Wednesday, June 2, 2010

Ayoha, Flotilla!!

Bagaimana ya ingin ku ceritakan? Entahla.... Kisah tahi2 ayam yang menghangatkan diri kembali, ataupun kisah 10000 tan bantuan yang hampir dirampas? Hakikat dan realitinya, ramai yg sudah mengetahui apa yang berlaku.. dan, seperti biasa, kecaman demi kecaman dari berbagai pihak berkuasa besar yang kononnya ape ntah boleh dibuatnya..

semata2 gambar hiasan
Negara ini mengecam tindakan Israel..bla..bla..bla.." lagi....... "PBB mengecam keras tindakan Israel yang melanggar bla..bla..bla...."

Muak! Menyampah! Kecaman apa gunanya bro? Hang tu dah la kuasa besar dunia yang bila2 boleh hantar pasukan hancurkan Irael atau apa2 lagi tindakan undang2 yang boleh dibuat? Mu ingat dengan kecaman tu dah boleh tunjukkan yang mu ikut memusuhi Israel..? Sandiwara dunia..... apo nak dikatakan..

Lainlah kalau negara kecik2 macam Malaysia ini.. Apa yang boleh dibuat hanyalah "kami tidak akan berganjak!"-(gaya Dr M).Apatah lagi manusia2 kecil orang awam yang sudah tentu tiada apa2 kuasa melainkan berdemonstrasi , solat hajat dan berdoa'.

Maka, ramai kita tengok masjid2 dan surau2 mengadakan solat hajat menadah tangan berdoa' agar mujahid pejuang di atas kapal serta barang bantuan terselamat daripada mara bahaya.. Satu suasana yang memang jarang dapat kita lihat, namun tak menghairankan kerana ia adalah rutin tidak sihat rakyat Malaysia.

Perlu dengar khabar serangan dulu, baru hendak tunjuk protes? "Alamak! 19 orang dah mati.." baru nak boikot barangan Israel? "Cis, kurang ajar punye laknat.. tak berperikemanusiaan betul!" -komen seorang seorang pemilik akaun facebook yg baru sahaja menukar profile picture kepada bendera Palestine yang sebelumnya adalah gambarnya berkepit dengan minah mane ntah.. "Ya Allah, selamatkanlah Palestine!" rintih seseorang yang sedang mendengar lagu Justin Bieber di komputer sambil menunggu minah"nya" online..

Begitulah situasi2 sedang berleluasa berlaku di seluruh dunia, khususnya Malaysia. Kupasan tentang situasi ini boleh diterjemahkan oleh mereka2 yang mempunyai mata hati, mengambil berat perihal Palestin vs. Israel ini jauh dalam lubuk hati mereka, dan faham apa tindakan yang semestinya dilakukan.

Apakah tindakan paling utama yang mesti dilakukan?



DIkisahkan, pernah pada suatu masa, zaman Saidina Umar Al-Khattab memerintah, terjadinya satu musim kemarau bersangatan yang amat teruk. Lalu, seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk Madinah apabila tiba musim kemarau, telah ditetapkan satu tarikh di mana solat sunat istishqa' (panggil hujan) akan diadakan besar2an di sebuah padang. Lantas, berduyun2lah datang sekalian rakyat dari seluruh pelosok negeri memandangkan seruan khalifah yang semestinya diikuti. Khalifah Umar sendiri mengimamkan solat tersebut. Hairannya, sehingga habis semua kaifiat solat, hujan masih belum turun seperti mana musim2 kemarau sebelum ini.

Fikir punya fikir, akhirnya khalifah Umar berjaya mendapat ilham daripada Allah. Dia terus bangun seraya berucap di khalayak ramai, "hari ini menyaksikan Allah masih tidak mahu menurunkan rahmatnya kepada kita setelah kita semua berdoa'. Beta pasti, terdapat di kalangan kamu semua yang melakukan dosa yang menghalang daripada doa' kita semua dimakbulkan Allah. Oleh itu, bertaubatlah kamu semua atas apa sahaja dosa yang pernah anda lakukan..". Maka, senyaplah akan padang datarn itu lantaran masing2 muhasabah diri atas dosa2.. Sikit2 terdengar rintihan dan tangisan.

Dan, setelah beberapa lama, turunlah hujan selebat2nya menandakan rahmat Allah masih lagi melimpahi penduduk kota dan pemerintahan khalifah Umar yang bijaksana dan kuat pergantungannya kepada Allah..


Lalu, berbalik kepada realiti kejadian sekarang yang menyaksikan seluruh ummat Islam kononnya bersimpati dan bersedih atas apa yang berlaku, saya sarankan anda cuba lihat kembali kepada tulisan saya di perenggan yang ke6.. Betapa sebagai seorang yang mempunyai mata kepala serta mata hati yang sihat dapat menimbangi segala apa yg berlaku di sekeliling dunia Islam.

Akhir kata, saya petik kata2 dari sumber yang saya percayai kesahihannya, "jika ada seorang ummat Islam di dunia ini melakukan dosa, itu akan semakin melambatkan pembebasan ummat Islam di Palestin"..

Sekian....

7 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
rase macam ada kesilapan teknikal
pada perenggan 5
"komen seorang seorang pemilik akaun facebook yg baru sahaja menukar profile picture kepada bendera Israel yang sebelumnya adalah gambarnya berkepit dengan minah mane ntah.."

teruskan menulis=)

Rasailul Ashwaq said...

Bukan 1000 tan bantuan, 10 000 tan la pakcik~

Anonymous said...

oh ye,kalau tak silap saya,rasenye kisah memohon hujan tu kisah zaman nabi musa a.s..baginda dapat berinteraksi terus dengan Allah..

allahu'alam..
teruskan menulis=)

Muhd Al-fateh said...

anonymous 1:

Apa kesilapan teknikalnya ya? entah, ini saya tebak secara rambang saja berdsarkan sembang2 bersama ikhwah yg punyai akaun..
---------------------------
fiddarbi yasir:

kesilapan teknikal ... Oh! mungkin ini akibatnya apabila sudah lama tidak update!
----------------------------
anonymous2:

akan dirujuk kembali kemudian..

Anonymous said...

oooh,sebab kebanyakan kawan2 saya tukar gambar kepada gambar bendera palestin, takde lagi tukar bendera israel..huhu

Muhd Al-fateh said...

anonymous:

kesilapan teknikal lagi.. mungkin akibat dah lama tak update, mungkin... ataupun tulis dlm keadaan hati kotor... Apa2 pun, syukran..

Abdullah Xuais said...

Saya perasan ada gambar "diam-diam berisi" pd pic ke 2.....