Sunday, July 4, 2010

Muslim Taruhan!

Makin lama, sudah makin panas. Hampir sampai ke kemuncaknya. Demam yang dulunya tidak berapa panas sudah mula menunjukkan belang. Tangis pemain diiringi tangis penyokong. Bagi mereka yang sebelum ini semangat merai Samba menari di lapangan hijau ataupun jersi belang biru putih beraksi atas padang mungkin sudah mula bertukar side. Pergilah mana2, tiada lain yang dibincang atau dibicara.

Namun, sedar tak sedar, kelekaan ummat Islam itu sudah terlampau rasanya. Kala negara2 pilihan masing2 berebut tempat ke separuh akhir, berapa orang saja yang sedar bahawa baki masa kita berada di bulan Rejab sudah tinggal tidak lebih daripada 10 hari sahaja? Bagi mereka yang mamanfaatkan match yang bermula pada pukul 2.30am-4.30am untuk bangun sahur dan berpuasa pada siang harinya, pasti tidak akan terleka dan menyedari akan betapa hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan sampai kepada final World Cup bulan Ramadhan.

Jadi, berbalik kepada apa yang sedang hangat berlaku. Senang ceritanya, berbalik kepada tajuk. Setelah menempuh berbagai ujian dan halangan, akhirnya sudah sampai kepada separuh akhir juga World Cup ini.Berikut mungkin bilangan negara yang anda fikir berada dalam World Cup dan bertahan mengikut peringkat.

Peringkat Kumpulan(32)- Pusingan kedua(16)- Suku Akhir(8)- dan sekarang, Separuh Akhir(4).

Tapi, bagi saya, itu angka yang saya kira tak berapa tepat, kerana saya punya satu oersepsi yang lain dalam memandang World Cup kali ini.. Peringkat Kumpulan(14)- Pusingan kedua(3)- Suku Akhir(3)- dan sekarang, Separuh Akhir(2).

Angka apakah ini? Bagi mereka yang pernah membaca entry saya sebelum ini mungkin sudah faham. Ini ialah angka negara yang masih bertahan dari satu peringkat ke satu peringkat YANG diwakili oleh pemain Islam. Dan sekarang, daripada 4 negara yang berjaya ke peringkat separuh akhir (Uruguay-Holland,Germany-Spain), dua daripadanya diwakili oleh pemain Islam dalam squad mereka. Hanya mereka ini saja yang menyebabkan saya masih bersemangat untuk menonton World Cup. Memandangkan ke2 negara ini tidak bertemu sesama sendiri, saya berharap agar kedua2 negara ini dapat bertemu di final.

Berikut adalah Muslim taruhan saya pada kali ini..

Holland

1.Ibrahim Afellay
Baru saja berusia 24 tahun, pemain yang berkebolehan bermain di bahagian tengah ini dianggap playmaker yg hebat pada masa akan datang. Sudah membuat 3 penampilan dalam World Cup kali ini. Walaupun mempunyai bakat, dia berhadapan saingan daripada Rafael van der Vaart dan Wesley Sneijder menyebabkan dia sering dimasukkan pada saat2 akhir. Pada perlawanan menentang Denmark, dia hampir menjaringkan gol, namun bola sepakannya dikeluarkan oleh defender ketika bola itu berada di atas garisan. Afellay terpaksa membuat sesuatu yang luar biasa bagi mendapatkan kepercayaan Van Der Marwjick untuk membuktikan dia mampu bersaing dgn Sneijder dan Van der Vaart.


2.Khalid Bouhlarouz
Pemain yang terkenal dengan tackle yg ganas ini belum pernah diturunkan oleh jurulatih pasukan Belanda dalam World Cup kali ini. Mungkinkah suspension Gregory Van Der iel disebabkan 2 kad kuning akan memberi peluang kepada Khalid Bouhlarouz untuk bermain pada separuh akhir ini?

Kita beralih kepada pasukan Germany pulak....


1.Serdar Tasci
Bermain di pertahanan tengah, pemain berbangsa Turki ini diberi kepercayaan memegang baju bernombor 5, namun sehingga kini masih tidak diturunkan oleh Joachim Low. Meskipun begitu, bakatnya terserlah ketika perlawanan persahabatan dan ujian kelayakan. Mungkinkah ini adalah dikira sebagai secret weapon bagi Joachim Low?



2.Sami Khedira

Diturunkan di setiap perlawanan pada World Cup kali ini, pemain yang dilihat sebagai pelapis kepada Michael Ballack dilihat sudah menujukkan bakatnya yang sebenar. Mampu bermain sebagai holding midfielders, dalam masa yang sama boleh menyumbang kepada bahagian serangan. Khedira tahu bila masa mahu turun dan naik. Prestasi membanggakan Germany setakat ini banyak dipengaruhi oleh Khedira yang mengawal kawasan tengah. Jika permainannya konsisten, mungkin Germany selepas ini boleh melupakan terus Michael Ballack..


3.Mesut Özil
Ini dia! Pemain yang boleh dikira sebagai pemain terbaik setakat ini. Mengemudi barisan hadapan dengan penuh bergaya, menjadi playmaker walaupun baru berusia 21 tahun. Jika Khedira mengawal kawasan tengah daripada serangan pihak lawan,Özil pula mengatur dan mengemudi barisan hadapan Germany. Diletakkan di belakang Miroslav Klose, pemain muda ini sudah mendapat perhatian dunia. Bermula dengan gol tunggalnya yang lawa ketika menentang Ghana, Özil sudah dianggap lebih baik daripada Lionel Messi serta pemain terbaik World Cup 2010 setakat ini oleh Joachim Low.

Seperti pemain2 France, Mesut Özil juga dilihat berdoa' sebelum permainan ketika beraksi bersama kelab Werder Bremen. Namun, masih belum terlihat lagi di Piala Dunia ini. Mungkinkah kamera tidak terarah kepadanya, ataupun ada sebab2 lain? Wallahua'lam..


Sekian sahaja Muslim taruhan saya pada kali ini. Jika kedua2 negara ini kecundang, maka tidak ada sebab mengapa saya perlu bersusah payah mencari website streaming online untuk menonton final Piala Dunia 2010..

3 comments:

Anonymous said...

salam
xnk komen cuma nk ucap tahniah jd MPP wpun xjd KU huhuhuhu....

Qistina Filzah said...

ader gambar ozil bacer doa time world cup bebaru nie...sy dh tgk, arap dier akn lebih menyerlah pasni
[IMG]http://i79.photobucket.com/albums/j129/puteri_qistina/doa.jpg[/IMG]

Anonymous said...

persoalan.
bagaimana pemain bola itu dikatakan muslim,tapi tidak menutup aurat spt pemain2 diatas?dan kita yg melihatnya(bermain dgn dedahkan aurat),tidakkah dianggap berdosa?