Friday, December 27, 2013

Tips Periksa Satu dalam Seribu

Dalam banyak-banyak soalan yang pernah diajukan kepada saya, soalan yang saya kirang paling dan teramat susah sekali ialah "macam mana nak skor dalam periksa?"


Susah nak jawab kerana saya bukanlah orang yang selayaknya untuk jawab soalan itu. Saya sndiri tak faham kenapa orang tanya benda-benda macam ni kepada saya. Sejujurnya tiada jawapan yang tepat yang saya mampu berikan. Hanya goreng seminit dua, orang puas hati sudah lah.

Tetapi kali ini, saya mahu berikan satu rahsia dalam peperiksaan yang anda semua patut tahu. Seingat saya tips ini tidak pernah saya berikan pada orang lain. Anda sebagai pembaca dikira bertuah kerana inllah tips satu dalam seribu. Banyak-banyak kursus motivasi yang saya pernah lalui pun tidak pernah menyentuh tips ini. 

Tips ini berkaitan dengan hadis tiga orang yang terperangkap dalam gua. Saya yakin anda semua oernah mendengarnya. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar hadis tersebut, boleh la baca tentang kisah tiga orang pemuda tersebut di sini http://www.artikel-islam.com/muslim/dzikir-doa-taubat-dan-istighfar/kisah-tiga-orang-yang-terperangkap-dalam-gua/.

Daripada hadis tersebut, telah jelas kepada kita bahawa hukum bertawassul dengan amalan kebaikan yang kita dah buat, agar Allah mengabulkan doa kita adalah harus dan dituntut dengan syarat doa yang dipohon mestilah kembali kepada Allah. Sepertimana dalam hadis, perkara yang mutahil juga boleh terjadi jika kita betul-betul berdoa dan mengharap.

Pasti sudah terbyang tips ketika peperiksaan bukan?

Jadi ketika waktu periksa, selain mengulangkaji pelajaran, usahakanlah untuk diri anda mengintai peluang untuk meakukan amalan kebaikan yang boleh kita tunjukkan kepada Allah agar doa supaya diberi pertolongan akan dikabulkan oleh Allah.

Misalnya?

"Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai seorang kawan yang baik dan aku melazimi belanja dia makan terutamanya nasi arab dan ais krim. Moga-moga dengan amalanku ini ya Allah, kau berikanlah pertolongan kepadaku agar dipermudahkan jawab periksa ini."

Mana tau pen anda akan bergerak sendiri di atas kertas menulis jawapan sepertimana dalam hadis yang disebtkan, batu itu bergerak dari gua dengan sendirinya.

mana tau. Qadarullahu ma yasya'.

No comments: