Thursday, September 25, 2008

Aku dan Kamu..Apakah Sudah Mahu Berpisah?

Kuperhatikan mentari yang sudah mula mahu menyorokkan diri. Kalau tidak dek kerana bulan yang mahu menonjolkan diri pula, sudah tentu ia masih lagi mahu terus berada di persada penglihatan masyarakat bumi. Sementara itu, bayangan sekeliling mula menggelapkan diri. Seakan berada di monitor yang mana seseorang sedang meng'adjust' bright and contrass-nya. Ini semua bermakna siang sudah tamat pada hari ini. Hanya menanti ketibaan malam yang sudah bersedia mengambil alih. Ini semuanya kepatuhan kepada peng'adjust' alam yang juga penciptanya. Mencipta langit. Mencipta bumi. Juga diriku ini. Semuanya tak mampu melawan kuasa yang dipunyainya. Harus menurut, mesti diikut.Semuanya sepi....tanpa kata.


Dan aku melihat padamu. Turut sepi mengingatkan perkara yang akan berlaku selepas ini. Sebetulnya, masing2 sudah ghalib dan faham dengan fi'il masing2. Masing2 sudah tahu apa yang patut, dan semestinya berlaku. Meskipun sedikit rasa terkilan dan terseksa, kepatuhan pada sunatullah mengatasi segala.Perpisahan.... Oh!! betapa pedihnya.. bagi yang merasai..

Bagiku pedih, kerana dirimu itu menarik. Aku terkesima ketika mula2 kau menampakkan diri. Walau sudah sekian kali mendengar akan perihal kau, pertemuanku dgn kau langsung menyuntik rasa.... arghh!.. Alangkah manisnya..




Isi PenuhAku pasti akan terkenang saat bersamamu. Ketika ku lapar, dahaga, kau berikanku kesabaran, kau berikan smangat kpdku untuk meneruskan hidup. Dan aku juga pasti takkan dpt lupakan saat kau berikan suntikan pertolonga, tatkala nafsu dan dunia datang mengasak drpd pelbagai arah, meskipun kehilangan tonggak utamanya dek kehadiranmu. Namun semua itu pasti akan berakhir...

"Adakah kau tetap mesti pergi?" lontaran soalan olehku yg aku sudah tahu sendiri jawapannya..

"Sudah tentu.. sudah sampai masanya.. masakan aku mampu mengelak"

"Tidak bolehkah ditangguhkan mungkin sehari, dua untuk aku bersamamu lagi?"
aku mengharap perkara yg sudah pasti tidak akan dapat....

"Peremuanku ini bukan dirangcang olehku.. jika begitu, pasti akan ku peruntukkan selamanya bersamamu.. kerna aku tahu sndiri yang kau mahukanku" jawapan ikhlas tadi menggelojak perasaanku..

Ku tundukkan pandangan menghadap ke bawah lantai.. Cairan hangat melalui pipiku, langsung mencecah lantai. Ku lihat perkara yang sama berlaku padamu.

"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...

"kau pasti, tiada cara lain untukku bersamamu lebih lama?"
kulihat kau seperti berat untuk menjawab.. barangkali mencari jawapan untuk memaskan hatiku yang semakin mengasak soalan kepadamu..

"Kau tahu, perpisahan ini takkan dapat dielakkan lagi, tapi sekurang2nya, kita boleh berharap untuk bersama lagi..mungkin untuk jangka masa yang akan datang sekiranya ditakdirkan.."

"Ya, kau betul... sejujurnya, kau pandai mengambil hatiku yang sedih dgn perpisahan ini. Kau tahu, aku takkan lupakan segala tarbiyyah yg kau curahkan, segala harapan yg kau bentangkan untukku, segala mcam yang kau telah peruntukkan untukku.... dlm jangka masa yang teramat pendek ini..arghh!."

aku x dpt menahan pilu yang semakin menusuk2 kalbuku. Perasaan itu menghalang aku meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati..

"Kau tahu apa yang aku mahukan selepas perpisahan ini untuk pertemuan yg akan datang.?"

