Wednesday, May 5, 2010

Ada seorang Gadis..

Anda pernah dengar lagu Lukisan Alam-Hijjaz?..Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. idea tak selalunya datang, blog tak selalu update.. Penulisan tak selalunya artikel, lama juga rasanya tak bermain2 dengan cerita pendek a.k.a cerpen ini.. Maka, sila2kanlah membaca nukilan saya kali ini..

-----------------------
Gadis itu melangkah keluar dari van yang dinaikinya setiap hari. Bersama seorang abangnya yang tua setahun darinya, dia yakin mengorak langkah menuju tempat yang kerap kali didatanginya, tempat yang byk memberi makna kepadanya, pusat ilmu, iaitu sekolahnya.Dia melangkah kaki masuk ke kelas seperti biasa. Namun, dalam diam, gerak gerinya selalu diperhatikan. Bukan hanya seseorang, malah ditemani oleh sesuatu yg sudah jelas merupakan musum ummat manusia.

Wajahnya yang kacukan pan-asia Melayu-Turki itu telah berjaya menarik perhatian seorang jejaka kacukan Melayu-Cina. Dalam diam, sang jejaka bertekad untuk tidak hanya "memerhati dan menunggu", malah memutuskan untuk membuat langkah "bangkit dan bergerak". Langkah diatur kemas dan perlahan. Bukan langkahan hakikat, tapi hanya dari kaca mata majazi. Sedikit demi sedikit, fasa terpenting sudah bersedia. Nombor telefon gadis itu sudah berada di genggaman. Cuma hanya mahu mengumpul kekuatan sahaja. Berbagai2 fikiran bermain di minda. Mata dipejam. Minda dikerah. Tekad dibulat. Butang "send" ditekan.

Nafas berat dilepaskan. Otaknya terbit bermacam2 andaian persoalan. Namun nafsu yg menguasai terus menenangkannya. "Kau mesti yakin diri sendiri!", teriak suara yang ntah dari mana.

Tiba2, handphone di tangannya yang masih berada dalam "Silent Mode" bergegar menandakan ada panggilan masuk. Dilihat pada skrin, nombor yang tak dikenali. Butang hijau ditekan taanpa memikir apa2.. Sejenak sahaja bercakap dgn handphonenya itu, mukanya bertukar kehijau2an menandakan pucat yg amat sangat. Kata2 akhir sebelum panggilan dimatikan ialah, "Tolonglah... jangan bagitau bapak kau pasal bende ni."

Rupa2nya, itu ialah panggilan daripada abg perempuan tersebut. Abangnya memberi amaran supaya menjauhkan diri daripada adik kesayangannya atas dasar dosa dan pahala. Abangnya juga mengugut akan memberitahu mak ayahnya tntg perkara ini jika dia masih lagi terus berhubung dgn permpuan itu.

----------------------------------------

Dusy! cerita ini mungkin hanya cerita biasa pada suatu masa dahulu, tapi tidak lagi zaman sekarang. Berapa ramai lagi mak ayah yg ambil tahu dgn siapa anak mereka selalu berhuung melalui handphone? Berapa ramai lagi anak lelaki sulung yang selalu tengok2kan Yahoo Messenger adik perempuan mereka yang masih bersekolah? Masih adakah lagi yang menjalankan tugas mereka sebagai abang sulung, adik beradik, mak dan ayah dengan baik?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya:"Hai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"..

Harap ibrahnya dapat kita kongsi bersama. Tanggungjawab, jalankan dengan bersungguh. Jangan hanya lepas tangan saja. Semua perlu memainkan peranan dgn penuh kesungguhan kerana zaman ini kejahilan dan kerosakan sudah berleluasa dan menggila di setiap pelusuk bumi ini, terutamanya buat negara tercinta ini. Lalu, siapakah yang perlu berperanan jika bukan kita?

13 comments:

Anonymous said...

brapa ramai adik prmpuan yang masih berskolah tolong tngok2kan ym abngnye yg brada di mnara gading. adess.. sedeyh.. ~

nauzubillah..

nurikhmar said...

Karya dan penulisan Muhd Alfateh menjadi pembakar semangat dlm mencari & mengenal erti diri dlm Islam.. Semahu-mahunya ingin menjadi muslimah sejati. Acapkali terleka dgn permainan dunia. Acapkali itulah membuka semula blog Muhd Alfateh menjadi pengubat rindu mencari nilai jati diri & menampar kelalaian diri.. Terima kasih. Harap Muhd Alfateh teruskan penulisan dambaan kalbu yang gusar dlm mencari erti cinta Sang Pencipta...

Abdullah Xuais said...

harap hati muhd alfateh juga masih dlm naungan penciptanya..... (juga hati ikhwah yg lain termasuk yg menaip)

Muhd Al-fateh said...

Anonymous:

Menara gading atmosferanya sudah lain.. mungkin boleh husnuzzhon dek kerja2 yang memerlukan perhubungan atau waqi'(suasana) yang tak mengizinkan...

------------------
nurikhmar:

segala puji hanya berbalik kepada Allah s.w.t...

------------------
suhaylsalmi:

sodaqta wa bararta..

Kawan Suhayl Salmi said...

Macam pernah terjadi... Hmm...
~Allah is All-Knowing, All-Aware~

saya tertanya2 said...

erm..artikel yg menarik..ttp,sya tertanya2 krn kdg2,sesuatu mslh puncanya dilihat pd sblh pihak..jd,slh fhm wujud..seorg gadis yg secara semulajadinya mmpu menarik hati lelaki akn ttp mnjadi bhn fitnah wlupun dia tdk brslh..mgkn si gadis tdk brsalah sama sekali namun, apa nk dikata nafsu si lelaki yang tdk tertahan..si lelaki juga perlu dipantau dan dijaga oleh penjaganya DI SAMPING si gadis mnjaga dn memelihara diri..apa guna si gadis dh memelihara diri jika si lelaki tdk mmpu menahan nafsu..adkh ini salah si gadis juga????saya tertanya2..kdg2 sesuatu prkara yg tdk benar mnjadi satu hujah/bukti buat yang tidak mengkaji dengan betul..saya bingung..keliru..dan tertanya2..

ayubalqishah said...

sangat bagus..bukan memuji hanya ingin memberi sedikit pembakar semangat kepada anda untuk terus menulis..dah lama sangat tak jenguk ke sini..sekali jenguk rupanya sudah banyak ketinggalan..apa pun semoga anda sentiasa didalam lindunganNya dan rahmatNya...

Muhd Al-fateh said...

Kawan Suhayl Salmi:

MACAM.. sikit lagi nk jadi "Cinta Antara 2 Benua"

-----------------------------------
saya tertanya2:

Mmg byk faktornya.. sama2 kita menjaga di medan masing2.. tpi, masalahnya, apa saja kes, muktamadnya adalah di tangan perempuan itu sendiri.. dan anda mungkin juga perlu tahu kenapa Allah gunakan ayat hukum untuk penzina dgn menyebut "penzina perempuan dan penzina lelaki" berbanding Allah menyebut hukum untuk pencuri, "pencuri lelaki dan pencuri perempuan".....

ngak9 said...

mantop la mad... tapi an.. kalau kaitkan dgn cite 'tu' lg mantop.. cite yang banyak komen tu.. hehehe

Anonymous said...

npe nta ckp bnde tu brgantung pd pompuan tu gak??? yg start dlu laki tu tp npe pompuan tu yg slh??? pstu bnde nie x mgaibkn org tu ke?? kn slh klu membuka aib seseorg... tp klu nk da'wah bleh ek???
leyh tlong xplain??? tringin nk tau...

asrar said...

slm, stlh membce comment yg plbagai ragam.. terdetik pula hati nk berbicara.

for the last comment;
xkn pokok bergoyang klu xde angin yg meniupnye..(wlupun ana seorg PEREMPUAN) ana xmalu mengatakan bhw perempuan slh jgk..

lgpun kita disini bukn utk menunding jari slh siapa.. pndi2 perbaiki diri...

Alhamdulillah ana msih mengawasi gerak geri pemuda (adik) ana..sbb sbg kakak, mstila risau especially psl ikhtilat..

Muhd Al-fateh said...

Bangau oh.... bangau!

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya baru mengikuti blog ini, pengisiannya sgt bagus. Alhamdulillah. Teruskan usaha saudara Muhd AlFateh ini, semoga mendapat rahmat dari Allah swt dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Alangkah bagusnya kalau dapat menarik lebih ramai pengunjung. apatahlagi di kalangan saudara2 kita yang terumbang ambing mencari jati diri dan masih tidak faham erti cinta kepada Allah yang sebenarnya.