Saturday, December 26, 2009

Surat Terbuka seorang Pendidik Agama

Puji2an buat Tuhan Maha Kuasa,Tuhan Yang Memberi izin untuk kita bernafas,Tuhan yg mengatur kehidupan,akhirat dan dunia.
Segala selawat juga salam sejahtera buat Penghulu segala nabi2 dan rasul2,Al-Mu'allim, guru segala manusia, Muhammad S.A.W. juga atas seluruh keluarganya dan para sahabatnya dari zamannya sehingga kepada semua yang mengikut jalannya.

Ke hadapan anak2 didikku yg setia,

Warkah ini yg mungkin tidak dapat dibaca oleh kesemua kalian dek kerana kementahan umur sebahagian daripada kalian yg mungkin masih belum mengenal apa itu blog, telahku paparkan di sini sebagai lambang perkongsian manfaat buat seluruh ummat manusia.. Meskipun juga kebarangkalian kalian semua tidak menghabiskan membaca warkah ini, ingatlah bahawa aku telah menyediakan masa bersama kalian, maka apalah salahnya jika kalian juga berbuat demikian..

Ini bukanlah cerita tentang kalian dipaksa ke kelas hafazan, bukan juga kisah kalian dilibas sebatang rotan bermatakan sebiji nat yg layaknya menjadi pasangan skru. Juga cerita ini bukanlah sepertinya dalam lingkungan cerita pengubat otak kalian yg sudah tepu diisikan kalimah2 suci.. Tapi ini kisah luar lingkungan dunia hafazan, kisah dunia yg berada di akhir usia, dunia yg dilabelkan Nabi Junjungan sebagai zaman fitnah..

Suka sekali kubukakan cerita tentang apa yg kurasai 24 jam hidup di dunia ini.

Aku selalu rasa resah dan gelisah, penat, sedih melihat dunia sekarang. Tak perlu disebutkan lagi bagaimana. Si mak bertudung helmet Indon, manakala si anak ber t-shirt ketat free hair.. Satu panorama biasa di mana2 pun. Terlalu penat untuk memikirkan.. Terlalu sedih untuk ditangisi.. Terutamanya remaja. Jika yg bersekolah agama pun sudah ramai yg tangan berapi dan mulut berasap, apatah lagi bersekolah kebangsaan? Tidak perlu lagi pergi ke sekolah kebangsaan untuk melihat pelajar bertepuk bertampar kemesraan sesama lelaki dan perempuan.. Semuanya sama saja.. Pergi sana shi-sha.. Pergi sini rokok.. Pandang kanan shuffle.. pandang kiri break dance.. Dongak atas Akademi Fantasia.. tunduk bawah One in A Million..

Mana perginya akhlaq seorang Islam?

Dan, ditengah2 remaja di bawah cengkaman Yahudi L.A, kalian muncul di depan mataku menjanjikan bahawa, masih ada sinar untuk Islam bangkit kembali.. Kalian yg datang daripada berbagai2 sekolah menghadap kepadaku dengan keinginan meluap2 untuk menghafal kalam suci yg semakin ditinggalkan. Aku tidak melihat kalian sekadar budak2 hingusan yg datang memberi kepercayaan kepadaku utk membimbing kalian menghafal ayat2 Ar-Rahman.. Namun, daku memandang kalian lebih daripada itu.. Kalian adalah generasi yg akan terus memastikan ada ummat yg masih memperdengarkan ayat2- suci..

Ramai antara kalian yg bersekolah RENDAH KEBANGSAAN, tapi punyai semangat keazaman yg berkobar2 untuk menghafal. Bagi ku, terjumpa dengan budak sekolah ren. keb. yg sudah menghafal Juz 'Amma dgn lancar saja sudah cukup untuk membuatkanku sujud syukur.. Namun, kalian ada yg yang baru darjah 5 sudah menghafal lebih 10 surah pilihan..

Segalanya telah menenangkan jiwaku yg terseksa dek kerana kejahilan yg tersangat bangsaku ini sehinggakan kadang2 rasa hendak mencarut itu ada dalam hati.. Kalianlah yg menjadi penawar hatiku, penyejuk mata, dan paling penting, harapan 'ummah..

Jangan biarkan hafalan itu hanya sekadar hafalan.. Al-Qur'an itu lambang kalian akan berpegang teguh kepada agama ini.. Kuatkanlah pegangan itu!

Yang Prihatin,

Al-Faqir, Muhammad Alfateh.


kredit to: Otai Hira'

5 comments:

Anonymous said...

takut akan terlupa lagi surah hafalan...terutamanya surah paling aku lancar..al-qiyamah dan as-saf...tapi aku bertekad walaupon aku tingkatan 5 aku tetap pergi kem hafazan...ini janji aku

Anonymous said...

huhu !
dpt jdi penyejuk ati ustaz...
first time tu...
nnti saye cube sejukkn ati ustaz-ustaz lain...

ibnu fadzil said...

salam.........raja nanti menagis la tu sebab gambar afif dgn ust ke luar gambar dia gan ust x keluar........tapi best la jadi penyejuk hati ust.......

Anonymous said...

arif bkan penyejuk hati ust..hahaha(sia2 gile komen aku)

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Anonymous 1 a.k.a Syafiq:

Bagus.. harap tekad yg membara tu tak hilang, walaupun dapat tawaran ke MRSM kelak, insyaAllah..
-----------------------------
Anonymous 2 a.k.a Akmal:

Kekalkan title itu di mana2 pun sebagai anak murid yang baik.. Hati2, ustaz ade gambar anta tidur dalam kelas!
-----------------------------
ibnu fadzil:

Pandai korang buat cerite ye... Dusy!

'Alakullihal, korang semua ustaz akan ingat sampai bila2.. Bukan hanya Raja & Afif je..

(kalau raja nangis, anta lah yg pujuk ye?)
---------------------------------
Anonymous :

Pehal spam ni?