Saturday, July 23, 2011

Norway dan Palestine.

Ini merupakan post pertama tahun ini. Serius, saya masih mencari alasan untuk menerangkan kenapa sudah 7 bulan sawang merebak di blog ini. Kita abaikan dahulu perkara itu. Mari kali ini kita berjalan melihat perkembangan negara luar.Saya sangat terpanggil untuk menulis kali ini kerana satu peristiwa yg sangat menarik dan perlu diambil perhatian oleh kita semua. Perkara tersebut ialah perkembangan negara luar yang sangat dasyat berlaku baru2 ini.

Saya bukan mahu bercakap tentang Piala Dunia Wanita. Saya juga tak berniat untuk bercakap tentang bersih 2.0 yang berlaku di seluruh dunia. Jauh sekali nak berbicara tentang kunjungan rasmi PM Najib melawat Queen Elizabeth. Tapi saya mahu anda semua menoleh pandangan anda kepada Norway...

Aiik? Kenapa Norway? Apakah perkara yang menarik itu?

Dahulu saya langsung tidak endah dengan negara Norway. Daripada ekonominya, hinggalah kepada pemain bola sepaknya, semuanya tidak menarik dan membosankan jika diupdate. Orang kata tak berbaloi ambil tahu. Namun, apa yang berlaku baru2 ini sungguh menampar pipi saya untuk melihat kepada negara ini.

Tiada apa yang saya tahu tentang Norway, kecuali pemain Morten Gamst Pedersen, antara pakar sepakan percuma di Liga Perdana Inggeris. Bermain untuk kelab Blackburn. Kawalan bolanya cukup kemas.

Baru-baru ini, secara rasminya negara Norway mengumumkan sokongan penuh terhadap Palestin sebagai negara yang bebas merdeka. Ini menjadikan Norway sebagai negara Eropah pertama yang menyokong negara Palestin dan antara negara yang terawal di dunia tatkala ramai pemimpin2 negara Islam, khususnya negara Arab yang masih merasakan tak perlu untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Mungkin kerana lalai dan mabuk dengan suapan2 daripada Barat dan Israel.

Dan sekarang, Norway berada dalam keadaan yang kucar-kacir. Bermula dengan pengeboman bangunan kerajaan termasuk Pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Tak cukup dengan itu, serangan berupa tembakan rambang terhadap satu majlis Parti Buruh iaitu parti yg menguasai negara sekarang dilakukan. Dilaporkan 91 orang terkorban setakat ini. (terima kasih kepada unifi atas penyiaran Al-Jazeera live tanpa tersekat2)

Walaupun siasatan masih dijalankan, malah PM Norway sendiri menghalang sebarang spekulasi negatif tentang motif serangan ini, ramai berpendapat ia ada kena mengena dengan pendirian Norway tentang negara Palestin ini.

"Norway is of the European country who recognized Palestine as a state. So, now they have been bombed. May Allah help and save Norwegian and give them strength to overcome and resist."- ini saya copy daripada rakan fb.

Betul atau tidak serangan itu bermotifkan pendirian Norway terhadap Palestin, saya kira apa yang berlaku sudah cukup untuk kita semua buka mata dan muhasabah. Sejauh mana dah kita lakukan untuk mempertahankan tanah ummat Islam Palestin? (ntah2 kalau ditanya ibu negara Palestin pun tak tau apa dia)

1 comment:

naihusna said...

Salam...
Norway adalah negara yang aman..bila jadi kejadian ni memang beri tamparan pada rakyat diorang..sebab diorang linean dengan kemasukan immigran Islam ke Norway..takut bila dah jadi macam ni rakyat dia akan jadi Islamophobia macam negara2 Eropah lain..daripada berita-berita dan sumber dari orang sini kejadian ni takde kena mengena dengan pengganas...mungkin ada yang tak puas hati dengan politik kerajaan sekarang..Wallahu'alam..Allah jua yang mengetahui..