Wednesday, September 2, 2009

Kuat di Bulan Ramadhan..?!

Ini entry kedua saya pada bulan puasa. Sungguh, jujur saya katakan, walau bagaimana pentingpun untuk membuka komputer pada bulan Ramadhan, anda sepatutnya tidak melakukannya kerana ibadah itu yg paling utama pada bulan ini. Mungkin ada yg boleh berikan seribu satu macam alasan untuk menyangkal alasan ibadah ini.. Ketahuilah, alasan itu semua sampah belaka.. Lalu, saya menulis ini pun mungkin ada kene mengena dengan ibadah juga.. Jadi, jika anda rasa anda sudah capai target ibadah anda pada hari ini, sila teruskan pembacaan..

Ramadhan sering dikaitkan dengan puasa yg meletihkan. Lalu, timbullah mereka2 yg menjadikannya sebagai alasan untuk sesuatu kepetingan peribadi.. Oleh sebab itu, muncullah pelbagai pihak yg menyangkal dan dengan yakin dan tegas mengatakan, "Ramadhan lah bulan kita sepatutnya kuat! Takde alasan untuk kita lemah.. Nabi pun dulu perang Badar pada bulan Ramadhan..." dan seterusnya cakap2 mereka yg berapi2.. Namun, cakap2 itu sama sekali tidak membantu jika mereka tidak memberitahu bagaimana mahu kuat pada bulan Ramadhan.. Bagaimana? Puasa boleh kuat?

Saya bukan mahu menceritakan bagaimana mahu kuat lagi.. Tapi saya ingin "bercerita"..

Terdapatlah seorang pemuda ini.. Dengan izin Allah, 30 juz Al-QUr'an berjaya dihafalnya.. Ingat atau tidak, wallahua'alam.. Seperti kebanyakkan golongan sepertinya, bulan Ramadhan merupakan bulan yg mana mereka dapat menguji sejauh mana kelancaran dan manfaat mereka menghafal Qur'an.. Pemuda ini sedikit bertuah.. Telah diberi peluang berdiri menjadi imam Tarawih sejak berumur 14 tahun, usia yg sangat muda. Dan sebelum2 ini, dia langsung tiada masalah dalam menunjukkan prestasi dan kebolehannya.. Namun, tahun ini berlainan.. Minggu pertama seperti biasa, namun masuk minggu kedua, perasaan mengantuk menyerang dengan hebatnya menyebabkan prestasinya sedikit terganggu.. Dicubanya juga untuk melawan perasaan ngantuk itu, namun tiada boleh.. Mengapa? Tahun2 sebelum ini dia boleh saja seperti biasa, tapi tahun ini apa slack nya?

Cerita pertama akan bersambung.. Kita lihat kisah ke2..

Seperti tulisan sebelumnya, puasa dikatakan memberikan masalah kepada pemain bola sepak.. Mana taknya, 90 minit bermain di tengah padang bukanlah suatu yg senang dilakukan, hatta jika tidak berpuasa sekalipun.Namun begitu, 3 orang pemain kelab terkenal Sepanyol Real Madrid, iaitu Karim Benzema, Lassana Diarra, dan Mahmadou Diarra telah disahkan oleh doktor kelab masing2 bahawa mereka akan berpuasa pada bulan Ramadhan, sekalipun disuruh bermain full-time oleh jurulatih, Manuel Pellegrini. Maka, pada 7 Ramadhan, melangkahlah Lassana Diarra dan Karim Benzema selaku kesebelasan utama Real Madrid berlawan dgn Deportivo La Coruna.. Hasilnya........setelah 60 minit bermain dan keadaan seri 2-2, Lassana Diarra muncul dgn gol yg semua org patut meihatnya, extremely beautiful goal..



Akhirnya, dia menjadi hero setelah tamat permainan, Real Madrid 3-2 Deportivo..

Lain2 pemain Islam yg menjaringkan gol minggu ini:
-Nicholas Anelka, Chelsea (vs Burnley)

-Seydou Keita, Barcelona (vs Sporting Gijon)




Itu cerita ke2...Jadi apa faedahnya cerita ini?

Pemuda tadi yg hanya dilanda sedikit ujian utk menguji ketahanan di bulan Ramadhan yg mana ujian itu telah berjaya dihadapinya pada tahun2 sebelum ini, berbanding pemain2 bola muslim yg berjaya mencatatkan rekod cemerlang walaupun pada bulan Ramdhan.. Apa sebabnya?

Setelah dikorek2, sebab sang pemuda mengantuk hanyalah kerana pada tahun ini, dia akan menghadapi satu peperiksaan yg tidaklah besar mana, namun menyebabkan emosinya tertekan dan otaknya bekerja keras pada siang hari ketika pembelajaran yg akhirnya mengakibatkan mengantuk yg amat sangat ketika usaha mengumpul saham utk akhirat pd waktu malam.. Kisah ke2 pula menunjukkan pemain2 Islam yg hidup di tengah2 perhatian masyarakat dunia yg mahu menunjukkan kepada dunia bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan langsung tidak memberi kesan kepada prestasi permainan mereka.. Akhirnya, mereka menyerlah jauh dari yg biasa.. lalu, kesimpulannya?

Otak.. ya! otak, minda, akal, mental, dan sebagainya yg membawa maksud kepada pemikiran.. Segalanya berlaku dri segi pemkiran yg mengakibatkan kita merasa penat, lelah, susah payah, lemah ketika berpuasa.. Sedangkan semua itu hanyalah alasan sampah yg sepatutnya ditolak tepi memandangkan sudah ada contoh yg terbaik di zaman ini, yg mana boleh menyangkal dakwaan mereka yg mengatakan, "bolehlah waktu perang Badar, time tu semue orang kuat iman".. Jadi, zaman ini sudah ada yg boleh buat dengan hebat.. Mengapa kita tidak?

3 comments:

Anonymous said...

"Sungguh, jujur saya katakan, walau bagaimana pentingpun untuk membuka komputer pada bulan Ramadhan, anda sepatutnya tidak melakukannya kerana ibadah itu yg paling utama pada bulan ini. Mungkin ada yg boleh berikan seribu satu macam alasan untuk menyangkal alasan ibadah ini.. Ketahuilah, alasan itu semua sampah belaka.." (...)


hmm, kenyataan di atas amat memusykilkan.

kenapa tidak boleh bukak komputer kerana kite lebih patut beribadah??
benarkah??

hmm,
kenapa nta sempitkan erti ibadah? bukankah ape2 perbuatan boleh dikatakan ibadah jika dilakukan kerana Allah?

salah ke kalau membuka komputer untuk membaca artikel tentang ramadhan untuk mengenal bulan suci ini? salah ke membaca artikel bagi menambah rasa takwa??

bukankah itu juga dikira ibadah?

jadi tidak salah bukan membuka komputer di bulan ramadhan?
adakah nta hanya memaksudkan ibadah tu dengan solat, baca quran sahaja??


tu saje,
hanya ingin mengkomen,
tiada niat mengutuk.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

First, saya tidak lgsg sempitkan pengertian ibadah..

Second, anda saya rase sudah mengetahu pembahagaian ibadah kpd khusus dn umum.. Jadi, saya harap anda juga tahu kenapa ia dibahagikan begitu.. Segala ilmu Islam tidak dilakukan dgn sia2..

Daripada Abu Bakar R.A: Sesungguhnya, kami mengucapkan selamat tingal (وداء ) tatkala Ramadhan menjelang dan kami akan berjumpa kembali ketika Syawal..

Ini menunjukkan ibadah pd bulan Ramadhan sesungguhnya perlu dilakukan se'optimum' yg mungkin.. Lalu, saya tahu, alasan membaca artikel2 itu sekadar x lebih alasan sampah kerana anda sepatutnya sudah melakukannya sejak Sya'ban lagi, tambahan anada sebenarnya sudahpun mengetahui dan anda BOLEH saja membaca Al-Qur'an terus tanpa perlu mengemukakan alasan2 sampah seperti ini..

Saya tahu ramai yg serius apabila saya sesuatu benda itu dikatakan "SALAH", lalu anda rasa ianya patut dijauhkan.. Sedangkan ianya kebanyakkan bermaksud "ADA YG LEBIH BAIK"..

Akhir kata, jaga2 dalam berkata2. kdg2 kata tanpa ilmu boleh membuatkan kerosakan hati.. Sungguh, saya tak pernah katakan satu benda yg saya belum pasti lebih drpd 80%.. Sedangkan anda berani mengatakan

"kenapa tidak boleh bukak komputer kerana kite lebih patut beribadah??
benarkah??"

Menyamakan kedudukan ibadah yg terkandung dlm Al-Qur'an, Hadis Nabi, dengan bukak komputer atas alasan ibadah.. Anda sepatutnya gerun berkata begitu......


(Saya hanya menulis apa yg saya yakin... SUngguh, ilmu semua org tidak ada yg sempurna, tapi paling tidak kita tahu apa yg salah..)

Beinal ams walyaum said...

hem.. well nice answer~

mula2 agak nak setuju dgn anonymous tu cakap. tapi bila fikir balik. ah!

seyinggi mana peratusan yang kita semua dapat yakini bahawa dengan membuka komputer itu 1 ibadah?

biasanya kita akan terlalai bukan?

perbuatan yang dinamakan ibadah itu adalah perbuatan yang telah disandarkan Allah disebalik setiap perbuatan.. betul tak?

ni sekadar dalil 'aqli..

saya tidak pofessional dalam mengemukakan dalil2 naqli mahupun dri segi al-hadith~

well sekadar mengemukakan pendapat~