Saturday, April 26, 2008

Menginstall Anti Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

BACA SELANJUTNYA..

Monday, April 14, 2008

Hakikat Couple Ciptaan Remaja

Hakikat couple

Ku sedar diriku telah jauh dari jalanmu…Sekarang aku sedang berusaha utk kembali seperti dulu....
.

hidup dgn keadaan diri cukup gerunkan azab tuhan, hidup dalam kepuraan tiada membawa ke mana...
hanya bertemankan nafsu syaitan yg mengarahkan perbuatan..
hatiku kosong, pedih, rasa hina bila bersama mereka yg hatinya cintakan tuhan..sakit sangat sa
at diri dalam sandiwara syaitan….kalaulah aku tahu begini
kesannya, aku xkan ikut telunjuk syaitan..syaitan……sandiwaramu hebat, bisikanmu tepat, kata2mu
berseni… kerana janji telah kau patri untuk menyesatkan keturunan Adam… katamu couple boleh merilekkan minda, ada tempat nak share problem, ada org caring..
rugi x couple sbb kwn2 sume da couple.. katamu lg…waktu couple macam2 bleh buat..sbb nnti last2 akan kawin
jgk..fuh!!!
! hebat perancanngan ikhlas syaitan laknatullah nih..!!
sebelum couple syaitan lalaikan kita dulu,syaitan kata kita sudah besar..perlu cari calon isteri..
mesti cari yg baik2…syaitan kata lagi…

bila dah couple ni mesti ada rasa cemburu…
kononnya cemburu tu tanda sayang…

tapi hakikatnya cemburu itu buatkan hati yang pernah berseri kerana iman makin melayang jauh dari cintakan tuhan..
hebat sungguh si syaitan laknatullah...

tipulah kalau ada kata couple ni banyak kebaikan dari keburukan…aku tahulah..aku dah lalui semua ini..
kebaikan mmg ada tapi ibarat sebiji gula dalam seguni tahi…
sedarlah kawan2…
perancangan syaitan hebat..kerana itulah kita kena sentiasa berwaspada..
TAPI NAK BERWASPADA MACAM MANA????
solat pun tunggang langgang, sebut nama tuhan pun jarang,
hubungan dgn Tuhan pun renggang.. wahai sahabat..titislah air matamu hanya untuk untukNYA..

DIA sgt merindui tangisanmu..
marilah kita tarbiah kembali diri kita….
kalau tidak kerana limpahan kasih sygNYA tidak mungkin kita di sini, bernafas dalam kesegaran nikmat TUHAN,
berjalan di atas bumi Tuhan, wahai sahabat…
sayangnya Tuhan pada kita…
walau banyak mana sekalipun kita melakukan dosa,
samada secara sedar atau tidak tuhan tetap memberi ruang pada kita untuk kembali pdNYA…buatlah perkiraanmu..
adakah kita benar-benar cintakan tuhan???apa buktinya cinta kita hanya pada Tuhan....???


*ana terfikir untuk wat post nih setelah seorang sahabat ana mngadu yg dier baru lps clash..pastu susah lak nk lupekan ..isy,isy,isy...ktenye muler2 x terfikir pon nk bercouple...sajer je sbgi kwn biase..tp cm yg telah dikatekan,syaitan terlalu hebat tipu helahnyer...jd sesame lah kiter mohon agar dijauhkan dr segala tipu dayanye...*
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, April 13, 2008

Amaran buat Nisa'


AMARAN BUATMU NISSA'
,
Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..

NISSA,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan mencolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,
NISSA,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa



*hmm..aritu keluhan, sekarang amaran plak..isy..isy..isy..biler lah kaum adam nk masuk plak ni..* BACA SELANJUTNYA..

Friday, April 4, 2008

MAHA SUCI ALLAH..

Sekadar tazkirah buat diri saya dan sahabat fillah... Dalam kita menjalani amanat Allah seringkali kita alpa untuk benar-benar menjadikan diri kita taqarrub kepadaNya. Kekadang susah untuk kita merasakan kehadiran Allah swt dalam ibadat kita... kan? (Diri ini lah tu...).
Sebenarnya itulah maksud muraqabah sebenarnya. Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).
Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?
Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Disini saya ingin berkongsi bersama sebuah peristiwa yang mana berlaku di depan mata saya sendiri..pada tengah hari tadi..ketika saya sedang mengambil wudhuk di salah sebuah masjid di malaysia tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat..bunyi itu telah menarik perhatian saya untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut..lalu saya terlihat sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal..saya melihat keadaan kereta tersebut agak teruk kerana cermin depannya pecah dan penunggang motosikat itu bernasib baik kerana masih hidup..yang nak jadi kesnya..si pemandu kereta tu tanpa berfikir panjang terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam kesakitan..walaupun begitu..kat sini Allah nak tujuk kuasa dia..plat nombor kereta tersebut patah dan tercabut...jadi kat sini saya dapat mengambil beberapa pengajaran iaitu...


1.mari kita lihat keaadaan pemandu...mengapa dia boleh terlintas untuk melarikan diri???sedangkan ramai saksi yang menyaksikan kejadian tersebut..saya dapat simpulkan disini bahawa dalam diri pemandu tersebut tak ada sifat muraqabah serta keimanannya bahawa Allah maha melihat tidak kuat..kalau dah dengan Allah dah tak yakin apatah lagi dengan ma'nusia..cuba bayangkan jika semua manusia tak ada sifat muraqabah maka banyak la kekacauan yang akan berlaku contohnya kita berbalik kepada kisah tadi..jadi..disini kita dapat melihat sendiri betapanya indahnya islam ni jika kita ambilnya sebagai cara hidup..rasulullah dah ajar..kita cuma perlu ikut je..insyaallah beres segala masalah yang berlaku..


2.plat nombor tercabut dan kantoi la nombor plat kereta pesalah..disini kita dapat perhatikan bahawa segala kuasa berada ditangan Allah..'kun fayakun' jadi maka jadi lah..cabut maka tercabut lah nombor plat tersebut..mungkin kat sini Allah sayangkan hambanya tadi..Allah bagi 'kantoi' kat dunia supaya takde la nak dipertanggung jawabkan kat akhirat..Allah masih bagi peluang hambanya untuk bertaubat dan menginsafi kesalahan yang telah dilakukan..subhanallah..maha suci Allah yang penyayang dan pengampun..
mari lah sama-sama kita koreksi balik diri kita..berapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan namun Allah masih beri peluang dan masa untuk kita bertaubat dan berubah untuk menuju hidup yang lebih baik..jadi Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, usia mudamu sebelum datangnya hari tua, waktu sihat sebelum datangnya sakit, kaya sebelum datangnya kemiskinan, hayatmu sebelum datangnya ajal, dan waktu lapangmu sebelum datangnya kesempitan.sementara kita masih hidup maka marilah....
BACA SELANJUTNYA..