Saturday, January 9, 2010

Tirai Pembuka.. Basmalah

Setelah ramai yg bertanya, akhirnya saya usahakan juga secepat mungkin menerbitkan post pertama untuk tahun 2010 ini.. Satu lembaran baru sebenarnya bagi saya serta beberapa lagi rakan. Segalanya bermula.. Dan saya rasa, post pertama pada 9 haribulan tidaklah terlalu lambat untuk kita imbas kembali apa yg telah terjadi dan yg sedang terjadi..

9 hari saya ambil masa untuk rangkuman kejadian peristiwa yang berlaku pada tahun lalu. Satu imbasan untuk dilihat. Bukan sekadar imbasan saj2, tapi untuk beringat dan mana2 pengajaran yg tersedia patut diambil segera..Kata kunci yg mendominasi tahun 2009 ialah Gaza,Obama,Michael Jackson dan menara masjid.

Tahun 2009 membuka tirai dengan serangan bertubi2 setan Zionis Israel terhadap Gaza, satu wilayah yg masih dalam negara Palestine dan diiktiraf sebagai penjara terbesar di dunia setakat ini.. Pengepungan dan sekatan yang dilakukan Zionis terhadap Gaza masih berterusan sehingga kini.. Dan kejadian awal tahun 2009 itu mengorbankan 1420 warga Gaza dan 5320 cedera dlm masa sebulan.. Baca sendiri diari seorang warga Palestine yg mengimbau kembali "kenangan" ketika serangan itu..

Setelah itu, di Cina pula dikejutkan dengan pergolakan antara puak yg mana puak minoritinya ialah puak Uighyur yg beragama Islam.. Diskriminasi, biasa berlaku bagi org Islam.. Alah bisa, tegal biasa..

Terus ke bulan 6, seluruh dunia digegarkan dengan kematian Raja Pop, Michael Jackson. MJ mati secara misteri, diracun mungkin. Sebagai peminat konspirasi, saya harus kuat mengatakan MJ dibunuh oleh illuminati dan konco2nya. ENtah mana yang betul, saya pun tidak tahu.. Selain itu, yg memeningkan kepala juga adalah status agamanya yg sudah lebih 5 tahun lepas digosip2 dengan Islam.. Yang jelas, abangnya yg memang seorang muslim, Jermaine Jackson berkata, "Semoga Allah bersamamu , Michael".

Tak lama selepas itu, bagi mereka yg mengetahuinya akan ingat tentang Marwa Al-Sharbini, seorang muslimah Jerman yang dibunuh di mahkamah ketika perbicaraan kerana mempertahakan tudungnya. Marwa Al-Sharbini berada di mahkamah untuk mendakwa akan seorang lelaki yg suka mengacaunya dan mengejek2nya serta disebabkan Marwa Al-Sharbini memakai tudung sebagai seorang Islam.. Ketika perbicaraan, tiba2 seorang lelaki masuk dan menikam Marwa Al-Sharbini. Lebih sakai lagi, suaminya yg mahu menolong ditembak oleh polis atas alasan tersilap tembak, katanya mahu menembak orang yg menyerang itu. Suaminya cedera parah dan Marwa Al-Sharbini mati sebagai muslimah yg mempertahankan tudungnya dlm keadaan perempuan yg mengaku islam berlambak di serata dunia menayang rambut mereka rambut secara sukarela..

Obama pula tak payah diulas lagi.. Memenangi hadiah Nobel yg ntah tidak tahu apa sumbangannya, dan kata2 mahu menarik askar2 yang dihantar ke negara2 Islam masih belum dilaksanakan, dan macam2 lagi yg membuatkan mukanya naik di mana2 sebagai cover majalah.

Selain itu, Teoh Beng Hock dibunuh dengan dalang yg dikatakan orang sebagai dalang utama ialah SPRM sebagai pihak terakhir yang dilihat bersamanya, Dr Pornthip pula menyebok turut sama memeriksa, dan macam2 lagi.. Isu kerajaan perpaduan, Nik Aziz letak jawatan, Najib yg semakin dibenci, dan macam2 lagi..

Seterusnya, larangan membina menara Masjid oleh pemerintah Switzerland yg membuatkan seluruh ummat Islam di dunia bangkit dan menentang. Larangan yg tak berasas sudah pastinya.. Dan sekali lagi, diskriminasi terhadap orang Islam.. Sudah biasa.

Kerajaan laknat Mesir di bawah Housni Mubarak juga sekali lagi mencari gaduh dengan dunia Islam dan mana2 pertubuhan bukan Islam yg menyokong Palestine dengan membina tembok baja untuk menghalang penyeludupan barang makanan dan senjata oleh warga Palestine. Majlis Fatwa Al-Azhar yg dipimpin oleh Syed Tantawi yg digelar ulama' penjajah menyokong pula pembinaan itu menambah kemarahan warga Mesir..


Lanjutan daripada itu, terbukalah lembaran 2010 dengan kerajaan Mesir menghalang konvoi Viva Palestine daripada sleuruh dunia untuk memasuki Gaza melalui Palestine.

2010 juga sudah dibuka dengan kekecohan, kakacauan dan lain.. Halangan kerajaan Mesir untuk konvoi memasuki Gaza, penggunaan kalimah Allah oleh Kristian di negara ini, pembakaran 3 gereja, dan juga yg paling terkini, bas yg dinaiki pemain2 Togo untuk menyertai Copa Amerika yg diadakan di Angola diserang dengan tembakan peluru.. Pemain bintang, Adebayor terselamat manakala driver bas mati di tempat kejadian..

Dan apa yg dinanti oleh dunia pada 2010..........

Moga lembaran tahun 2010 lebih baik berbanding 2009!

4 comments:

Anonymous said...

ana mahu menyebarkan entri yang telah anta coretkan. harap dapat menggunakan tajwid tatabahasa yang betul[lebih formal]. mohon dengan sangat. syukran

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Anonymous:

Tiada masalah mahu menyebar entri dengan perngubahan gaya bahasa. Letaklah sumber artikel dengan perkataan "idea asal". Mungkin juga saya akan perkemas untuk entri2 akan datang.

learning quran online said...

i don't know that if i have said it all ready but it was great to find your blog much resource full and some good points also hope you carry on your work like this and keep the tings rolling. thanks

Learn Quran online, Read tajweed Quran online, learning Quran online Koran

dr.EISmaAdiba.. said...

salam..nampaknya Muhd al-Fateh dah join group atasbawah dan konspirasi dunia..teruskan