Wednesday, December 31, 2008

Itulah mereka.. Kita?


Pada mulanya sedikit malas, bukan apa. sudah banyak yang mengulas, malah terasa diri ini langsung tak layak untuk menyentuh pasalnya dek kerana teruja dengan ulasan2 lain, namun begitu, semakin lama semakin ramai yg mengasak.Katanya nak lain daripada yang lain. Huh! Tiada lainnya.. Namun sebagai penulis blog rasa tak sampai hati pula mengecewakan, maka saya pun membuat keputusan menulis apa saja yang hendak ditulis tentang situasi ummat islam sekarang yg genting sudah tentunya di GHAZZA..

Maka, dengan keputusan undian memihak kepada penggunaan 'SAYA', maka dengan ucapan terima kasih kpd sesiapa yg sudi mengundi, bermulalah saya menulis.. (erk.. masih x biasa)

(Anda dinasihatkan membaca sambil mendengar samada lagu dr youtube di atas ataupun Try Not To Cry drpd iPod di sebelah)Terdengarlah kita akan segala suara2 sumbang mengutuk, mengeji, malah carutan juga tak kurang kedengaran. Sambutan Maal Hijrah ummat islam telah dicalarkan! Bagaimana ini sudah berlaku. Sehingga kini redha masih belum kunjung tiba. Entah bila.. Dari berbagai tempat, sudut dan situasi, kutukan demi kutukan terus dilontar.. Entah kepada siapa. Ada yang mensasarkan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel yang durjana itu, ada juga yg menelunjukkan jari hantunya kepada Presiden yg belum lagi memegang apa2 kuasa lagi iaitu Si Hitam... Tak lupa juga yg masih mengenangkan 'jasa' manusia bernyawa liat yg x guna, Ariel Sharon.

Maka berkata diriku.. (eh! saya..) "ya! kutuklah lagi.. kutuklah lagi! Lagi!! Lagii!!"

Maka, dengan kutukan itu, teruslah si sengal Zionis menjadi2 membantai penduduk Ghaza yang lemah tak berdaya kesan blockade yang telah dijalankan setahun yang lebih.. Selama setahun bantuan tersekat, makanan, minuman, langsung tak mencukupi, maka genap setahun ranaplah Ghaza.. Ya! bersama teriakan kutukan dari seluruh dunia tadi..

Argh! Zionis.. Apa yanng mereka tahu dengan kutukan? Bukankah memang sepanjang hidup mereka disaluti dengan kutukan. Bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".. Ya, itulah Zionis.. Lalu, apa gunanya mengutuk, mencela,mencaci, mencarut sekalipun menggunakan bahasa yg murni (seperti saya). Adakah menharapkan kutukan itu menggoncang perasaan perasaan sang Serigala? Jeritlah kutukan ana sekuat hati, sekalipun bergoncang lalu pecah gegendang telinga mereka, nescaya selagi tidak kehabisan peluru akan dimuntahkan semuanya.

"Apa yang dibenci sangat kau ni pasal orang mengutuk? bIarlah mereka? sekuarang2nya bersuara juga.." begitulah yg menerjah layar benak anda.. Ya semestinya bengang..

Tanpa ada seorang pun yang mengetahui, seminggu sebelum serangan dilakukan sebenarnya sang Zionis jahanam sudahpun meminta restu dengan negara sekutu mereka. Jadi, bila serangan dilakukan semestinya bermakna restu sudah diberi.. Oh! mengapa anda tidak perasan sama sekali..

"Apa kena mengenanya dengan kebencian terhadap kutukan.." soalan cepumas berlegar lagi.. waduh!

Benci kerana baru sekarang anda mahu mengutuk! Benci juga kerana baru sekarang baru anda perasan! Benci juga baru sekarang anda baru sedar! Apabila dah diserang baru mahu melihat, baru mahu ambil tahu, baru mahu memekik,melolong,mengutuk sana, mengutuk sini.. Tidakkah langsung dia sedar akan kewujudan Zionis laknat ini sememangnya dah lama.. Kenapa baru berusungguh2 lontarkan mebencian hari ini? Jelas nampak yg baru sekarang perasan akan hakikat Zionis dan Palestin.. Mungkin juga tahu sebelum ini, tapi hanya menmandang sebelah mata.. Negara orang katanya.. bukannya Malaysia..

Tambah lebih lagi apabila pemimpin2 negara 'islam' langsung hanya mengambil tindakan berbincang dengan Amerika Setan.. Katanya berunding untuk pujuk sang pengikutnya itu Zionis supaya berhanti.. Sengal! Saya sejujurnya teramat pelik.. Sudahlah Ghaza disekat bantuan sejak setahun lalu, diserang pulak lagi.. Mahu pula harapkan Amerika Setan itu membantu.. Wei! pemimpin islam.. Bangunlah! hang tuh pemimpin.. kami ini memang layaklah hanya sekadar menghantar memorandum kepada kedutaan sahaja KERANA KAMI TAK PUNYA KUASA.. Yang ada kuasa itu masih lagi mengharapakan Amerika Setan itu.. Jika Amerika mampu kerahkan segala anak mudanya untuk pergi ke Iraq, mengapa Malaysia tidak sahaja megerahkan anak2 muda islam untuk dihantar ke sana.. Sebetulnya bukan megerah, tapi membuka peluang..

Ketika ini barulah kita dapat lihat siapa yang hanaya berani terpekik melolong di kedai2 kopi mahpun di konti Radio ataupun pejabat Perdana Menteri dan siapa pula yg berani betul2 untuk menolong.. Jangan hanya tahu megutuk sahaja! Bantulah..! Adakah semua yg mengutuk itu berani untuk pergi jika dibuka peluang.. Huh! berani cakap saja.. Tambah satu lagi point pembencian terhadap sang pengutuk.Cerita lebat saja.

"Setiap dosa yang dilakukan oleh ummat islam di seluruh dunia menyebabkan kelambatan pembebasan Palestin!"

"Mengarut saja", benak salah seorang daripada anda menelah.. Bukan mengarut, namun hanya menciplak mutiara2 daripada seorang Syeikh di Mesir yg disampaikan oleh seorang akh.. Arghh! Benar2 menusuk kalbu.. Benar2 mengena.. Hati gundah. Seluruh ummat islam memainkan peranan, dan pastinya anda semualah yg menyebabkan mereka bertambah sengsara. Amerika dan Zionis? Itu memang sudah menjadi fitrah semulajadi mereka. Tak payah disebok2 lagi. Yang penting kita.. Ya! Kita.. Seluruh ummat islam.

"Jangankan anda menyangka kami ini mengharap duit2 anda semua, harta2 anda, asset anda serta baju2 anda.. Itu semua bukan apa yg kami harapkan dan kami tidak pandang sama sekali.. Apa yang kami harap sampai kepada kami hanyalah kain2 kafan daripada kamu"

Teruskan perjuangan ini ya mujahid,
walau nywa melayang,
kau tetap hidup di hati,
doa kami mengiringi jasadmu,
hati kami bersama bumi Palestin.

Usah ditakuti mati itu kerana mati itu pasti,
kaulah hero kami,
kerana kau tak takut mati,
kau tak takut apache dan F-16,

Perjuangan jihadmu bersam Allah,
Palestin milik Allah,
Allah berkuasa mutlak ke atasnya,
jihadlah sepenuh hati,
kami tahu kau tak takut mati.

Hai komuniti dunia,
hai PBB,
Hai OIC,
apakah kalian ada mata tapi buta?
apakah kalian ada upaya tapi tak terdaya?

Bantulah mereka walau hanya doa sesaat,
bantulah pejuag mujahid ini,
kerana merekalah yang mempertahankan Al-Aqsa,
kerana merekalah penjaga maruah umat Islam kini,

Di mana Mahmoud Abbas???
Di mana Salam Fayyed???
Di mana tentera Fatah???

Kenapa hanya ada Ismail Haniyeh???
Kenapa hanya ada pejuang HAMAS???

Teruskanlah berjuang kalian semua,
Teruskanlah perjuangan suci,
Lailahailallah
Wa asyhaduannamuhammadarrasulullah
Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Uh!! La Tahzan ya Ghaza!! Ma'akallah...


BACA SELANJUTNYA..

Tuesday, December 23, 2008

Pandai, atau Soleh?

"Saya berhasil mendidik orang yang cerdas, tapi saya belum berhasil mendidik mereka menjadi soleh.”

Tersebut ialah satu perkataan yang terucap keluar daripada seorang tokoh endon bernama Nurkhalis Saleh tak berapa lama sebelum malaikat maut mencabut nyawanya yg byk disumbangkan untuk agama Allah..

Jadi, memandangkan sekolah2 seluruh Malaysia akan membuka tirainya tak berape lama lagi, tambahan pula sudah ramai budak2 sekolah yg semakin memenuhi ruang pasaraya bersama mak bapak yg sebenarnya risau duit poket mereka habis dek barang2 baru anak2 mereka, maka rasanya elok ku timbulkan post ini...

Mengulas mengenai perkataan di atas bukanlah benda yg mudah pada zaman sekarang, walaupun hanya perkataan yg ringkas pada pendengaran, namun bagi mereka yg melihat dengan mata hati ia mempunyai 1001 makna yang semestinya amat berkait rapat dengan dunia ini yg bagiku semakin tidak menentu..

Bermula dengan adikku yg boleh dikatakan berjaya mengecapi nikmat 5A dalam peperiksaan UPSR.. Fullamak.. bukan main suka lagi dia apabila banyak mendapat pujian serta hadiah.. Semuanya daripada orang luar, sedangkan mak aku hanya ucap alhamdulillah sujud syukur.. Malah, mak aku risau dan sedih melihat adikku dipuji2 oleh orang lain.. Bagi anda mungkin pelik, kenapa mak begini.. Mak aku sebenarnya risau yang adikku naik martabat ujub serta riak tak lupe juga takabbur.. Mak aku terangkan kat aku lagi, 'orang perempuan ni hati dia lain.Kalau dapat pujian mesti rasa bangga yang teramat'. Secara tak langsung aku dapat tahu yang orang perempuan ini suka riak.. (hahaha.. akhowat di luar jangan marah! ini perkataan mak sendiri). Ini kerana adik beradik aku hanya terdapat seorang perempuan.. Dan peristiwa ini banyak membuka minda aku sebenarnya..

Ianya menunjukkan betapa masyarakat sekarang ini meletakkan agama itu dalam kehidupan mereka. Mungkin sekali ramai yang tidak perasan, tapi adalah amat tersisih agama ini pada pandangan masyarakat..Sebagai contoh paling senang..

Ramai orang akan bertanya kepada anak2 rakan mereka atau saudara mereka yang darjah enam "UPSR dapat berape?" Namun tak ramai yang tanya PSRA (kalau Selangor, kalau negeri lain bergantung kpd jabatan agama negeri) dapat pangkat ape.. Ntah2 ramai yang tak tahu kewujudan periksa agama ini..

Dan, banyak hadiah yg akan diterima oleh mereka yg dianugerahkan 5A dlm UPSR, namun berapa ramai yang dapat hadiah disebabkan dia mendapat Mumtaz dalm peperiksaan agama?(PSRA jika Selangor, yg lain bergantung kpd jabatan agama negeri yg berkenaan)

Anda akan disoal bertubi2 apabila anda mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan memutuskan untuk terbang ke luar negeri menggunakan biasiswa JPA ataupun MARA untuk belajar perubatan, namun jika anda berkata anda mahu menyambung ke tingkatan6 bagi mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), maka itu adalah jawapan kepada soalan terakhir yg diajukan kpd anda..

Mungkin anda berasa ini ialah biasa, namun ia sudah cukup menunjukkan betapa materealistiknya masyarakat kita yg semakin menjadikan agama itu sebagai hanya sampingan kepada hidup sahaja.. Dalam hal ini, sebenarnya peranan mak bapak itu sendiri amat penting. Tanya saja berapa ramai yg menyuruh anak mereka mendalami agama, yang hanya tahu cemerlang akademik dan belajar bersungguh2.. Sekali lagi, agama itu ibarat sampingan semata2..

"Ntahlah.. mak saya pentingkan akademik. Saya terpaksa ikut jelah.."

Bukannya satu atau dua kes yang mana ana dapat jumpa mereka yang terpaksa bertarung dengan mak bapak sendiri dalam kehendaknya untuk menjerumuskan diri dalam bidang agama. Ada yang dilihat berbakat besar dalam bidang ini, hanya meninggalkan untuk mengecapi kenikmatan akademik.. Bukannya tidak mahu ada sesiapa mengambil akademik, lantas itu dalam tempoh 20 tahun lagi tiada doktor2 yg bertugas di hospital kerana semuanya hanya mahir agama, tetapi cukup geram dengan penerimaan masyarakat terhadap mereka yg cemerlang dalam agama berbanding yg cemerlang dalam akademik..

Lebih2 lagi sekarang ibu bapa sudah pandai mecampakkan anak2 mereka ke arah yg bertentangan, maksudnya jika anda lihat, ibu bapa sekarang, jika anak mereka jenis pandai2 yg genius2, maka hantar ke sekolah yg cemerlang akademik dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan mereka. Manakala jika ada anak mereka yang agak2 bodoh2 ubi, maka terus dicampaknya ke mana2 pondok untuk mendalami ilmu agama.. Katanya jika dah bodoh pergilah belajar agama, yang pandai belajar akademik.. Jadi, maknanya dalam masa 20-30 tahun lagi yg menjadi mufti2 atau imam2 adalah di kalangan mereka yg bodoh? Ke mana ummat islam yang genius? Itu semua hanyalah melihat agama dari tepi mereka secara jeling2 sahaja.. Mengapa tidak yg genius2 dan cerdik serta pandai ini dimasukkan ke dalam bidang agama? Bukankah menjadi sumbangan yg besar kpd islam? Tunggan terbalik dunia ini dibuatnya.. Aiiiyyy...

Anda mungkin berfikir saya hanyalah pandai membuat andaian2 kosong yg tidak berasas belaka.. Dengan menemui satu atau dua situasi, maka cepat shaja otak si Alfateh ini berfikir bukan2..

Sejujurnya semua ini pernah diakui dan diperkatakan sendiri oleh seorang mak bapak kepada saya dan dengan bangganya mempertahankan prinsip 'bodoh untuk agama, genius untuk akademik' itu.. Jika tidak kerana kesabaran yg tinggi, sudah lama buku lali ini berfiosil di pipinya.. Bukan sahaja mak bapak, bahkan pernah member rapatku sendiri yg menyatakannya... Siap mengutuk2 si Ketua Peajar sekolahnya yg menyambung pelajaran ke STAM..

Bagaimana rasanya islam nak tertegak di muka bumi ini dengan reaksi dan sangkaan masyarakata seperti itu? Adakah terjamin untuk zaman kita terdiri daripada generasi yg membantu ke arah kemenangan islam yg memang sudah dijanji? Aduhai.. Masyarakatku..

Akhir kata, "cerdik/genius/cerdas/pandai itu tidak bererti jika anda tidak alim agama.. sesungguhnya sebaik2 kamu ialah mereka yang belajar AL-QUr'an dan mengajarkannya.."

BACA SELANJUTNYA..

Sunday, December 21, 2008

Sungai dan Insan

Subhanallah, cantik sungguh sungai yg diciptakan oleh Al-Khaliq...

