Friday, December 18, 2009

Hijrah Songsang?

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca tegar blog ini. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru.. Haish.. (Dah tua aku rupanya..) Yang pergi haji pun ramai yg dah balik Malaysia.. Yang dah "pergi" dan tak balik2 ramai juga.. Cuma diri ini.. ntah bila.. tiada siapa yg tahu.. Jadi, sempena tahun baru ni, aku seperti nk mencoret2 sesuatu yg rasanya berguna untuk pembaca..

Tentang tajuk.. apakah itu hijrah songsang?

Sebelum apa2, baik kita lihat dulu satu hadis yg menceritakan tentang hijrah zaman sekarang..

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يوم الفتح فتح ‏ ‏مكة ‏ ‏لا هجرة ولكن جهاد ونية وإذا ‏ ‏استنفرتم ‏ ‏فانفروا

Maksud:"Pada hari pembukaan iaitu pembukaan Kota Mekah Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah. Yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta untuk keluar berjihad, maka lakukanlah "

Baik.. Jadi, jika saya mahu mengarut2 tentang hijrah pd masa kini, perlulah tertumpu kepada dua benda saja, iaitu niat dan jihad.. Oleh kerana persoalan jihad agak berat, maka saya cicirkan saja di sini supaya dpt tertumpu kepada niat.. Ini mungkin memudahkan mereka yg susah untuk faham tulisan saya yg berat2..

Anda semua sudah maklum, jika disebut berhijrah, pastinya sinonim daripada yg buruk kepada yg lebih baik.. Tetapi, ramai yg terlepas pandang kepada mereka yg berhijrah juga, tapi hijrah mereka daripada baik kepada yg lebih buruk. Inilah yg dinamakan hijrah songsang.. Mahu lihat contoh?



Ini adalah contoh terbaik Model Hijrah Songsang..

Jika anda kata, "hek eleh.. ko igt dia teruk sangat apa? lagu die ade mesej jugak.. ko ape tau?"

Saya mahu ajak anda semua lihat dgn keimanan masing2..



Anda mahu kata apa lagi? Adakah anda redha dengan kelakuan seperti itu? Itukah orang Islam? Setelah melalui perjalanan kenikmatan sebagai penasyid terkenal, berhijrah sngsang seperti itu sungguh tak dapat dimaafkan..

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Ada lagi model hijrah songsang.. Mahu lihat?



Faisal Abdullah.. Masuk ke dalam kumpulan far-east dalam menutup lompong yg ditinggalkan Anas Tahir (adik Faizal Tahir) yg menyambung pelajaran ke luar negara.. Malangnya, tap-tup, terus je muncul dalam AF6.. Apekehenye Yop? Nasib baik terkeluar pada minggu keempat.. Padan Muka! Peringatan Allah tu bro.. baliklah ke pangkal jalan.. Tapi x tahulah far-east masih nak terima dia lagi atau tidak..

Selain hijrah songsang, ada satu lagi jenis hijrah dunia nasyid ni yang bukan saja hijrah songsang.. Malah segalanya menjadi songsang terus..



Akhir kata, sama2lah kita sentiasa mendo'akan mereka ini kembali ke jalan yg lurus. Pintu hijrah masih belum ditutup lagi.. kesongsangan anda masih boleh dimaafkan.. Terutamanya kepada Izu (Khairul Idzwan), suara anda ketika audition OIAM masih sesuai dengan nasyid.. Sejujurnya, jika anda menyanyikan lagu nasyid ketika itu, anda layak untuk masuk.. Kembalilah..

(dengarlah lagu di bawah ini.. Keseluruhannya usaha Khairul Idzwan sendiri.. Penulis lirik, solo, dan bahkan komposer semuanya atas nama Khairul Idzwan.. dan, mmg sedap dan menginsafkan..)


<

8 comments:

Ashirah Ibrahim said...

hijrah perlu pengorbanan dan kekuatan..kadang2 kita mahu berhijrah tapi sampai satu tahap kita tak istiqamah..mcm mana tuh?

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

InsyaAllah, saya cuba menjawab.

Hadis nabi:

إن لكل عمل شرة وإن لكل شرة فترة فمن كانت شرته إلى سنتي فقد أفلح ومن كانت شرته إلى غيرذلك فقد أهلك

Maksudnya: Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada masa semengatnya dan juga ada masa lemah semangatnya (futur).. Barang siapa yg waktu futurnya berada pada sunnahku, sesungguhnya dia telah berjaya.. Dan barangsiapa waktu futurnya pada selain daripadanya, maka sesungguhnya telah celaka dia.. (Riwayat Ibnu Hibban)


Antara sunnah yg boleh diamalkan ketika sedang futur ini mungkin perbanyakkan baca tasir Al-Qur'an dan kisah2 para sahabat.. Kerana akan menaikkan semangat utk berhijrah ke arah yg lebih baik itu.. Yang lain, mungkin juga boleh mencari kawan mendampingi kita utk berhijrah sekali.. Jadi, bila kita futur, kawan akan peringatkan dan pabila kawan futur, kita pulak boleh fire die balik.. hehe..

Akhir kata, cuba dengarkan lagu ini dan hayati liriknya.. moga bermanfaat..
http://www.youtube.com/watch?v=0PSlL-HH72w

naim said...

salam bro..

tuntasnya..menarik..
terusakn penulisan mampu tajamkan pemikiran..

keep it up..

:-)

cikgu_eya said...

salam...

oh, tak sangkanya. Ana dulu minat btul dengan saujana, terutamanya si dia di atas. Dan lama sudah tak amek tau tentang benda2 nyanyi2 tuh, tatau lak beliau dah ikut jejak langkah Faizal. Suara Izu tuh sangat lah lemah gemalai, menusuk hati. Sedap per, nyanyi nasyid, terutama yg unplugged. Rugi btol... huhu

Ashirah Ibrahim said...

anda kawan kepada blog keretamayat tu ke? maaflah mula2 saya boleh trima lagi entry die..tp lagi bagus anda nasihatkan dia berdakwah lah secara berhikmah..jangan dengan carutan atau ayt censored...saya memang tak setuju..bukan saya berfikiran sempit..tapi untuk kebaikan generasi muda akan datang..dan cerita die tntg entry kedua tentang rasullah tu salah..betulkan balik..berapa banyak nanti dosa dia kena tanggung..berdakwah dengan ilmu bukan dengan nafsu.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

cikgu eya:

Ya, suara mcam tu sgt rugi dibazirkan utk menjadi marketting officer bagi syarikat Spa..

--------------------------------

Mademoiselle ashee:

Saya bkn kawan kpd pemilik blog itu, cuma follower saja.. Memang, pd awal2 saya mmg gemar akan entry2nya.. Namun, baru2 ini, baru saya dpt melihat pemikirannya sebenar yg mana sebahagian besarnya amat bercanggah dgn ilmu saya.. Boleh saya katakan, saya tidak setuju dengannya bkn atas dasar gaya penyampaian, tapi atas prinsipnya yg jauh menyimpang dari ilmu saya..

Namun, x dpt dinafikan manfaatnya kpd pembaca2.. Buktinya boleh didapati melalui komen.. Setiap entry mesti lebih daripada 30 comment.. Mungkin juga kemuliaan yg Allah berikan atas apa yg kita x tahu.. TAPI, mungkin juga ujian atas dirinya yg mana jika gagal, bermakna dia telah membuat satu kesalahan besar dlm kehidupannya..

Pokoknya, Allah lah yg memberikan kemuliaan dan bila2 saja, dia boleh menariknya dan memberikan penghinaan.. Dan segalanya pasti bersebab..

cikgu_eya said...

salam...

berkenaan beliau, saya antara peminat blognya. Yup, dia ada point yang perlu dberi perhatian. Mungkin caranya ada yang kena, ada yang tak kena. Kalau jenis yang boleh tolak cara, amek isi, tak per lah. ok dah tu. Jenis yang tak boleh, memang dah kabur untuk tgk isi.

Nway, saya seperti akh alFateh gak, meneliti sesuatu yang agak bercanggah dengan pegangan saya. Tak per, amek jer mana yang boleh. yang buruk, tinggal kat situ jek... ^^

p/s: saja nak menyampuk pasal neh. Mmg susah nak dapat port as first comment dalam blog dia.. ^^

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.