Sunday, October 18, 2009

Sharing is Caring?

Bertemu kembali setelah saya dlm fatrah kesibukan. heh.. Orang berkata, jauh perjalanan, luas pengalaman. lalu, ramailah org Melayu yg dilihat bertebaran di muka bumi. Di mana2 saja ada. Tak dapat dgn realiti, dalam alam maya internet pun boleh jadi. Namun, pernahkah terfikir tatkala membuka internet utk mengembara ke satu area yg mana amat dituntut utk kita melawatnya.?

Hadis Nabi(mafhum): "hendaklah kamu semua berusaha untuk sampai ke 3 tempat di dunia ini. Itu ialah Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah, dan MASJIDIL AQSA di Palestin."

Tersebutlah pd suatu hari ketika saya perlukan sdikit rehat utk otak yg terlalu byk memikir(bajet saje), saya berlegar2 di dunia internet ni dgn bantuan Pakcik Google untuk menelaah beberapa hal tentang Outlandmoro. Maka, tanpa diduga, tidak semena2 saya sampai ke laman blog yg ditulis daripada ketiga2 tempat di atas. Wah!

Pernahkah anda terfikir ada blogger yg menulis daripada semenanjung Gaza, Palestine? Mungkin saya yg ketinggalan zaman, atau apa2 lah.. tapi bertemu dgn blog yg diupdate live dri Gaza sgt mengujakan! Rasa sgt sengal dan bodoh diri ini sbb tak pernah terfikir lgsg tentang mengambil update tentang tanah suci ketiga umat Islam melalui sumber pertama iaitu daripada blog rakyat penduduk asal Palestine sendiri.

Ape bestnye? Banyak kelebihan dan best mengambil update dari blog tulisan orang2 Palestine sendiri.. Antaranya..
-dapat bace dan tgk sendiri kehidupan orang yg duduk dalam penjara paling besar di dunia. Ada gambar2 dan video yg ditangkap sendiri oleh mereka, kemudian diupload untuk tatapan dunia.
-dapat sedikit sebanyak memahami kefahaman apa yg sebenarnya berlaku di sana. Melihat apa yg berlaku dari kacamata mereka sendiri.
-Paling best, dpt tgk gambar2 dan video, serta sajak2 dan poem2 mereka yg ditulis atas apa yg berada di hadapan mata mereka sendiri.. (walaupun x faham mana)

Beberapa persoalan yg mungkin timbul:
1.Diorang ade ke internet?
-Waktu mule2 ssh jugak nk percaya, tapi bila tanya seorang rakan yg ayahnya org kuat Aman Palestine, ternyata di sana mmg ade internet bgi mereka yg bernasib baik.

2.Sempat ke diorang update tgh2 perang2 tu?
-Israel x setiap saat serang. Kalau x, dh x wujud Gaza tu kat peta dunia. Gaza bukannya besar pun.. Walaubagaimanapun, diorang tetap sengsara dikurung dan disekat. Bayangkan hidup dlm satu negara yg dipenjara. Sebb itulah Gaza diiktiraf sebagai penjara terbesar di dunia.

3.Ko percaye ke ni diorang yg buat?
-berdasarkan video,gtambar, dn beberapa penyelidikan, memang blog itu ditulis live daripada Gaza.. Jadi, saya percaye 100%

Berikut adalah blog yg saya jumpai:
360km2 of Chaos
A Blogger from Gaza
Diary of Palestinian Mother
Palestine Girl in Deviantart

Dan lain2 yg korang patut carik sendiri...

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

(sesiapa yg tidak mengambil berat tntg hal ehwal org Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka)


BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, October 13, 2009

Doa' Daie'..

Bermulalah Al-Kisah, setelah beberapa ketika, atas alasan sampah iaitu perasan sibuk, blog ini dilupakan oleh pemiliknya.. Lalu, setelah tempoh beberapa ketika itu, dan setelah rasa "perasan sibuk" itu hilang, berdansalah lagi jari jemari saya dengan mengikut telunjuk apa yg berada dalam kepala otak....