Aku tersentak seketika.

"Aku mahu melihat kau yang sekarang merupakan kau untuk hari2 berikutnya, sehinggalah kita ditakdirkan bersua lagi... Aku tahu kau tahu satu perkataan.. Istiqamah..."

Aku mengukir senyum... Ternyata nasihat inilah yang membuatkan dia kelihatan istimewa pada pandanganku..

"Aku terpaksa pergi sekarang...."

"baiklah... semoga bertemu kembali... dalam keadaan yg lebih baik.. "


Aku kembali memandang bulan yang semakin menampakkan dirinya.. Laungan takbir menerjah gegendang telingaku daripada corong speaker surau kampung.. Ku tersenyum seketika...

"Semoga bersua kembali ya Ramadhan!"


BACA SELANJUTNYA..

Sunday, September 21, 2008

Nicholas Anelka,Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad


Baiklah, sekali lagi aku sediakan tajuk yang maut untuk korang. Kalau korang tak nak baca lagi aku pun tak tahulah. Pertama sekali seribu jari disusun buat mereka2 yang berjantina P atau lebih senang pompuan, kerana mungkin tajuk sedikit keliru, dan mungkin ada sedikit bahagian daripada artikel ini yang anda sedikit pening2 lalat, namun ana jamin anda akan dapat juga apa yang ana mahu sampaikan.


Seperti yang mana kita lihat, bula
n puasa merupakan suatu bulan yang diwajibkan puasa, sekaligus terkenal dengan bulan penat,keletihan,lemah tak bermaya, dan macam2 lagi yg dilihat pada zaman sekarang.Kalau di sekolah pula, ia menjadi alas an yang paling konkrit untuk pelajar2 mambuat muka ngantuk, ataupun yang ‘baik’ sikit, terus tidur. Puasa………puasa. Ada yang lebih ‘cemerlang’, terus ponteng sekolah, sampaikan dalam sehari 8 orang pelajar tak hadir ke sekolah dalam satu kelas. Memang ‘cemerlang’ lah kelas tu.


Tapi, sebenarnya ummat islam sudah lupa akan sejarah2 kegemilangannya yang banyak dicatat ketika bulan Ramadhan, yang popular perang Badar Al-Kubra. Perang Uhud yang berlaku pada bulan Syawal pula boleh dikatakan sebagai ‘kalah’.


Di antara pe
rang2 yang berlaku pada bulan Ramadhan:
1.Badar Al-Kubra-17 Ramadhan 2 Hijrah
2.Fathul Makkah-20-21 Ramadhan 8 Hijrah

3.Penaklukan Andalusia a.k.a Sepanyol-28 Ramadhan 92 Hijrah

4.Perang Ain Jalut-15 Ramadhan 658 Hijrah


Dan banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang….


Lihat sahaja, sudah ternyata,terbukti,terpampang kepada bahawa Ramadhan memang memberi kekuatan yang luar biasa kpd ummat islam!. Terutama perang Ain Jalut dan Pembukaan Andalusia oleh Tariq bin Ziyad.. Bayangkan… Sepanyol tuh beb! Boleh takluk dalam bulan Ramadhan.. Kita pulak menggunakan bulan Ramadhan sebagai alasan dalam pengecualian bermacam2 kerja, termasuklah pergi ke kelas/sekolah.

Sedikit info tentang Futuh Andalus.. Tariq bin Ziyad, seorang panglima perang yang asalnya hanya hamba kepada pemerintah islam ketika itu, Musa bin Nusair Berjaya membuka penaklukan islam ke atas tanah Eropah pada tahun ke92 hijr
ah. Daripada Negara Arab, mereka menyeberangi benua Afrika hingga ke Eropah, berjaya menakluki sebahagian besar Eropah, hampir menyerang Perancis, kalau tak oleh sogokan yang diberi kepada Khalifah di Turki oleh orang2 Eropah… semuanya pada bulan Ramadhan.. Tak ke hebat.. Ramadhan memang bulan kekuatan ummat islam!!

