Sunday, February 8, 2009

Malaysia.... Oh! Negaraku

Lama menyepikan diri.. Masih tak terbuat kerja menimbun yg dihempuk kepadaku sejak awal tahun.. Dan, seperti yg dijangka situasi Perak sekarang mendorong sekelian pembaca dn peminat blogku mendesak aku memberikan komen dan penulisan daripadaku. Meskipun ini suatu isu besar yang mana pastinya akan diberi komen oleh pemerhati isu semasa mcm org sepertiku ini, namun aku tak pernah satupun aku mengulas isu2 politik tanahair yg mana semestinye melibatkan pertelingkahan dan aku tak suka ade pertelingkahan yg tak berunsurkan ilimiyyah dlm Cetusan Minda.. Tapi, permintaan yg mule bertali arus membuatkan aku pun mula mengorak langkah cuba mengembara di alam maya cuba menganalisis keadaan dgn sebaiknya...

Setepatnya, aku tak pun berminat untuk menerangkan mana satu pihak yg salah, mana yg patut disiasat, dan aku juga tak mencari siapakah yg berhak mendapat ucapan tahniah.. Ini hanya akan mendesak pengkomen2 ku mencarut meskipun menggunakan bahasa yg murni.. Tapi, aku mula mengembara ke arah arus yg berlainan..

Jika dilihatkan percaturan BN yg seperti agak teratur itu, semua org pastinya akan mengatakan ianya sudah dirancang dgn agak serius dlm tempoh mase yg agak lame.. Bkn sekadar sembang2 kedai kopi.. Malah tak keterlaluan jika dikatakan perancangan ini sudahpun dirangcang sebelum Pilihan Raya Umum 2008 lagi.. Wah! setahun KOT!.. Memikirkan perkara ini menjadikan ku pelik.. Mengapa pelik?

Pelik kerana pemimpim negaraku ini macam dh tak ada kerja lain nak buat.. Macam seluruh negara dh aman damai.. Macam dah takde masalah langsung negara ni.. Sampaikan pemimpin pun boleh siap merancang kawasan jajahannya setahun kemudian.. Mari kita ambil kira yg perancangan ini berlaku sejak sahaja Perak jatuh ke tangan pembangkang.. Apa yg terjadi beberapa jurus selepas itu?

Harga minyak naik secara mendadak.. Ntah aku pun mcm dh boleh dikira dengan tangan berapa saja org yg tak mencarut dgn tidak menggunakan perkataan yg murni pada malam itu terhadap Abdullah Badawi.. Apa yg difikirkan ketika itu? Pasal perak? Sedangkan ntah berapa kali die tersedak malam tu..

Ntah bulan berapa.... dunia dikatakan dilanda krisis ekonomi yg teruk.. Dan penyebabnya tiada lain selain AS laknat.. Semua harga barang naik.. Lagi peristiwa.. banyak lagi ah! aku pun dah lupe.. byk buat dosa agaknya.. Yang penting aku pun waktu tuh rase macam Malaysia ni ke arah kehancuran..

Ha! macam mane pulak aku boleh lupe.. dan dalam tempoh ni jugak lah Pulau Batu Puteh telah diberikan haknya kepada Singapura.. Waktu tu tak taulah berapa banyak pihak yg menyalahkan tindakan negara menghantar wakil yg tak layaklah.. Malah dari sumber yg dipercayai mengatakan peguam negara membuat penipuan yg mana telah berjaya dikesan oleh hakim mahkamah dunia.. Ntahlah.. yang penting aku rase semuanya kerana pemimpin negara time tuh tengah bergelut dengan idea2 untuk meluaskan jajahan.. Mungkin Perak..

Aku baru je sentuh isu2 yg besar2.. Cuba kita lihat pula.. Perkara yg memang sedang berlaku dan sedang berterusan, dari dulu, kini, dan.. na'uzubillah... Harapnya tiada siapa yg sambung ayat tadi.. Itulah dia gejala 'so sial' yg mana aku percaya tiada satu pun pihak yg berani jamin yg perkara ini sudah semakin baik.. Lebih2 lagi bila aku melihat tajuk besar sebuaj artikel dalam Internet,"Kemorosotan Moral di Malaysia lebih Parah berbanding Indonesia"..

Yang membuat aku tertarik bukanlah untuk membahaskan, betulkah Malaysia lebih teruk dari Indonesia, ataupun Endon saje je nak mensabotaj negaraku ini.. Dana kalau pun dua2 sama teruk tak langsung membuatkan aku nak membantai balik penulis artikel itu.. Yang penting ini bagaimana teruk gejala 'so sial' di Malysia sehingga ianya boleh dikesan oleh negara jiran.. Lebih teruk lagi apabila mereka berani mengatakan, " Malaysia lebih teruk".. Padahal jika kita lihat org Endon dari persepektif kebanyakkan kita adalah sebuah bangsa yg agak tak bermoral.. Tapi apakah yg menyebabkan penulis itu berani menyatakan Malaysia lebih teruk? Wallahu'alam..

Yang penting, perkara ini berlaku kerana ketidak seriusan pemimpin menangani masalah ini.. Dalam keadaan sebegini pun masih boleh mencari tanah jajahan sedangkan tanggungjawab yg sedia ada masih banyak yg tak terlaksana.. Cet! ade hati..

Aku pun takdelah nak cakap yg BN main tipu.. Kalau dalam bolanye main 'curik ayam' ataupun ape2 saje perkataan yg melambangkan kemenangan mereka tidak sah sama sekali.. Sebab siapa pulak yg start dulu nak lompat2 nih.. Kang kene bahan baleh aku memang tak boleh kate ape..

Apa yg aku nak cakap hanyalah lihat perkara yg lebih penting dulu.. Jangan sebok buat bende yg tidak penting dlm keadaan perkara yg penting sedang diletakkan di atas bahu anda.. Apatah lagi kalau anda mahu jadi PM bulan Mac ini!


No comments: