Friday, October 31, 2008

Melayu......... Mengapa?

Melihat kpd tajuk, sudah tentu ramai yg timbul perasaan tak puas hati, lebih2 lagi sekarang isu2 perkauman nih amat sensitif sekali diperkatakan.. Jadi, ana tak akan ambil risiko dgn meloncat masuk dalam kancah perkauman yg lebih byk bergelojak dlm bidang politik.. Lebih2 lagi ana sedar umur yg masih tak melayakkan diri untuk mengundi, apatah lg bergiat aktif dalam politik..

Oleh itu, entry ana kali bukanlah tentang isu azan yg dah lapuk, isu papan tanda jalan yg sengaja dibesar2kan, ataupun isu penghapusan kuota 30% Bumiputera atau ape ntah bunyinya.. lebih kurang mcm itulah juga.. Tapi, kali ini hanya menyentuh perkara2 yg sering korang buat atau lebih tepat katakan, tidak kira secara sengaja ataupun tidak..

Seringkali terdengar di telinga2ku bunyi yg dtg dari mereka yg berbangsa Melayu.. "inilah orang Melayu.." ataupun lebih kurang maksdunya macam ni.." inilah orang Melayu.. lemah.. banyak kelemahan.." dalam tak sedar yg diri tuh orang Melayu.. (aku orang Jawa.. hehehe)..


Satu persoalan... Mengapakah Melayu yg dipersalahkan setiap kali ade benda yg sebegini..?
Dan....... Mengapa tidak kata "inilah orang islam.."

Bukan nak bagi korang sengaja memburuk2an islam itu sendiri, malah aku paling pantang kalau ade yg memburukkan agamanya sendiri dengan perangai yg entah ape2.. Joget san, joget sini, seret kaki sana, sereta kaki sini.. (eh. lain macam bunyinye..)
.. Tapi, kalau korang fikir dengan mengatakan "inilah orang Islam.." itu memburuk2kan islam, bukankah sama saja korang mengatakan "inilah orang Melayu".. bahkan megutuk diri sendiri.. hahaha.. nak gelak pun ade.. tp hakikatnya dah gelak dah pun...

Bukan bermaksud mahu berkata "daripada burukkan Melayu, alang2 baik burukkan Islam..", tetapi mahu korang fikir..............

Jika anda cakap "inilah orang Melayu.." Apa yang anda dapat?
Dengan anda berkata "inilah orang Islam.." tak ade satu perasaan lain ke? Ia akan secara tak sengaja memberikan satu pukulan atau tazkirah kpd kita sebagai ummat islam..? Tazkirah....sesuatu yg mesti dalam kehidupan seorang Muslim...

Berkata tentang Kelemahan Islam, teringat pulak tentang suatu
pendedahan oleh Panglima Perang Israel ketika pencerobohan ke atas Palestin dilakukan...General Moche Dayan...



Berkata si laknat Moche Dayan..:

Kelemahan utama ummat islam ialah 3 benda:

1.Malas
2.Tidak mengkaji sejarah
3.Perancangan tak teliti

Ini bukan suatu pemberitahuan oleh Allah melalui kitabnya.. Bukan juga daripada hadis... jauh sekali oleh ulama'2 muktabar zaman sekarang... Tapi, ia telah diberitahu oleh seorang musuh islam!! Tak memalukan ker...? Ibarat kita sedang berperang, tiba2 Panglima Perang musuh dengan selambenye membongkarkan taktik dan perancangan mereka, beserta2 kelemahan2 kita lagi yg perlu dijauhkan dan dibaiki... Kan memalukan tuh...

Apabila kengkadang ana terfikir........mengapalah si laknat tuh boleh dengan selambe bagitau.. dan ape pulak motif die bagitau bende nih..? Die tak takut ke nanti die kalah sebab dedahkan kelemahan yang perlu kita baiki...

Fikir punye fikir... baru terlintas.. "bodoh jugak aku rupanya.." dah kata pertama sekali kelemahan ialah MALAS... tentulah dia berani bongkarkan sebab ummat islam malas nak baiki kelemahan.. Begitu juga dengan TIDAK MENGKAJI SEJARAH... dah kata malas.. kalau dia bongkarkan yang kita tak mengkaji sejarah pun bukannya kita nak kaji.. Apa lagi poerancangan tak teliti... Perghh! Boleh lagi kita berdiam diri ketika itu....

Dan sekarang, pihak musuh2 islam sedang bergelak ketawa melihat ummat islam yang dah semakin jauh daripada agamanya sendiri.. Sape yang tak nak gelak kalau dah bagitau kelemahan, tapi masih buat jugak.. Siapa yang tak gelak kalau tengok segala perancangan dan jarum2 yang dicucukkan berjaya berjalan dengan lancar... Siapa yg tak gelak kalau tengok musuh2 mereka kene serang tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya sedang kene serang..

Dan sekrang, aku sedang menulis entry ketika orang lain sedang bertungkus lumus bergelumang dengan buku2 sempena imtihan yang menjelang, untuk membuktikan bahawa ummat islam sekrang tidaklah sebodoh yang disangka....

1 comment:

Anonymous said...

Propitiation Our True Prices at www.Pharmashack.com, The Unequalled [b][url=http://www.pharmashack.com]Online To some capaciousness [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Espy Saturnine Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Disrespectful a Noted Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] In next of Your Nutriment ! We Hawk Idiosyncrasy [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !