Thursday, January 22, 2009

Israel Selamatkan Jiwa Kami

Khabarnya si Laknat sudah berundur dari tanah suci.. Entah mengapa, jika dilihat akan sumber2 berita yg lazim semestinya tanda tanya akan timbul serta merta dek kerana berita yg menunjukkan betapa gahnya si Laknat mengganas, suddenly nak tarik tentera pulak.. Ape cer..?

Jawapan pun tiba apabila sidang media oleh Briged Al-Qassam diwakili Mujahid Abu Ubaidah.. Dan mengikutnya...

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM (yang 1000 lebih tu hanyalah orang2 awam.)

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Jadi, jangan heranlah apabila si Laknat nak berundur. Kecut sungguh.. Sebenarnya, pengunduran ini mungkin saja akan memberikan kesan buruk kpd ummat muslim seluruh dunia..

Mengapa?

Sebelum anda menuduhku sebagai tali barut si Laknat ataupun pendukung gerakan Zionis di Malaysia, ingatlah bahawa prasangka buruk (su'uzzhon) itulah yang banyak menyebabkan ummat islam tak bangkit2 sekarang.. Jadi, buang jauh2 perasaaan itu dahlu dan terima penulisan hina ku yg tak seberapa ini..

Perasankah anda...

Sudah lebih 60 tahun si Laknat merampas tanah suci kita..
Sudah lebih 2 tahun selepas HAMAS menang pilihanraya yang menyebabkan si Laknat menumpukan Ghazza sebagai sasaran utama..
Dan, sudah setahun mereka dikurung di dalam kurungan terbesar orang islam di dunia..
Dengan sekatan yang dibantu oleh jiran sengal mereka sndiri.. Mesir..

Dan apabila serangan habis2an dilancarkan..
Mengapa baru muslim sedunia bangkit bersuara?
Apakah kedua mata anda buta sejak 60 tahun yang lalu?
Ataupun anda tergolong daripada golongan yg dikatakan "من لم يهتم بأمر المسلمين"
Perlu diserang dulukah baru anda hendak bangun?

Setelah berpuluh2 tahun perut anda dipenuhkan dengan makanan2 boikot,
Setelah berdekad2 anda mengisi rumah anda dengan aksesori pembantu si Laknat,
Dan setelah beribu2 duit anda habis untuk barangan2 boikot yang lain,
Adakah baru tatkala ini baru hendak sedar?
Itupun, syukur alhamdulillah anda sedar juge akhirnya..
Jika tak kerna si Laknat menyerang, adakah anda jamin kesedaran akan menyapa hatimu?
Perlukah berterima kasih kepada si Laknat? Ah! tak perlu..

si Laknat hanya penyebabnya saja, Tuhanlah yg merancang segalanya.. Tuhan telah menyelamatkan jiwa kita, jiwa seluruh ummat islam dengan menghantar si Laknat.. Tak sanga pulak akan si Laknat ini boleh membangkitkan jiwa2 ini.. Oh! Tuhanlah yg tahu segalanya..

Namun, risau aku.. setelah kemunduran si Laknat dari tanah suci ke3 ummat islam..
Adakah masih boleh Al-Quds menetap dalam hati kita?
Adakah akan tetap kuat soraknya slogan boikot sepertimana hebatnya sorakan itu sekarang?
Akan berterusankah ingatan ummat islam terhadap tanah suci mereka sendiri?
Bagaimana pula dengan sumbangan yg dikatakan terus mengalir deras memenuhi tabung2 kemanusiaan..? Adakah akan tetap begitu?

Perlukah Allah menghantar si Laknat Israel setiap kali mahu menyedarkan jiwa kta yang leka?!

(asiff jiddan atas kesenyapan ana dalam berblog sejak kebelakangan ini.. Awal tahun byk perkara yg tak dijangka yg perlu kpd urusan yg rapi muncul secara tiba2.. Tak kurang juga yg sudah dijangka, tapi tidak menhrapa.. Maaf sekali lagi.. Juga atas komen2 yg tak terbalas)
BACA SELANJUTNYA..

Saturday, January 17, 2009

Cetuskan Amarah Anda!

Itu dia! Si degil bangsa laknat terus mengganas.. Darah ditumpah jika diadaptasi kepada air mencukupi untuk keperluan seluruh penghuni tanah Palestine mungkin.. Al-Quds berdarah lagi.. Bukan tidak biasa berdarah, cumanya kali ini luar biasa.. Extraordinary kate orang putih.. Bagi Yahudi, ini hanyalah extravaganza...

Aku tau anda semua marah.. Ya, bukan sekadar marah.. Itu aku faham.. Bagi mereka yg berdemonstrasi, moga2 amalan dituliskan oleh kiraman katibin.. Ameen..

Menyebut tntg marah dan semangat, terperasan pula aku akan semenjak dua menjak ini yg ikim.fm mula memutarkan lagu2 palestin.. Ade yg tempatan, ade juge dari seberang.. (endon).. Yang english takder pulak aku perasan.. Kalau ade pun Child's Prayer nyanyian Nadira Ali feat. Rashid Bhikha.. Mane pulak perginya Sami Yusuf-Try Not to Cry dgn I've Seen feat Outlandish? Mungkin juge D.J nye x tahu lirik lagu ini.. hehehe..

Ape pulak ceritanya dengan lagu2 Palestine berbahase Inggeris yg lain? Bukankah berlambak? Mungkin ikim.fm x sanggup yg bayar untuk license&privacy kot.. Jadi...

Ape kate anda cetuskan amarah anda dengan download lagu2 Inggeris berunsur Palestine dan Jihad di http;//nasyiddownload.blogspot.com/.. Nak lirik? Minta saja di shoutbox ataupun Pingbox kalau anda malas.. kalau rajin, google saje..

Sekian sahaje post aku dalam Mood yg tengah sebok sambil tertekan dengan berita yg semakin mencengkam kepale otak mereka yg bergelar Muslim..
BACA SELANJUTNYA..

Wednesday, January 7, 2009

Kata-Kata itu lagi...

Dan itulah dia.. Seperti juga dulunya, sebelumnya, di mana2 sahaja.. kata2 itu..

"Kita memang tak menggalakkan percintaan di alam persekolahan kerana ia akan menganggu pelajaran..."

Sejujurnya aku sebagai seorang pemikir agak tidak gemar (sebetulnya tidak gemar langsung) akan kata2 ini. Mengapa? Kerana aku juga bercinta? Satu merepekan yg tidak berasas langsung. Bukan kerana itu. Ya, jikalau itu, apa yang tidak dipuas hati oleh seorang 'aku' ini? Ada salahkah dalm kata2 tadi.. Sudah semestinya jika ianya sepotong kata2 yang tidak berlandaskan Al-Qur'an atau hadis, maka ianya tidak mutlak akan betul dan salahnya.. Jadi, mungkin juga ada yang betul, namun ketidakpuashatian itu memang bersarang sejak dulu lagi dengan ucapan lazim ini.. Mengapa?

Pertamanya, memang tidak dapat disangkal akan kesan percintaan dalam alam pembelajaran akan selalunya memberi kesan yang buruk dalam prestasi.. Namun, satu kajian membuktikan bahawa kesan yg buruk dalam pelajaran kebanyakkannya hanya melanda lelaki, manakala ia memberi kesan sebaliknya terhadap perempuan. Iaitu kajian itu menunjukkan perempuan di Univ yg menjalinkan hubungan kebanyakkannya graf semakin menaik.. "Mad nih macam menggalakkan akhwat bercinta je.." satu lagi repekan yg langsung tak berasas.. Cumanya hanya menerangkan antara penyebab ketidakpuashatian aku terhadap ini.. Tapi, ini bukanlah yang penting nya..Anda mahu tahu, sudah tentu teruskan membaca..

Yang keduanya, asbab percintaan sebelum berkahwin umumya dan ketika belajar khususnya menjadi tidak wajar ialah bukannya disebabkan kesan atas pelajaran individu itu sendiri, tetapi lebih daripada itu lagi.. Apa sebab yg lebih daripada itu? sudah tentulah ianya adalah larangan secara terang2an daripada Allah, Tuhan kita semua yang wajib diikuti.. Tidak cukupkah ini sahaja satu sebab yg konkrit menjadikan ianya suatu yg langsung tidak wajar iaitu percintaan sebelum berkahwin?

Ya, aku bukannya tak faham ummat sekarang, susah nak terima.. Ye, selagi tiada dalil 'aqli, seboleh2nya amat susah nak terima.. Ya, aku tak kesah jika frasa ini digunakan untuk sekolah2 kebangsaan. Sudah tentunya apabila dicakap, "ianya haram.. Allah berfirman dlm Al-Qur'an surah Al-Isra'a ayat....(bla..bla..bla..) sure konpem 200% tiada siapa yg mahu menyerap hujah ini ke dalam hati mereka.. Tapi, ape cerita jika alasan "ganggu pelajaran" ini juga digunakan untuk sekolah agama?

Ya, jika minggu orientasi tentunya ramai pelajar baru, perlunya bercakap mengikut kefahaman, tapi apa salahnya jika tidak mengatakan skali hujah naqlinya? (Wah, Alfateh kedengaran syadid dlm perkara ini! hehehe)Mungkin sekali aku sedikit syadid, namun perlunya diberitahu bahawa percintaan bukannya dihalang sebab mutlak ia menganggu pelajaran.. Ianya seperti "siapa yg bercinta, tetapi berjaya mengawal dn mempertingkat pelajarannya, percintaan itu dibolehkan".. Seperti juga pengharaman babi.. Jika anda mengatakan ianya haram sebab kotor, jijika, malah memudaratkan kerana membawa penyakit, maka babi-babi di negara2 maju menternak menggunakan teknologi moden.. Kandang mereka bersih, kuman tiada, maka adakah boleh babi itu dimakan oleh org islam, dlm ertikata lain halal?? Kedua2 situasi ini lansung tiada perbezaan.. Ianya suruhan Allah, maka sebagai seorang hamba wajib mengikut.. Apa masalahnya?

(wah! blogger lain bertungkus lumus sehingga terpecik air peluh ke monitor menulis tentang Ghaza, aku pula menyimpang bab lain.. Tak mengapa.. "fatuba lilghuraba'..".. Bukankah begitu?)
BACA SELANJUTNYA..