Friday, September 25, 2009

Raya Konservatif

Pertama2nya tak terlambat rasanya untuk mengucapkan Maaf Zahir & Batin kpd semua pembaca samaada yg mengenali diri yg hina atau tidak. Mana tahu, ade salah silap yg tak sengaja ataupun sengaja, samada yg korang tahu ataupun tak tahu, harap dapat maafkan begitu sahaja tanpa banyak soal.. Boleh kan? hehehe.. Saya takkan buat satu post semata2 untuk mengucap maaf sempena hari di mana orang Melayu berfoya2 ini.. Jadi, saya menulis di sini, menerbitkan satu entry untuk mencetuskan sesuatu..

Apabila raya nak datang, ramai orang bersebok2 nak mendapatkan baju raya tahun ni.. Ade yang tempah dengan tukang jahit, ade yang beli kat Mid Valley, ade gak yang dapat free daripada makcik2 yg rajin nak jahitkan baju raya untuk anak2 sedare.. Macam2 lah. Baju raya kononnya amat penting kalau nak raya, sehinggakan ancaman "nanti tak dapat baju raya tahun ni!" oleh ibubapa merupakan ancaman yang paling menakutkan bagi anak2, hatta pelajar yg umur pun kira dah nak PMR pun cuak. Haisyy.. mcam2..

Bagi anda, mungkin semua itu hanya biasa saja. Tapi, itu adalah benda yang paling pelik bagi saya yang sejujurnya tak ingat langsung bilakah kali terakhir saya mendapat "baju raya" secara rasmi. Apa yg saya pakai setiap tahun ialah apa yang saya pakai setiap malam pergi solat berjemaah.. Kalau bernasib baik, mungkin terjumpa dengan jubah2 abang2 yg terperusuk jauh ke dasar almari. Lalu, ringkas cerita, apa yg saya pakai setiap tahun ialah JUBAH.

-sekadar gambar hiasan-
Mungkin ramai yg setuju langsung dengan ideologi memakai jubah pergi berhari raya ini. Ialah.. semua orang berpakaian segak bersampin berbaju kemeja, ataupun ikut fesyen masa kini yang juga boleh berhari raya dengan seluar jeans serta t-shirt size budak tadika bagi mereka yg x cukup duit nak beli baju besar. Lalu, pemakaian JUBAH di hari raya langsung dipandang serong oleh kebanyakkan orang. Namun, saya tetap berdiri teguh dengan pendirian ini atas satu kelebihan yang sangat susah untuk didapati.

Alasan "sunnah Nabi" memang kuat, tapi saya rasa tak semua orang boleh tertarik dengan alasan itu walaupun semua orang mengakuinya. Bahkan, ada yg sudah naik jelak dan bosan dengan prinsip yg diperjuangkan puak2 tabligh itu.. Lalu, kelebihan yg saya mahu nayatakan ini mungkin terkeluar daripada skop ini.

Saya mulakan dengan suasana hari raya yang menyaksikan orang ramai ziarah-menziarahi satu sama lain dengan sangat aktif dan tak terkawal mungkin. Lalu, tercetus satu masalah iaitu pergaulan lelaki perempuan, dan juga masalah PENJAGAAN MATA. Bukan yg perlu letak "eyemo" atau yg sewaktu dengannya.. Tapi "ghudul basar". Lebih daripada itu, perkara lain yang tidak terkawal ialah salam tangan lelaki dan perempuan, di mana masih ramai yg jahil murakkab lagi tentangnya.. Bagi mereka yg rasa mempunyai keluarga yang faham agama, mungkin boleh berasa lega. Tapi, anda mungkin juga berhadapan dengan orang yg anda tak kenal, tapi bertembung di satu rumah atas alasan "raya".. Lalu, tak mustahil seorang perempuan ajnabi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan anda..

Berbalik dengan pemakaian jubah itu tadi, ia merupakan satu penyelesaian terbaik bagi mereka yg tidak mempunyai sifat berani tegur dlm kebaikan secara fire dan direct. Bagaimana pula? baik......

Anda rasa jika anda berjubah, apatah lagi berserban, datang raya rumah orang, lalu org melihat, ade perempuan yg mahu bersalaman dengan anda? Jika anda terjumpa dengan situasi ini dan ade perempuan tetap mahu bersalaman dengan anda, laporkan pada saya. Itu jenis orang yg perlu fire secara direct saja.. Tapi, saya yakin tiada.. Lagi satu, anda akan rasa lebih terjaga, dan menjaga apabila memakai jubah.. Ini kerana, anda akan sentiasa menjaga mata, telinga, dan segala pancaindera kerana oleh imej yg anda bawa. Lalu, ia secara tidak langsung mendorong anda supaya menjaga diri anda sendiri..

Lantaklah, dipanggil ustaz konservatif, atau ketinggalan zaman, lapuk atau ekstrimis agama, saya punyai prinsip yang terkadang boleh membelakangkan budaya warisan bangsa. heh..... Anda juga perlu bersedia dengan umpatan dan kejian2 ini jika anda bercita2 mahu berjubah di hari raya.

(tapi, baru2 ni adik saya yang pakai tudung labuh pun ade budak lelakiyg menghulurkan tangan mahu bersalaman.. Nampaknya bagi wanita, anda perlu berpurdah terus kot, baru boleh.. hehehe)

9 comments:

mai said...

ehem, berpurdah.. byk cantek~ laki yg nk salam adek nta tu yg jahil murakkab agaknya. ana yang bertudung labuh ni pon, jarang2 jumpe laki yg tetibe nk salam.menunjukkan bilangan org mcm tu sket! hmm.. then, apa kata pula kalau salam laki perempuan sentuh hujung jari?

manusia said...

betul ke pakai jubah dapat jaga ikhtilad? setahu saya raya tahun ni saya pakai jubah putih, berkopiah putih, macam imam kat masjid raya. cuma xde kot hitam dan serban. namun dengan alasan "ala, sedare mare jerk" diorg nk salam saye and diminta untuk join the conference. Uh... pening kepala saya. 1 lg saya rase ade y xtau akan status sebenar ipar dan makcik y kahwin dgn adik beradik ayah atau ibu. erm... ade orang kate ade syeikh2 besar dunia bersalaman silang jantina, maka dengan itu mereka menganggap boleh. Benarkah?

2 persoalan disini yang timbul disini.
1-kenape xberkesan? pastu kalau wat xtau kene label blagak n sombong!
2- benarkah salam silang jantina itu dibenarkan?

-lps bace ni kalo ley padam-

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

mai:

Entah, betola lah tu kot.. purdah hanya cadangan saja.. kenape? taknak berpurdah?
Kan senang tak payah salam terus..

-------------------------------------
manusia:

first sekali, ejaannya ikhtilat (اختلات ) jadi, bukan dengan "د " ataupun D.. harap maaf....

soklan 1:

itu bergantung kepada suasana kot.. Mungkin sepupu anda memang golongan yg jahil , ataupun memang diorang sudah tahu peribadi di sebalik jubah dan kopiah putih tuh yg tak kemana punye.. (heh... jgn mare)

Cara yg terbaik abaikan ejekan "lagak dan sombong" tu dengan hadis Rasulullah yg mengatakan: "di akhir zaman, ummat Islam akan mengamalakan Islam seperti menggenggam bara api"... Kalau pegang, panas (susah, kene ejeklah, and something else), tapi kalau lepas, tak dapat pegang bara api tu (bara api itulah Islam).. Jadi, memang susahkan?

soklan 2:

pertamanya terima kasih kerana mempercayai ana untuk soalan ini.. Ana akan jawab, tapi kalau tidak berpuas hati atau ape2 masalah, ana cadangkan rujuk yg lebih faqih kerana jujur ana katakan, ana bukanlah org selayaknya membuat hukum...

