Wednesday, May 5, 2010

Ada seorang Gadis..

Anda pernah dengar lagu Lukisan Alam-Hijjaz?..Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. idea tak selalunya datang, blog tak selalu update.. Penulisan tak selalunya artikel, lama juga rasanya tak bermain2 dengan cerita pendek a.k.a cerpen ini.. Maka, sila2kanlah membaca nukilan saya kali ini..

-----------------------
Gadis itu melangkah keluar dari van yang dinaikinya setiap hari. Bersama seorang abangnya yang tua setahun darinya, dia yakin mengorak langkah menuju tempat yang kerap kali didatanginya, tempat yang byk memberi makna kepadanya, pusat ilmu, iaitu sekolahnya.Dia melangkah kaki masuk ke kelas seperti biasa. Namun, dalam diam, gerak gerinya selalu diperhatikan. Bukan hanya seseorang, malah ditemani oleh sesuatu yg sudah jelas merupakan musum ummat manusia.

Wajahnya yang kacukan pan-asia Melayu-Turki itu telah berjaya menarik perhatian seorang jejaka kacukan Melayu-Cina. Dalam diam, sang jejaka bertekad untuk tidak hanya "memerhati dan menunggu", malah memutuskan untuk membuat langkah "bangkit dan bergerak". Langkah diatur kemas dan perlahan. Bukan langkahan hakikat, tapi hanya dari kaca mata majazi. Sedikit demi sedikit, fasa terpenting sudah bersedia. Nombor telefon gadis itu sudah berada di genggaman. Cuma hanya mahu mengumpul kekuatan sahaja. Berbagai2 fikiran bermain di minda. Mata dipejam. Minda dikerah. Tekad dibulat. Butang "send" ditekan.

Nafas berat dilepaskan. Otaknya terbit bermacam2 andaian persoalan. Namun nafsu yg menguasai terus menenangkannya. "Kau mesti yakin diri sendiri!", teriak suara yang ntah dari mana.

Tiba2, handphone di tangannya yang masih berada dalam "Silent Mode" bergegar menandakan ada panggilan masuk. Dilihat pada skrin, nombor yang tak dikenali. Butang hijau ditekan taanpa memikir apa2.. Sejenak sahaja bercakap dgn handphonenya itu, mukanya bertukar kehijau2an menandakan pucat yg amat sangat. Kata2 akhir sebelum panggilan dimatikan ialah, "Tolonglah... jangan bagitau bapak kau pasal bende ni."

Rupa2nya, itu ialah panggilan daripada abg perempuan tersebut. Abangnya memberi amaran supaya menjauhkan diri daripada adik kesayangannya atas dasar dosa dan pahala. Abangnya juga mengugut akan memberitahu mak ayahnya tntg perkara ini jika dia masih lagi terus berhubung dgn permpuan itu.

----------------------------------------

Dusy! cerita ini mungkin hanya cerita biasa pada suatu masa dahulu, tapi tidak lagi zaman sekarang. Berapa ramai lagi mak ayah yg ambil tahu dgn siapa anak mereka selalu berhuung melalui handphone? Berapa ramai lagi anak lelaki sulung yang selalu tengok2kan Yahoo Messenger adik perempuan mereka yang masih bersekolah? Masih adakah lagi yang menjalankan tugas mereka sebagai abang sulung, adik beradik, mak dan ayah dengan baik?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya:"Hai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"..

Harap ibrahnya dapat kita kongsi bersama. Tanggungjawab, jalankan dengan bersungguh. Jangan hanya lepas tangan saja. Semua perlu memainkan peranan dgn penuh kesungguhan kerana zaman ini kejahilan dan kerosakan sudah berleluasa dan menggila di setiap pelusuk bumi ini, terutamanya buat negara tercinta ini. Lalu, siapakah yang perlu berperanan jika bukan kita?

BACA SELANJUTNYA..