Sunday, March 30, 2008

Cat&DOG.....suatu renungan...

Pernah tgk citer cat&dog x..?? ader satu babak dlm citer tu yg korg x dpt tgk kt tv...dn skrip dier ade kt blog nih...mari kiter tgk sama2...

KUCING: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi..

KUCING : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



KUCING: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

KUCING: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

NJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
KUCING"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)

oleh sebab itu kita sebagai seorang muslim serta muslimah di dunia ini perlu beringat-ingat semasa menghadapi situasi seperti ini...
serta beringatlah bahawa sesungguhnya Allah melihat serta mengetahui segala tingkah laku kita...
BACA SELANJUTNYA..

Friday, March 28, 2008

Carta Dosa Di Dunia dn Sahamnya di Akhirat...


CARTA DOSA
JASA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT......Photobucket

1. Meninggalkan sembahyang
Anugerah :Ular Saqar sedang menunggu


2.Melewat-lewatkan sembahyang
Anugerah
:Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat
Anugerah: Mend
apat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang
Anugerah:Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
Anugerah : Duri- duri menanti anda di taman neraka


6. Tidak menjaga pergaulan
Anugerah: Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia
Anugerah: Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan
Anugerah: Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah
Anugerah :Angkatlah seberkas kayu dari neraka


10.Bersangka buruk
Anugerah:Amalan baik diambil orang



smuga yang buruk dijadikan teladan dan yang baik dijadikan sempadan...

Yang baik itu hanya dtg dari Allah..yg buruk itu ana mohon salah dn silap agar di maafkan...
Wallahua'lam...

*smua gmbo diatas hanyalah hiasan semata2..bknlah ditunjukkan sbgi gambran...harap maklum...

BACA SELANJUTNYA..

Saturday, March 22, 2008

Ikhtilat..??? Sedikit penerangan..

sekarang ni,sudah masuk zaman yg disebutkan sbgi 'zaman fitnah'..dimana banyak pekare yg diingini berlaku..
dn antara masalah remaja zaman sekarang ialah pergauln..yg dimaksudkan sbagai pergaulan bebas ataupon dlm bahase arabnye ikhtilat.."cmner ek nk bergaul gn yg berlainan jantina..??" perkara yg sering m
njadi tajuk perbualan di dlm forum maya ...setelah mngkaji sedikit sebanyak dn melayari beberape web ,akhirnye pembikin blog ini berjaye gak mencari kesimpulan yg memuaskan....


Insyallah ini ada beberapa tips pergaulan seperti yang di nukilkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:

1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepa
da orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]

2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]


Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.

3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.


--------------
Berikut pula adalah batasan2 yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-

1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak

2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara2 yang tidak baik atau perasaan mereka.

3. Sentuhan fisikal - bersentuh lelaki dan perempuan

Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut.


Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/

BACA SELANJUTNYA..

Monday, March 17, 2008

Phantom of the Opera..,penerapan nilai barat dlm silibus pembelajaran..

Haritu pelajaran bahase omputeh berlalu dgn bosan skali...muallimah mengajar kelas dgn buku Phantom of The Opera pasal citer omputeh yg jiwang2 tu lah.. aku sama skali x dpt membuka mata ketika sesi pembelajaran... bkn sengaje,tp lebih kurg cmtu gak ah..tp naluri ku kuat mngatakan yg silapnyer adalah pelajaran aritu..nk kate muallimah tu suare perlahan x jgk... ape yg aku sedar hanyalah apabila muallimah menyeru"MUHAMMAD,YOU LOOK SO SLEEPY..STAND UP".. ceh hanya tuhan yg tahu cmne malu aku waktu tu...stelah berehat dirumah buat satu tempoh yg agak lame, maka timbul lah satu cetusan minda yg rasenye boleh dikongsikan buat seluruh rakyat malaysia...