Saidatina 'Aisyah berkata: "Rasulullah hanya menerima perjanjian daripada kaum wanita dengan cara yg disruruh Allah, dan demia Allah, tanga Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana2 perempuan.. Jika Rasulullah menerima perjanjian tersebut, di hanya berkata "saya setuju" tanpa bersalaman -(riwayat Bukhari)-

Pernghujahan tentang salam silang jantina memang tak dapat dinafikan tersngt pnjg.. Jadi, saya hanya nyatakan hujah yg kuat sahaja..

Tapi, berkenaan suasana sekarang yg memang selalu berkehendakkan kpd perkenalan yg berhajat kdp salam bagi mereka2 yg mempunyai byk urusan, maka sebahagian kecil ulama' membenarkannya dgn hujah darurat. Sedangkan dlm mazhab Syafie', darurat hanya bermaksud, jika kkita tidak melakukannya, maka kita akan mati..

Memang benar, Yusuf Al-Qardhawi sendiri mengaku dia pernah bersalaman dgn perempuan.. Tapi itu hanya apabila dia pergi ke satu tempat atau kampung terpencil yg mana sinar Islam x pernah smpi kt situ, lalu tak siapa pun yg faham kalau Yusuf Al-Qardhawi terus fire secara direct apabila dia sampai utk pertama kalinya.. Hanya membawa fitnah kpd Islam..

Apa2 pun, urusan sepenting mana pun tak menyusahkan pun kalau kita simpan tangan ataupun mengatakan maaf... Presiden Iran sendiri buktikannya.. lihat gambar di link ini... http://i268.photobucket.com/albums/jj10/hi_j87/7.jpg

Jadi, berbalik kpeada situasi Raya sekarang, amatlah tak wajat menggunakan hujah yg digunapakai oleh mereka yg membenarkannya..

-Sekian-

(tapak tangan mempunyai kaitan yg sgt kuat dgn hati.. Dengan bersalaman dan membaca hanya satu ayat, anda akan dpt dikawal oleh saya tanpa punyai kuasa apa2..Ayat pengasih paling kuat.. jadi, berhati2lah bersalaman dgn ajnabi yg tak dikenali..)

Izyana said...

Salam Raya.
Ana baru first time melewati bl0g anta.
Puas hati dengan santapan ilmu yang dikongsikan.
Cuma nak kongsi juga tentang pendapat bersalaman tu:
'time' ana pergi kursus dakwah non-muslim anjuran hidayah cntr,pakcik kamal tu tanya soalan cepumas dn aju pd ana tntg reaksi kt bl sasaran mad'u(0fc0urse non-muslim)hulur tgn. Kebetulan ana jwb dgn hujah nta tu (perihal Rasulullah)Kemudian pakcik tu patahkn hujah ana.Very much like this;Bersalaman hy hujung jari.That way, there's no elektrik yg bahaya.
And there's a lot more tapi ana x ingat.(ni cite taun lpas)time tu ana x jwb semula hujah die tp skrg rasa kesal pulak.Harap sama2 kaji.

Mummy Hanan said...

Salam,

Akak pun hairan ngan orang Lelaki atau perempuan sekarang nie... Knplah suka menghulurkan tangan untuk bersalam.Walhal kita tau apa hukumnya kan... Mungkin bagi org zaman alaf IT ni tu tak jadi masaalah...

Akak rasa pemakaian Jubah tu look nice juga... Kalau kat tempat akak ni, kebanyakan orang menggunakan Jubah time sembhyang saja...Lepas tu barulah tukar pada baju Melayu ... tp kalau tengok org pakai mcm tu kan terasa macam orang2 kat Mekah tu kan.... ni pandangan akak saja ye...

fazesoffaith said...

haha..smart gamba presiden tu..kalau adek anta wt pe time ade org hulur??

pecinta_Islam said...

wah..menarik kupasan anda ni..sy menyokong pnh.tahniah..teruskn menulis
:)

Pemaki Terkenal said...

Ahaha. Korek idong le time org tu nak salam.

Pe susah bai. Wakaka.

Pemaki Terkenal said...

Korek le idong time org tu nak salam.

Pe susah bai. Hahaha