Baiklah, itu semua berusia beratus tahun yang dulu, yang mana ummat islam pada ketika itu masing2 mempunyai angka/nilai. Masing2 mempunyai pegangan agama yang kuat, aqidah yang mantap, dan segalanya lah. Jadi, mungkin agak mustahil jika nak dibandingkan korang dengan merek
a, pastilah jurang bagai langit dengan bumi.. . Jadi, ana pun carilah contoh terbaik untuk korang, dari ummat zaman kini. Apa yang ana jumpa amatlah memberangsangkan, namun mungkin hanya sebahagian daripada kita. Ini kerana seperti mana yang ana cakap tadi, ummat islam zaman sekarang sudah tidak punya nilai lagi.. Nilai 3 tempat shopping barang murah taulah..


Jadi, yang ana dapat sudah tertancap di atas sekali, iaitu tajuk. Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tari
q bin Ziyad.

Baru sahaja mentelaah tentang kekuatan muslim pada bula Ramadhan ini untuk dimuatkan di dalam blog, tiba2 diri ini tertarik pulak untuk membaca perkembangan bola sepak Liga Perdana Inggeris.
Penyerang dan juga pemain bola sepak untuk kelab Arsenal, Robin van Persie, menjaringkan gol pertama perlawanannya pada hujung minggu
lepas. Wah! Bukan setakat itu sahaja, seorang lagi pemain islam, Abdul Salam Bilal a.k.a Nicholas Anelka juga menjaringkan gol untuk pasukannya pada hujung minggu lalu.

Lihat! Bukankah aku sudah cakap.. Kekuatan islam itu terletak dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat perang sahaja, sehingga perlawanan bola sepak sekalipun.! Woha! Dan tambahan lagi, kelab yang terdiri daripada 5 orang pemain kesebelasan utama beragama islam, iaitu Arsen
al berjaya membelasah pasukan lawan 4-0, yang mana Van Persie antara salah seorang penjaringnya. PADA BULAN RAMADHAN!!.


Siapa cakap hanya orang yang terdahulu sahaja boleh mendapat kekuatan pada bulan Ramadhan? Van Persie dan Anelka Berjaya menyangkal dakwaan itu! Dan, pada tahun lepas, seorang pemain lagi pemain bola sepak islam, Franck Bilal Ribery Berjaya merangkul anugerah pemain bulanan terbaik Liga Jerman pada bulan Ramadhan. Woha!.. Dan dia sendiri berkata:"Fasting and get the Best Bundesliga Player of The Month"



Bayangkan… Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad, dalam bulan Ramadhan… Anda pula bagaimana?

BACA SELANJUTNYA..

Thursday, September 18, 2008

Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Mu'allaf










Melihat kepada tajuk, rasanya banyak menimbulkan tanda tanya kepada yang sedang mengadap blog ini, yang sedang membaca ketika ini. Kenape yek tajuk dia macam terlalu mengancam? Sengaja letak tajuk best sikit nak tarik korang untuk membaca artikel ini… kalau tidak buat penat je aku buat artikel ini… kuang kuang kuang….

Jadi, berbalik kepada TAJUK, Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Muallaf. Mengikut akhbar AC Press di Sepanyol, dalam masa lima tahun terakhir ini, jumlah orang yang masuk islam di bumi yg pernah ditakluk oleh Tariq bin Ziyad itu mencecah 10,000..Wah!! Tak sangka di Sepanyol ini penambahan ummat islam semakin pesat. Mengikut sumber lagi, jumlah muslim yang ada di Sepanyol sekarang ialah 1-2 juta orang. Wah! (sekali lagi)..

Di Andalusia, 3,500, di Catalonia 3,000, manakala warganegara asli Sepanyol yg beragama islam adalah 25000 dalam tempoh lima tahun ini.. Masjid di Sepanyol pula berjumlah 11 buah dan 480 pusat kegiatan islam. Satu daripadanya terletak di tempat tinggal seorang pemain bola sepak professional beragama islam yang bermain untuk Sevilla FC, iaitu Federic Kanoute di Seville yg majoriti penduduknya Bergama Kristian Katolik.




