Monday, November 30, 2009

Cuti2 Malaysia!-Murabbi-Mutarabbi

(tajuk Cuti2 Malaysia ini tiada kene mengena dengan sekumpulan pelajar sekolah lelaki yg lmbt pgi solat, kemudin ternampak pelajar perempuan kt dlm kelas waktu solat.. lantas menyanyikan lagu Cuti2 Malaysia)

Rasanya, jika disebutkan tentang cuti, sudah lama pelajar2 sekolah dan mahasiswa universiti bercuti.. Jadi, macam seorang yg lambat pick-up kata orang. Apa2pun, segala keterlambatan adalah disengajakan, dan saya minta maaf atas ketersengajaan itu.. (huh! ade ke dlm kamus?).. Ala kulli hal, sudi2kanlah membaca coretanku kali ini..

Tulisanku tidaklah berat mana kali. Almaklumlah, cuti sem./sekolah.. Name pon cuti.. Jadi, eloklah rehatkan segala apa yg munasabah untuk direhatkan.. Jadi, entry kali ini tak lebih hanya sekadar perkongsian pengalaman bgi mereka yg malas berfikir, tpi mungkin jauh lebih dari itu bgi mereka yg rajin berfikir spt saya..opps..

Dimulai oleh cerita pada suatu masa, ketika ku berada dalam tingkatan 3, tahun di mana aku dan rakan2 lain menharungi *peperangan sederhana besar (*baca:PMR).. Pada awal tahun itu, entah macam mana aku telah menjadi pengajar dlm masa yg sama menjadi pelajar.. Bagaimana?

Di sebuah taman perumahan, terdapat sebuah Sekolah Agama yg lebih terkenal sebagai KAFA (kelas agama fardhu 'ain) yg pelajarnya spt yg diketahui budak2 sekolah ren. kebansaan yg paginya sekolah kebangsaan, petangnya belajar agama, ataupun sebaliknya.. di sekolah itu, seorang ustaz telah berhenti kerana mendapat kerja lain yg lebih menguntungkan.. Lalu, ntah macam mana, sang pengetua sekolah telah menawarkan untukku mengisi kekosongan sebagai guru sementara.. Pening juga kepala dibuatnya..

Akhirnya, aku setuju dgn mengajar hanya sejam selepas saya habis sekolah.. huhuhu.. sekolah aku habis lebih kurg 3.30 kire habislah tugas sebagai pelajar, ambil mase 30 minit utk pergi ke KAFA tersebut, dan 4-5, aku bertugas sebagai guru pulak.. haisyy.. Pada mulanya janggal teramat.. maklumlah, baru form3.. Namun, dah lama2 rasa mcm satu perkara yg menyeronokkan.. berbakti kpd ummah.. Ye! melentur buluh biar dari rebungnya.. aku berpuas hati, selama aku bertugas di situ, banyak yg aku dpt curahkan dekat masyarakat sekarang yg bagiku ntah ape nak jadik.. haih! x tahulah.. Sepanjang mengajar, aku ambil segala kesempatan untuk memberi ape yg aku rasa perlu..

Di sebalik aku mengajar, sebenarna aku juga diajar oleh anak2muridku sebenarnya.. Ya! anak muridku mengajar macam mana perasaan guruku ketika aku bergelar pelajar.. Ketika itulah baru faham, macam mana perasaan seorang guru bila anak murid melakukan itu..ini.. Wah! bermula hari itu, aku terus cuba untuk menghormati semua guru yg ada.. huh! bukan senang, tapi mengingatkan kembali perasaan seorang guru, akhirnya aku berpuas hati dgn apa yg telah aku cuba buat..

Tiba hari guru, aku semestinya tak mengharapkan apa2 hadiah.. Semestinya, kerana aku bukanlah selalu mengajar pun.. sehari sejam jek.. itu pun ade gak yg ponteng2.. 16 Mei. aku tgk semue ustz/ustzh sudah dpt hadiah.. aku pun buat muka selambe je.. Sudah tentu, xde ape yg nak sedih.. baru form3 ketika itu, memang kalau x dpt hadiah sebagai seorang guru pun xpe.. dahla x aku x pernah bgi hadiah sempena hari guru kat guru yg mengajar aku..

Tapi, keesokkanya, aku terkejut bila seorang budak darjah1 datang dgn benda berbalut di tangannya.. "Ust. Muhammad! nah hadiah.. kakak saya malu nk kasik ustaz, die suruh saya kasikkan.." .. Patut pun.. aku pun pelik sebab aku bukannya mengajar budak darjah1 pon..Aku mengajar bdk darjah atasan je, 5,6.. "terima Kasih banyak2.." Kemudian, ramai lgi yg datang bgi hadiah.. Ya Allah, tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku waktu tuh.. Walaupun hadiahnya sama sahaja, iaitu pen, pen, dan pen lagi, namun ia mempunyai makna yg sgt besar bagiku.. Ini menunjukkan aku berjaya menjadi seorang guru walaupun baru form3! Lebih2 lagi, sebagai seorang yg masih belajar, apatah lagi untuk PMR, aku memang perlukan sebanyak mungkin pen.. hehehe..

Apa kaitannya semua ini dengan cuti sekolah?

"Ust boleh join kem hafazan sempena cuti sekolah kami hujung tahun ini?" Woha!

Setelah sekian lama, aku sekali lgi diberi peluang.. Bukan bermakna hidup2 setiap hari tidak dipenuhkan dgn mendidik.. Benar, setiap saat, sebagai seorang Muslim yg faham agama, tanggungjawab pada mereka untuk menyebarkan apa yg perlu untuk masyarakat, rakan2 terdekat, dan lain2.. "Sesiapa yg berkata لا اله الا الله maka dia adalah seorang da'ie".. Tapi, bukan mudah untuk mengajar/mendidik "rebung2" ini..

Hari2 penat melentur "buluh" yg sudah keras tpi berpeluang untuk menjadi lembut, apakata cuba buluh yg masih belum keras.. masih lagi di tahap "rebung".. Ya! generasi muda juga perlukan didikan.. Jngankan sudah sampai Universiti baru mahu mula berubah.. Fahami Islam mula dari kecik, InsyaAlllah, segalanya orait!

---------------------------------------

Special dedication to my little anak murid berasal dari Nanggroe Aceh Darussalam yg mana baru sahaja balik ke negara asal, InsyaAllah... Moga menjadi kader2 kebangkitan Islam... Kebangkitan itu pasti! Antara orang yg diberi naungan di padang mahsyar kelak ialah dua orang muslim yg bertemu dan berpisah kerana Allah.. Ada takdir, kita jumpa lagi!
BACA SELANJUTNYA..

Friday, November 20, 2009

Any Given Time

Atas beberapa alasan, tajuk post ini berbahasa Inggeris.. Kenape? Entah.. mereka yg berfikiran luas saja yg boleh mengetahuinya.. Jadi, apa pula kali ni. Kajian? sudah puas mengkaji pada entry yg lepas. Repekan? sudah terlalu banyak.. apa kata kita bersastera pula?

ٍPada setiap waktu yg diperuntukkan , Allah akan sentiasa berada di situ
Tiada apa lagi yg perlu ku katakan..
Setiap waktu Allah berada di sini
Pasti tertanam sesuatu dalam jiwaku yg sedang "hidup".

Oh, pada waktu yang dikurniakan, aku melihat
Nikmat yang selalu didapati dalam hanya pada waktu tertentu,
Aku bersumpah dengan Tuhan membelah bulan menjadi dua,
Pada 5 pagi nanti aku akan mendekatkan diri kepadaNya

Aku benar2 sesat, buntu tanpa cahayaMu
Aku cuba untuk mencari diriku sendiri setiap masa,
Tiada satu hari pun yg aku biarkan berlalu denga sia2..

Aku aku berusaha melawan Iblis L.A tetapi tidak pernah melawan nafsu diriku sendiri,
Aku membaca beribu2 buku, tapi tak pernah meneliti diriku sendiri,
Aku kelaparan, rohku perlukan makanan,
Ya Allah, aku perlukan bantuanMu
Neraka dengan setan, musuh terbesar diriku.

Aku tertanya2, apakah aku melakukan semua ini dgn niat yang benar?
Bersandarkan duit, kehormatan dan sekadar permainan, semuanya menarik2 diriku,
Selain bersuka ria dan bergelak ketawa, aku lebih suka memberikan manfaat,
Tapi siapalah aku untuk berada dlm keadaan itu?

Untuk mewakili seluruh generasi dn membuat mereka percaya
Sehingga hari ini aku masih berjuang untuk menegakkan agama
Aku boleh menyebut الله أكبر seratus kali dalam seminit,
Tapi hatiku tidak mengikutnya..


Kasih sayang tanpa kesombongan,
Hadiah tanpa sebarang syarat,
Kebaikan tanpa sifat marah,
Kemaafan tanpa perlukan sebrang alasan..

Dan... pada waktu tertentu
Aku berusaha melakukan yang terbaik untuk berjuang
Dalam Nama Mu Ya Allah, aku bangkit


Sekalipun ketika aku tidak bersendirian
dia,Allah berada sangat dekat pada ku,
lebih dekat daripada urat darah di leher ku
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (surah Qaf:16)
Lebih2 lagi ketika aku bersendirian..

Begitu juga ketika aku sedang tidur
dia,Allah berada sngat dekat dengan ku
lebih dekat daripada urat darah di leher ku
Sekalipun aku tidur mati dengan begitu nyenyak..

Bahkan ketika aku sudah hilang segalanya
dia, Allah sangat dekat dengan diriku,
lebih dekat daripada urat darah di leherku
Sekalipun ketika aku menconteng2 di blog ini..


BACA SELANJUTNYA..

Friday, November 13, 2009

Emmerich, 2012 dan Konspirasi

Anda semua sudah maklum bukan dengan movie hollywood terbaru, "2012".. Sejak awal pengiklanan filem ini, beribu2 persoalan bermain2 dan berlegar2 di kepale otak setiap manusia, x kira yg Muslim ataupun tidak.. Lain pula halnya bagiku.. Bukan tidak tertarik, malah sangat tertarik atas sebab2 tertentu.. dan yg utama sudah tentu mahu melihat sejauh mana industri terkenal Hollywood sekali lagi memukau dunia, khususnya sasaran utama, orang ISLAM.. dan filem ini merupakan filem yg paling aku nak tengok selama aku hidup di dunia ini.. Kenapa?..

First sekali, bagi mereka yg tidak tahu apa2, biarlah aku berikan satu kenyataan yg suke hati anda semua mahu percaya atau tidak, iaitu "Hollywood dikawal oleh Yahudi" melalui satu pertubuhan rahsia bernama Illuminati.. Ini bukanlah isi penting yg aku nak cakap dalam posting kali ni.. Ini cuma pendahuluan supaya korang lebih faham coretan2ku di bawah ini.. Untuk itu, bagi mereka yg x puas hati, boleh tanye pakcik Google atau youtube tentang hollywood,jews,illuminati dan yg lain2..



Mari kembali ke filem 2012 yg sangat menarik perhatian.. Mengapa?

Pengarahnya ialah Roland Emmerich.. Apa yg istimewanya Emmerich? "Keistimewaannya" dapat dikesan pada filem2nya sebelum ini yg cukup berani dan licik mendedahkan beberapa perkara yg sgt sensitif.. Antara filemnya yg top ialah Independence Day (1996), Godzilla (1998), dan The Patriot (2000).. Mahu lihat beberapa keberaniannya?


Mesej kepada dunia, 9/11 dlm Independence Day(1996)



Lagi mesej kepada dunia, 9/11 dlm Godzilla (1998)



Mesej terakhir kepada dunia, 9/11 dlm The Patriot (2000)

Credit to:Conspiracy Archive


Jelas bukan?

Dan pada 3 November yg lalu, si Emmerich ni berjaya lagi menarik perhatianku dengan kenyataan media ketika ditanya tentang Mekkah, kenapa ia satu2nya tempat yang tak dimusnahkan dalam filem ini.. Jawapan penuh di sini.. saya letakkan jawapannya yg mencurik perhatianku..

"Well, I wanted to do that, I have to admit," the filmmaker told m. "But my co-writer Harald [Kloser] said, 'I will not have a fatwa on my head because of a movie.' And he was right."

Dia kata dia tidak mempunyai fatwa tentang itu.. Bagi korang, mungkin rasa bagus kerana berfikir Emmerich ada rasa hormat terhadap orang Islam.. Tidak sama sekali! Emmerich mensasarkan fatwa untuk memerli orang Islam.. Bagi anda yg mahu terus bersangka baik, saya tak punya apa2 masalah. Cuma satu benda yg aku nak katakan kepada korang, tiada satu dalil pun yg mengharuskan kita bersangka baik dengan orang kafir.. Carilah sepuas2nya dan anda tidak akan berjumpa dengannya.. Percayalah.


Sehingga kini, aku belum lagi berkesempatan untuk menonton filem yg menarik ni, walaupun The Mines hanya 30 minit berjalan kaki dari kediamanku.. Kalah dengan kawan2ku yg walaupun terpaksa "berkomuter" untuk sampai ke The Mines semata2 untuk menonton 2012.. Oleh itu, hanya menunggu mana2 sukarelawan yg menguploadnya dgn niat untuk menjatuhkan industri Hollywood..

Tapi, trailernya saja sudah cukup menunjukkan memang Emmerich mahu sekali lagi memperlihatkan sesuatu kepada penonton2nya di seluruh dunia.. Lihat bagaimana kapal John F. Kennedy (Presiden Amerika yg dibunuh kerana disyaki x bekerjesama dgn Yahudi) menghempap WHite House.. (klik pd perkataan yg anda tidak tahu apa2 mengenainya)

Oleh itu, bagi anda yg telah menontonnya ataupun merancang untuk menontonnya, cuba2 lah perhatikan jika sekali lagi Emmerich mahu memberitahu sesuatu kepada kita.. Mungkinkah tarikh perlanggaran KLCC pula? Hanya pemerhati terbaik saja yg layak membuat kajian..........
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, November 8, 2009

Mak,.... Saya nak kahwin!

Tulisan ini bukanlah berupa satu luahan hati diri sendiri, nafsu syahwat yg terlampau atau yg sebegainya.. Tapi ini adalah satu perkongsian pembuka minda untuk pembaca.. Mungkin tidak sesuai bagi semua lapisan, tapi saya amat mengharap semua orang dapat mengambil sedikit sebanyak maanfaat dari penulis macam aku yg memang tak hebat mana.

Persoalan perempuan, nafsu syahwat, keinginan terlampau (wow!) memang menjadi topik hangat di mana2 saja.. Anda semua boleh lihat di mana2 website agama yg pastinya topik paling hangat ialah masalah yg satu ni.. tak habis2~!

Kalau anda semua tak percaya, dan malas untuk menjelajah mencari2 bukti tersebut, saya ada sediakan buktinya.. Di KeretMayat, post yg paling byk komen ialah post yg bertajuk, "Apa itu Seks?".sehinggakan sampai 200 lebih komen.Pernah jumpa post blog sampai begitu byk komen?... Lagi? di soaljawab.wordpress pulak, sebuah blog himpunan soalan2 berkaitan agama, soalan paling popular ialah "Hukum Mel**c*p" ... Dekat iLuvIslam.com pulak, soalan2 berkaitan couple sudah beberapa kali dikemaskinikan, dan sekarang semuanya telah di"lock" kerana sudah bertambah2 soalan yg pelik2 dan berulang2..

