Saturday, August 28, 2010

Ramadhan Special offer

Akhirnya, 10 malam terakhir sudah mula menjengah. Sudah tiba saatnya untuk lakukan pecutan terakhir. Di sinilah masanya pelbagai tawaran istimewa dihidangkan kepada ummat mausia yang diberi peluang untuk hidup di bulan yang mulia ini. Jap2! Bila cakap tentang tawaran istimewa ni, tawaran yang mana satukah?
Yang ini...

Yang ini...

Ataupun yang ini?



Pilihan di tangan anda!
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, August 1, 2010

Celaka, Sengal dan Hebat

Akhirnya saat yang ditunggu2 sudah tiba. Sekarang, hanya perlu mengira hari sahaja. Tidak lebih 10 hari lagi untuk menjejak ke bulan suci dan mulia. Bulan yg tidak tahu menggembirakan atau menyedihkan bgi orang2 yang berlainan, tapi yang pastinya ia satu bulan yang lain daripada yang lain.. Oleh itu, saya yang sedang agak sibuk dengan perkara2 sekeliling terasa mahu re-posting entry saya pada tahun lepas. Moga ia memberi tazkirah buat anda dan juga saya. mana tahu ada yg dh terlupa.

Bagi yang baru membacanya, mungkin ramai yang terkejut dengan tajuk. Apa kaitannya dengan bulan ramadhan? Ape2 hal, mari bersama kita selusuri perkara berkaitan Celaka,Sengal dan Hebat di bulan Ramadhan...

Apabila Ramadhan hampir sampai...
Anda CELAKA jika mula terbayang2 betapa peritnya menjalani kehidupan seharian yg meletihkan tanpa makan dan minum. Nak kena pergi surau setiap malam.. nak kene bangun sahur setiap pagi... Sudahla tu,ade exam pulak! Aduhai...

Anda SENGAL jika apabila tibanya Ramadhan, sudah mula teringatkan meriahnya berHari Raya di kampung dan mula berfikir2 baju raya warna apa yg akan dipakai pada pagi Aidilfitri, langsir jenis apa yang akan menjadi hiasan tingkap rumah dan berapa bajet keseluruhan kos menyambut hari raya. Tak dikira lagi berapa banyak duit raya yang dikumpulkan (ni bagi kanak2 ribena lah..).

Anda HEBAT jika mula berkira2 mahu mengumpul sebrapa banyak yg boleh ganjaran yang dijanji oleh Allah.. Bonus yang datang setahun sekali.. Pesta 'Ibadah.... Perghh! Masyuk gila..

DAN...........

Anda juga CELAKA jika tibanya Ramadhan, mula berkira2 berapa banyak untung yg boleh diperoleh daripada jualan bazar Ramadhan.. Takpon daripada tempahan baju raya ataupun kuih raya.. Banner iklan dan advertising kt internet pun dan mula sejak 15 sya'ban lagi..

Anda SENGAL apabila, mula terbayang hidangan moreh yg berupa murtabak daging dan sirap bandung soda, gandingan yg popular setahun sekali.. Takpun bubur lambok percuma yng tentunya wajib disajikan paling kurang sekali dalam bulan ini di mana2 masjid atau surau..

Anda HEBAT jika membayangkan ganjaran pahala yang semestinya berkali ganda lebih banyak daripada untung jual kuih di bazar Ramadhan, kuih raya dan baju raya.. dan juga nikmat di syurga yg pastinya lebih sedap daripada murtabak dan bubur lambuk.

INI PULA.........

Anda CELAKA apabila seorang AJK surau datang kepada meminta khidmat untuk menjadi imam, anda menjawab dengan muka bajet mahal, "berapa yang surau ini nak bayar kat saya?"

Anda SENGAL apabila terbayang berpakah makcik2 surau tempat anda menjadi imam yang berhasrat nak masukkan anda ke dalam shortlist "calon menantu" ehem..(batuk secara tiba2..)

Anda HEBAT apabila anda diserbu oleh beberapa buah masjid yang inginkan khidmat anda menjadi imam, anda sanggup memilih yang paling sikit gajinya semata2 untuk menjaga keikhlasan hati dan kesucian ibadah..

Cukuplah CELAKA,SENGAL dan HEBAT di ambang Ramdhan ini..Nanti makin banyak pula yang terasa.. moga semua pembaca blog ini terdiri daripada golongan yang hebat...
BACA SELANJUTNYA..