Apa pulak kaitannya dengan Malaysia?
Di Malaysia, seperti mana yang korang tak tahu lagi, gejala murtad semakin berleluasa sekarang dan semakin merebak, menular, menjangkit dan sebagainya lagi. Perkara ini tidak boleh dibuat main, malah angka sebenar tentang perkara ini pun masih belum jelas, dek pihak berkuasa yang tidak memandang serius perkara ini.


Mengikut seorang bekas paderi Kristian di Sabah yang telah memeluk islam, pada tahun 1991 sahaja, sudah 15,00 orang Berjaya dia murtadkan.. Woha!!.. Korang mesti kenal Lina Joy bukan? Mengikut satu sumber yang sahih, dia telahpun mengamalkan agama Kristian sejak tahun 1990. Ini bermakna, murtad di Malaysia ini bukan sahaja bila timbul kes, baru nak kecoh, ataupun bila permohonan nak murtad ditolak, padahal dia dah murtad lama dah. Kalau permohonan dia ditolak pun dia tetap murtad kan? Kalau korang tengok kat Jabatan Pendaftaran Negara ditulis beragama islam, padahal dia dah mengamalkan Kristian tetap dikiran murtad kan?

Mengikut Mufti Perak, di Malaysia ini, terdapat 100.000 orang yang telahpun murtad dan sedang berbaris namanya di Jabatan Pendaftaran Negara. Woha!! (buat kesekian kalinya). Katanya, laporan dan kajian itu dibuat oleh sekumpulan golongan professional Melayu dan berintelek. TPM, Najib Razak pulak berkata, “jumlah itu bukanlah suatu yang tepat dan tidak berasas serta tiada bukti yang jelas..” demi mempertahankan imej islam di Negara inilah katakan…

Jadi, melihat kepada perkara ini, apa yang korang fikir? Sebuah Negara Eropah yang terkenal dengan permusuhannya terhadap islam, orang yang masuk kedalam islam semakin bertambah, manakala sebuah Negara islam contoh (bak kata PakLah), yang pernah menjadi pengerusi OIC, mencatatkan orang yang murtad dengan angka yang amat besar sekali. Tak malu ker? Korang memang tak malu…

Andaikan, kebangkitan islam yang dijanjikan oleh Allah akan diterajui oleh sebuah Negara Eropah seperti Sepanyol, sedangkan kita yang duduk ni Nusantara Melayu yang terkenal dengan keislaman hanya mampu melihat kebangkitan itu dipimpin oleh orang Eropah… Jadi, apa yang korang patut buat sekarang? Fikirlah sendiri… takkan semua nak kene suap jer… memang payah la..

(Ya Allah... kau tunjukkanlah jalan yg benar buat manusia di seluruh dunia ini..)
BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Qur'an dan Muhasabah Ramadhan

Tidak lama lagi, seperti mana yang kita ketahui,(lebih tepat lagi hampir terlupa), Nuzul Qur’an akan menampakkan dirinya. 17 Ramadhan semakin hampir dan semakin hampir kpd kita. Bagaimana dan apa serta kenapa peristiwa Nuzul Qur’an ini terjadi, itu semua terpulang kpd mereka yang lebih ahli dalam bidang ini. Apa yang akan dibawa dalam post ini juga bukanlah tentang Nuzul QUr’an itu sendiri, namun tarikh 17 Ramadhan itu yang akan diperkatakan, Yang di mana 17 Ramadhan menandakan sudah 17 hari kita melalui hari kita dengan berlapar.



17 hari kita menunaikan puasa, menahan diri dari desakan hawa nafsu (bagi mereka yang betul2 menahan lah).Ini juga bermakna hanya tinggal 13 hari lagi sahaja tinggal untuk kita menikmati keindahan hidup tanpa syaitan L.A ini. Dan 3 hari sahaja lagi untuk kita memulakan misi mencari ليلة القدر . Pantas sungguh bulan mulia ini mahu meninggalkan kita (bagi mereka yg merasakannya pantas lah). Para sahabat pernah memohon kpd Rasulullah untuk meminta kpd Allah agar jadikan Ramadhan ini sepanjang tahun. Tapi, sepertimana yang kita lihat dan perhatikan sekarang, berapa ramai yang sudah tidak sabar untuk keluar daripada Ramadhan yang mulia ini.Oh… takper2, mungkin pahala dia dah boleh mengalahkan sahabat, jadi tak payahlah dia kejar lagi peluang yang terhangat di pasaran ini.

