Wednesday, March 4, 2009

Anak2 Kita..

Di keheningan pagi, tatkala sejuk mencengkam menerobos masuk melalui jubah biruku, ketika masih yang lena di selimutkan kulit babi oleh Setan L.A, langkah seorang pemuda yakin balik ke rumah setelah berjema'ah subuh di surau berdekatan.. Akulah itu, siapa lagi? Lintasku di sebuah tadika yang sudahpun hidup dan riuh walaupun jam di tangan kiriku masih belum menunujukkan angka 7.

Sebab ape riuh?



Kerana sebuah kereta MPV sedang parking di depan tadika tersebut. Jadi? Itu bukan sebabnya sebenarnye.. Sebabnye ialah tuan merangkap pemandu kerta tersebut struggle untuk menyuruh anaknya ke tadika tersebut. Aku tengok memang bersungguh2 bapak dia tarik die masuk tadika tuh.. Anak die pulak, pergh! AMAT bersungguh2 melawan cakap mak bapak die.. Menangis itu sudah pasti. Aku yang tengok ni pun seperti nak menangis sekali.. Smentara mak bapak dia dengan selambanya tarik2 anak dia sambil marah2 dan tengking.. Pukul aku tak pernah tengok lagi..Dan, sejujurnya aku cakap yang budak itu menurut kacamataku lgsg masih tidak harus diletakkan di tadika.

Rasa pelik timbul bertalu2.. Pelbagai persoalan menerjah masuk ke ruang otak ku..

1.Apsal awal giler tadika ni beroperasi?
aku jawab sendiri.. Mungkin budak ni sorang je yg dtg awal..

2.Apsal bapak die awal gile hantar anak pgi tadika?
aku jawab sndiri gak.. sebab bapak die nak pgi kerja awal..

3.Apsal budak tersebut taknak pgi tadika tuh..
yg ni byk pilihan..
-Tadika tuh x best
-Dia syg gile kat mak bapak die
-Sebab pgi awal sangat
-sayang kt bibik kt rumah dan kereta yg lawa
-sebab kt tadika tak boleh bukak cetusanmindaseorangpemuda.blogspot
(dah stat merepek)

4.Apsal bapak die sanggup hantar budak sekecik tuh kat tadika awal2 pagi?
yang ni jadi point utama aku kali ini..

-Sebab mak nak kerja walaupun gaji suami dah cukup.
-Mak bapak sekarang dah tak sayang anak lagi.
-Mak Bapak pentingkan dunia dan harta lebih dari anak.
-Mak bapak zalim, kejam, sengal sewel, bodoh, bahlul.. Harta dengan anak pun x reti beza mane satu lebih berharga..

Memang lah aku tak dapat nak nafikan yang bukan semuenye macam tuh.. Tapi, rasanya ini sudah keterlaluan.. Memang aku selalu jumpa mak bapak yang sayang anak, tak dapat nafikan.. Tapi, kisah lagi satu lebih menyedihkan.. Ini dalam keluarga aku jugak..

Ade seorang pensyarah.. Ade dua orang anak, sorang 7 tahun dan 5 tahun. Ceritanya bermula apabila kemasukan pelajar baru ke universiti tempat dia bekerja bermula dan dia selalu sahaja balik lambat.. Dua orang budak tersebut duduklah dengan ayah mereka yg biase lah.. Lelaki, mane nak same dgn mak... Jadinya, sementara menunggu mak mereka balik dengan sabarnya, mereka melakukan projek yg melibatkan melukis.. Dan hasil projek itu diletakkan di depan pintu rumah.. Apabila mak mereka pulang, tergamam dia tatkala melihat tulisan besar2 yg jelas hasil karya anaknya.. "MAK KENAPE BALEK LAMBAT? DAH TAK SAYANG KITE LAGI KER"..

Tengok dan lihat? Anak2 pun tahu mane satu lebih berharga.. Apa lagi nak dikata?

Aku rasa punca utama ini ialah ketamakan serta kerakusan, lagi ketidakcukupan sang Isteri yang seboleh2 mahu bekerja, padahal jika diikutkan keadaan sekarang (bagi aku lah), adalah menjadi keutamaan dan lebih selamat jika sang Isteri tidak bekerja. Tengok sajalah, berape banyak kite dengar kisah curang isteri bermula di tempat kerja.. Lebih2 lagi kelakuan ini seperti didorong oleh movie2 drama Melayu yang sengal ntah ape2..

Memang perempuan bekerja bukanlah suatu yang dihalang dalam islam, bahkan isteri Rasulullah sendiri bekerja.. Ini disebutkan secara tak langsung dalam hadis yang di mana suatu ketika Rasulullah terlihat dan terpegun akan kecantikan seorang wanita ajnabi, lalu baginda segera pulang ke rumah Zainab binti Jahsy, isteri baginda untuk melepaskan kepuasan yg dikatakan juga ketika itu Zainab sedang bekerja, tetapi suami punye pasal, no hall lah!

Tetapi jika dilihat sekarang, suami pun dah gaji besar.. Sebulan gaji cukup makan untuk tujuh keturunan.. tetapi, si Isteri tetap juga mahu bekerja dalam masa yang sama anak2nya terbiar di luar.. Ntah merempit, rokok, ganja, dadah, heroin, morphin, amende lagilah yg makin menyerang remaja islam sekarang.. Belum kira perkara sembunyi2 yang tak larat aku nak sertakan di sini..

TAPI, MAK MASIH LAGI TETAP DENGAN BEKERJA?

Ntah, aku pun tak tau berapa banyak cerpen2 yg aku baca kt majalah kanak2 waktu aku sekolah rendah dulu yang mengisahkan lebih kurang begini jalan cerita dia....... -Pelajar yg tak dapat kasih sayang mak bapak, anak orang kaya-balik dari sekolah kene culik-penculik mintak wang tebusan-pastuh mak bapak repot polis secara senyap2, pastuh penculik dpt ditangkap-anak berjaya diselamatkan- dan kemudian mak bapak insaf dengan perangai mereka yg tak hiraukan kasih sayang kepada anak..

Ataupun berlambak2 lagi cerpen2 yg lebih kurang penceritaannya, persoalan serta nilai dan pengajran yang sejibon sebijik giler.. Tapi, aku rasa penulis cerpen tu salah hantar sebab sepatutnya cerpen tu hantar kt majalah orang dewasa, bagi mak bapak insaf sket.. Ni tak, nilai dan pengajaran menjurus ke arah mak bapak pgi bagi budak kecik baca.. Memang bijak habes lah..

Akhir sekali aku nak berterima kasih kepada mak aku yang tak bekerja, bahkan telah menggariskan syarat untuk aku mencari jodoh bile besar nanti iaitu "cari perempuan yang tidak bekerja".. Kalau tak sebab syarat mak aku yg mungkin korang anggap pelik ni, mungkin tak terfikir langsung aku nak buat post ini.. Dan kpd mak bapak yg terbace post ini, ade yang nak tiru syarat mak aku? Dipersilakan.. tapi kalau anak2 korang mengamuk jgn salahkan aku!

5 comments:

Student Al-Manar said...

Salam Alayk =)

1. First comment, kasarnya bahasa...
Maaf, ana ni perempuan.. dengar perkataan "KAU" pun dah berdesing telinga, apatah lagi *****,***** dan macam-macam lagi.

~Macam ana seorang je yang bace post ni.. Sorry2..

2. Perempuan bekerja... Hmm... Kalau ikut biah family ana and sekeliling, agak mustahil la nak berlaku pkara2 buruk mcm ni..

~Apa2 pun, minta ALLAH jauhkan..
Nauzubillahi Min Zalik =)

3. Pasal budak nangis tu, takleh nak suuzzon kat die and mak ayah dia.

4. Bagi mak2 yang bekerja tu, kalau dh ada banyak duit, tak payah lekat sangat dgn kerja.. Better bekerja di rumah.. Tapi, bagi mak2 yang aktif dengan urusan dakwah mcm JIM or ISMA, harap anak2 faham.. Ummi keluar untuk memartabatkan ISLAM..

~Kalau tak menyusahkan, bawa la anak2 sekali.. Hmm.. Comment ni untuk para ibu..

Kepada saudara (tak tau nama): Teruskan melahirkan idea2 mantap..

Binalah ISLAM dalam dirimu, nescaya ISLAM terbina di sekelilingmu..

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam

Siti Nur Lily Fahida Bt Barahim said...

salam pemuda..tapi kalau awak bertemu dengan gadis yang bekerja, macam mana??

dr.EISmaAdiba.. said...

salam.....
huhu
teringat memori kat tadika...
x best langsung cikgu yang ajar...
tapi nak dijadikan cerita...baru2 nie taaruf dengan anak saudara cikgu tue...merangkap naqib..huuh..

1.apa kata kita belajar menjadi anak yang menerima keadaan seadanya...
2.bukan salah makcik anta nak bekerja...mungkin memberi manfaat disisi insan lain yang memerlukan ilmu....bukan faktor materialistik..
3.insyaAllah tulisan ini ditulis ketika penulis dalam ketenangan...

NahnuNasrullah said...

Student Al-Manar:

1.Mengikut kajian dan pengalaman, bahasa kasar lebih terkesan daripada bahasa lembut.. Dan juga, dulu ana pernah buat undian kt tepi blog ni, dan keputusan mmg lebih separuh menyokong ana menggunakan ganti diri 'AKU'..
Asiff kalau terluka..

2.Tahniah!

3.Betul3.. (gaye upin ipin)

4.Insya Allah, sebenarnya kalau kite tolong jaga agama Allah, yg akan jaga dan membentuk anak kita juga Allah yg Maha Berkuasa.. Jadi, mereka yg begini mmg perlu yakin dan tawakkal..

Syukran atas nasehat..

-------------------------------
Lily Fahida:

Kalau dh takdir apa yg nk dikata?

--------------------------------
Dr.IesmaAdiba:

1.Kalau dh umur 3 tahun, mcm mane nk menerima seadanya?

2.Ana x salahkan makcik ana sebenarnya.. cume nk bgi contoh bdk yg pandai berfikir.. tak gitu?

3.Tahniah! Anda berjaya mengikut peraturan..

SirAlep said...

Hmm..ada betulnya juga pendapatmu itu..tetapi mungkin ibu-ibu yang bekerja itu bekerja supaya anak-anaknya dapat hidup dan belajar dalam keadaan yang paling selesa.

wallahualam

(dah cukup bertajwid dah bahasa melayu ku?)