Ini semua menunjukkan kesangapan masyarakat kepada benda ni.. Belum lagi aku cakap berapa peratus anak2 remaja sekarang yg bercouple, tak kira lah secara "murni" ataupun keji.. Nanti mulalah mak bapak gelabah cek anak2, terjebak atau tidak.. Belum sebut lagi berapa peratus yg dah di"lobosi".. Innalillah....

Jadik, sekarang saya tak berniat nak sentuh semua benda2 keji lagi mungkar ini.. mari kita pulang kembali kpd tajuk di atas.. Anda pernah dgr budak2 sekolah berkata seperti , "aku rase nak kawen lah", dan disusuli dengan orang2 berlagak tua yg menyanggah, "Haisyy, kecik2 lagi dah fikir kawen.. ko tuh PMR pun tak lepas lagi baru lepas tau!" Biasa bukan? Baik, mari kita mulakan.....

Berdasarkan kpd kajian yg bersumberkan kepala lutut otak aku yg bijak, lebih 90% pelajar sekolah menengah atas mempunyai pasangan ataupun dikatakan sebagai "couple", manakala tidak kurang daripada 96% bergaul bebas tanpa batasan yg boleh dikatakan haram sama sekali.. Lalu, memang telah saya katakan, perkara ni sudah tak boleh dibendung lagi.. lalu?

Kahwin!



Ye! sudah tiba masanya untuk korang semua bukak minda.. Daripada anda bercouple, bermain2 SMS, berchatting2 di YM, berzina menggunakan ibu jari dan hujung jari2, adakah ini semua lebih baik daripada orang fikir kahwin? Teruk sangat kah fikir nak kahwin sejak zaman sekolah?

TIDAK! kerana seperti saya ckp, hampir keseluruhan pelajar bercouple.. Jadi, daripada couple yg konfem haram, lebih baik x couple, tapi dok fikir kahwin yg memang konfem tak haram, malah dapat pahala lagi.. Ini bukan soal angan2 atau keinginan hati, tapi aiternatif bagi MENGELAK DARIPADA PERKARA YG HARAM iaitu couple itu sendiri.......

Apsal kene fikir kahwin, kenape tak kahwin terus je?

Melalui perlembagaan Malaysia, seorang yg mahu berkahwin hendaklah paling kurang lelaki=18 tahun, perempuan=16 tahun.... jadi, rata2 budak sekolah konfem tak boleh punye+kalau boleh pun macam lah mak bapak kasik.. Oleh itu, cukup sekadar fikir untuk kahwin..

Selain kahwin, ade alternatif lain ke nak halang diri daripada bercouple?

Ade... sape cakap xde?

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Jadi, PUASA.. Bagaimana?

"Aku puasa penuh Ramadhan, pastuh sambung puasa 6, Isnin Khamis lagi, couple leh hilang gak.. siap tambah lagi"

Perlu faham, kehendak puasa yg dimaksudkan dalam hadis ini.. Cuba fikir kembali, kaitan puasa dgn nafsu dlm konteks yg lain... mesti ada..

Kafarah puasa! ye, 2 bulan berturut2 yg disyaratkan bagi mereka yg bersetubuh jimak dengan isteri pda siang hari di bulan Ramadhan bukan hanya saja Allah tetapkan 2 bulan.. puasa 2 bulan berturut2 penuh dgn tarbiyyah untuk menjinakkan nafsu yg dah terlanjur di bulan mulia.. Lalu, mahukah anda puasa 2 bulan berturut2?

Kesimpulannya?