mari kita lihat pndpt bernas pembikin b
log ini...hehehe.. Pertama sekali...mari kita lihat tema buku omputeh ini...
kalau merujuk kpd 'syarah' buku ini "understanding literature series"terbitan fajar bakti karangan Veronica M Loo & Renee Sidhu, tema citer ini adalah percintaan ...

jadi..suke untuk ana mengingat tntg ayat al quran surah albaqarah ayat120..:
"dan tidak akan redha yahudi dn nasara sehingga kamu mengikuti care hidup mereka"

Jadi..persoalan nye..adakah silibus kiter harini dipengaruhi oleh barat..??
Jawapannye tentu sekali 'ya'...antara buktinye adalah seperti di atas...
Adakah relevan aspek percintaan diterapkan dlm otak pelajar malaysia yg mendakwa sbgai negara islam contoh seawal usia form2...???
Mungkin ramai yg mngatakan "yg hendak diterapkan pd silibus itu bknlh aspek percintaan semata2 tp aspek kejujuran,pembalasan dendam,dn laen2 aspek yg ade di dalam citer tersebut..."
Mari kita tgk adakah itu satu2 nye citer yg terbaek yg boleh memahamkan pelajar tntg aspek yg mahu diterapkan spt yg didakwa..?? bknkah byk lagi citer laen yg tiada unsur percintaan,budaya org puteh dn sbgi nye yg ade di dlm citer tersebut..?? kenape nk pilih citer yg satu ni lak...??

Bkn kah allah telah berfirman di dlm surah al ahzab ayat21:(maksudnyer...)
sesungguhnye telah ada bg kamu pd rasullullah itu satu contoh yg baek untuk org yg mngharapkan allah dn hari akhirat...

Jd ,ape salahnye jika diambil kisah rasulullah ditukar bahase kpd bahase inggeris untk dijadikan silibus...?? ataupon kisah para sahabat yg laen....

Persoalannye adalah:kenape malaysia tidak membuat silibus sndiri malah mngikut silibus omputeh yg dulu pernah menjajah negare tercinta ini..??bknkah negare kiter sdh merdeka..??

Jd jawapannya amatlah senang...
sebenarnye negare kiter maseh blom merdeka sepenuhnye ,buktinye..?? kite tgk sahaja contoh di atas yg mane dgn senangnye org barat menerapkan budaye mereka di dalam silibus sekolah kiter...adakah itu tidak dikire mnjajah pemikiran...?? cube pikir2kan bende ini...

Kesimpulannya..negare kite Malaysia ini yg didakwa sebagai negare islam contoh serta berdaulat telah termasuk antara negare yg telah berjaya dijajah pemikirannya oleh pihak barat ...
ape sbbnye..?? mari kiter lihat balek ayat pertama yg kiter bincangkan td iaitu dr surah al baqarah....

jd wahai rakyat melayu yg beragama islam...ADAKAH KITA HANYA MEMBIARKAN MEREKA MENJAJAH PEMIKIRAN KITER...??ADAKAH KITER RELA MELIHAT UMAT ISLAM MALAYSIA DITERAPKAN BUDAYA COUPLE SEJAK DARI UMUR 14 TAHUN...???
PIKIR2KAN LAH SENDIRI....
BACA SELANJUTNYA..

Friday, March 14, 2008

Keluhan buat Kaum Hawa'....


Keluhan seorang lelaki untuk wanita

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..


(bende ini tiade kene mengena dgn yg hidup atau yg mati ataupon yg hidup segan mati x mahu ..hehehe..tp untk org yg btol2 mahu mngambil manfaat..)

BACA SELANJUTNYA..

Sunday, March 9, 2008

Senjata...??

salam ukhuwwah dr penulis kpd semua pembaca blog cetusan minda seorang pemuda.untuk kali ni insyaallah akan ana kongsikan senjata yg berkesan seperti mana yang telah ditulis di arkib bertajuk pemuda tp di sini ana ingin mendetailkan sedikit utk pembaca sekelaian.

sebenarnya,musuh-musuh islam laknatulah telah lame berusaha utk menjatuhkan islam.jd,mereka telah melakukan bermacam-macam peperangan keatas umat islam.tp,pada setiap peperangan,mereka kalah wlupun bil tentera jauh berbeza.lama kelamaan,seseorang (ana x ingat name dan pangkat die) telah berkata"klu kita nak jatuhkan islam kite x boleh menggunakan kekerasan tp mesti melalui serangan dalaman"(kalau x silap kate-kate die camnie tp klu lain pun maksud die lebih kurang).jd,semenjak hari tu,mereka berusaha melakukan bermacam-macam serangan keatas umat islam tp bukan dengan cara peperangan bahkan mereka tak murtadkan pun umat islam.x lain x bukan mereka masih membiarkan umat islam tp hanya islam pada nama.

kita lihat zaman ini islam hanya ade pade name saje.hampir setiap umat islam tidak ade langsung pemikiran tentang islam apetah lg sejarah mengenai islam itu sendiri.mereka islam hanya mengikut mak bapak mereka sahaje.antare senjate yg menyebabkan jd begini ialah tv(apelg klu astro),internet(klu salah gune) dan macam lg seperti perubahan ideologi.klu kite lihat,negara umat islam skrg berpecah belah dan lg menyedihkan negara islam pun x seperti negara islam yg sebenar.cthnya,negara kite sendiri iaitu malaysia.namanya islam tetapi maksiat bersepah seperti sesuatu yg biasa.orng pompuan semuanye cuak nk kuar(kecuali minah2 liar).klu kite tngk zaman khilafah dulu pompuan semuanye tak takut kecuali dgn serigale(kalau x silap).sebenarnye org2 yg suke melakukan bende-bende maksiat sebenarnye tngh mencabar allah.dan orang2 yg cabar allah ni sebenarnye ialah orang yang takde akal.sebab ape?sebab diorang tau yg allah paling berkuase tp nak kerek2 lak.dan biasenye org yg takde akal ni biasenye x bergune.dan bende2 x berguna ni biase org panggil sampah je.jd klu kite nk jd sampah kat muke bumi baik x yah.knp?sebab tong sampah pun ade gunenye iaitu membuang sampah-sampah yg tak bergune tu.jd,jdkanlah diri kite bergune utk islam wlu sedikit.

insyaallah sampai disini saje perkongsian yg tak seberape dr ana dan pade sesiape yg berhajat menambah ilmu bolehlah membaca buku2 fikrah atau baca blog http://inijalanku.wordpress.com .insyaalah akan dpt manfaat. BACA SELANJUTNYA..

Mengejutkan.......!!!

alhamdulillah...malam tadi adalah malam yang bersejarah buat semua pemimpin-pemimpin malaysia dan semua rakyat malaysia yan inginkan perubahan tampok pemerintahan negara.. selepas pengunguman keputusan pilihan raya semalam....telah terbukti rakyat malaysia sudah pandai BERFIKIR..keputusan telah membuktikan rakyat sudah SEDAR tentang situasi yang sedang berlaku di negara...mereka sudah TIDAK SABAR dengan kepincangan-kepincangan dalam demokrasi....penyelewengan dalam pentadbiran negara...penyelewengan duit-duit negara yang tah kemana lesap....dengan itu mereka inginkan perubahan..kedah,pulaupinang,kelantan bahkan negeri kita telah jatuh ke tangan pas.. walaupun bagi saya..pas ni ingin tubuh kerajaan islam secara terburu....kita hendaklah sokong mana yang terbaik dan betul...kebenaran telah terang didepan mata kita...mengapa perlu kita sangkal kebenaran tersebut???saya tutup dengan satu kata2 yang famous...'nak x nak...kita kena mula dari bawah..'....jika nak tubuhkan satu kerajaan yang kuat...maka bina lah dengan batu asas yang kuat..jika batu asas lemah..maka sangat senang untuk ditumbangkan..maka marilah bersama2 kita bangkit dan hasilkan batu-batu asas yang kuat lagi kukuh untuk menuju daulah islamiyyah.insyaallah.....allahuakbar BACA SELANJUTNYA..

