Sunday, December 11, 2011

Gila-Gila Remaja

Ramai kata saya dah lama tak update. Saya kata orang dah ramai tak tengok. Mereka kata kamu tak update, maka tak ramai lah yang tengok. Saya biarkan sahaj perkara itu berlalu. Baru-baru ini saya diberi peluang untuk menulis sekaligus bekerja. Kolumnis lah tu. Ruangan yang diberikan dalam majalah tersebut ialah Halaqah Remaja. Sedap bunyinya.

Saya tidak berfikir untuk mempromosi, tetapi inilah cover majalah tersebut. Siapa ada duit dipersilakan untuk beli (promosi juga bunyinya).

Remaja hari ini pemimpin masa hadapan. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Yalah, siapa lagi yang akan memimpin dunia ini bila genrasi yang berada di atas sudah tiada? Jelas, memang tiada masalah untuk semua orang memahami hakikat itu. Malah, terdapat kata-kata, “jika mahu lihat runtuh atau bangunnya sesebuah bangsa itu, lihatlah kepada remajanya”.

Walaubagaimanapun, masalah sebenar yang betul-betul menakutkan timbul apabila kita melihat kepada realiti remaja zaman globalisasi ini. Pandang akhbar setiap hari, cerita masalah remaja. Baca blog-blog atau laman social di internet, ternampak masalah remaja. Tonton televisyen pun, terserlah masalah remaja. Apa masalah remaja zaman ini sebenarnya?

Remaja yang gila dengan hiburan melampau

Sekilas pandang remaja kini, rata-ratanya pasti mempunyai jadual hidup yang padat dan masa terluang yang sangat sempit. Setiap masa, pasti ada perkara yang dilakukan olehnya. Buktinya, cuba anda mengajak mereka untuk ke masjid sembahyang berjema’ah. Pasti jawapannya,

“tak boleh lah. Homework banyak sangat cikgu beri.”

“maaf lah. Malam ni Tottenham Hotspur lawan Liverpool. Solat di kedai mamak saja lah”

“kalau aku dah menang dota, aku datang lah sembahyang nanti

Ini lah remaja sekarang. Hidup padat dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang, tetapi tanpa agenda yang jelas dan tepat. Kalau ditanya, apa yang mereka mahukan di dunia ini, pasti mereka akan tergigit lidah mencari jawapannya. Tambahan lagi jika ditanya, untuk apa mereka dijadikan oleh Allah di muka bumi ini, pasti mereka akan memberi reaksi muka yang malu-malu kucing disertai dengan senyuman tanda segan yang teramat. Ini kerana, hidup mereka hanya dibayangi oleh hiburan melampau. Dalam kalimah lainnya boleh dikatakan sebagai hedonisme.

Mari kita cuba selami kehidupan remaja hedonism ini. Bangkit mereka daripada tidur oleh disebabkan lagu heavy metal yang dipenuhi tempikan dan muzik rock melampau yang dijadikan nada penggera alarm di telefon bimbit canggih mereka. Kerja-kerja mereka di komputer, tidak kira assignment, folio ataupun sekadar membuka laman social pasti akan ditemani lagu juga. Berjam-jam di hadapan computer tidak terasa lamanya. Pakaian yang dipakai mesti jelas Nampak bergaya, kalau boleh kurang satu saiz daripada saiz sebenar. Tidak cukup dengan itu, pada waktu malam, mereka menghabiskan masa hingga ke awal pagi untuk melepak bersama kawan yang kononnya teman sejati di kedai makan ditemani rokok yang menyala di tangan ataupun shisha yang berbau harum. Pulang ke rumah dalam keadaan mengantuk, tidur dan kitaran ini berulang seperti di atas.

Inilah yang dipanggil hedonisme, hiburan sebagai matlamat utama kehidupan. Masa, duit dan tenaga dikerahkan untuk memuaskan kehidupan berhibur yang melampau. Mereka benar-benar gila dengan hiburan.

Remaja memang gila, walaupun sahabat nabi.

Mustahil untuk kita memisahkan remaja dengan sifat gila. Malah, gila itu adalah perkara yang terpuji dan perlu dihargai. Berani untuk saya katakana bahawa ramai para sahabat yang zaman remajanya dipenuhi dengan kegilaan. Malah, kegilaan para sahabat itu disanjung oleh Rasulullah sendiri. Mari kita lihat beberapa contoh gila-gila sahabat nabi.

Usamah bin Zaid sangat gila untuk berperang. Beliau sering bersemangat tinggi dan berjuang habis-habisan demi menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Kegilaannya sampai di kemuncaknya apabila dia diberi tanggungjawab untuk meimpin pasukan tentera Islam menentang pasukan tentera Rom. Ramai sahabat yang tertanya-tanya tentang keputusan meletakkan Usamah bin Zaid mengepalai tentera muslimin sedangkan ramai lagi sahabat-sahabat senior yang menyertai perang yang dirasakan lebih layak untuk memegang jawatan tersebut seperti Saidina Umar dan Abu Bakar. Ini kerana umur Usamah bin Zaid ketika itu hanyalah 18 tahun. Cuba bayangkan remaja berumur 18 tahun sekarang member arahan kepada Saidina Umar dan Abu Bakar. Itulah gilanya para remaja sahabat dahulu.

Usamah bin Zaid hanya secebis contoh kisah kegilaan remaja zaman sahabat yang wajar diketahui oleh remaja zaman sekarang. Kisah lain yang patut dilihat adalah seperti Muadz dan Mu’awwidz berusaha untuk membunuh Abu Jahal di medan perang Badar, Abdullah bin Umar yang mengikuti perang Khandaq ketika berumur 15 tahun, dan juga beberapa orang sahabat yang merayu kepada Rasulullah agar diizinkan berperang kerana umur mereka yang masih kecil merisaukan ibu bapa mereka, lalu tidak diizinkan untuk pergi berperang.

Begitulah , betapa gilanya remaja pada zaman nabi Muhammad.

Kegilaan adalah rahsia kemenangan

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah gila remaja zaman nabi juga membuktikan gila merupakan kunci kepada rahsia kejayaan. Ummat Islam berjaya mengalahkan tentera Rom ketika Usamah bin Zaid menjadi ketua. Selain itu, terdapat juga kisah lain yang agak menarik untuk kita kongsikan tentang kemenangan yang berpunca daripada sifat gila.

Pernah dengar nama Muhammad Al-Fateh? Beliau adalah contoh terbaik dalam kita melihat kegilaan sebagai satu kunci kemenangan. Sejak kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua ibu bapa baginda dengan didikan yang lengkap dan membina. Antara ilmu yang dikuasainya sudah tentu Al-Qur’an dan hadis. Dalam banyak-banyak hadis yang dihafalnya, ada satu hadis yang betul-betul menarik minatnya.

Hadis itu berbunyi;
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Sebaik-baik raja ketika itu adalah rajanya (yang memimpin serangan itu), dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Betapa gilanya Muhammad Al-Fateh ketika itu apabila dia bercita-cita untuk menjadi sebaik-baik raja yang disebutkan dalam hadis itu, sedangkan beliau baru berumur setahun jagung. Ketika itu, dikhabarkan sebanyak 15 cubaan oleh pasukan tentera Islam bermula zaman Khalifah Uthman untuk membuka kota itu. Semuanya berakhir dengan kegagalan kerana kedudukan geografi kota itu yang strategik serta pertahanan tentera Byzantine yang kuat membina kubu dan tembok yang kukuh. Kegilaannya berterusan apabila dia terus menanam azam itu sehinggalah pada umur 19 tahun, beliau diangkat menjadi sultan Empayar Khilafah Uthmaniyyah ketika itu. Bayangkan, seorang sultan berumur 19 tahun, alangkah gilanya. Tidak cukup dengan itu, 2 tahun selepas pertabalannya menjadi sultan, baginda telah berjaya merealisasikan kegilaanya sejak kecil iaitu membuka kota Konstantinopel. ketika itu beliau berumur 21 tahun.

Sebuah lagi kisah yang menarik untuk dikongsikan berkenaan kejayaan yang berpunca daripada kegilaan ialah kisah Adolf Hitler, tokoh German yang cukup dikenali ramai. Beliau berusia 32 tahun ketika mula memimpin Parti Nazi Jerman pada tahun 1921. Mencapai kemuncak kuasa sebagai Canselor Jerman pada usia 44 tahun apabila partinya menang besar dalam Pilihanraya Jerman tahun 1933.

Perasaan gila, biarlah berpandu.

Berdasarkan kisah-kisah yang telah disebutkan, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa hakikat kegilaan membawa banyak faedah. Sifat ini yang bergabung dengan keperibadian pemuda menumbuhkan semangat yang meluap-luap serta keazaman yang tinggi, akhirnya menyebabkan seseorang mampu mencapai apa yang dikehndakinya dalam hidup. Masalahnya sekarang ialah apa yang dikehendaki oleh remaja dalam kehidupannya?
Hasan Al-Banna sangat menghargai keperibadian remaja. Beliau telah menggariskan rukun pemuda yang sempurna agar semangat kegilaan remaja itu tidak disia-siakan kea rah perkara yang melalaikan seperti hiburan dan lain-lain.

Rukun yang telah digariskan ialah;
1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Semangat asasnya keinginan yang kuat
4. Usaha asasnya adalah keazaman yang membara.

Remaja, jangan jadi seperti singa yang dijinakkan.

Salah remaja sekarang pada bukan pada gilanya, tetapi pada hal apa yang digilakannya. Kebanyakan mereka tergila-gila akan perkara yang dibawa oleh musuh Islam seperti lagu yang melalaikan, fesyen yang bergaya, dan permainan internet seperti dota yang semuanya membuang masa, tenaga dan duit. bukankah ini ibarat singa sarkas yang dijinakkan? Asalnya singa itu nalurinya garang, tetapi setelah dijinakkan dia hanya mampu bermain-main dengan apa yang disediakan oleh orang yang menjinakkannya. Lihat kembali gila remaja zaman sahabat dan cuba ambil iktibar daripadanya. Tidak bolehkah kisah gila itu menjadi panduan kepada remaja untuk menyalurkan ke mana sifat gila mereka itu? Janganlah dibuang sifat gila remaja kamu itu, tetapi selaraskanlah kembali agar dirimu itu tidak musnah.

Alangkah bahagianya jika wujud segolongan remaja yang gila bermain bola sepak, sehingga mampu menggelecek pihak lawan, mengawal bola dengan baik, mengagumkan setiap penonton yg melihat corak permainan mereka, dalam masa yang sama kesemua pemain yang gila itu benar-benar melakukan perbuatan yang gila dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Tambahan lagi, apabila mereka berjaya mengalahkan sesebuah pasukan yang tidak menutup aurat, mereka akan menegur dengan berhikmah.
Alangkah bahagianya jika wujud segolongan remaja yang gila meminati muzik dan mendalami segala ilmu muzik, lalu segala kemahiran muzik itu digunakan untuk mencipta hiburan alternatif yang membawa unsur ketuhanan dalam lagu mereka.
Alangkah bahagianya jika wujud golongan remaja yang gila melepak dengan rakan-rakan mereka sehingga larut malam, kemudian melakukan perbuatan yang lebih gila dengan mengajak mereka menunaikan sembahyang tahajjud dahulu sebelum tidur.
Alangkah bahagianya jika segala perbuatan gila-gila remaja tersebut berjaya dilakukan oleh kebanyakan remaja sekarang.

Majalah Fardu Ain,
Edisi ke6, November 2011.

BACA SELANJUTNYA..

Saturday, October 1, 2011

Cobaan Percubaan

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti akan diuji dengan cubaan. Sebab itulah ia dipanggil kehidupan. Orang yang paling berjaya sekalipun dalam kehidupan ini satu masa dulu pasti pernah diuji dengan cubaan yang sangat berat. Kalau tak pernah, bersedialah menghadapi ujian pada masa akan datang. Baru2 ini, saya dan kawan2 telah dipaksa menghadapi satu cubaan. Bukan main2 cubaan, tapi "Percubaan".

Saya bercakap tentang periksa ataupun dalam bahasa Arab imtihan.Walaupun sudah biasa terserempak dengan periksa ni, tapi kali ini dia menjengah dengan lebih lagi sebelum datangnya periksa selepasnya yang lebih besar.

Bercakap tentang imtihan, memang diri ini sudah banyak membicarakan tentangnya.Cumanya, kali ini, ana cuba tajdid kembali penulisan ana tentang imtihan yang lepas. Imtihan.. setiap kali dia datang bawa dengan seribu pengalaman dan pengajaran yang bertambah2..

Hadis Nabi:من كان يريد الدنيا فعليه بالعلم ومن كان يريد الأخيرة فعليه بالعلم و من كان يريدهما معا فعليه بالعلم

Maksud:" Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan, siapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka keatasnya ilmu"

Lagi: طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksud: "Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim."

Maka jelas di sini, sebagai sebuah agama yang mementingkan fitrah kebaikan, agama yang syumul, holistik, dan sempurna, Islam amatlah menggalakkan ummatnya menimba ilmu. Seperti mana yang telah kita lihat dengan dua buah hadis di atas, cukup jadi bukti. Meskipun berlambak lagi hadis, bahkan ayat Qur'an yang mengangkat tinggi darjat ilmu.

Apabila dikatakan Islam menggalakkan ilmu, bagaimana pula situasinya dengan orang yang malas belajar, dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Senang saja, dia telah berpandangan serong dengan prinsip dan konsep Islam.

Hadis: اءن الله يحب اءذا عمل عملا أن يتقنه
Maksud: "Sesungguhnya, Allah suka akan apabila sesuatu amalam dikerjakan, ia dilakukan bersungguh2"

Jadi, sebagai bukti kesungguhan kita belajar setelah sekian lama, maka wujudlah satu perkara yang memang agak tidak digemari oleh segelintir manusia yang bergelar pelajar. (Oh! mungkin juga termasuk). Oleh itu, buktikanlah sejauh mana kita mengamalkan hadis Nabi ini dengan mengaplikasikannya dalam menuntut ilmu.

PERIKSA KECIK vs PERIKSA BESAR

Terkadang, kita terlalu mengecikkan skop. Apabila disebut periksa, terbayang kertas2 yang mengadungi soalan2 dan formula2 yang boleh memecahkan urat2 saraf crebrum dalam otak, takpun kertas pilihan OMR yang tinggal mahu hitamkan saja. Dan, apabila terbanyangkan semua itu, semua orang pun berlari menerkam buku masing2 untuk mengulangkaji dan menela'ah supaya tak GAGAL dalam periksa itu. Sangat takut gamaknya. Namun, bagaimana pula dengan periksa yang kita hadapi setiap hari? Setiap jam? Setiap saat?

Firman Allah:
كل نفس ذاءقة الموت

Maksud:"setiap yg bernyawa psti akan mati...."

Lagi Firman Allah:
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد

Maksud:"tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...(yg mencatat setiap perkataan yg keluar daripada mulut manusia)"

Jadi, bagaimana? Jelas bukan? Periksa yang digambarkan pada permulaan entry tadi hanyalah sekecil2 periksa saja, yang mana tidak perlu celebrate dan seronok sangat pun jika mendapat terbaik, dan juga tidak perlu kecewa mana pun jika tidak mendapat yang terbaik. Itu hanya peperiksaan yang dinilai oleh manusia, yang tidak berkuasa untuk menghukum kita jika gagal. Di sebalik semua itu, terdapat peperiksaan yang lebih menakutkan yang dinilai oleh Allah, tuhan kita yang mana jika gagal, nerakalah balasannya.

Oleh itu, marilah sama2 kita buat yang amat,amat,amat terbaik dalam periksa yang paling besar. Periksa yang mana, tak boleh lagi repeat paper Julai jika dan tersalah langkah. periksa yang mana, yang menandanya bukanlah seorang guru yang boleh dibodek2 untuk belas kasihan. Periksa yang mana, bukan hanya dua,tiga jam sahaja.. tetapi seumur hidup. Yang mana, result baginya hanyalah diadapati setelah kebangkitan kita yang kedua. Peperiksaan yang menentukan Syurga atau Neraka tempat kita.


DUA DALAM SATU, KECIK DAN BESAR

Jadi, bagaimana pula dengan periksa dunia tadi? Adakah biarkan saja failed dengan alasan ianya tak membawa kemana pun. Jika berjaya dalam periksa yang amat2 besar sudah cukup bagus. Mungkin ada juga yang bertanya "bagaimana pula mahu tumpukan dua periksa yang mana, dimensinya amatlah berbeza sama sekali. Susah bukan?"

Senang saja..

الدرس هو الطاعة الله
*"Belajar itu ialah ketaatan kepada Allah"

Itulah kata2 hikmah yang boleh menjawab jawapan tadi.. Ringkas, tapi penuh dengan hikmah. Belajar itu juga adalah antara peperiksaan yang ditentukan ke atas kita oleh Allah, untuk menilai sejauh mana penghayatan dan penghargaan kita kepada ilmu.

Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang saya katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...

Wallahua'lam...




BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, September 6, 2011

Raya Sakan, Raya Sebulan, Raya Hantu Raya

Setiap tahun raya. Ya, memang betul. Dan tahun ini Raya sekali lagi menjengah rakyat Malaysia ini. Kebiasaan peristiwa yang datang jarang2 sebegini, pasti pelbagai acara sambutan luar biasa dilakukan. Malangnya, sambutan Aidilfitri kebanyakkannya mengecewakan. Bukan mahu sambut kemenangan atas mujahadah Ramadhan, tapi seperti sambutan "Welcome back Devil".

Itulah realiti zaman sekarang. Waktu raya inilah mahu tunjukkan kecantikan kepada umum. Baju berkilat, tudung pendek. Duit habis dibelanjakan untuk baju Melayu dan baju kurung baru. Sedangkan memakai baju baru di Aidilfitri hanya sunat hukumnya, membazir itu haram. Itu belum lagi disentuh tentang kewajipan menolong saudara seislam yang kesusahan dilanda kebuluran, kemarau, peperangan dan macam2 lagi.

Waktu raya inilah baru nak layan lagu2 nyanyian wanita yang sengaja melenggokkan suara. Ada juga yang membuka lebaran baru di Hari Raya dengan mencari awek baru setelah sebulan menahan. Pelbagai lagi kepuasan nafsu yang ditahan selama sebulan dilepaskan sepuas2nya di bulam Syawal ini.

"Eh, apa salahnya. Dah lama kitorang ibadah, buat baik, x buat maksiat waktu bulan puasa ni. Dah Raya apa lagi...."

Mungkin ada yang sebelum ini pernah berfikiran begini. Jika tidak diluahkan dengan mulut pun pasti terzahir dengan perbuatan ataupun disimpan dalam hati. Jika mahu dijawab ringkasnya kepada orang yg berfikiran begini, mungkin boleh dikatakan,

"Ko ingat Allah bagi ramadhan tu untuk korang buat maksiat waktu bulan raya ke?"

Ataupun mari kita sembang lebih panjang bagi siapa yang berminat.

Ramadhan dan Hari Raya ialah Ibadah

Bila dikatakan ibadah,mestilah perlu ada rujukan ataupun contoh yangt dilakukan oleh Nabi. Itu perkara paling penting. Bila tiba hari raya, para sahabat memberikan ucapan sesama mereka "taqobballahuminna wa minkum" bermaksud, "Moga Allah menerima amalan kami dan juga amalan kamu".

Saya tak bermaksud untuk menyuruh rakyat Malaysia menggantikan ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada ucapan ini, cuma apa yang nak saya highlightkan di sini ialah betapa para sahabat amat takut jika amalan mereka yang bersungguh2 selama sebulan Ramadhan TIDAK DITERIMA oleh Allah. Dikisahkan ucapan "moga Allah terima amalan kami dan juga amalan kamu" ini berpanjangan sepanjang 6 bulan. Lihat, betapa risaunya para sahabat tentang ibadah mereka ditolak.

Kita pula bagaimana? Sudahla Ramadhan tidak pulun habis. Masih boleh buang masa, tengok tv, layan sms, keluar downtown, buat persiapan raya dan macam2 lagi bukti hinanya kualiti Ramadhan kita jika nak dibandingkan dengan para sahabat.

Itupun boleh berseronok lagi sambut Aidilfitri dengan penuh kekotoran maksiat kononnya amalan ramadhan sudah cukup dan semuanya diterima oleh Allah.

Saya mahu pembaca semua berfikir dengan logik akal budak sekolah rendah, "APAKAH ALLAH AKAN TERIMA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN JIKA AIDILFITRI KITA SAMBUT DENGAN MAKSIAT..??"

