Tuesday, December 29, 2009

Malulah Kalian!

Setahun sudah berlalu.. 27/12/08, satu tarikh keramat yg sangat diingati oleh seluruh dunia HANYA KETIKA ITU, namun tidak sampai setahun saja dengn mudah dilupakan.. Namun, tetap ada yg masih mengingati, malah membuat satu perhimpunan memperingati tarikh ini. Anda tidak perlu bangga dengan adanya perhimpunan ini, malah anda patut rasa sangat malu! mahu tahu kenapa?

Ini kerana perhimpunan memperingati Gaza itu bukan diadakan di negara Islam, tetapi di London!

Jadi, bagaimana anda? Saya boleh jamin, 8/10 drpd pembaca sekalian sudah lupa akan tragedi 27/12 ini bukan? Heh, inikah yg kita banggakan sebagai seorang Islam..? Apa yg berlaku senang saja dilupakan . Hampeh! McD & KFC pun dah penuh.. Tak kira lagi Starbuck dn Nike.. (ozz.. asal tibe NIke?)..

Meskipun saya pernah mengatakan, sumbangan kewangan kita langsung tak menjadi kepentingan kepada Israel, namun itu semua simbolik kepada sikap kita yg menunjukkan kita memang sudah lupa akan Palestin.. Yang masih ikut ideologi Yahudi sambil kononnya membela nasib Palestin tak kurang juga.. Semuanya menghampakan..

-McD,KFC,Starbucks,Nike,Nokia,Nestle,Kraft,Coca-Cola,Pizza Hut,Disney,Kit-Kat,Nescafe, arghh!- Susah bukan?

yg berideologikan hedonisme, cara hidup org kafir?

-Akademi Fantasia,MyStarz LG,Raja Pop,Tom-Tom Bak,Macam2 Aznil,Sehati Berdansa,Malysian Idol,One in A Million, ARghhh!- Memang susah gile nak mati.. kan?

"Dunia itu penjara bagi orang mu'min dan syurga bagi orang Kafir. Akhirat pula penjara bagi orang Kafir dan SYurga bagi orang mukmin"
BACA SELANJUTNYA..

Saturday, December 26, 2009

Surat Terbuka seorang Pendidik Agama

Puji2an buat Tuhan Maha Kuasa,Tuhan Yang Memberi izin untuk kita bernafas,Tuhan yg mengatur kehidupan,akhirat dan dunia.
Segala selawat juga salam sejahtera buat Penghulu segala nabi2 dan rasul2,Al-Mu'allim, guru segala manusia, Muhammad S.A.W. juga atas seluruh keluarganya dan para sahabatnya dari zamannya sehingga kepada semua yang mengikut jalannya.

Ke hadapan anak2 didikku yg setia,

Warkah ini yg mungkin tidak dapat dibaca oleh kesemua kalian dek kerana kementahan umur sebahagian daripada kalian yg mungkin masih belum mengenal apa itu blog, telahku paparkan di sini sebagai lambang perkongsian manfaat buat seluruh ummat manusia.. Meskipun juga kebarangkalian kalian semua tidak menghabiskan membaca warkah ini, ingatlah bahawa aku telah menyediakan masa bersama kalian, maka apalah salahnya jika kalian juga berbuat demikian..

Ini bukanlah cerita tentang kalian dipaksa ke kelas hafazan, bukan juga kisah kalian dilibas sebatang rotan bermatakan sebiji nat yg layaknya menjadi pasangan skru. Juga cerita ini bukanlah sepertinya dalam lingkungan cerita pengubat otak kalian yg sudah tepu diisikan kalimah2 suci.. Tapi ini kisah luar lingkungan dunia hafazan, kisah dunia yg berada di akhir usia, dunia yg dilabelkan Nabi Junjungan sebagai zaman fitnah..

Suka sekali kubukakan cerita tentang apa yg kurasai 24 jam hidup di dunia ini.

Aku selalu rasa resah dan gelisah, penat, sedih melihat dunia sekarang. Tak perlu disebutkan lagi bagaimana. Si mak bertudung helmet Indon, manakala si anak ber t-shirt ketat free hair.. Satu panorama biasa di mana2 pun. Terlalu penat untuk memikirkan.. Terlalu sedih untuk ditangisi.. Terutamanya remaja. Jika yg bersekolah agama pun sudah ramai yg tangan berapi dan mulut berasap, apatah lagi bersekolah kebangsaan? Tidak perlu lagi pergi ke sekolah kebangsaan untuk melihat pelajar bertepuk bertampar kemesraan sesama lelaki dan perempuan.. Semuanya sama saja.. Pergi sana shi-sha.. Pergi sini rokok.. Pandang kanan shuffle.. pandang kiri break dance.. Dongak atas Akademi Fantasia.. tunduk bawah One in A Million..

Mana perginya akhlaq seorang Islam?

Dan, ditengah2 remaja di bawah cengkaman Yahudi L.A, kalian muncul di depan mataku menjanjikan bahawa, masih ada sinar untuk Islam bangkit kembali.. Kalian yg datang daripada berbagai2 sekolah menghadap kepadaku dengan keinginan meluap2 untuk menghafal kalam suci yg semakin ditinggalkan. Aku tidak melihat kalian sekadar budak2 hingusan yg datang memberi kepercayaan kepadaku utk membimbing kalian menghafal ayat2 Ar-Rahman.. Namun, daku memandang kalian lebih daripada itu.. Kalian adalah generasi yg akan terus memastikan ada ummat yg masih memperdengarkan ayat2- suci..

Ramai antara kalian yg bersekolah RENDAH KEBANGSAAN, tapi punyai semangat keazaman yg berkobar2 untuk menghafal. Bagi ku, terjumpa dengan budak sekolah ren. keb. yg sudah menghafal Juz 'Amma dgn lancar saja sudah cukup untuk membuatkanku sujud syukur.. Namun, kalian ada yg yang baru darjah 5 sudah menghafal lebih 10 surah pilihan..

Segalanya telah menenangkan jiwaku yg terseksa dek kerana kejahilan yg tersangat bangsaku ini sehinggakan kadang2 rasa hendak mencarut itu ada dalam hati.. Kalianlah yg menjadi penawar hatiku, penyejuk mata, dan paling penting, harapan 'ummah..

Jangan biarkan hafalan itu hanya sekadar hafalan.. Al-Qur'an itu lambang kalian akan berpegang teguh kepada agama ini.. Kuatkanlah pegangan itu!

Yang Prihatin,

Al-Faqir, Muhammad Alfateh.


kredit to: Otai Hira'
BACA SELANJUTNYA..

Friday, December 18, 2009

Hijrah Songsang?

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca tegar blog ini. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru.. Haish.. (Dah tua aku rupanya..) Yang pergi haji pun ramai yg dah balik Malaysia.. Yang dah "pergi" dan tak balik2 ramai juga.. Cuma diri ini.. ntah bila.. tiada siapa yg tahu.. Jadi, sempena tahun baru ni, aku seperti nk mencoret2 sesuatu yg rasanya berguna untuk pembaca..

Tentang tajuk.. apakah itu hijrah songsang?

Sebelum apa2, baik kita lihat dulu satu hadis yg menceritakan tentang hijrah zaman sekarang..

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يوم الفتح فتح ‏ ‏مكة ‏ ‏لا هجرة ولكن جهاد ونية وإذا ‏ ‏استنفرتم ‏ ‏فانفروا

Maksud:"Pada hari pembukaan iaitu pembukaan Kota Mekah Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah. Yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta untuk keluar berjihad, maka lakukanlah "

Baik.. Jadi, jika saya mahu mengarut2 tentang hijrah pd masa kini, perlulah tertumpu kepada dua benda saja, iaitu niat dan jihad.. Oleh kerana persoalan jihad agak berat, maka saya cicirkan saja di sini supaya dpt tertumpu kepada niat.. Ini mungkin memudahkan mereka yg susah untuk faham tulisan saya yg berat2..

Anda semua sudah maklum, jika disebut berhijrah, pastinya sinonim daripada yg buruk kepada yg lebih baik.. Tetapi, ramai yg terlepas pandang kepada mereka yg berhijrah juga, tapi hijrah mereka daripada baik kepada yg lebih buruk. Inilah yg dinamakan hijrah songsang.. Mahu lihat contoh?



Ini adalah contoh terbaik Model Hijrah Songsang..

Jika anda kata, "hek eleh.. ko igt dia teruk sangat apa? lagu die ade mesej jugak.. ko ape tau?"

Saya mahu ajak anda semua lihat dgn keimanan masing2..



Anda mahu kata apa lagi? Adakah anda redha dengan kelakuan seperti itu? Itukah orang Islam? Setelah melalui perjalanan kenikmatan sebagai penasyid terkenal, berhijrah sngsang seperti itu sungguh tak dapat dimaafkan..

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Ada lagi model hijrah songsang.. Mahu lihat?



Faisal Abdullah.. Masuk ke dalam kumpulan far-east dalam menutup lompong yg ditinggalkan Anas Tahir (adik Faizal Tahir) yg menyambung pelajaran ke luar negara.. Malangnya, tap-tup, terus je muncul dalam AF6.. Apekehenye Yop? Nasib baik terkeluar pada minggu keempat.. Padan Muka! Peringatan Allah tu bro.. baliklah ke pangkal jalan.. Tapi x tahulah far-east masih nak terima dia lagi atau tidak..

Selain hijrah songsang, ada satu lagi jenis hijrah dunia nasyid ni yang bukan saja hijrah songsang.. Malah segalanya menjadi songsang terus..



Akhir kata, sama2lah kita sentiasa mendo'akan mereka ini kembali ke jalan yg lurus. Pintu hijrah masih belum ditutup lagi.. kesongsangan anda masih boleh dimaafkan.. Terutamanya kepada Izu (Khairul Idzwan), suara anda ketika audition OIAM masih sesuai dengan nasyid.. Sejujurnya, jika anda menyanyikan lagu nasyid ketika itu, anda layak untuk masuk.. Kembalilah..

(dengarlah lagu di bawah ini.. Keseluruhannya usaha Khairul Idzwan sendiri.. Penulis lirik, solo, dan bahkan komposer semuanya atas nama Khairul Idzwan.. dan, mmg sedap dan menginsafkan..)


< BACA SELANJUTNYA..

Sunday, December 13, 2009

Senangnya Terjatuh! Bukuku, Oh! Mukaku..

Insya Allah, entry ini bukanlah dibuat bersempena jatuhnya seseorang dari atas katil ketika berada di sebuah kolej di UKM.. Lebih2 lagi amat sedih dengan patahnya gigi berserta benjol di kepala sebelah mata..Tapi........., sudahlah wahai Muhd Alfateh dengan repekan kamu.. Mari kita mula menulis.. Yuk!

Oleh itu, marilah mulakan bacaan anda dgn bacaan basmalah..

kerana saya akan mulakan tulisan saya dengan ayat Al-Qur'an..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللّهُ بِشَيْءٍ مِّنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُمْ وَرِمَاحُكُمْ لِيَعْلَمَ اللّهُ مَن يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah didapat oleh tangan dan tombakmu supaya Allah mengetahui orang yang takut kepada-Nya, biarpun ia tidak dapat melihat-Nya. Barang siapa yang melanggar batas sesudah itu, maka baginya azab yang pedih.."

Bagi mereka yg baru saja mahu mengutuk saya dgn mengatakan "pe ko ni? ketinggalan zaman gile" kerana 'ibadah haji sudah lama habis, dah ada pun yang balik ke tanahair... elok2lah buang dahulu kutukan2 tu drpd otak2 anda semua kerana entry kali ini tiada kena mengena lgsg dgn 'ibadah haji, tawaf, saie', sembahyang raya, sembelih lembu, masak sup tulang dan..zzz... (cukup merepek)..

Habistu? Ape natijahnya permulaan entry ini diletakkan ayat itu?!

InsyaAllah, apa yg saya akan contengkan kali ini amatlah berkaitan dgn perkara yg sedang melanda ummat manusia di seluruh dunia.. Baik dari Palestine, hinggalah ke US, Jeram (huhu..) dan seluruhnya.. Dan memang ia ada kaitan dengan ayat yg saya beri di atas.. Bukan sekadar saj2 mahu action letak ayat Qur'an bagi mantap, tetapi mmg utk mengambil pengajaran sebaik mungkin untuk diolah mengikut situasi semasa...

Saya pernah menghentam mereka yg kononnya menjaga batasan dgn apabila perempuan kuat suara sikit je terus "shutt! aurat tu sakai!".. Padahal di rumah hampeh terus dgr lagu Rihanna, Miley Crus, Hannah Montana, dll.... Dan kali ini aku hendak juga menyentuh tentang perkara yg mungkin sekeluarga dgn benda ini.. Sepupu mungkin.. wateva lah..

Kali ini, cuba pula bayangkan.. Seorang perempuan sekolah agama, bertudung litup labuh, harapan sekolah mungkin... Kire nak dengar dia bersuara pun susah. Walaupun bukanlah terjaga sangat, tetapi jika mahu berbual2 sembang2 dengan laki2 memang tak pernah dibuatnya. Jika adapun, kalau berkenaan tugas ataupun berurusan.. Senang cerita, tiada siapa yg akan menyangka dpt melihat dia bergelak ketawa bersama2 lelaki.. Inilah peribadi muslimah "average" orang kata.. Kebanyakkannya begitu jika bersekolah agama.. Paling sakai pun setakat sembang sikit2.. takde sampai nak bergelak ketawa sambil bertepu tampar atau sebagainya..

Tapi, zaman kini membolehkan segalanya.. Muslimah seperti yg di"description"kan di atas bukan saja bersembang kosong.. Masalah sudah pandai berkongsi masalah dan luahan hati face-to-face.. Tambahan lagi, bukan secara sembunyi2 (spt SMS dsb.), malah terang2an! Sehinggakan boleh memberitahu kpd ummat manusia satu dunia spt ini, "the name of my 'jodoh': sa*w*n -cbe teka sape"..Cuba bayangkan perempuan bertudung litup berkata begini?

Perkara tersebut benar2 terjadi.. tapi di mana?

pause sebentar, kita pergi pada situasi ke2..

Saya bersembang bersama ikhwah yg sudah lama tak ketemu.. Rindu semerbak perfume perempuan bandar yg baunya mnusuk sehingga beribu2 jauhnya.. Selain khabarnya tentang dirinya, begitu juga khabar tentang rakan seperjuangan yg lain.. Hinggalah tiba satu topik..

Beginilah kata sahabat saya:
" nta kmpol ngan sbhgn, org bincang2 da'wah... btahun2 ikut tarbiyyah.. skali tibe2 diuji thn ni..org yg dlm halaqah da'wah..saf da'wah..Tibe2 ternampak diorang berbual smbg kosong dgn pompuan selambe jek..Pergh!kecewa... klau lame dh bdiam diri, cam2 la jdnye
sedih..."

Lalu, persoalan yg sama timbul.. Di manakah ini berlaku?



Jawapannya di SINI!

Lalu, apakah kaitannya dengan ayat Qur'an di atas?
Ayat di atas ternyata tentang org yg mengerjakan haji yg mana mereka diuji dengan kemudahan untuk menangkap binatang buruan yg mana haram bagi mereka yg berada dlm ihram.. Jelas di sini yang mana Allah memudahkan memburu untuk menguji mereka.. Lalu, sam juga dengan ikhtilat (pergaulan laki2 pompuan).. Sunguuh mudah sekarang untuk mencampakkan diri ke lembah ikhtilat tanpa disedari.. Kemudahan itu juga untuk menguji diri setiap muslim.. Oleh itu, apakah yg hendak saya sampaikan?

"Barang siapa yang melanggar batas sesudah itu, maka baginya azab yang pedih.."
(pengakhiran ayat yg saya sebutkan dia atas.. amacam?)
---------------------------------

"Anta ada facebook?"
"tidak"
"oh! sbb Yahudi kan?"
"tak jugak"
"abehtu?"

Ramai yg berpendapat facebook itu org Yahudi punya.. menyumbang.. lalu, tak boleh membuka account.. Jujur, saya nak tergelak dgn kenyataan ini.. Menyumbang duit kepada Yahudi? So what?

Saya bukan mempertahankan Yahudi.. sya juga bukan menyokong Yahudi.. Juga, bokan mereka yg melawan kempen boikot..Tapi, apalah sangat duit itu bagi Yahudi Zionis laknatullah...

Penyanyi bogel pernah berkata, "sumpah! saya x tahu yg watak filem hero Superman itu menyumbang duit kepada Yahudi (hollywood).. Saya tidak berniat langsung.. Jika saya tahu, saya tidak membawa imej superman di mana2"

Bila dengar ni, anda mungkin nak tergelak pun ada.. Nak kasik pelempang satu bungkus siap pon ada jugak .. Haih.. Ini sama saja dengan mereka yg kononnya boikot McD atas dasar ianya menyumbang kpd Yahudi, tpi terus menonton Akademi Fantasia kerana ianya tiada kaitan dgn Yahudi.. Sakai!

Lalu, apa natijahnya?

Ingat!
Duit bukanlah satu benda yang penting bagi Yahuid laknat.. tapi, ORANG ISLAM MENGIKUT CARA HIDUP MEREKA BERJUTA KALI GANDA LEBIH PENTING DARIPADA ITU!

Anda ngerti?

Jadi, bagi mereka yg menganggap facebook itu diboikot kerana ia menyumbang kepada Yahudi, buanglah perasangka itu.. Kerana walaupun facebook itu diasaskan oleh Yusuf Al-Qardhawi sekalipun, Yahudi akan berasa SANGAT SANGAT SANGAT gemmbira kerana pa ayg mereka mahu bukan duit, tetapi pengikut2 yg mereka mahu heret sekali ke neraka jahannam di hari kiamat kelak..
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, December 6, 2009

Khidmat Masyarakat.. haisy!

Cuti satu benda yg sukar untuk diterangkan.. Merindukannya bila berjauhan, membosankan bila berdekatan.. Kebanyakkannya begitu. Segelintir menganggap cuti satu perkara yg bosan, segelintir lagi bahagia dgn cuti.. Segalanya mengikut dengan apa yg dihabiskan waktu cuti tersebut.. Jika tiada agenda, jadilah cuti yg sia2 tanpa makna.. Spt org Kafir yg x tahu tujuan hidup..

Firman Allah:
"وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ "

Maksud: "dan orang Kafir itu, bersuka ria dan makan seperti mana haiwan yg makan2 dan nerakalah layak bagi mereka"

Senang ceritanya, bagi mereka yg mengisi cuti dengan perkara yg berfaedah, amatlah beruntung.. Bagi mahasiswi U yg masih x tau masak, boleh ler ringan2kan tulang belajar memasak dengan mak.. mane tau, x lame lagi........ huhuhu..Kalau x pandai masak, kata orang nanti tak laku..
bagi bdk2 sekolah yg berangan nk masuk asrama tahun depan, boleh la berlatih basuh baju/kasut/ macam2 sendiri guna tangan.. hehehe.. kalo boleh berlatihlah kene ragging sket ke...

Bagi mereka yg faham agama, mengapa tidak berbakti kepada masyarakat dengan masa yg ada ini? Tahniah buat rakan2 yg menjadi ustaz/fasilitator di mana2, terutama yg berada di Masjid Negara, hinggalah di surau2 kecil.. Daripada anjuran badan besar2 seperti JAIS, hinggalah ke badan NGO yg kecil2 spt ABIM.. Harap2, segala amal2 kita dihitung oleh para malaikat pencatit utk dibawa kepada Allah..

Jadi, apa seterusnya?

Ketika ditanya, apakah cita2 saya? Maka saya bertanya kembali, apakah kerja yg paling boleh menyumbang kpd Islam dgn semaksima yg mungkin?


Apa ya? anda semua boleh teka? tentunya sekali, saya tak lagi pernah terjumpa dengan kerja yg paling boleh menyumbang kepada Islam semaksima mungkin selain daripada PENDIDIK.. Ya.. lebih tepat lagi ustaz/guru agama/mu'allim atau yg sewaktu dengannya..

Waktu saya bercerita dengan seorang member tentang tawaran menjadi ustaz di sekolah rendah, member saya tadi berkata, "takkanlah ko nak kerja cikgu je.. ko mesti ade cite2 lain yg lebih tinggi"..

Bagi saya, cita2 yg tertinggi (standard org awam) ialah sebagai pendidik yg mendidik masyarakat tentang AGAMA.. hinakah? tidak sama sekali... Oleh sebab itu, cuti kali ini saya pastikan mahu setiap masa bertugas mendidik masyarakat tentang agama.. Al-Qur'an.. Ya! asas Islam yg paling penting.. bilakah lagi mahu dicurah kepada masyarakat?

Ayo! sahabatku yg tidur.. Mari bangkit dan bergerak!
BACA SELANJUTNYA..