"Allahlah yg telah menciptakan langit dn bumi dn apa yg ada antara keduanya..." (al-jumuah:4)

Alhamdulillah bini'matil Islam. Alhamdulillah di atas segala kurniaan yg telah Allah berikan yg sesungguhnya benar-benar banyak sehingga tidak dpt dihitung walau menggunakan seluruh jari yang ada pada manusia di dunia termasuk jari kaki atau menggunakan akal yang ada pada setiap manusia nescaya tidak mungkin akan dapat dihitung atau dikira betapa besar dan banyaknya nikmat yg dikurniakn olh Al-Khaliq kpd kita.

"sekiranya kamu menghitung nikmat yg diberi oleh Allah maka nescaya kamu tidak akan mendapatinya..."

Berlalulah suatu hari yg mana diizinkan oleh Rabb maha berkuasa untuk diri mengunjungi ke sebuah tmpt yg sngt nyaman dgn flora dn fauna yg masih terjaga dn udara nyaman yg tidak dicemari dgn asap mobil-mobil dn terhindar dr kesesakan manusia yg sibuk mengejar karier yg diminati ke sebuah sungai yg agak jauh dari kediaman diri.

bersama beberapa orang rakan yg sangat diaksihi yg senantiasa membantu diri agar tsabat atas jalan yg sangat-sangat sukar ini diri mendapat pelbagai pengajaran yg ign dikongsi bersama semua pembaca agar ilmu yg cetek di kepala ini akan di tambah oleh ilahi.

Mgkn perkongsian ini akan diberi dr beberapa perumpaan agar pembaca dpt brfikir sedikit dn dpt mengambil pelbagai perumpamaan dr setiap kejadian atau setiap tempat yang kita lalui dlm seharian hidup kita.


1.

"Sungai ini diibaratkan seperti jalan menuju matlamat kita yang mana akan kita lalui setiap point yang mana ana ibaratkan dia air terjun. Kita akan lalui beberapa tempat air terjun sebelum tiba di puncak yg tertinggi yg mana di puncaknya kita akan mendapat air yang sangat jernih dan udara yang sangat nyaman. Namun, bukannya mudah untuk melalui setiap point sekiranya tiada matlamat yang jelas dan mujahadah yang tinggi.

2.

"ana umpamakan batu-batu besar ni seperti insan yang punyai jati diri yang besar dan punyai iman yang kuat manakala derasnya air sungai diibaratkan seprti derasnya jahiliyyah yg menjalar setiap manusia zaman ini. Walau sederas mana air sungai itu namun batu-batu besar ini mampu menahan dari hanyut bahkan boleh masuk kedalam masyarakat sungai. Manakala pasir yang banyak itu ana umpamakan seperti ummah sekarang yang mana walaupun dalam kuantiti yang banyak tapi tidak dapat menahan antara satu sama lain bahkan hanyut semuanya di bawa arus."

3.

"Ana impikan pemuda yang mana dirinya seperti air terjun yang menjunam ke dasar yang mana auranya bisa menggegari tubuh manusia yang mendekatinya. Walaupun tidak pergi ke bawahnya namun auranya sudah cukup untuk memberi kesan kepada hati-hati yang berdekatan dengannya."

4.

"Ana teringin nk jd mcm sungai yang mana ia tetap mengalir walaupun pelbagai halangan di hadapannya dan x pernah putus asa sehinggakan batu yang besar gadabak pun hanyut dengan aura yang deras sehinggakan ada lubang besar di batu-batu besar."

Astaghfirullah, ada bnyk lg seenarnya tp dh lupa. Mungkin sebab terlalu lama simpan dah bertakung dn keruh dh jadinya. Apapun, moga perkongsian ini dapat meningkatkan pemikiran kita dikala melihat ciptaan Allah yang maha kuasa.

"tidakkah kau menciptakan ini dengan sia-sia. maha suci engkau maka peliharalah kami dari siksa api neraka."

"Apakah kamu tidak melihat?"

Wallahhualam....

BACA SELANJUTNYA..

Thursday, December 18, 2008

Argh!! Tak kena!

Rasanya tak terlewat untuk ana membincangkan tentang perkara hangat 'si Hero' Negara Arab, mungkin juga seluruh ummat islam dan tak mustahil juga seluruh dunia yang memberanikan diri menggunakan sepenuhnya kesempatan sebagai seorang wartawan untuk meletakkan tahap seorang pemimpin dunia yg disanjung tinggi kepada tahap yg lebih rendah drpd tapak kasutnya sendiri.. Begitulah kejadian yg menggemparkan seluruh dunia, bahkan ana yg tiada TV di rumah ini pun diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat berita tersebut gara2 adik-beradikku yg mahu mengikut ayahku 'outstation' di K.Terengganu.. Hasilnya ana terlambat untuk mengulas kejadian ini.. Namun begitu..

Namun begitu, ana tak mahu sesekali ketinggalan untuk membincangkan perkara ini.. Lebih lambat, lebih banyak lagi pendapat2 org yg dapat kita lihat, lantas simpulkan, malah sehingga sekarang, reaksi2 dari seluruh dunia lgsg tak terkejar oleh wartawan kita untuk mendapatkn maklumat..

Yang terbaru,rakyat US membuat aksi sokongan kepada Wira Muntazer Al-Zaidi dengan membaling kasut ke arah Whitehouse..


Menarik... Apa kata kita dengar kata2 rakyat US ini..

Seorang rakyat US, Tighe Barry memakai kostum banduan bermukakan Bush, kemudian dibaling beramai2 oleh rakyat yg menyokong Al-Zaidi.. Kata Tighe Barry,

"Saya melakukan ini untuk main2 saja. Kalau saya benar-benar seorang Bush, saya lebih baik mati dan masuk neraka. Dia) manusia yang takder hati,"

Kata rakyat US yg lain,"Sungguh memalukan, Zaidi diancam hukuman dua tahun penjara karena dianggap menghina Bush, sementara Bush yang jelas-jelas bertanggung jawab atas kematian 1,5 juta rakyat Irak dan kematian 4.200 tentara AS serta 5 juta rakyat Irak yang menjadi pengungsi, tidak dihukum. Bush lah yang seharusnya dihukum dan diseret ke pengadilan sebagai penjahat perang."

Cukup setakat itu.. rasanya banyak lagi susulan daripada kejadian yg tak disangka ini.. Tetapi ada juga manusia yg menanggap ianya hanyalah satu lakonan yg telah dicadang oleh Bush kerana lihat Bush seperti dh bersedia untuk menghadapinya.. Siap boleh dua kali elak lagi tuh.. huhuhu.. hebat! Anyway, Wallahua'alam..

Seperti kebanyakkan orang, ana tahu anda semua pasti berasa tersangat-sangat-sangat geram apabila Bush mengelak kasut itu.. Paling kurang pun kena telinga pun jadilah.. Tetapi sayangnya sikitpun tak kena.. Rasanya ramai antara kalian yang rasa.. "Aiii..!! kalaulah aku yang baling tuh.. perghh! dah kene dah.."

Jadi, anda nak lepaskan geram? Balinglah sebanyak mungkin kasut ke arah Bush dengan melayari web INI.. Bukan sahaja anda dapat merasakan baling ke arah Bush, malah anda boleh lihat ranking anda dan juga negara anda.. Dan buat masa ini balingan terbanyak ialah daripada US sendiri diikuti Perancis, Australia, dan kemudian barulah Arab Saudi.. Ke mana Malaysia? Tiada lgsg dlm Top25.. hahaha.. Jumlah keseluruhan balingan yg mengenai Bush ialah 35321299 balingan.. Wah! secara puratanya 31773766 balingan sejak website ini dibuka.. Dasyat!
BACA SELANJUTNYA..

Sunday, December 14, 2008

Karaoke, satu budaya baru?

Si anak dan ayahnya melangkah menuju ke ruang tempat duduk yg tersedia untuk para tetamu selepas berjabat dengan tuan rumah.. Makanan diambil dan bersedia untuk menjamah. Kedua2nya kelihatan berusaha sebaik mungkin untuk mejamah makanan dengan penuh selera.. tetapi tewas.. Ini kerana suarau serak2 orang tua yg kedengaran memecah gegendang telinga setiap orang di kawasan itu melalui corong speaker besar, dan juga orang yg bertanggungjawab menguruskannya, yg mungkin lebih dikenali sebagai "DJ"..

Si anak kelihatan resah. Mungkin bertalu2 carutan yg keluar di lubuk hatinya yg tak kedengaran oleh telinga.. manakala si Ayah tetap cool, meskipun ketidaksenangan itu jelas di wajahnya.. Si anak memandang Ayah.. si Ayah pula mengangguk sambil terus bangun mengorak langkah ke arah tempat microfon dan 'DJ' dengan pastinya.. Si anak mengorak senyum..


"Adik, nak microfon sekejap boleh tak?"

"Boleh sangat..Pakcik nak lagu ape?"

"Err... tak payah susah2.. pakcik nak cakap je.."

"erk!..ok2."

Dan buat pertama kalinya sejak majlis Kenduri Perkahwinan itu bermula pagi tadi, dan setelah sejumlah orang mengumandangkan dengan sumbang lagu2 yg dipilih mereka, kali ini seluruh tetamu berpeluang mendengar tazkirah ringkas, tapi pedas dan tepat menuju ke lubuk hati masing2..

--------------------------------------------------

Itulah realiti yang berlaku.. dan semestinya aku adalah si anak dan si ayah ialah ayah aku yang tercinta. Untuk pengetahuan, ayah aku memang agak kerap melakukan seumpama itu pada majlis2 perkahwinan yg dihadirinya terdapat karaoke, lebih2 lagi jika tuan rumah itu adalah keluarga sendiri ataupun kenalan yg agak rapat.. Lagi lama, dan lagi mendalam..

Sejujurnya aku sebagai anak kpd ayah yg berani ini memang kecut perut dan menggigil juga apabila ayah pertama kali membuat perkara itu.. Pertama kali ayah buat begitu pada majlis saudara terdekat.. Almaklumlah, ketika ramai muda-mudi yg sudah siap beratur menunggu giliran untuk menayangkan suaranya yg tak kemana itu, dengan si 'DJ' yg tersedia dengan menuggu masa untuk memberi komen selepas itu, tambahan lagi tuan rumah yg sudah bersusah payah menjemput 'DJ' yg entah dari mana dengan bayaran yg sudah ditetapkan, pastinya ia adalah suatu perkara yg agak berisiko.. Namun, yg benar tetap benar..