Saya yakin anda semua bukan sekolah rendah, jadi jangan hinakan pemikiran anda dengan menjawab jawapan yang lebih buruk bunyinya daripada jawapan budak sekolah rendah.

Akhir kata, mari buktikan keberkesanan amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini dengan puasa enam serta tunjukkan peribadi muslim sebenar. Moga2 Allah menerima segala usaha kita untuk berubah ke arah yg lebih baik. Taqabballahuminna wa minkum.

"Riang ria aidilfitri lupa terus kat Ramadhan,
Hiburan sana sini atas nama kemeriahan,
Tekan channel sana sini sure sangkut depan tv,
Sampai tarbiyyah terbiar tak terasa pun kat hati"

"Suasana hari raya dirakam sebelum puasa,
macam pahala dah konfem semua sakan gembira,
Bila bicara pasal raya ada macam2 gaya,
gembira dituntut tapi di mana batasnya"

(Petikan lagu Raya Sakan nyanyian 5forty2. Tak disarankan kepada mereka yg tak gemar lagu rap)

BACA SELANJUTNYA..

Sunday, July 24, 2011

Jom Berlatih untuk Ramadhan

Sekarang tibanya untuk kita menghitung hari. Tidak lama lagi, hanya seminggu berbaki.Ramai orang suruh bersiap sedia. Di sana sini orang memekik mengenainya. Tetapi, adakah kita jelas persiapan apa yang perlu kita lakukan?

Saya mengakui kelewatan saya menulis tentang Ramdhan. Persediaan Ramadhan itu seharusnya bagi orang MU'MIN yang normal, bermula 2 bulan sebelum Ramadhan, iaitu Rejab. Kalau MU'MIN yang abnormal pula, 11 bulan menunggu dengan penantian yang panjang. Saya sendiri malu untuk mengaku samada saya mu'min yang abnormal ataupun normal. Harap2 baki2 sifat mu'min itu masih ada.

Mari kita fokus pada persediaan. Apa agaknya persediaan yang patut dibuat jika mahu menempuh Ramadhan ini? Saya secara individu ada terfkir beberapa persediaan yang harus difkouskan dengan lebih bersungguh berbanding persediaan yang lain. Tetapi, ingin saya ingatkan di sini satu kata2 yg cukup famous..

"Siapa yang gagal untuk merancang, dia merancang untuk gagal"

Adakah anda berjaya merancang Ramadhan anda pada tahun sebelum2 ini? Jika tidak, saya sarankan mari merancang bersama saya...

Bagi yang merancang mahu menghabiskan khatam tilawah Al-Qur'an dalam masa sebulan ini, mari sama2 kita berlatih perbaiki bacaan tajwid kita sebelum masuk Ramadhan ini. BUKAN dengan berlatih baca dengan laju, kononnya 15 minit boleh habis satu juzu'. Tapi tajwidnya hampeh.

Bagi yang merancang mahu bangun qiyamullail setiap hari, mari kita berlatih menjaga diri terutamanya pancaindera kita daripada melakukan,melihat perkara2 yang haram di siang hari. BUKAN dengan kita berlatih stay up malam2 layan facebook dan sebagainya. Bagi saya, kemampuan kita untuk bangun malam qiyamullail bergantung kepada banyak atau sikit dosa yang kita lakukan di waktu siang. Ini pengalaman sendiri. Siapa mahu percaya, silakan. Yang taknak, cuba try test sekali...

Bagi yang rasanya tak nak diri rasa lemah bila puasa, mari berlatih dengan selalu gagahkan diri untuk melakukan ibadah2 sunat seperti solat rawatib dan sebagainya. (elok jugak kalau siapa2 yang rajib buat puasa sunat sebelum2 ni). BUKAN dengan berlatih jogging, pumping, main lompat2 setiap petang untuk kuatkan tubuh badan. Mungkin itu semua boleh membantu, tapi cuma sedikit. Puasa itu satu ibadah. Orang ramai sekarang masalah tidak lakukan ibadah bukan sebab tak kuat untuk buat, tapi malas untuk buat. Jadi, rajin2kanlah diri.

