malaysia itu, inilah Langkawi.. Maka, bersukalah pelancong tadi di tempat yg ada terdapat sebuah logo seekor kancil.. Kemusykilan pun timbul apabila dia melihat kembali risalah2 pelancongan yg di download free dari internet yg telah diprint nya.. Mengikut risalah pelancongan itu, Langkawi sinonim dengan helang besar, bukan seekor kancil.. Maka, dengan penuh keliru tambah bersedia untuk mengfire rakyat Malysia itu, dia pun usya2 lah tengok tempat itu.. Seterusnya, terpandanglah dia akan perkataan "ZOO Negara"..

-cerita habis di situ-

Sebelum korang menulis ayat tanya dalam kepala otak anda, aku harap semuanya bersabar dan dapat baca hingga habis untuk mengetahui kaitan ZOO Negara dengan post dari org yg hina macam aku ini..

Zaman kini, aku lihat banyak para2 pemuda yg berdarah semangat gamaknya mula menlihat dan memerhati artikel2 agama.. Maka, bersemangatlah mereka semuanya untuk juga mengikut jejak. Maka disebabkan itu, dapatlah kita lihat betapa banyaknya blog2 yg dilihat cuba menyentuh dn memperkatakan tentang islam oleh individu2 tertentu.. Blog2 ini tumbuh ibarat cendawan lepas hujan..

Secara umumnya, penulisan blog tidak ada kaitan sama sekali dengan ZOO Negara, tetapi hakikat tujuan dan individu yg mengeblog itu sendiri.. Masing2 dengan megah dan yakinnya berkata,
"blog ini dibuat untuk menyedarkan ummah di akhir zaman"... Ataupun..
"blog ini untuk menjadikannya blog terbaik"..or...
"blog untuk mengubah masyarakat"...ape lagi.....
"Sebenarnya blog ni baru nak dicipta......ni post pertama....lama kelamaan confirm lagi best punya".. (yang ni paling tak malu)

Ade yg lagi best dan x boleh blah, tambahan lagi membuatkan korang pasti gelak...iaitu, "ana membuat blog ini bertujuan utk menyedarkn kpd sesiape yg sedang bercinta tetapi ikut la syarat yg ditetapkn oleh Islam. blog ini ana khas kn kpd pembace yg inginkn teknik atau ape saje care utk becinta didalam Islam." ..gelakguling Ape lagi, jom gelak ramai2..

Persoalannya, ape masalahnya dengan mereka2 ini? Masalahnye adalah...... cuba anda renungi balek kisah yg diceritakan di atas... Suatu kisah yg mungkin korang gelak2 waktu mule2 bace tadi.. Aku bukannye ape, cuma risau.. Risau apabila suatu bende yg tidak sepatutnya dipegang dan dijalankan oleh orang2 yg tertentu dipegang secare volunteer oleh sebarangan orang.. Maka, yang akan terjadi hanyalah seperti kisah ZOO Negara di atas.. Bagaimana sebarangan orang menunjukkan jalan yg dia sendiri tidak tahu?

Kebanyakkannya menggunakan istilah dakwah ataupun yg sinonim dengannya, bahkan ada yg berbangga menggunakan istilah ini yg mana ianya sepatutnya bukan untuk menunjuk2.. Tetapi si empunya perkataan atau blog itu sendiri masih tidak settle lagi di tahap yg paling asas sekali.. Sejujurnya, aku menulis ini aku tekankan kepada orang yg rapat dan memang aku kenal.. Jadi, jika ada org lain yg terasa, asiff jiddan.. Ma'alish ya sheikh.. tiada niat..

Aku tak kesah jika ianya sekadar untuk menyampaikan ape didapati daripada laman web lain, mungkin ada yg tak berjumpa dengan laman web itu ataupun tak dapat taufiq untuk menjuenguk laman web itu.. Tetapi mengapa mahu berbangga jika blog itu mendapat sambutan ramai? Bukankah anda hanya mahu sampaikan apa yg anda dapat daripada sumber2 ORANG LAIN..? Mengapakah memperlihatkan seperti anda kelihatan sungguh hebat? Tetapi hakikatnya pergaulan anda tidak kira di alam maya atau di alam realiti lagsung tak terkawal?

