Thursday, September 17, 2009

Amalan Songsang Orang Kita

"Assalamualaikum Warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah.."
Aku berpaling ke belakang sedikit, sebagaimana Rasulullah selalu buat untuk meninjau2 keadaan shabatnya dahulu, siapa yang datang berjema'ah ataupun tidak, siapa yg masbuk, dan sebagainya.. Setelah meninjau2.....

Errmm.... 2 saff setengah (2.5).. Jadi, mengikut formula matematik, aku seleasaikan masalah yg hendak aku cari. 10 saff pada malam pertama, dan sekrang tinggal dua saff setengah.. 2.5/10 x 100.. Jawapannya, jumlah jemaah susut 3/4 atau 75% daripada jumlah pada awal Ramadhan.. Woha!

Inilah fenomena saban tahun.. Tak perlu terkejut lagi atau ape2 reaksi yg menunjukkan yang kita tidak biasa dgn perkara ini. Entah kenapa, walaupun bermacam2 yg dikatakan oleh penceramah2 ketika tazkirah, tak masuk langsung ke otak mereka.. Angguk, angguklah jugak.. Penceramah buat lawak, orang ketawa, sama2 ketawa.. Tapi, minggu ke3 dah lesap.. Hancuss......

Inilah yg dikatakan amalan songsang.. Kenapa? Kerana jelaslah bahawa climax Ramadhan itu pada pengakhirannya.. Bukan pada awal pertamanya sepertimana yg byk dibuat oleh orang2 kita sekarang. Mungkinkah mereka x tahu? Yang penceramah dok cakap berapi2 setiap malam tu ape? Entah.. sampai bila fenomena ini akan terus berlaku, tak siapa yang tahu..

Satu lagi amalan songsang orang kita ialah duit raya.. Kenapa? Apa yang songsangnya?

Mafhum hadis nabi yang semue orang dah maklum:

"Pada bulan Ramadhan, amalan sunat digandakan pahalanya menjadi pahala wajib.. amalan wajib pula digandakan sebanyak 70 kali ganda"

Apa masalahnya dengan duit raya? Masalahnya ialah, bila dah baes Ramadhan baru nak bagi duit kat orang.. Baru nak sedekah.. Sedangkan kalau bagi waktu bulan Ramadhan kan lebih berlipat kali ganda pahala.. Itu pun perlu diajar.. (tapi kalau org bagi, amek je.. bukannya salah.. hehehe).. Alhamdulillah, semalam ade sorang insan yg bagi duit raya awal kepadaku.. SYukran Jazilan.. Tahniah! kerana telah berjaya mendapat pahala bagi duit raya pada bulan Ramadhan..

Inilah yang dikatakan songsang.. Bukannya bersalah, berdosa, munafik, dan sebagainya.. Cumanya yang lebih baik itu ada, dan korang pula sebok dengan benda2 yg biasa dan meninggalkan yg luar biasa.. Bukankah itu songsang?



3 comments:

Anonymous said...

jadi,
macamana nk betulkan keadaan nie?

morsmode said...

saya bersetuju sangat.

patut kah saya membuat tazkirah dikalangan pakcik makcik?

oh!

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Anonymous:

Entah.. korang fikir2kanlah dulu.. asek nak kene suap dgn aku je.. banyak canteq..
------------------------------------
matadore:

Tak patut kot.. nanti aku x dapat duit raye pulak.. hehehe....