Sebenarnya, aku pun pelik dek kebangkitan budaya karaoke di dalam Majlis Perkahwinan sejak kebelakangan ini.. Apabila dikira2 balek, 3 daripada 4 Majlis Kenduri Perkahwinan yg ku kunjungi pada cuti sekolah ini mengandungi karaoke.. Memang tak dapat dimaafkan.. Tapi, bila difikirkan kembali hikmahnya, nampaknya Allah memang suruh ana buat satu post khas untuknya.. hehehe..

Tak payah susah2 kita terjun ke dalam Kaedah Feqah ataupun perbahasan Feqah Kontemporari untuk menyelami dgn mendalam bab ini.. Alat muzik bertali dan bertiuplah, suara perempuan, pergaulan, waqi' semasa dan macam2 lagi.. Cukup sekadar membincang kesan2 buruk dalam masyarakat 'so SIAL' ini yg semakin lame semakin jauh dari Tuhan..

Apabila kali pertama aku berjumpa dgn majlis yg sedemikian, terasa lawak dan mahu gelak.. Entah ape2 terjerit2 macam beruang sarkas.. Langsung tak sarkastik.. Yang muda mudinya langsung tak tahu malu.. Agaknya orang zaman sekarang memang semuanya jenis tak tahu malu.. Tapi, bila cakap dia tak tahu malu tahu pulak nak marah.. Itu boleh lagi.. Paling aku tak tahan bila ada golongan2 warga emas yang tua2 nih .. alamakk.. Nak mengumpat nanti takut katanya kurang ajar dengan orang tua.. Sudahlah bab orang tua..

Masalah paling besarnya karaoke ini yang rasanya dapat diterima oleh semua jenis lapisan masyarakat ialah menganggu conversation ataupun perbualan ketika Majlis.. Almaklumlah, sekian rakan dan taulan yang sudah berabad tidak bersua,cikgu2 waktu sekolah dulu, dan juga rakan main gasing sama2 dulu waktu kecik yg mana ketika itulah baru kita dapat bersua muka.. Ini amatlah kerap terjadi apabila ayahku ada Majlis Perkahwinan di kampungnya.. Dan inilah 'main point' ayahku tiap kali tazkirah free nya menjadi 'halwa' telinga special tiap2 orang yg menjadi tetamu..

Sudahlah tak sedar diri yang suara itu hanya layak sebagai 'penyumbang' suara semata2.. memecahkan gegendang telinga para tetamu je.. Aku pun pelik kenape perkara ini boleh diterima oleh orang.. Telinga diorang pekak ke ape? Patutlah sekarang amatlah susah masyarakat nak terima Islam.. Hati dah keras dek muzik2 dan hiburan yg tak bertapis dan berlebihan lagi pulak keterlaluan..

Katanya nak berkaraoke ini nak tenangkan fikiran..

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah


1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

Tak dapat nak tulis banyak2.. Sebok sket skang, tapi akhir kata harapnya budaya Karaoke tak terus menular dan terus menjangkiti msyarakat Malaysia yang telah cukup banyak dengan hiburan.. Janganlah calarkan majlis yang asalnya Sunnah ini dengan kemurkaan dari Tuhan..
BACA SELANJUTNYA..

Friday, December 5, 2008

Wayang, Oh...Wayang

Maka, menulislah orang yg menulis akan kehendaknya mendengar pendapatku yg hina ini tentang wayang..

Katanya:
mohon enta menulis ttg
hukum tgk wayang.
maklumlah, cuti ni ramai
yg menjadikan wayang rumah
kedua mereka..bminat nak
membaca a piece of your
mind about this wayang
thing.

Dengan itu, bermulalah ku memerah kepale otakku yg berselirat ini dengan pelbagai idea2 yg mungkin boleh masuk akal setiap manusia yg menjenguk blog ini, drpd Malaysia sehingga ke Ivory Coast..

"Eh, ape salahnya pergi tengok wayang? Bukan nk tengok orang pun... Kita nk tgk cerite.."

"ape la kau nie, stakat menonton wayang je..bukan pi wat maksiat pun..zaman2 mcm nie pun ade org kolot lagi..wei, kau tgk zaman la!! ..."

"kteorang menjaga hak cipta orang, jd tak beli CD cetak rompak untuk tgk.. pgi jelah wayang.."

Begitulah kata mereka2 yg 'tak kolot' dan mengikut peredaran zaman.. Secara umumnya hanya berkisar kpd hujah "bukan buat ape pun".. cuma alasan yg terakhir tuh sedikit maju dan moden.. Namun hakikatnya alasan tetap alasan..

Bercakap tentang hukum, bukanlah suatu yg mudah dan boleh dikupas2 oleh manusia sepertiku ini. Yang tahu hanya mengupas kulit epal yg disembur racun untuk menjaga kesihatan.. Namun, memutuskan suatu hukum amatlah jauh sekali kelayakan. Tetapi, ana tetap akan menyimpul2 drpd pengalaman dan pembacaan serta ilham yg mencurah.. Namun, apabila pertama sekali orang bertanya tntg wayang,ana kana bertanya pergi dgn siapa.. Jika dgn kawan2 maka jawapan biasanya, "tak boleh".. Tetapi, seperti biasa...orang pasti nakkan yang peling ringan.. Biasalah, ummat zaman sekarang.. Pasti nak yg paling ringan dan mudah.. Supaya nafsu mereka dpt dipuaskan.. Maka..

Oleh itu, ana pun berbincang2 bersama2 member2 dan ustaz2 kenalan internet untuk menggariskan bentuk apakah wayang itu dibolehkan.. Dan yg paling ringan ana dapat ialah dengan mengamalkan 4 langkah ini... barulah jawapan bertukar kpd "boleh KOT".. Kenape KOT..? nak tahu bace sehingga bawah.. ape2pun kita lihat dulu langkah2nya..

1. Siasat dahulu cerita apa yang bakal kamu saksikan. Bacalah sinopsis, review dan social ratingnya dahulu. Social rating seperti U, 18 SG, 18 SX dan lain-lain sgt berguna untuk menentukan kandungan cerita yang bakal ditonton. Tapi hati-hati, social rating di Malaysia dan oversea lain, 18 SX kita mungkin hanya U bagi diorang!. Tapi secara umumnya di Malaysia, rating U itu sesuai untuk semua orang kerana FINAS masih bolehlah lagi dikatakan peka dengan nilai dan adab ketimuran kita.

2. Bawalah sekurang-kurangnya 3 rakan yang anda kenal dan hormat akan iman, ibadah dan akhlaknya dengan baik.Senang ceritanya 'thiqah'.. Ustaz saya hanya menyebut satu perkataan apabila bercakap tentang hal ini, iaitu MALU. MALU ini jugalah yang akan menundukkan pandangan kamu dan mencegah maksiat sekiranya kamu terlupa pada Allah. Semoga kamu semua memahaminya

3. Timing wayang sesuai dengan waktu solat. Kalau clash juga, utamakan solat dahulu.

4. Enjoy

Dan sekali lagi ana ingin ingatkan, itu hanyalah untuk mereka2 yg memang mahukan kesenangan di dunia yg fana ini beserta kemudahan meskipun hadis nabi:

"dunia ini penjara bagi orang mu'min"

Jadi, berpandukan hadis ini, keluarlah beberapa kontra yang ana rase boleh memansuhkan lebih kurang 75% drpd langkah2 di atas..

Ade orang cakap "kalau masuk wayang amalan tidak diterima selama 40 hari"
Ade juga yg mengatakan "masuk wayang sebelah kaki kita dalam neraka"

Kata2 yg kedua ana tidak lagi menjumpai dalil2 yg sah merujuk perkara itu memandang wayang itu sendiri perkara yg baru.. tiada pd zaman nabi.. Tetapi, anda perlu berhati2 kepada kata2 yg pertama kerana......

anda semua yg pergi wayang...anda bayar tiket wayang tu..
kemudian anda semua masuk ..dan kalau anda semua perasan..
anda semua akan di hidangkan dgn iklan2 arak dan tubuh2 manusia yg terbuka..
so senang kata..anda semua bayar utk org yg buat iklan tu...

Ingat!!
Sapa2 yg membantu dlm menyebarkan arak..tak kira la yg membuat,yg menghantar,yg menjual, yg mengangkat, yg membungkus...akan dapat dosa drpd Allah SWT kerana menyebarkan arak...
dan anda semua yg tgk wayang...anda BAYAR syarikat arak utk terus mengiklankan arak...
jadi mengikut kuliyyah2 yg ana ikuti di mana2 ada hadis yg mengatakan siapa yg minum arak maka amalannya 40 hari tidak diterima..

Mungkin tidak terlalu tepat mereka yg mengatakan "pegi wayang amalan x terima 40 hari", tetapi hanya ingin membela yg org ini bukan bercakap hanya mengikut nafsu semata2.. dan mereka ada dalil.. Mungkin tak berapa tepat, tetapi cukup untuk menguatkan hujjah tengok wayang "tak boleh"

Itu belum lagi kira aurat bukan mahram, masyarakat sekeliling.. Fitnah timbul atas sebab gelap.. Suara perempuan jerit, watver yg boleh menjatuhkan hukum haram.. Yang mana alasan ini kebanyakkan orang tak boleh terima atas sebab zaman sekarang dah tak boleh elak untuk tengok aurat bukan mahram.. Tetapi buat masa ini tiada siapa yg boleh membantah akan bicara arak tadi..


Jadi, sudah tiba masa untuk menyimpulkan.. Jika anda mahu menjadi seorang Muslim sejati yg bernilai 100% bukan seperti muslim2 yg biase, anda sepatutnya lebih banyak berhati2 daripada menunggu orang mengatakan sesuatyu benda itu haram.. Sekarang, apabila orang cakap benda itu haram barulah mahu terima.. Jika hanya 'tidak boleh' terus sahaja disanggah mana ulama' atau Majlis Fatwa yg cakap tak boleh.. Lain sekali pada zaman Rasulullah s.a.w dan juga kata2 seorang sahabat yg hidup selepas kematian Rasulullah s.a.w dgn mengatakan "hari ini, orang melihat suatu dosa seperti seekor nyamuk hinggap di atas kepalanya, yang mana dosa itulah pada zaman para aku dulu dianggap seperti bukit yg mahu menghempap kepala".. Itu baru beberapa tahun selepas Rasulullah wafat..? Hari ini? Na'uzubillah..

Anda Mu'min? Jauhi wayang..
BACA SELANJUTNYA..