Oleh kerana kepala otak masih berkecamuk dgn perasaan sibuk yg dibuat2, maka post kali ini mungkin tak seberat mana, tapi masih diharap dapat memberi manfaat kepada anda. Sudah tentu, kalau tak takde kejenye nak taip2 mencapap tulisan di internet ini..

Perkara yg pertama tentunya tentang suasana semasa.. Apakah suasana itu? Raya yg masih berbaki? Isa Samad menang? ataupun gempa bumi Padang? PMR? atapun kesemua di atas? jawapannya ialah D.1,2,3 dan 4 kesemua di atas.. Apakah kaitan persamaan kesemua itu? Jawapannya ialah DOA.......

Apakah itu DOA? Adakah sekadar permintaan seorang Hamba kepada Tuhannya? ataupun satu jenis jalan untuk menyelesaikan masalah? ataupun satu cara apabila terdesak mahukan sesuatu? Kesemua itu adalah apa yg berada di pemikiran masyarakat sekeliling, tak mustahil anda termasuk.. Tapi, apakah sebenarnya hakikat doa'?

HAKIKAT DOA'

Doa' jauh lebih penting, hebat, mustahak daripada segala jawapan di atas ialah SATU BENTUK PENGAKUAN SEORANG HAMBA KEPADA TUHANNYA..Pengakuan apa? Pengakuan sebagai seorang hamba.. Tapi, adakah ramai yg sedar perkara ini?

-Ramai yg datang masjid/surau bulan Ramadhan dan ikut berdoa' ketika solat Taarawih, kemudiannya menghilang lesap daripada pandangan apabila tibanya bulan Ramadhan..

-Ramai yang menyeru agar berdoa' moga kita yg kononnya selamat daripada lingkaran gempa bumi dan gunung berapi ini hidup aman harmoni, hanya apabila berlakunya gempa bumi di negara2 jiran.. Dan genap seminggu selepas kejadian, takda siapa terfikir mahu berdoa' agar diselamatkan daripada bala Allah seperti ketika berlakunya gempa bumi tadi.....

-Ramai juga yg berdoa' apabila peluang untuk menang dlm satu pertandingan itu tipis, tapi agak susah untuk berdoa' apabila mempunyai peluang yg gila cerah untuk menang disebabkan over confident mungkin.....

-Ramai juga yg melakukan seperti yg tertera DI SINI..

Lalu, ke manakah perginya hakikat doa'? Adakah Hanya mengaku hamba apabila ditimpa kesusahan? Adakah hanya mengaku hamba apabila tertekan? Adakah mengaku hamba hanya apabila menghadapi peperiksaan? Dan sebelum dan selepasnya, anda lupa 100% yg anda semua hamba Tuhan? Lalu melakukan perkara2 terkutuk lagi lagho? Dan dalam doa' yg anda baca hanya dlm keadaan tertentu, anda letakkan harapan yg tinggi supaya Allah makbulkannya?

Lagi satu...................

Fikirkan kembali, sejak anda lahir...
Berpakah kalikah anda berdoa' supaya dimasukkan ke dalam syurga?
berbanding anda berdoa supaya murah rezeki, cemerlang UPSR,PMR, dapat anak banyak, naik pangkat, naik gaji, tambah bini, dan lain2 hal2 dunia?

Al-Baqarah:200 (m/s 31 Resam Uthmani, bukak dan tengok sendiri.. Malas nak taip da..)

bermaksud, "maka ada di antara manusia yg berkata, "Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia" dan tiada langsung untuk mereka apa2 di akhirat... Dan ada di antara mereka yg berkata "Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka.."

Lalu, anda berada di mana? Adakah anda pernah berdoa' bersungguh2 untuk masuk ke syurga seperti anda berdoa supaya murah rezeki, naik pangkat, 9A PMR, straight A SPM, naik gaji, kahwin awal, dan lain2 hal2 dunia yg anda selalu doa'kan?

Sekian saja repekan kali ini......

(post kali ini penuh dgn soalan..Mungkin kerana masih dibayangi soalan2 duniawi yg x sepatutnye jadi penyebab aku sibuk sampai tak update blog.. tak gitu?)
BACA SELANJUTNYA..