Ape dh jadi??

Sekadar mahu berkongsi suatu perjalanan yg agak mengejutkan dn dlm masa yg same menggirangkan...
8mac2008 merupakan satu tarikh yg pntg bg rakyat Mlaysia bg memilih pemimpin mereka..Sbgi menunaikan tnggjwb ayah ana pulang ke kmpg untk mengundi dn ana pon mngikut ayah . Saya diberi kejutan sejak dr awal perjalanan apabila ternampak kereta didepan kami memasang bedera Pas dgn megahnye dn terlihat ana akan gmbo calon Pas kawasan Sepang. Sbgi menyokong perbuatan itu, abgku yg memandu ketika itu membunyikan hon .Ketika kami memecut kereta itu, alngkah terkrjut nye kami apabile melihat pemandu itu adalah seorg India!! India tersebut mengangkat tgn dn kami membalasnye.
Rupenye di depan kereta tersebut juge dipasang bendera.
Sblom smpi ke kmpg ana di Banting, kami perlu melalui beberape estet dn kediaman India. boleh dikatekan pendalaman .Seperti x percaye dgn ape yg dilihat apabile terdapat sebuah pondok panas PAS di kawasan itu.Bkn setakat hiasan malah penuh dgn pengunjung. apabila kami melalui pondok tersebut, abgku memperlahankan kan kereta dn terlihat akn kami petugas2 india itu memekai baju PAS dn ditulis di belakangnye'PAS untuk semua' .Petugas itu kemudian mengangkat jari telunjuk tanda bagus sambil meunjuk kpd baju yg dipakai.
Aku dgn semangat membalas dgn perkare yg same.Tibe2 abgku berkate 'x ambil gmbo ke?' Aku mnepuk kepala smbil menyesali kelalaian ku. Kalo x msti dh letak dlm blog ni.he..he..he
Seterusnye amat menyedihkan apbila kami melalui sebuah pondok BN.ape yg menyedihkan adalah dlmnye penuh dgn Melayu.Abgku menyumpah2 dgn mengatakan 'cmne lah Melayu nk maju.Org india pon pndi berfikir skarng.Org melayu masih lg keras lepala.'

Ku terdiam sejenak smbil kepalaku memikirkan perkare yg baru terjadi td. Wahai ummatku,ape telah jadi! Mmg betullah korg ni pelik!!! BACA SELANJUTNYA..

Saturday, March 8, 2008

Pemuda??


ku termenung di pagi 8/3/2008 di mana tarikh orang ramai pergi memilih pemimpin mereka.aku duduk di bangsal bas yang usang dan sudah lama ditinggalkan oleh bas-bas.terkeluar di pemikiranku sebutir ilmu untuk dikongsi.

di pemikiranku aku terfikir ramai yang mengundi termasuklah pakcik,makcik,datuk,nenek,nyonyadan bermacam gelaran lagi bahkan semua golongan muda mudi bahkan kanak-kanak yang takmengerti apa yang mereka lakukan turut serta dalam mengempen parti masing-masing.ini tak termasuk lagi mereka-mereka yang merempit sambil mengebarkan bendera parti yang diharap dapat memimpin.

apa yang ana nak bawakkan kat sini ialah semua orang mengundi namun ape yang diharapkan oleh pengundi-pengundi tersebut.sebagai contoh,seorang lelaki mengundi kerana merasakan itu salah satu kewajipan rakyat sahaja.contoh lain,seorang nenek mengundi kerana anak anak suruh.seorang pakcik mengundi kerana mengharap dapat menang tahun ini.ana bukanlah nak sokong mana-mana parti (bahkan belum cukup umur) tapi apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka-mereka yang mengundi lebih-lebih lagi individu yang menggelar dirinya muslim.