Sabda Nabi:

عن أبو هريره :من قام رمضان اءيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواية أبوا داود)

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh kimanan dan pengiraan, diampunkan dosanya yang terdahulu” (riwayat Abu Daud)

~lihat Sunan Abi Daud, hadis ke-1371 dalam كتاب شهر رمضان (kitab bulan puasa). Bab qiyam Ramadhan. ~

Dan berkata Abu Daud lagi, dalam riwayat yang lain, من صام رمضان وقامه .


Kata Tarmizi pula, dalam riwayat lain ditambah وما تأخر bermaksud “dan yang akan datang”

Wallahu a’lam (nak hurai hadis serahkan kpd yg pakar)


Menjelang 13 hari terakhir bulan Ramadhan kali ini, apa kata kita renungkan beberapa perkara yang kita perlu renungkan..(perghh… ayat ape lak ni):

-sepanjang 17 hari yang lalu, berapa harikah kita solat tarawih, dan bagaimanakah pula dengan solat witir kita?

-selama 17 hari kita bersahur, berapa kalikah pula kita bertahajud?

-berapa juzu’kah dalam 17 hari ini yang kita sudah dapat tilawah serta tadabbur?

-setelah kita merasai ‘kenikmatan’ lapar dan dahaga seprti orang miskin, sejauh manakah puasa itu telah mendorong kita untuk bersedekah?

-17 hari bersamaan dengan___ minit. (kiralah sendiri). Jadi, selama sejumlah minit ini, banyak manakah kita peruntukan untuk bertasbih dan banyak mana pula kita peruntukkan untuk bersembang kosong. (mengeratkan ukhuwwah katanya… jika betul begitu, pahala lagi besar dari berzikir).

-pelbagai lagi persoalan yang korang patut buat sendiri. Aku dah penat taip ni.

Marilah kita sama muhasabah diri.Mungkin kita sendiri tidak mampu menyempurnakan kesemua di atas. Walau tidak mampu buat semua, jangan lak tinggal semua..(bak kata Hasan Al-Banna lah).

Terkadang, bila memerhati masyarakat sekeliling, bingung kepala aku memikirkannya (aku tau korang tak). Apa taknya, Syawal punyalah lama lagi dia sibuk dengan seribu macam persiapan. Syawal sememangnya tak dapat dinafikan lagi memang menggembirakan (aku tak), tapi tidakkah kita berasa sedih dengan peninggalan Ramadhan ini? Bulan yang di mana promosi yang terhangat di pasaran berlaku. Sahaat sendiri mahukan bulan Ramadhan ini sepanjang tahun (berape kali nak cakap), kita pulak sibuk nak tinggalkan Ramadhan.Aduh…Aduh..Aduh… tak faham aku dengan diorang nih.

Sudah cukupkah pahala yang kita kaut sepanjang Ramadhan ini, sehingga sudah tidak sabar2 lagi menyambut raya, ataupun kita sudah jamin tersemat nama kita sejak azali lagi di list nama yang dipegang oleh malaikat ridhwan? Bukakanlah otakmu wahai ummat islam…Wallahu a’alam….


(wah! sempat lagi mencurik2 masa untuk taip post yg pendek.. rujukan tak berape banyak, nasib baik.. tumpukan ibadat Ramadhan.. ngeh..ngeh..ngeh)


BACA SELANJUTNYA..

Monday, September 1, 2008

BAHANG RAMADHAN

Dalam keadaan otak yang ligat berfikir, ahmad melangkah keluar dari giant setelah selesai berborak bersama seorang pakcik yang tidak dikenali. dengan janggut menghiasi muka dan jambang yang teratur, membuat ahmad ingin mendekati beliau."assalamualaikum"."waalaikumussalam"."pakcik ni sape??"tanya ahmad penuh kehairanan kepada pak cik yang sudah separuh abad itu."pak cik ni musafir.anta ni sape pulak??"tanya pak cik itu."nama ana ahmad. ana belajar kat sekolah tsur.on the way balik rumah ni.""ruamh anta kat mane??""dekat depan tu je.""anta buat ape kat giant ni??""saje singgah.ana biasa beli game kat sini.lg pun alang2 nk masuk maghrib buka puasa kat sini terus kot, boleh makan kat kedai. asyik makan makanan kat sekolah je,tukar taste sket."jelas ahmad."anta puasa sempena ape plak ni??""persediaan ana dalam bulan sya'ban ni utk hadapi ramadhan, insyaallah time ramadhan nanti kuat sikit.pak cik puasa tak??""pakcik puasa jugak, boleh la bukak skali, pakcik belanja.jom!"

ALLAHHUAKBARx2!!!!

"allahhummalakashumnawabikaamannawaalarizqikaaftharna"doa orang tua separuh abad itu.selesai meminum beberapa teguk air pakcik itu memulakan cerita"anta perasan sesuatu tak?""perasan ape pakcik?"balas ahmad tanda tak ngerti."klu anta perasan kita ni ramadhan pun x masuk lagi tapi"pakcik berhenti seketika utk menyuapkan sepotong kuih"masyarakat terutama kat malaysia ni dh sebok dgn promosi raya."sambung pakcik."betul jugak pakcik cakap.tadi kat giant tadi pn tgh hangat sales utk hari raya."sokong ahmad.

"klu zaman sahabat dulu mereka semua persiapkan diri dgn kedatangan tetamu agung yg mana allah dtgknnya setahun sekali je.mereka sering berdoa allahhumma bariklana fisya'ban waballighna ramadhan!!"jelas pakcik panjang lebar"menunjukkan betapa mereka mengharap sangat supaya dapat bertemu dgn bulan yang mana allah janjikan bermacam2 perkara dalamnya"sambungnya.


setelah selesai mengunyah nasi goreng yang dicampur dgn sebulat telur dada yg dilihat kurang masak, pakcik itu sambung kembali"seperti sabda rasulullah dlm satu hadis dha'if:

'awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghunjungnya perlepasan dari api neraka'

makin lama makin 'ganas' promotionnya tp makin lama makin berkuranglah org yg melakukan amal kebaikan mendekatkn diri dan mengejar nikmat allah ta'ala."

ahmad diam khusyuk mendengar 'khutbah' yg tak disangkanya."sori ar bebel panjang lak pakcik.tak sangka lak jumpe budak form2 puasa."bangga ahmad dipuji oleh pakcik.


selesai bayar"pakcik gerak dulu ar, ade hal.cube ar cari lagi persediaan2 dan kelebihan bulan ramadhan yang anta blh dapatkannya dr quran sendiri, hadis2 ar-rasul dan buku2 para ulama', insyaallah ramadhan tahun ni jd yg terbaik utk pakcik terutamanya dan anta sekali serta seluruh pembaca blog ni..hehehe.."harapan pakcik kpd ahmad.

"insyaallah pakcik.moga2 allah berkati kita.jumpa lg, nnti lewat mak marah pulak.assalamualaikum.""waalaikumussalam"


(maaf lah.. post yg lebih kurang saje.. kerana Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan amalan.. hanya untuk mengelakkan teratak hijau CetuSaN MinDa ini drpd bersawang.. hahaha... para sahabat pon mengucapkan selamat tinggal sesama mereka sebaik tibanya ramdhan, inikan pula ana yang hanya beberapa kerat jer amalan yg telah dikumpul buat bekalan di akhirat... cukuplah sekdar post yg ala kadar ini... untuk merasakan kehangatan Ramadhan di samping kesian tgk pengunjung blog ini menatap post Edisi Khas Merdeka je yg dh lapuk tu..)


.
BACA SELANJUTNYA..