Friday, October 17, 2008

Sumbangan... Anda Bagaimana?

Salam sejahtera semua yang telah lama membutuhkan entry terbaru, maaflah, baru dapat wireless free lagi.. hehehe.. Jadi, kali ini ana ingin menyentuh sedikit tentang sumbangan... Sumbangan? Aikk? lain macam bunyinye.. nak bagi duit raya ke? Almaklumlah, sekarang msuim raya, sebut sumbangan je mesti terfikir duit raya.. Lebih2 lagi budak2 yang masih dalam lingkungan "berhak" untuk mendapat duit raya.. Macam ana ni, dah out of date dah.. Jadi, hanya mencuci mata dengan melihat tayangan duit raya oleh adikku yang tersayang.. Oh.. baiknya..

Jadi, mari kita berbalik kpd perkara sebenar yang ingin ana sentuh dalam entry ini..

Sebelum itu, ape kata ana cadangkan kita tgk dulu gambar yan
g ana baru dapat ini..


First sekali kalau korang tengaok ana tau ape korang fikir dalam kepala...

"Perghh.. Mad nih dah melampau edit gambar.. Dahlah background dh letak gambar die..Nak tunjuk terrer ah tu... bukannya nak ajar aku photoshop.."

Baiklah2... sebenarnya, ini bukanlah hasil editan ana yang lawa sepertimana background blog yg korang tgk sekarang, bukan juga aku cilok karya editan orang lain, tapi ini lah hakikatnya, ia adalah gambar sebenar.. Tak percaya boleh pergi report gambar ni kt FBI, suruh die check..


Baiklah, itu semua tak penting, yang penting ape kene mengenenya gambar ini dengan "sumbangan"..

Berbalik kepada tajuk...
Bas yang anda semua tengok itu sebenarnya adalah hasil usaha sebuah organisasi islam di Chicago, iaitu Gain Peace.. Oraganisasi ini mengorbankan sebanyak 29 900 dolar untuk pemasangan banner dan iklan untuk dengan motif semata2 untuk menjernihkan pandangan masyrakat omputeh terhadap islam.. Jangan silap faham, yang dipasang Gain Peace hanyalah iklan2 di bas2 itu, bukanlah bas itu Gain Peace punya.. Kalau cmtuh memang sengkeklah organisasi ini..

Mungkin ada yang terfikir, "berjayakah benda ini dibuat? Rasanya mcm perhiasan di atas badan bas semata2.."

Bagi mereka yang beranggapan begitu (termasuk diri ini sewaktu pertama kali mendengarnya), sesunguhnya, Allah takkan membiarkan kerja2 ke arah agamanya terbiar begitu shaja. Sabeel Ahmad, pengerusi Gai Peace berkata, "kami menerima 7 orang yang memeluk islam, 400 panggilan telefon dan website yang sblom ini hanyalah diperlekeh orang naik sehingga 75000 orang seminggu"

Antara mereka yang memeluk islam ialah Moses Robinson yang mengatakan terus menelefon nombor telefon Gain Peace yg tertera di badan sebuah bas sebaik sahaja bas itu melalui kawasannya.Dia masuk islam hanya sehari selepas diterangkan tentang dengan islam secara jelas2nya oleh seorang anggota organisasi itu.


Baiklah, berikut adalah antara langkah2 yang dilakukan oleh sebahagian orang muslim yang mempunyai nilai untuk disumbangkan kepada islam, yg mana lari dari golongan yg disebut Rasulullah sebagai buih2 di lautan... Ini juga dikatakan sebagai sumbangan kpd islam.. Persoalannya sekarang, saudara kita di negara Barat terus menerus berusaha bersungguh2 untuk memastikan islam diterima oleh masyarakat barat di sana...

Manakala, kita di sini terus menolak cara hidup islam yang mana kita merupakan antara penganutnya.. Semakin ramai yg menempah rambutnya untuk dibakar saban hari.. semakin ramai yang menayangkan mukanya di page2 Frienster ataupun Myspace.. Makin ramai yg terikut2 budaya Shuffle dan sebagainya.. Yang pastinya, kita seperti sengaja menjauhkan diri drpd islam itu sendiri , dalam masa yg sama saudara kita ni negara bukan islam berusaha2 kehabisan peluh untuk memperjuangkan islam..

Di manakah sumbangan kita?

No comments: