Saturday, March 20, 2010

Jarum2 Syirik berdekatan anda..

Alhamdulillah, saya diizinkan kembali menulis di teratak biru ini dengan tajuk yang sensitif. Syirik, betulkah kita sensitif dengannya? Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan antara kita langsung tidak peka kepada perkara2 yg boleh menjerumuskan diri kepada syirik, malah kini, syirik jali (syirik terang2an) sudah tidak dipandang berat oleh kita.. Jika anda mahukan bukti, boleh teruskan membaca.

Saya mulakan dengan hadis yg dianggap Sahih oleh Imam Al-Hakim,

"Mereka yg bertemu tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa2 yang dikatakan oleh tukang ramal itu , sesungguhnya dia telah kafir ke atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad."
(Riwayat Hakim)

Terus terang saya katakan, kemajuan teknologi zaman ini memudahkan lagi orang Islam untuk mensyirikkan Allah. Tidak perlu lagi menuju ke rumah tukang2 ramal ataupun pondok2 bomoh untuk membuat ramalan. Kini, anda boleh periksa "nasib baik" yang anda boleh dapat untuk setiap hari.....



Eh! silap gambar pulak.. Yang bawah ni baru betul..


(klik gambar untuk lebih jelas)

Lagi2 syirik....


Lagi Hadis Nabi:

"Sesiapa yang mendatangi 'arraaf (tukang ramal) dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak akan diterima solatnya 40 hari." (Riwayat Muslim)

Saya rasa tak perlu saya membebel panjang.. Sebelum ini juga saya telah menulis tentang bukumuka a.k.a Facebook ini.. Jadi, untuk kali ini, biarkan hadis dan gambar2 yang berkata2. Cukup bagi mereka yang sensitif hatinya dengan agama. Sesungguhnya, orang beriman itu apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka.

Jika anda sayangi rakan2 anda, selamatkanlah mereka daripada bahaya2 jarum syirik ini.. Jika mereka hanya ketawakan anda seraya berkata, "hek leh.. ni orang saje je main2 suka2.. bukannya percaya pun..", ketahuilah.. hanya satu yang saya mahu katakan.. ITULAH KESAN FACEBOOK..

Seperi juga senapang, satu benda yang amat berbahaya, tetapi boleh digunakan untuk membantu agama Allah.. Tetapi, jika tak pandai gunakan, lalu tertembak diri sendiri, apalah gunanya?

"Saya hanya akan pegang senapang apabila saya betul2 yakin saya tak akan tertembak diri sendiri"

18 comments:

cikgu_eya said...

salam....

hek elleh... bajet salah letak gambar... hahahaha

manyak sangat dah game-game merapu macam tuh kat dalam facebook. Masalahnya, mungkin ramai yang tak tahu itu adalah syirik. Ramei budak skolah maen menda neh...huhu

Beratnya tugas cekgu ... huhuhu

suhaylsalmi said...

ana rasa kita kini ada lebih byk bende best nak buat dari berfacebook, contohnya membuka blog ini...

http://ultimatumkalbu.blogspot.com/

eh silap! TERpromosi pulak...

Muhd Al-fateh said...

cikgu eya:

Betul... musuh2 memang target remaja. Banyak lagi yg banyak pengaruh jahat untuk remaja kt fb.. Contoh yg lain Lover of the Day lah.. Walaupun org anggap benda sakai2 je, tapi tu cucuk nafsu gelora remaja kot.. hehe..

Tugas cikgu mmg berat..
-------------------------
suhaylsalmi:


Tolong jgn ikut taktik buruk orang lain! Sila reka taktik yang lebih mahal..

dkama said...

susah jugak nak patahkan jarum2 syirik ni yer...

suhaylsalmi said...

hek eleh.....tepuk dada tanya tangan anta yg anta tepuk tu, apa yg tangan tu dah buat?

terkelu lidah beliau.....

cikgu_eya said...

salam...

mintak izin print ek...
nak bagi sebijik kat student... huhu

Muhd Al-fateh said...

dkama:

sebab itulah dia dipanggil jarum..

----------------
suhaylsalmi:

Ana mungkin x tau nak jawab.. tapi kalau tanye anta, ana tau jawapannya.. "tangan saya sudah menaip url blog saya di komen alfateh.via.my atas niat untuk mempromote" Sekian.

----------------
cikgu eya:

Silakan.. budak2 sekolah2 agama yang masyhur pun ada yg dok layan benda ni..

suhaylsalmi said...

rasanya x salah kot kalau menyebarkan medan da'wah.....

Kawan SuhaylSalmi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhd Al-fateh said...

>suhayl: yelah.. itu yg ana cakap ape yg tgn anta dah buat..
------------------

>kawansuhaylsalmi:

Buat masa ni, saya terima sebagai mangsa keadaan..

suhaylsalmi said...

saya rasa saya x de kawan cam ni.....?

jgn babitkn saya dlm hal ni, saya budak baik.

Anonymous said...

x tau carut ke x aku ni..bgs sgt er bkk fb org..pastu copy paste...nseb bek ko tulis jgn emo...

suhaylsalmi said...

ana rasa anta kena buat post bertajuk "jarum2 SYAITAN berdekatan anda" pulak lah lepas ni.....

Kawan SuhaylSalmi said...

Saya mintak maaf... :(

ngak9 said...

lawak r mad.. konon 'blur' kan gmbr 2.. tapi kantoi gak sape punye facebook...

nasehat:-

cube lebih teliti bile nak 'blur' kan gmbr.. hehe

ngak9 said...

lawak r mad.. nak 'blurkan' gmbr tp kantoi gak... cube usha kat gmbr td.. gmbr atas 'blur' tp bwhnye x 'blur' lak.. name pn same.. atas 'blur', bwh x 'blur'.. cam baik x yah 'blur'kn je tros.. huhu..

nasihat:

lebih teliti dalam operasi mem'blur'kan gmbr

Anonymous said...

Salam..Maaf,rasanya sudah keterlaluan jika ditunjukkan gambar seperti itu,tidakkah ustaz terfikir tuan punya profile muka buku itu akan sangat terasa?!

kejap,satu lagi,bukankah teguran secara lembut dan perlahan itu lebih baik daripada terang-terangan menegur seperti itu?Daripada ustaz paparkan gambar tu lebih baik ustaz tegur orang tu dulu dan kalau tidak diterima barulah nak tegur secara tidak berlapik tetapi harus dipertimbangkan..

Harap difikirkan,
Lebih baik tegur secara kias daripada tidak berlapik.
Salam ya akh m.

Muhd Al-fateh said...

Anonymous1:

Tahniah!

---------------------
suhaylsalmi:

mungkin.. tapi lebih baik orang yang berkata itu pula yg menulis.

---------------------
ngak9:

saya masih amatur..

-----------------------

anonymous2:

Saya tak rasa anda salah seorang pemilik profile, kerana mereka semua dah tau siang2 lagi pasal benda ni.. dan kalau nak tahu, gambar ni sudah byk kali ditukar kerana ada yg x memberi izin, lalu saya tukar kpd mereka yg rasa x kesah.. (mungkin)..

ke2, saya sendiri pening memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menegur melalui kiasan, kerana saya takut mesej x sampai..

'Alakulillhal ya akhi/ukht, jazakkalah atas teguran.. suatu yang sudah lama saya tak terima drpd pembaca2.. Teruskan lagi teguran bermakna seperti itu, dan saya akan lebih berhati2 utk akan datang.. Sekali lagi, syukran ya akhi/ukht...