INI PALING PENTING. Bagi mereka yang sudah pun mendapat tawaran untuk menjadi imam tarawih di mana2 surau ataupun masjid, sayang betul2 mengajak anda semua supaya berlatih.. BUKAN berlatih suara untuk bacaan lagu tarannum dan apa sebagainya yang lain itu. BUKAN juga berlatih supaya nafas panjang dan bacaan menjadi sedap. BUKAN juga berlatih supaya tidak mengantuk semasa menjadi imam. TETAPI berlatih untuk jaga hati ini daripada sifat riya', rasa mahu menunjuk2 dan takabbur dengan kebolehan diri.

Saya tahu, itu adalah perkara yang lansung tiada seorang mampu selamat daripadanya. Maaf kepada imam2 tarawih semua jika saya dan terbongkarkan rahsia anda. Bukannya tidak sengaja, tapi untuk peringatan..

Cukuplah itu persediaan yang sempat saya kongsi dan mengajak anda semua lakukan. Anda mampu? Jom, seminggu je lagi!
BACA SELANJUTNYA..

Saturday, July 23, 2011

Norway dan Palestine.

Ini merupakan post pertama tahun ini. Serius, saya masih mencari alasan untuk menerangkan kenapa sudah 7 bulan sawang merebak di blog ini. Kita abaikan dahulu perkara itu. Mari kali ini kita berjalan melihat perkembangan negara luar.Saya sangat terpanggil untuk menulis kali ini kerana satu peristiwa yg sangat menarik dan perlu diambil perhatian oleh kita semua. Perkara tersebut ialah perkembangan negara luar yang sangat dasyat berlaku baru2 ini.

Saya bukan mahu bercakap tentang Piala Dunia Wanita. Saya juga tak berniat untuk bercakap tentang bersih 2.0 yang berlaku di seluruh dunia. Jauh sekali nak berbicara tentang kunjungan rasmi PM Najib melawat Queen Elizabeth. Tapi saya mahu anda semua menoleh pandangan anda kepada Norway...

Aiik? Kenapa Norway? Apakah perkara yang menarik itu?

Dahulu saya langsung tidak endah dengan negara Norway. Daripada ekonominya, hinggalah kepada pemain bola sepaknya, semuanya tidak menarik dan membosankan jika diupdate. Orang kata tak berbaloi ambil tahu. Namun, apa yang berlaku baru2 ini sungguh menampar pipi saya untuk melihat kepada negara ini.

Tiada apa yang saya tahu tentang Norway, kecuali pemain Morten Gamst Pedersen, antara pakar sepakan percuma di Liga Perdana Inggeris. Bermain untuk kelab Blackburn. Kawalan bolanya cukup kemas.

Baru-baru ini, secara rasminya negara Norway mengumumkan sokongan penuh terhadap Palestin sebagai negara yang bebas merdeka. Ini menjadikan Norway sebagai negara Eropah pertama yang menyokong negara Palestin dan antara negara yang terawal di dunia tatkala ramai pemimpin2 negara Islam, khususnya negara Arab yang masih merasakan tak perlu untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Mungkin kerana lalai dan mabuk dengan suapan2 daripada Barat dan Israel.

Dan sekarang, Norway berada dalam keadaan yang kucar-kacir. Bermula dengan pengeboman bangunan kerajaan termasuk Pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Tak cukup dengan itu, serangan berupa tembakan rambang terhadap satu majlis Parti Buruh iaitu parti yg menguasai negara sekarang dilakukan. Dilaporkan 91 orang terkorban setakat ini. (terima kasih kepada unifi atas penyiaran Al-Jazeera live tanpa tersekat2)

Walaupun siasatan masih dijalankan, malah PM Norway sendiri menghalang sebarang spekulasi negatif tentang motif serangan ini, ramai berpendapat ia ada kena mengena dengan pendirian Norway tentang negara Palestin ini.

"Norway is of the European country who recognized Palestine as a state. So, now they have been bombed. May Allah help and save Norwegian and give them strength to overcome and resist."- ini saya copy daripada rakan fb.

Betul atau tidak serangan itu bermotifkan pendirian Norway terhadap Palestin, saya kira apa yang berlaku sudah cukup untuk kita semua buka mata dan muhasabah. Sejauh mana dah kita lakukan untuk mempertahankan tanah ummat Islam Palestin? (ntah2 kalau ditanya ibu negara Palestin pun tak tau apa dia)
BACA SELANJUTNYA..