Wednesday, December 3, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman (part4)

Hari ini (harituh.. dh lamer dah) hari Jumaat.. Jadi, peserta2 akan cuti 2 hari mcm hari kerja lah jugak.. Jadi, sbgi seorang 'ustaz' amatlah susah hati bila cuti tiba walaupun sukalah jugak kerana dpt berehat drpd perangai bdk2 yg berbagai ini, dpt rehat sket pening kepale selame 2 hari nih..tapi, risau kerana takut anak didik terlena dan leka dgn cuti 2 hari ini...maka aku ingatkan setiap org dgn amaran yg keras serta menetapkan target yg normal bg mase 2 hari.

"Alah ustaz... Sabtu, Ahad cutilah ustaz" rungut anak muridku.. Aku balas je "Sabtu, Ahad korang cuti drpd agam islam ke..?".. "Eh.. mane ader?".. budak2ku jwb kecuakan.. "kalau cmtuh korang bace qur'an nih sbb masuk kem nih semata2 atau korang beragama islam?" jerkah ku... "oklah ustaz.." budak2ku jawab pasrah.. hehehe.. suke tgk muka pasrah budak2 nih..



Inilah yg aku cakap lena dgn kemewahan duniawi..


Sebelum balik ari Jumaat tuh, aku sembang2 sket dgn sorang budak kelas aku.. "boleh tak habeskan Al-Insan 2 hari nih?" tanye ku.. budak tuh dah berjaye hafal Al-Mulk, Assajjadah dan Yasiin selama seminggu die bawah didikan aku.. "errr... tak bolehlah ustaz.. Hari Sabtu dgn Ahad saye balek kempung..",... banyak songeh punye budak.. "bace jer ah Qur'an kt kampung," arahku.. "dekat kampung saya takde Qur'an ustaz.," sudah budak nih.. detik hatiku.. Aku paling tak suke alasan yg macamnih.. waduh... "bawaklah qur'an balik kampung," sarnku lagi, tak mahu mengalah.. "Qur'an saya besar ustaz, susah nak bawak" jawabnya lagi sambil menunjuk qur'an yg die menghafal dgn aku setiap hari, qur'an saiz besar lame orang2 kampung dahulu kala..

Alasan lagi.. AKu garu kepale... Tiba-tiba..
Ha! hatiku mencetus idea ke kepalaku tatkala tunduk sedikit dan ternampak isi poketku.. Ustaz bagi pinjam qur'an ustaz nih , hari Isnin pulang ek?" aku menawar.. Tnpa disangka2 dgn muka yg ikhlas die mengatakan, "ha ustaz, boleh..boleh..boleh" ala2 gaye upin dan ipin.. "betul nih? Kalau hilang 10 ringgit.." ayat yg biase kugunakan bersama member sebaya terkeluar.. "Ok ustaz.."... Mulutku melakar senyum..

Ape yg ingin ku tekankan di sini ialah masyarakat sekarang yg lebih pandai beralasan apabila ditegur tentang sesuatu perkara yg tidak sepatutnya ataupun disuruh melakukan apa yg tidak disukanya.. Alasan..alasan..alasan.. haisy..

Contoh plg mudah ialah apabila couple diwartakan haram oleh pejuang2 keimanan masyarakat yg mahukan couple ini tidak dibudayakan oleh ummat islam.. Pada ketika itulah berbagai2 alsan yg ade yg tak masuk akal, ade yang dgr sekali mcm betul, tapi hakikatnya ape2 pun qur'an hadis sebgi sumber hukumlah yg mendahului segalanya..

Alasan punyalah banyak.. ade yg cakap, "eh, kami mane ader buat ape2 yg salah.. pegang tangan x pernah, keluar makan tak pernah..." alasan lapuk yang ramai boleh tangani sekarang.. yg canggih sket.. "saya bercouple pun atas dasar dakwah.." wakakaka.. nak gelak pun ader.. baru2 nih, "perempuan2 sekolah kebangsaan tuh kan terbiar semua.. saper nak didik mereka kalau bukan kita? Perempuan nih kan sanggup buat ape saje demi lelaki, jadi ape yg kite nak tunggu lagi.. didiklah mereka.." hahaha... gelak lagi..


Secara umumnya, alasan2 mereka ini kebanyakkannya berkisar tntg dakwah dan didikan.. Namun, tak siapa yg sedar yg dalam couple2 mereka itu dan dalam mase yg same berhasrat untuk 'berdakwah', secara tidak langsung sebenarnya dosa couple itu menjadi hijab (penghalang) kepada kedua2nya untuk mendapat hidayah drpd Allah.. Malah lebih teruk sebenarnya dosa couple ini ditutup oleh helah 'dakwah' atau 'mendidik' oleh musuh terkutuk Allah iaitu Iblis L.A..

Jadi, bagaimana mahu berdakwah kpd si DIA dlm mase yg same kita menjadi penghalang kpd hidayah Allah kpdnya? Pelik2.. Hakikatnya alasan tetap menjadi alasan semata2...


Lagi contoh terbaik adalah tentang teguran mereka2 yg risau dan prihatin melihat kelakuan dan adab serta pekerti ummat islam di Malaysia tentang panggung wayang.. Apabila dihalang, beribu2 alsan menerjah masuk ke kotak fikiran si penegur.. Tentang masalah ini Insya Allah akan diterangkan secara lebih jelas lg pd satu post khas nanti..


Hidup ini memang penuh dengan alasan...

BACA SELANJUTNYA..