Saturday, March 28, 2009

Rindukan Dulu.......

Padang bagi sebuah kejohanan bola sepak masih basah dek hujan yang turun lebat sejak pagi tadi.. Baru saja ia berhenti lebih kurang 30 minit yang lalu. Nampaknya hujan itu sedikit menganggu perjalanan kejohanan yang mana merupakan satu kejohanan yg boleh dikatakan berprestij juge, ataupun lebih tepat lagi saringan bagi kejohanan yg berprestij. Di tepi padang, barisan pasukan yang akan bermain pada perlawanan seterusnya sudah sedia menanti arahan masuk padang.

Setelah bersorak, dan mengambil posisi masing2 dengan muka yang penuh mengharap kemenangan, meskipun itu merupakan kali pertama mereka mengambil bahagian dlm kejohanan ini, berbanding lawan mereka yang merupakan juara bertahan.Kata2 yg memang diulang2 oleh 'jurulatih'mereka, "ape2pun, kita mesti menang".. Dan dengan tekad dan niat yang membulat hanya satu, iaitu kemenangan, merekapun kick-off....

Pritt..Pritt... wisel dua kali menandakan waktu rehat separuh masa telah sampai. Keputusan berpihak kepada pihak lawan dengan 1-0. Nampak mereka kembali berkumpul utk membincangkan taktik dan serangan yang proaktif untuk pasukan mereka.Namun begitu, antara kesebelasan pemain utama mereka, terdapat 'seorang pemain' merasakan perkara yang tak menyedapkan hati. Bukan kerana mereka sudah ketinggalan, dan juga bukan disebabkan gerun akan pihak lawan mereka yg hebat, tapi lain daripada itu.. Apa yang dia sendiri tak berapa pasti. Seperti dia pernah mengalami situasi sebegini, mungkin kerana sudah begitu lama kejadian itu.. Dia berusaha untuk mengingatkan kembali..

Aha! sudah ingat..

---------------------------------------------

Perlawanan takraw akan bermula sebentar lgi.. Pemain2 utama kelihatan berkumpul bersama ketua rumah sukannya.. Nampak seperti memberi kata2 semangat. Bukan kata2 yang biasa, tetapi yg luar biasa. Yang jarang untuk ditemukan di mana2 tempat lain di muka bumi ini..

"Ingat! Jika antum main kerana hendak menang semata2, maka rugilah antum. Kerana yang mempunyai hak milik menang ialah Allah, tapi, jika antum bermain kerana Allah, maka ketahuilah bahawa dia berhak meletakkan kemenangan ke atas antum jika dia kehendaki dan juga jika dia mahukan kekalahn menimpa kita, tiada siapa boleh menghalang. Dia juga Maha Mengetahui mana yang lebih baik bagi diri kita, samada kemenangan atau kekalahan. Jadi, bermainlah kerana Allah.."

Dan, selepas itu, mereka pun berdoa'.. Mungkin banyak tempat kita boleh tengok orang berdoa' jika hendak berlawan, tapi jarang sekali orang yg berani berdoa' sebegini,

"Ya Allah, jika menang itu merupakan kebaikan untuk kami, maka letakkanlah kemenangan ke atas kami, tetapi jika kekalahan itu lebih berhak bagi kami, maka timpakanlah kami dengan kekalahan kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui.."

Dan perlawanan pun bermula...

Segala aksi2 yang hendak dilihat oleh penonton semuanya ditunjukkan dalam perlawanan tersebut.. Sengit punya perlawanan, nak dijadikan cerita...... "Set pertama dimenangi oleh............." pengadil mengumumkan set pertama dimenangi oleh pihak lawan. Wajah hampa menyelubungi, tapi teringatkan ucapan semangat ketua rumah tadi, ketiga2 pemain tampak sempoi dan tenang walaupun dikalahkan dalam set pertama. Ketua rumah dari kejauhan meluru ke arah pemain.. berkata dia, "Hadis Rasul ada menyebut:"sesiapa yang melazimkan dirinya dengan istighfar, maka Allah menjadikan segala permasalahannya ditunjukkan jalan keluar, segala kegelisahan ditunjukkan penyelesaian, dan diberikannya rezeki dari sumber yang dia tidak disangka2", maka dengan ini, marilah kita mengambil kesempatan maa rehat ini untuk beristghfar sama2, mudah2an Allah memberikan apa yang dijanjikan dalam hadis tadi.."

Dan, apabila keputusan akhir sekali apabila habis set ke3, ternyata keputusan memihak kepada pihak 'pemain tadi' dan akhirnya.............

-------------------------------------------

Kembali ke realiti...

Ya! dia sudah tahu masalah ketidak sedapan hatinya tadi.. Segalanya sudah jelas.. Nampaknya persekitaran tempatnya yang baru tidak setulus dan semurni yang dulu. Dari awal lagi nampaknya tujuan dan niat sudah terpesong dan tidak murni. Tidak bertepatan dengan mereka yang menjadi satu2nya pasukan yang berikonkan agama. Nampaknya 'pemain tadi' terpaksa mendiamkan diri dan cuba memohon kepada Allah secara diam2 supaya dimudahkan laluan untuk pasukannya..Dan supaya permainan bolanya ini dituliskan pahala atas percubaannya memperbaharui niat di tengah2 permainan. Namun dia tahu, jika dari awal mereka sudah ditanamkan niat yang salah, maka Allah akan tunjukkan siapa sebenarnya yg kuasa memberi kemenangan..

Dan........

GOL!!
GOL!!
GOL!!

Tiga bolos, dan........

Pritt!Pritt!Pritt!..........

Semua pemain bermuka malu dan kecewa keluar dari padang, bersalaman ala2 tidak ikhlas. Semua rasanya usaha mereka berlatih selama ini sia2 belaka. Kekalahan mereka ini bermakna mereka gagal untuk ke pusingan yang seterusnya.. Di tengah2 kepasrahan mereka, 'pemain tadi' berharap setingginya yang permainan tadi diterima oleh Allah sebagai amalnya.. Moga2 dapat menyelamatkannya apabila tiba hari dia perlu sangat untuk mencari penyelamat.. Dan juga, moga tidak sia2 segalanya..

(p.s: Aku rindukan dulu...)

2 comments:

Anonymous said...

salam alaik...semoga sntiasa thabat dlm prjuangan saudara dlm jalan mnuju jannah!!

saya dh baca post saudara..ape mksud saudara "rindukan dulu..." adkh saudara merindui sekolh saudara yg dulu di mana saudara mndpt segalanya??

tdk bahagia di sekolah yg skrg??

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ada 2 soalan di situ.. satunya jawapannya "ya", dan satu lagi sebaliknya..

Sekian.