Paling aku benci dan meluat apabila ada yang mengatakan "ana membuat blog ini bertujuan utk menyedarkn kpd sesiape yg sedang bercinta tetapi ikut la syarat yg ditetapkn oleh Islam. blog ini ana khas kn kpd pembace yg inginkn teknik atau ape saje care utk becinta didalam Islam."
Ini memang secara jelas menunjukkan kebodohannya kerana tiada suatu cinta pun sesama manusia yang dibenarkan di dalam islam kecuali cinta selepas berkahwin, dan aku memang tau si pembikin blog ini bukannya seorang yg sudah berumah tangga.. Apa lagi yang nak dikata?

Adapun sesiapa yang tidak berpuas hati boleh rujuk Sahih Bukhari dalam bab "ILMU SEBELUM BERKATA DAN BERAMAL".. Berdakwah tanpa ilmu takkan istiqamah selamanya.. Orang akan merasakan itu.. Jadi, anda janganlah hairan sekiranya blog anda tidak mendapat sambutan meskipun anda copy paste 100% isi dari laman web yg dikunjungi 1000 orang sekalipun, tetapi pemahaman dakwah dan manhaj masih belum selesai dalam diri anda, meskipun orang tidak tahu siapa anda...


Tetapi,jika anda betul2 ikhlas dan mempunyai ilmu, sekalipun anda hanya post sebulan sekali, meskipun anda tidak mempamerkan kehebatan ilmu anda di dalam penulisan, meskipun anda hanya bincang bab paling remeh sekalipun, pembaca akan dapat merasai kemanisan itu..(Yang ini, aku memang secara ikhlasnya merujuk kepada blog yang paling aku respect.....KERETA MAYAT.. Bro Hamka jgn kembang)

Sedarlah, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, tapi, kalau amal tanpa ilmu, ibarat buah tanpa pokok.. Bagaimana sebiji buah akan terbentuk tanpa kewujudan sebatang pokok? Sedarlah, hakikatnya ianya memang tiada..
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, February 8, 2009

Malaysia.... Oh! Negaraku

Lama menyepikan diri.. Masih tak terbuat kerja menimbun yg dihempuk kepadaku sejak awal tahun.. Dan, seperti yg dijangka situasi Perak sekarang mendorong sekelian pembaca dn peminat blogku mendesak aku memberikan komen dan penulisan daripadaku. Meskipun ini suatu isu besar yang mana pastinya akan diberi komen oleh pemerhati isu semasa mcm org sepertiku ini, namun aku tak pernah satupun aku mengulas isu2 politik tanahair yg mana semestinye melibatkan pertelingkahan dan aku tak suka ade pertelingkahan yg tak berunsurkan ilimiyyah dlm Cetusan Minda.. Tapi, permintaan yg mule bertali arus membuatkan aku pun mula mengorak langkah cuba mengembara di alam maya cuba menganalisis keadaan dgn sebaiknya...

Setepatnya, aku tak pun berminat untuk menerangkan mana satu pihak yg salah, mana yg patut disiasat, dan aku juga tak mencari siapakah yg berhak mendapat ucapan tahniah.. Ini hanya akan mendesak pengkomen2 ku mencarut meskipun menggunakan bahasa yg murni.. Tapi, aku mula mengembara ke arah arus yg berlainan..

Jika dilihatkan percaturan BN yg seperti agak teratur itu, semua org pastinya akan mengatakan ianya sudah dirancang dgn agak serius dlm tempoh mase yg agak lame.. Bkn sekadar sembang2 kedai kopi.. Malah tak keterlaluan jika dikatakan perancangan ini sudahpun dirangcang sebelum Pilihan Raya Umum 2008 lagi.. Wah! setahun KOT!.. Memikirkan perkara ini menjadikan ku pelik.. Mengapa pelik?

