Tuesday, October 13, 2009

Doa' Daie'..

Bermulalah Al-Kisah, setelah beberapa ketika, atas alasan sampah iaitu perasan sibuk, blog ini dilupakan oleh pemiliknya.. Lalu, setelah tempoh beberapa ketika itu, dan setelah rasa "perasan sibuk" itu hilang, berdansalah lagi jari jemari saya dengan mengikut telunjuk apa yg berada dalam kepala otak....

Oleh kerana kepala otak masih berkecamuk dgn perasaan sibuk yg dibuat2, maka post kali ini mungkin tak seberat mana, tapi masih diharap dapat memberi manfaat kepada anda. Sudah tentu, kalau tak takde kejenye nak taip2 mencapap tulisan di internet ini..

Perkara yg pertama tentunya tentang suasana semasa.. Apakah suasana itu? Raya yg masih berbaki? Isa Samad menang? ataupun gempa bumi Padang? PMR? atapun kesemua di atas? jawapannya ialah D.1,2,3 dan 4 kesemua di atas.. Apakah kaitan persamaan kesemua itu? Jawapannya ialah DOA.......

Apakah itu DOA? Adakah sekadar permintaan seorang Hamba kepada Tuhannya? ataupun satu jenis jalan untuk menyelesaikan masalah? ataupun satu cara apabila terdesak mahukan sesuatu? Kesemua itu adalah apa yg berada di pemikiran masyarakat sekeliling, tak mustahil anda termasuk.. Tapi, apakah sebenarnya hakikat doa'?

HAKIKAT DOA'

Doa' jauh lebih penting, hebat, mustahak daripada segala jawapan di atas ialah SATU BENTUK PENGAKUAN SEORANG HAMBA KEPADA TUHANNYA..Pengakuan apa? Pengakuan sebagai seorang hamba.. Tapi, adakah ramai yg sedar perkara ini?

-Ramai yg datang masjid/surau bulan Ramadhan dan ikut berdoa' ketika solat Taarawih, kemudiannya menghilang lesap daripada pandangan apabila tibanya bulan Ramadhan..

-Ramai yang menyeru agar berdoa' moga kita yg kononnya selamat daripada lingkaran gempa bumi dan gunung berapi ini hidup aman harmoni, hanya apabila berlakunya gempa bumi di negara2 jiran.. Dan genap seminggu selepas kejadian, takda siapa terfikir mahu berdoa' agar diselamatkan daripada bala Allah seperti ketika berlakunya gempa bumi tadi.....

-Ramai juga yg berdoa' apabila peluang untuk menang dlm satu pertandingan itu tipis, tapi agak susah untuk berdoa' apabila mempunyai peluang yg gila cerah untuk menang disebabkan over confident mungkin.....

-Ramai juga yg melakukan seperti yg tertera DI SINI..

Lalu, ke manakah perginya hakikat doa'? Adakah Hanya mengaku hamba apabila ditimpa kesusahan? Adakah hanya mengaku hamba apabila tertekan? Adakah mengaku hamba hanya apabila menghadapi peperiksaan? Dan sebelum dan selepasnya, anda lupa 100% yg anda semua hamba Tuhan? Lalu melakukan perkara2 terkutuk lagi lagho? Dan dalam doa' yg anda baca hanya dlm keadaan tertentu, anda letakkan harapan yg tinggi supaya Allah makbulkannya?

Lagi satu...................

Fikirkan kembali, sejak anda lahir...
Berpakah kalikah anda berdoa' supaya dimasukkan ke dalam syurga?
berbanding anda berdoa supaya murah rezeki, cemerlang UPSR,PMR, dapat anak banyak, naik pangkat, naik gaji, tambah bini, dan lain2 hal2 dunia?

Al-Baqarah:200 (m/s 31 Resam Uthmani, bukak dan tengok sendiri.. Malas nak taip da..)

bermaksud, "maka ada di antara manusia yg berkata, "Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia" dan tiada langsung untuk mereka apa2 di akhirat... Dan ada di antara mereka yg berkata "Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka.."

Lalu, anda berada di mana? Adakah anda pernah berdoa' bersungguh2 untuk masuk ke syurga seperti anda berdoa supaya murah rezeki, naik pangkat, 9A PMR, straight A SPM, naik gaji, kahwin awal, dan lain2 hal2 dunia yg anda selalu doa'kan?

Sekian saja repekan kali ini......

(post kali ini penuh dgn soalan..Mungkin kerana masih dibayangi soalan2 duniawi yg x sepatutnye jadi penyebab aku sibuk sampai tak update blog.. tak gitu?)