ana bawakkan satu kisah yang mana biasa didengari oleh pelajar-pelajar sekolah ana.kisahnya bermula apabila seorang lelaki berjalan-jalan di sebuah tapak pembinaan.di situ dia dapat melihat pekerja yang sedang melakukan kerja masing-masing.ada yang bancuh simen,ada yang sedang menyapukan simen dan ada yang sedang menegakkan tiang.lalu dia pergilah ke orang yang membancuh simen lalu dia tanya ape yang sedang pakcik lakukan?lalu pakcik itu menjawab"tengah bancuh simen nak.lalu dia pergi ke arah orang yang sedang menyapu simen lalu bertanya"apa yang sedang uncle lakukan?lalu uncle itu menjawab"sapu simenlah!tak nampak ke!lalu die terus lari kearah orang yang mendirikan tiang lalu bertanya:"ape yang sedang saudara lakukan?"dia menjawab"banyak yang sedang saya lakukan.kemudian dia bertanya semula"sekarang?" "sekarang saya sedang membina masjid"..

sebenarnya simbolik dari cerita ini ialah orang ketiga itu nampak lebih jauh dari orang pertama dan kedua iaitu dia bukan hanya nampak dia hanya meletakkan tiang tapi dia nampak kerja dia tu akan membangunkan sebuah bangunan dan dia adalah salah seorang yang akan membangunkan bangunan tersebut.apa yang ana nak kaitkan disini ialah(bukan setakat mengundi) apa yang sebenarnya yang kita lakukan.

ingatlah wahai saudara-saudaraku,pada zaman silam umat islam telah memayungi 2/3 dunia ini tapi sekarang ini walaupun umat islam ramai tapi bagai buih-buih dilautan.sepertimana hadis nabi mengatakan"pada akhir zaman kamu akan dikerumuni sepetimana makanan dikerumuni."sahabat bertanya"adakah bilangan kami pada zaman itu sedikit ya rasullah"ar-rasul bersabda"tidak.umat islam ketika itu ramai tapi bagai buih-buih dilautan"(kalau salah sila betulkan)

teringat ana pada sebuah cerita yang ana dengar dari seorang akh sewaktu ana pulang dari sekolah bersaman-sama dia.dia bercerita"pada masa dulu(tidak terlalu lama)ada sebuah negara arab yang mana penduduknya mengamalkan islam yang sebenar-benarnya sehingga kalau nak bezakan islam dan kafir hanya dengan melihat pemakaian tudung."dia menguatkan lagi"sehingga orang bukan islam segan dan ada yang memakai jubah kerana terlalu ramai yang pakai pakaian yang sopan.pada suatu hari kerajaan mereka mempromot satelit tv secara percuma yang dapat berbagai channel dan hanya perlu bayar duit untuk piringnya sahaja tak seperti astro yang perlu bayar bulanan.ramai yang membeli piringnya.tidak lama selepas itu,orang yang pergi kesana tidak dapat mengenal pasti yang mana benar-benar muslim kerana kebanyakkan sama saja dari segi pakaian,gaya rambut dan cara pergaulan."tamat disitu.

jadi dari cerita tu kita dapat lihat senjata kuat yang dapat membasmi fikiran umat islam lagi-lagi golongan pemuda dalam masa yang singkat.sedarlah,sesungguhnya agama allah memang akan tertegak tapi yang menjadi persoalannya ialah adakah kita yang akan menegakkannya atau hanya meraikan saja atau tidak berasa apa-apa.ingatlah,telah 84 tahun agama tercinta kita telah dinoda dibawah pimpinan-pimpinan selain islam.ingatlah sekarang ini islam diletak ditempat yang tak sepatutnya.jadi ana seru kepada pemuda-pemuda supaya cepat-cepatlah sedar dengan keadaan ini lagi-lagi kepada pemuda yang mempunyai kefahaman tentang islam supaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pemuda muslim.ana tak ingat pesanan sape tapi kalau tak silap imam hasan al banna(kalau silap betulkan).lebih kurang ginilah yang dia cakap"pemuda adalah punca kebangkitan sesuatu kaum.jadi fikir-fikirkanlah.

allahhumma ya muqallibal qulub tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala thaa'tik wa 'ala thoriqi da'watik BACA SELANJUTNYA..

Peliknye Ummatku

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan
seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak
ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak, berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5
minit ***a.

Peliknya umatku....
s et iap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat
kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih
lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok
untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
s et iap tahun mereka sanggup menjadi penunggu s et ia kepada jam 12 mlm
pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai. .tak kira jantan b et ina d et ik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....

s et iap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang
cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan. .....
BACA SELANJUTNYA..

Friday, March 7, 2008

PEMUDA??Ape kejenye??


selesai sudah menyediakan brg2 utk kelas prep,keluarlahku dr dorm menuju ke musolla dlm lingkungan 6.30 ptg.aku pergi ke kelas utk meletakkan beg aku dan bergegas ke musolla supaya tidak di tahan kerana lewat.tepat 6.50,tazkirah suatu saat yg sngt ditunggu olehku bermula.pengurusi majlis menjemput pentazkirah kehadapan.selesai pentazkirah duduk,bermulalah ucapan beliau;


"assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuh.insya-Allah hari ana ingin berkongsi bersama ikhwah dan akhawat tentang ape yang telah allah lintaskan dalam hati ana kpd antum.


Perkataan yg biasa didengar tp jarang dihayati oleh semue umat islam ialah kalimah lailahaillallah.jka orang yg benar menghayati kalimah ini akan berasa lain.Sebenarnya kalimah ini akan mengubah diri hidup seseorang dan akan menjadikan dirinya hanya satu matlamat iaitu mendapat redha allah.Jadi kalimah ni bukan benda yang senang.Kalu kita lihat semasa daulah islam tertegak di bumi ini,hampir semua umat islam punyai peribadi yg kearah kalimah ini dan klu kite tngk sebelum tertegaknya daulah org yg ingin membangunkan kalimah ini adalah peribadi-peribadi yang sangatlah mantap seperti abu bakar assiddiq,umar,ali,solehuddin alayyubi,muhammad alfatteh dan sebagainya.Mereka mempunyai matlamat mereka sendiri.
BACA SELANJUTNYA..

Couple?Ape hukumnye?

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..

asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada

wanita
Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar sekolah itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..


Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun sel

alu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..


Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini diharg

ai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..


Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu unt

uk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan per

ubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan maca

m-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya i

tu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan ke

kal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..


kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan

membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah

pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~


Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..


"COUPLE HARAM"


Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..


huhu~~
tapi biasala..


kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..


kita tak buat maksiat..


Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..


Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?


Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..

lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..



Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu


Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.

.
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..


huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang d

iri..
saya terjumpa ayat ini..



Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,

padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,


Cepat marah, suka buang masa,


ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.


(Al-Baqarah ayat 42)



Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tap

i couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?


Dan terkadang saya rasa serba salah?



Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu se

minar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefaham

an saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..


"Ni kira dakwah juga..saling ingat-me

ngingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi t

a'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk be

rtanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"



Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"


"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa
?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."


"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu sa

ya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada le

laki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; se

sungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya menga

wal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni s
aya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, n

iat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sung

guh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya a
pa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau b
erjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki.

kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi ak
h..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan be

rcakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjal
an ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama dar

ipada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U,
dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya tak

ut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak d
apat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu

. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun

, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak ber
makna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudu

t positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekali
pun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.
"

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekara

ng, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.

(p/s:perkare mungkin benar2 berlaku .Tp bkn kpd pmbikin blog ni ye....hehe..)



BACA SELANJUTNYA..