Saturday, February 6, 2010

Doktrin Minda yang Kotor

Saya kira, ini entry pertama setelah blog ini dilanda masalah teknikal yang menyebabkan inbox di gmail saya melimpah2 dengan email pembaca yang mahukan penjelasan.. Alhamdulillah.. semuanya sudah berada dalam kawalan, dan insyaAllah, saya akan terus menulis untuk kebaikan umat manusia sejagat.. Mari lihat, "Doktrin Minda yang Kotor".



Hari itu, saya tergerak hati untuk melangkah ke satu tempat yg cukup bermakna dalam hidup. Tempat yang mana bermulanya saya mula bertatih-taih dalam ilmu jiwa dan ilmu pendidikan. Titik-tolak satu makna yang mendalam dalam hati sanubari, yg menyebabkan saya memahami jiwa sebagai seorang guru yang mendidik nusa bangsa.Tempat di mana saya mula berkenalan dengan alam pendidikan yang rasmi.

Setelah selesai dikerumun oleh budak-budak, bekas2 anak didik, saya didatangi seorang guru baru. Kami bersalaman, dan berta'aruf sebentar. Dia adalah lepasan pondok. Setelah itu, dia mengajukan soalan: "ana ada masalah lah nak mengajar pelajar2 perempuan, terutamanya yang darjah 5 dan 6.. Mereka dah besar, dan ana takut lupa hafalan pula.. Mereka pun macam saja nak tarik perhatian.. Ada satu kelas tu, budak perempuan siap ajak nak bersembang lagi.. ana tak boleh la macam ni.. susah.anta dulu macam mana?"..

Saya tersenyum mendengar. Masalah yang saya rasa lazim bagi mereka yang lama duduk di pondok sejak kecik apabila keluar berhadapan dengan masyarakat.

Saya mengaku, saya juga dulu begitu. Berhadapan dengan pelajar perempuan yang gatal yang mana ketika itu baru bersekolah rendah. Saya tidak pelik kerana mereka berpagi-pagian di sekolah sekular (baca:kebangsaan). Pertama sekali yg paling jelas ialah ketika berta'aruf di kelas sebagai tenaga pengajar yang baru, apabila masuk kepada sebarang pertanyaan, pasti soalan pertama sekali ialah, "ust. dah kahwin ke belum?". Mereka yang mengenali saya mungkin boleh tergelak, tapi saya memandang serius perkara ini. Ini menggambarkan apa yang wujud dalam pemikiran mereka. Kejadian ini bukan di satu kelas saja, tapi di SEMUA kelas yang saya masuki. Dari tahun 4, hinggalah tahun 6, itulah soalan pertama sekali yang keluar. Saya benar2 risau.

Minda mereka telah didoktrin sama sekali. Sungguh teruk, Saya cari punca. Saya geladah semua. Saya dekati mereka. Saya selami cara hidup mereka. Akhirnya jawapan terserlah jua.

Ibu bapa! Ya, ibu bapa bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku pada anak mereka ketika anak itu berusia hingga mereka baligh. Mana tak otak mereka kotor sebegitu rupa. Mana taknya mereka dibayangi nafsu sejak dari kecil. Mana tak nya mereka punyai pemikiran seperti yg disebutkan, JIKA ibu bapa mereka mengajar mereka didendangkan dengan lagu2 jiwang setiap kali masuk ke dalam kereta, JIKA ibu bapa membiar kan mereka menonton drama Melayu yang tak sah kalau tiada percintaan, JIKA telah dibiasakan denga istilah "kahwin", "girlfriend/boyfriend", "makwe/pakwe", dan lain2..Saya tak hairan semua itu berlaku. Tapi, saya benar2 kecewa.

Seingat saya, waktu saya kecik darjah 1-3, saya tidak pernah dengar kawan saya mencarut, meluahkan perasaan sukakan seseorang, dan bernafsu. Paling awal saya dengar yang kawan saya sukakan seseorang ialah ketika darjah 4.

Namun, apabila saya melangkahkan kaki ke sekolah menengah, saya lazim dengar pelajar darjah 1 mengungkapkan perasaan mereka kepada lain jantina. Tanpa rasa segan dan malu.

Waktu berlalu lagi, dan saya dengar sesuatu yang jauh lebih teruk. Kali ini, sepupu saya yang baru berumur 3 tahun sudah mengatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seseorang. Saya terkedu.


Saya benar kecewa, risau, dan terkedu dengan apa yang berlaku. Saya benar2 berfikir panjang dengan segala situasi yang telah saya lalui sendiri. Saya belum kira apa yang saya tak lalui. Hanya satu soalan yang menyentak2 otak saya sekarang..

Jika ditakdirkan setelah saya berkahwin dengan seorang osteri solehah dan dikurniakan zuriat penyambung keturunan PADA ZAMAN AKAN DATANG, ADAKAH LAGI SATU TEMPAT YANG MANA MEREKA DIJAMIN TERSELAMAT DARIPADA DOKTRIN2 MINDA YANG KOTOR INI?

15 comments:

mc sushi said...

adakah post ni pengalaman penulis sndiri?

ustaz?
.....

Anonymous said...

klu kat tv9 ustad zamri bercerita...pernah x dengar ustad muhammad bercerite..hahaha

aku said...

insyaAllah ada tempatnya.....

yg utama sekali tempatnya adalah "dirumahku syurgaku".....oleh ibubapa itu sendiri, proses mentaaliq dan tarbiah daripada ibubapa itu sendiri kepada anak-anaknya bermula disitu tempatnya....

kalu sy salah mintak ditegur

Muhd Al-fateh said...

Saya dah agak, bagi mereka yang belum cukup kenal saya akan mengeluarkan pertanyaan ini.. heh. biarkan persoalan itu dibiar tanpa jawapan.. boleh kan?

Mawarberduri said...

Assalamu'alaikum,

Pada pendapat ana,sememangnya ibu bapa memainkan peranan yang penting..tapi,sebagai manusia kita boleh memilih yang terbaik tok diri sendiri..lagi satu faktor(dah mcm dlm BM pulak)adalah sikap seseorang itu sendiri..kalau mereka sedar apa yg ibu bapa mereka lakukan merupakan satu kesalahan,mereka tak akn ikut..

ini cuma pendapat..harap xde yg 'melenting'..kalo ana salah,boleh la tegur..

wordsoflife said...

=} isu blog saudara sememangnya, sesuatu yang berputar di sekeliling kehidupan, yang kadang2 kita semua ambil mudah, walau hakikatnya, ia perkara yang serius, dan, ada yng mngambil berat namun, tak punya panduan, dalm menilainya dengan adil da saksama.

mungkin mengena dengan situasi adik ana sendiri, balik sek, cerita, " di nk kawan ngan budak laki ni," ana sendiri cakap mana boleh, dan dia beritahu kawan dia suruh dia suka kat budak tu... hadui laa.. macamana budak kecil sudah pndai, bagaimana besar nanti, ya Allah lindungi daku dan kerabaTku...

apapun, berdoalah, andai satu hari nanti, manusia yang mmembaca post ini hingga ke petikan akhirnya, akan menyedari dAn merekalah yang akan menubuhkan bi'ah2 solehah di institusi2 pendidikan masa hadapan. ana doakan yang terbaik untuk semua, juga untuk ana...

dan mungkin ana juga antara orangnya... insyaAllah, mulakan dgn diri sendiri,

Anonymous said...

cop
yg bab dak pompuan tnye kat ustz pasal da kwin k blum tu sy tak bbrapa stuju jkalau ianya dtg dr salah ibu bapa,,

act..ustaz 2 yg tny ad ape2 soaln yg nk tny pasal sy?...haha

btol x

lg stu,,
sy x rase yg dorang tu sbnrnye menggatai
juz nak tny soalan je lahhh


juz my opinion ok!
wat about you,,muhammad
?

Muhd Al-fateh said...

to Anonymous:

saya setuju, bukan salahnya ibu bapa 100%. itu hanya untuk taukid saje. Lagi satu, jika semua kelas begitu, ape halnye?

anyway, better prevent than cure. alwaqyu khairun minal-ilaj...

Anonymous said...

Salam.. Bukanke post anta yang dulu anta kte lebih baik berfikir tntg kahwin( dpt pahala) drpd buat Zina?

Muhd Al-fateh said...

Anonymous:

bile ana cakap lebih baik fikir psl kahwin daripada buat zina, itu bermaksud orang itu mesti sudah fikir pasal zina.. Hanya untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Tapi ini kalau budak kecik sudah fikir pasal kahwin, apa pulak ceritanya?

Fiddarbi Yasir said...

Kalau saya baca post ni setahun yang lalu, mungkin saya akan kata "Ee, tak malu."

Tapi lepas anak Pak Lang (6 tahun) balik bercuti kat kampung, expectations saya terhadap apa yang bersarang dalam fikiran budak2 dah berubah.

6 tahun, dan dia boleh cerita apa lelaki dan perempuan buat 'malam pertama' dengan spesifik. 6 tahun dan dia raba anak perempuan Pak Long yang umurnya 12tahun. Dan mama dia jawab, "Biasalah budak2. Belajar dari kawan2 kat tadika la tu."

Budak 6 tahun tu cakap bukan kawan yang ajar, tapi pengasuh dia. Pengasuh dia yang bijak bestari tu biarkan budak 6 tahun tengok filem lucah. Yang lebih saya pelik, mama dia cakap dulu dah pernah tegur - dulu~ Jadi, mama dia tahu betapa anak dia dah rosak. Kerosakan tu dibiarkan macam tu je~

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

aishairdina said...

salam.ana bersetuju sekali dengan pendapat saudara.semuanya bermula di rumah.jika dari kecil lagi anak-anak dididik dengan ilmu yang betul, maka selamatlah kehidupan mereka.dan apa yang lebih penting lagi ialah penghayatan mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama islam.ramai anak-anak sekarang yang dilahirkan dalam agama islam, tetapi tidak diajar untuk menghayati dan memahami kehidupan sebagai seorang islam.

aishairdina said...

salam.ana bersetuju sekali dengan pendapat saudara.semuanya bermula di rumah.jika dari kecil lagi anak-anak dididik dengan ilmu yang betul, maka selamatlah kehidupan mereka.dan apa yang lebih penting lagi ialah penghayatan mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama islam.ramai anak-anak sekarang yang dilahirkan dalam agama islam, tetapi tidak diajar untuk menghayati dan memahami kehidupan sebagai seorang islam.

suhaylsalmi said...

hmm..... BM?