Sunday, July 12, 2009

Belajar Untuk Ke Neraka?!

Sekali lagi dalam bahang periksa.. Entah, saya tidak pasti, ini karutan saya yang kali ke berapa tentang benda periksa ini. Kalau tidak silap sudah masuk 4 kali, dan kali ini imtihan datang lagi dan berahi untuk mencoret sesuatu tentang periksa semakin meningkat.. Lalu, dengan harapan penulisan ini lebih matang daripada karutan2 tentang periksa sebelum ini, saya gagahkan diri untuk menggerakkan sendi tangan menaip dalam keadaan kawan2 yang lain masih menelaah buku.. heh.

Ramai yang saya tahu agak terkejut beruk apabila membaca tajuk. Bunyinya macam dasyat. Ya, memang tajuk selalu diletakkan supaya pembaca merasa teruja, namun saya tidak pernah saja2 meletakkan tajuk salah semata2 kerana itu. Apa yang akan saya tuliskan nanti akan menghuraikan tajuk itu.

Tidak kira siapa mereka, semestinya mereka mengharungi alam persekolahan,sekolah rendah/menengah, kemudian universiti.. Dan itu semua dinamakan alam pembelajaran. Benar, dan kemudian akan memasuki alam yang mana tidak lagi belajr, malah kesinambungan daripada alam pembelajaran mereka. Itulah yang dinamakan pekerjaan..

Setiap daripada kita, pastinya ditanamkan sifat belajar bersungguh2, nanti apabila sudah besar, senang hendak bekerja, dapat gaji besar, hidup tak susah, boleh hidup senang, dan macam2 lagi.. Itu pasti semua orang akan rasakan, dan akan disuntik dalam minda tatkala berada dalam alam pembelajaran, samaada didorong oleh ibu bapa, guru2, ataupun kesedaran diri sendiri.. Satu persepsi umum, "belajarlah rajin2, nanti besar nanti dapat bekerja".. Itulah dia..

Ramai dah dapat agak mungkin, yang saya tak bersetuju dengan persepsi ini dan akan mengutuk menegur mereka yang menanamkannya dalam diri.. Agakan itu mungkin dari gaya penulisan saya.. Benar, namun benda umu sebegini rasanya jika saya bangkang dengan mentaliti dan Cetusan Minda semata2 rasanya tak kuat langsung. Oleh itu, elok jika saya sertakan hujah.. Insya Allah, segala hujah yang saya beri merupakan pembelajaran serta carian sendiri, bukan dengar2 dari orang saja atau saya baca2 saja di internet.. (saya amat tak suka golongan begitu secara jujurnya)

Hadis Rasul:( من طلب العلم لأربع دخل النار: من طلبه ليباهي به العلماء ، وليماري به السفهاء ، وليستميل به وجوه الناس إليه أو ليأخذ به من السلطان ) .

Maksudnya: "Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu,dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan untuk supaya manusia memandang mulia kepaanya, dan untuk MENDAPATKAN HARTA DARIPADA ILMU TERSEBUT."
(Bukhari)

Lalu, bagaimana? Jelas bukan?

Saya bukanlah jenis mereka yang sangat gemar menyalah2kan itu ini semata2 tanpa menunjukkan jalan yang betul.. Seperti juga SEBAHAGIAN mereka yang menyeru kepada boikot, tapi langsung tidak ada satu alternatif pun untuk menarik manusia daripaa boikot.. Malah, apabila ada pihak yang cuba untuk mewujudkan alternatif, dikutuk2nya pula.. Katanya, "Kenape tiru2 name produk orang lain? Takde identiti sendiri ke? Main tiru2 pulak.." Lalu, untuk mengeluarkan saya daripada golongan ini, saya pun cubalah nyatakan apakah qasad sebenar yang perlu ditanam oleh mereka yang menuntut ilmu..

Imam Al-Ghazali menyatakan orang yang menuntut ilmu terbahagi kepada 3:

1.Yang menuntut ilmu untuk bekal kepulangan di akhirat.
2.Orang yang menutut ilmu untuk bekalan di dunia yang fana.
3.Orang yang menuntut ilmu atas pengaruh syaitan L.A..

Golongan yang pertama itulah yang perlu kita masuki, manakala golonga yang kedua yang rata2 orang zaman sekarang, manakala yang ketiga ialah yang menggunakan ilmu itu untuk tujuan jahat.. Yang ini jelas, mungkin kesalahannya, berbanding yang ke2..

Saya rasa cukup jika saya sentuh yang pertama saja, memandangkan yang kedua sudah saya terangkan di atas dan rata2 orang saya yakin sudah faham. Manakala yang ketiga juga satu perkara yang jelas, yang mana samada ilmu itu memang ilmu yang menunjukkan ke arah kejahatan, ataupun asalnya ilmu itu baik, tapi digunakan ke arah kejahatan.

Yang dimaksudkan dengan menuntut ilmu untuk kepulangan bekal di akhirat pula agak suaah untuk difahami.. Dengarnya seperti amat susah. Sepertinya, kita hanya perlu menuntut ilmu agama semata2, lalu pembangunan, ilmu perubatan, ilmu SEJARAh, dan lain dia abaikan.. Ya, memang susah nak memandang ilmu2 itu sebagai bekalan di akhirat. Namun, ia boleh jika beberapa perkara dilakukan..

1.Menuntut kerana hendak menggapai keredhaan Allah. Ini kerana Allah memang menyuruh kita menuntut ilmu atas kerana dunia ini dan keseluruhannya sekali adalah milik dan kekuasaan Allah.. Jadi, apabila ilmu ini dituntut, lalu sepatutnya hubungan dengan Allah itu lebih rapat lagi..

2.Menuntut kerana menujukkan ketaatan kepada Allah.. ini saya sudah nyatakan dalam karutan saya pasal imtihan yang lepas.. ianya satu kalimah yang mudah, tapi mampu memberi motivasi.. "الدرس هو طاعة الله "

3.Menuntut ilmu duniawi dengan keazaman yang kuat dan tinggi untuk menggunakan ilmu itu untuk membangkitkan Islam.

Saya contohnya, walaupun sampai sekolah menengah, namun masih tak saya tetapkan satu pun cita2 yang ingin saya putuskan, tidak seperti semua orang. Kerana dalam otak saya, saya akan mencari pekerjaan yang membolehkan saya menyumbang kepada Islam secara maksima.. Kiranya, jika dengan menjadi doktor menyebabkan saya boleh menyumbang kepada Islam, maka saya kan pilih itu.. Katakan pula, jika dengan menjadi jurutera akan membolehkan sumbangan kepada Islam itu lebih besar, maka itulah pilihan.. Tapi, memandangkan sebenarnya ummat Islam bukanlah ketinggalan dalam teknologi masalah yang besar ataupun kekayaan, tapi sebenarnya masalah ilmu agama yang cetek itu sendiri, lalu mungkin juga dengan menjadi ustaz itu pilihan terbaik..

Sebagai contoh, ummat Islam sekarang punyai hotel paling mahal di dunia 7 bintangm di Dubai.. Lalu, adakah sebab ketinggalan teknologi yang menyebabkan Islam lemah sekarang?

Lagi, Suleyman Al-Fahim, seorang Arab yang beragama Islam mampu membeli dan memiliki kelab utama di Premier League, Manchester City.. Bukan suatu yang lekeh.. Gaji seorang pemain purata paling kurang 30,000 dolar SEMINGGU.. Itu bagi pemain professional, belum kira lagi gaji pemain2 muda dan reverse squad, tambah akademi lagi.. Senang cerita, tak kurang daripada 10 juta dihabiskan SEMINGGU untuk membayar gaji pemain sahaja.. Dan itu semua mampu dibiayai oleh seorang jutawan Arab.. Lalu, siapa cakap ummat Islam kekurangan wang?

(saya sudah merapu sampai kesini nampaknya.. Sedangkan tadi bahas soal menuntut ilmu)

Kesimpulannya, marilah kita belajar denga qasad dan niat yang betul, bukan lagi dengan pemikiran jahiliyyah yang rata2 masyarakat zaman sekarng berfikir itu bukan perkara yang salah.. Sedang perkataan دخل النار yang diucap Nabi bukanlah suatu yang kecik.. "masuk neraka".. Siapa yang memandang tidak endah, tak tahu saya mahu kata apa..

Rujukan: Minhajul 'Abidin-Imam AlGhazali, Ta'lim Al'Muta'alim Tariq At-Ta'lim

1 comment:

Anonymous said...

wooosshh!!..takot plak aku dengan ilmu yang aku ader nie...aderkah aku riak dengan ilmu yang ader pada diriku..
(cuber bagi post camner nak elak dari menjadikan ilmu sebagai jalan ke NERAKA)