Pelik kerana pemimpim negaraku ini macam dh tak ada kerja lain nak buat.. Macam seluruh negara dh aman damai.. Macam dah takde masalah langsung negara ni.. Sampaikan pemimpin pun boleh siap merancang kawasan jajahannya setahun kemudian.. Mari kita ambil kira yg perancangan ini berlaku sejak sahaja Perak jatuh ke tangan pembangkang.. Apa yg terjadi beberapa jurus selepas itu?

Harga minyak naik secara mendadak.. Ntah aku pun mcm dh boleh dikira dengan tangan berapa saja org yg tak mencarut dgn tidak menggunakan perkataan yg murni pada malam itu terhadap Abdullah Badawi.. Apa yg difikirkan ketika itu? Pasal perak? Sedangkan ntah berapa kali die tersedak malam tu..

Ntah bulan berapa.... dunia dikatakan dilanda krisis ekonomi yg teruk.. Dan penyebabnya tiada lain selain AS laknat.. Semua harga barang naik.. Lagi peristiwa.. banyak lagi ah! aku pun dah lupe.. byk buat dosa agaknya.. Yang penting aku pun waktu tuh rase macam Malaysia ni ke arah kehancuran..

Ha! macam mane pulak aku boleh lupe.. dan dalam tempoh ni jugak lah Pulau Batu Puteh telah diberikan haknya kepada Singapura.. Waktu tu tak taulah berapa banyak pihak yg menyalahkan tindakan negara menghantar wakil yg tak layaklah.. Malah dari sumber yg dipercayai mengatakan peguam negara membuat penipuan yg mana telah berjaya dikesan oleh hakim mahkamah dunia.. Ntahlah.. yang penting aku rase semuanya kerana pemimpin negara time tuh tengah bergelut dengan idea2 untuk meluaskan jajahan.. Mungkin Perak..

Aku baru je sentuh isu2 yg besar2.. Cuba kita lihat pula.. Perkara yg memang sedang berlaku dan sedang berterusan, dari dulu, kini, dan.. na'uzubillah... Harapnya tiada siapa yg sambung ayat tadi.. Itulah dia gejala 'so sial' yg mana aku percaya tiada satu pun pihak yg berani jamin yg perkara ini sudah semakin baik.. Lebih2 lagi bila aku melihat tajuk besar sebuaj artikel dalam Internet,"Kemorosotan Moral di Malaysia lebih Parah berbanding Indonesia"..

Yang membuat aku tertarik bukanlah untuk membahaskan, betulkah Malaysia lebih teruk dari Indonesia, ataupun Endon saje je nak mensabotaj negaraku ini.. Dana kalau pun dua2 sama teruk tak langsung membuatkan aku nak membantai balik penulis artikel itu.. Yang penting ini bagaimana teruk gejala 'so sial' di Malysia sehingga ianya boleh dikesan oleh negara jiran.. Lebih teruk lagi apabila mereka berani mengatakan, " Malaysia lebih teruk".. Padahal jika kita lihat org Endon dari persepektif kebanyakkan kita adalah sebuah bangsa yg agak tak bermoral.. Tapi apakah yg menyebabkan penulis itu berani menyatakan Malaysia lebih teruk? Wallahu'alam..

Yang penting, perkara ini berlaku kerana ketidak seriusan pemimpin menangani masalah ini.. Dalam keadaan sebegini pun masih boleh mencari tanah jajahan sedangkan tanggungjawab yg sedia ada masih banyak yg tak terlaksana.. Cet! ade hati..

Aku pun takdelah nak cakap yg BN main tipu.. Kalau dalam bolanye main 'curik ayam' ataupun ape2 saje perkataan yg melambangkan kemenangan mereka tidak sah sama sekali.. Sebab siapa pulak yg start dulu nak lompat2 nih.. Kang kene bahan baleh aku memang tak boleh kate ape..

Apa yg aku nak cakap hanyalah lihat perkara yg lebih penting dulu.. Jangan sebok buat bende yg tidak penting dlm keadaan perkara yg penting sedang diletakkan di atas bahu anda.. Apatah lagi kalau anda mahu jadi PM bulan Mac ini!


BACA SELANJUTNYA..