Jangan sesekali mencemuh mereka yg berangan2 untuk kahwin sedangkan anda dlm keadaan couple kerana COUPLE itu HARAM sedangkan KAHWIN itu HALAL, malah sunat dan dapat pahala.. Daripada korang yg couple, dah lah HARAm, dapat dosa, ade hati nak ejek2 orang yg fikir kahwin.. Tak malu ke?

Jika anda bukan dlm keadaan couple pun, pandang2 lah sekeliling.. Jika orang itu belum berkemampuan dan memang jika dia tidak fikir tentang kahwin, dia boleh mengelakkan daripada bercouple, tak mengapa MARAH, kerana fikir kahwin juga ada mudharatnya.. Tapi jika tiada lain yg boleh dibuat untuk menghalangnya bercouple selain fikir kahwin, maka, apa salahnya?

Sekian..........

(ps:saya adalah org yg boleh bertahan tidak bercouple tanpa fikir kahwin.. harap maklum)
BACA SELANJUTNYA..

Saturday, November 7, 2009

Pesona Dusta?

(tajuk ini tiada kene mengena dengan mood member ku sorang ni yg x habes2 status jiwang semenjak dua menjak ni)

"Eee... kalah! padan muka.. 3-0, amek kau! tu lah, haritu berlagak sangat cakap.."
Aku memberi reaksi dgn pandangan seribu kerut menandakan kepelikan yg amat sangat.. Ye, aku tahu KALAH, tapi sejak bile pulak aku bercakap berlagak? tak pernah dalam hidup aku bercakap berlagak tentang perkara satu ni yg sgt remeh kalau nk dibandingkan dgn yg lain..
"Hek eleh.. buat x tau lak, yg Robbie Keane dgn Harry Redknap buat kenyataan riak takabbur gile sebelum match tu.."

Oh! baru aku mengerti.. disebabkan mereka, aku yg kene? Camtu pulak... Begitulah Bola Sepak dipandang oleh kebanyakkan segenap msayarakat..

Memang, saya dah pernah banyak kali bebel2 pasal bola sepak dan apa kaitannya dgn diri kita sebagai seorang Islam, dan macam2 lagi.. Semuanya ade kat SINI. Namun, masih banyak yg menyangka saya adalah peminat tegar bola sepak, gila Spurs, dan banyak lagi2.. Memang, ramai je rakan saya yg selalu terasa amat sakit hati bila team pujaan dihina sebegitu rupa, tapi saya bukan dari kalangan itu.. Namun, saya masih memperjuangkan bola sepak dan kaitannya dgn diri sebagai seorang Islam sejati.. Sehinggalah saya pernah rasa ditegur oleh mereka2 dari Hizbut Tahrir dan iLi seperti:

"Kalau dalam isu konsert artis, kita boleh sepakat mengatakan bahawa ia haram kerana terdapat unsur-unsur yang haram serta membawa kepada kemaksiatan, mengapa ia tidak applicable terhadap sukan bola sepak? Mungkin sebab kita ni kaki bola agaknya."

----------------------------------

Perbezaan Bola Sepak dan Hedonisme

Senang di sini saya nyatakan konsert, lagu2 lagho, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, My Starz LG, dan segala hiburan2 berupa realiti TV sebagai "hedonisme", satu benda yg telah saya kupas sedalam2nya di SINi.

Memang susah untuk mencari titik perbezaan antara ke2nya, baik bola sepak, mahupun hedonisme itu sendiri.. Seperti mana org2 yg dirasuk syaitan di konsert melalak2 memanggil nama artis kesayangan mereka yg dipuja berlebih kali ganda daripada mereka selawat kepada Rasulullah, seperti itu jugalah penonton2 di kedai mamak bersorak tatkala pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol, lebih2 lagi jika saat2 akhir (contoh terbaik time Owen score last gol lwn ManCity yg Setan Merah menang 4-3).. Seperti mana org yg gila lagu meletakkan gambar2 penyanyi mereka di layout Myspace, seperti itu lah mereka meletakkan gambar pemain pujaan mereka..

Hasilnya, di manakah rasionalnya kita memerangi hedonisme daripada memerangi kegilaan kepada bola sepak? Lalu, satu jawapan pernah diberikan kpd mereka yg memerangi kegilaan kpd bola secara habis2an dgn hujjah2 agama..Jawapannya ialah seperti ini:

Pada satu masa, saya telah ditakdirkan terkeluar daripada suasana bi'ah yg sangat solehah kepada satu tempat yg mempunyai suasana yg sangat dasyat.. Dan boleh dikatakan hanya saya seorang yg mempunyai fikrah walaupun xder ah tinggi mane..

Pada minggu pertama, saya lebih byk masa menangis dan berfikir sebab x tahu nak buat ape melihat keaddan mereka yg sgt jauh daripada agama.. tak payah nak sebutlah kalau rokok tu, sape tak sedut die yg malu.. Takkan lah saya nk bergaul dgn pakcik2 masjid yg umur dah outdated je.. Biarkan diorang camtu je?

Lalu, pada minggu ke2, saya cuba untuk bergaul dgn mereka, dan segala bermula dgn OK, kecuali mereka hanya bermuka xde mood dan diam seribu bahasa.. Tapi setelah berfikir, ana menjumpai satu titik pertemuan yg boleh mengubah keadaan iaitu ke'gila'an kepada bola.. lalu, mulalah saya diskus kpd mereka tentang bola..

Memandangkan pengetahuan saya amatlah boleh dikatakan tidak terbatas tentang bola ini, maka apabila saya bercakap, maka semua tertarik dan menambah2 kemudian makin gamat, dan perhubungan makin rapat.. Saya hanya berbual biasa tanpa memulakan apa2 unsur pentarbiyahan dlm cakap2 saya dgn mereka kecuali bola selama 4 bulan lamanya.. Yang saya tunjukkan cuma perlakuan, dan juga CAKAP2 BOLA..

Lama, daripada asek "BAB* lah ko ni!" yg dijadikan zikir harian, ditukar kepada binatang lain seperti babun, anjing dsb. (lebih kurg je.. hahaha..).. dan akhirnya lenyap perkataan tu.. daripada x solat, ade yg berjema'ah, dan it goes on...
------------------

Itulah dia.. lalu, kesimpulannya apa? Perbezaan hedonisme dgn bola sepak?

Perbezaannya ialah asal kejadian keduanya.. Bola sepak dihasilkan daripada sumber sukan,senaman, kesihatan badan dan RIADHAH. Sementara hedonisme berdasarkan hiburan, kelalaian, keseronokan dan berlebih2an dan lupakan Tuhan, dan kematian.. Lalu, dasarnya itu menentukan semuanya.. Sebab itu, apa kebaikan yg boleh kita manipulasikan bagi konsert, AF, dan hiburan melalaikan? Tak dapat tidak perlu jugak kepada alternatif hiburan Islamik..

Itulah hedonisme, dan bole sepak pula telah dievolusikan sepenuhnya haingga menjadilah ia seperti yg dapat kita lihat.. Adakah ini membuatkan kita perlu menolaknya buta2? tidak!

Kesimpulannya

Seperti pisau, TV, internet, laptop yg anda sedang gunakan ini, kegilaan kpd bola juga boleh dimanipulasikan kpd penggunaan yg amat berguna..

Seperti org menggunakan komputer untuk menjelajah bende2 lucah, seperti itu jugalah seperti kegilaan kpd bola yg sampai gaduh2, sangat terasa bila team pujaan diejek, dan macam2 lagi... Tapi seperti anda menggunakan laptop/PC anda untuk melayari iluvislam, seperti itu jugalah yang gunakan oleh yg menjawab soalan di atas.. Cuma memang tak dpt dinafikan, SANGAT SUSAH untuk melakukannya...

Sekian...........
BACA SELANJUTNYA..