Friday, August 28, 2009

Mourinho Cari Gaduh, Kanoute Berbangga!

Pada bulan Ramadhan ini sepatutnya tak menulis apa2. Maklumlah, para sahabat dulu pun mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain dek kerana kesungguhan mereka dlm beribadah.. Pulun habis.. Jadi menulis ini pun kerana benda penting yg rasanya wajar dikongsi.. Lagipun pantang penulis blog ini rehat sedikit saja, pasti akan ada yg bising.. Lalu, dengan 3 pihak ku letakkan sebagai tajuk post di atas terbikinlah tulisan yg tak seberapa..

Dah lama rasanya tak bercakap tentang bola sepak.. Entah, tiada siapa yg bertanya. Rindu pulak.. Mungkin ramai yg terfikir, ape yg hang nak cakap tntg bola sepak dlm bulan Ramadhan ni? Sesungguhnya, bulan Ramadhanlah yg menyebabkan pemain2 beragama Islam ini terkenal sikit..

Bagi anda yg agak baru di Cetusan Minda ini, eloklah jenguk2 ke page di bawah agar jelas kpd anda fikrahku tentang bola sepak:
-Majulah Bola untuk Islam
-Merealisasikan satu team Islam
-Nicholas Anelka, RVP dan Tariq bin Ziyad

Kebanjiran pemain Islam di Eropah sudah sedia maklum oleh semua orang. Maka, kedatangan bulan Ramadhan yg mewajibkan penganut agama Islam berpuasa memang menarik perhatian peminat bola sepak. Bagaimanakah keadaan pemain2 yg berpuasa?

Situasi ini menyebabkan satu kenyataan perlu dijelaskan kepada masyarakat Eropah yg meminati bola sepak memandangkan ramai pemain2 bintang kesukaan mereka beragama Islam. Maka, saya selaku penganalisis bola sepak dari sudut Islam tak akan ketinggalan dalam mencari sumber2 yg menarik. Maka, saya berjumpa dengan satu artikel daripada Goal.com yg bertajuk, Understanding Ramadan And Its Role In Football.. Penemuan saya ini amat mengujakan kerana website sensasi bola sepak menyiarkan artikel ini.. Ini perkembangan yg bagus dalam menerangkan secara tak langsung ajaran Islam itu sendiri kepada masyarakat Eropah..

Saya mengucapkan setinggi2 respect kepada penyerang Sevilla, Federic Kanoute yg dengan bangganya mengatakan "I Can Keep Fasting In Ramadan Even When I Am Playing". Bukan Kanoute saja, malah sejumlah pemain juga memegang prinsip yg kuat sepertinya. Antaranya:
-Mahmadou Diarra (Real Madrid)
-Franck (bilal) Ribery (Bayern Munich)
-Karim Benzema (Real Madrid)
-Lassana Diarra (Real Madrid)
-Sulley Ali Muntari (Inter Milan)

-foto:(Federic Kanoute menerima Anugerah Pemain Terbaik Benua Afrika 2008.. lihat, pakai jubah!)

Ada juga yang dikatakan berpuasa, tapi mereka tidak mengeluarkan kenyataan di media yg mengatakan mereka berpuasa. Namun, beberapa bukti yg sahih dan kenyataan saksi yg mengatakan mereka tidak menyentuh langsung air isotonik, Gatorade selepas berakhir perlawanan. Mereka ialah:
-Abd Salam Bilal a.k.a Nicholas Anelka (Chelsea)
-Robin van Persie (Arsenal)
-Samir Nasri (Arsenal)
-dan lain2 yg saya mungkin terlepas pandang.

Malangnya, ada juga pemain2 yg sanggup meninggalkan puasa semata2 menjaga komitmen kepada kelabnya sebagai pemain professional.. Mereka ialah____ saya rasa tak perlu untuk sebut nama mereka memandangkan ini suatu keburukan. Tapi cukuplah saya katakan mereka mengeluarkan kenyataan sebagai "delay their Ramadan fasting to honour their professional commitments with the club." Namun, ini bukanlah suatu yg memalukan kerana mereka hidup di negara Eropah, yg mana masing2 mungkin sebelum ini sudahpun terkena berbagai2 cubaan sebagai seorang muslim.

Dalam masa yg sama, ade pulak seorang jurulatih yang mungkin dah lama hidup kot.. Berani mengeluarkan kenyataan terang2an mengutuk bulan Ramadhan dan ummat Islam. Insan ini bernama Jose Mourinho yg mengeluarkan kenyataan tersebut selepas perlawanan Inter Milan vs Bari yg menyaksikan dia sebegai jurulatih Inter telah mengeluarkan pemain Sulley Ali Muntari pd minit ke30. Katanya Ramadhan menyebabkan Muntari bermain dgn penuh bermasalah. Mourinho sudahpun mendapat kecaman dari pelbagai pihak.. (termasuklah saya)..*sumber-Jose Mourinho-

KESIMPULAN/DAPATAN

-Ramainya pemain bola sepak Muslim di Eropah ternyata memberi rahmat kepada Islam sendiri. Ini terbukti apabila masyarakat di sana sangat berminat untuk mengetahui hakikat Ramdhan dan puasa sebenar memandangkan ramai pemain idola mereka bergama Islam.

-Walaupun dibebani dengan pelabagi ujian yg sangat dasyat, pemain2 muslim masih lagi berpegang teguh untuk berpuasa di tengah2 masyarakat Eropah yg masih kabur tentang Islam. Moga2 mereka diberikan ganjaran yg setimpal.

-Bagaimana pula dengan pemain kebangsaan? Saya pernah terdengar satu masa dahulu yg mereka pernah tidak berpuasa atas alasan bersukan.. Sedangkan di negara Islam pun susah untuk melaksanakan Islam? Lantaran, siapa yg salah?

-Sebenarnya, persoalan ini telah bangkit bertahun2 yg lepas. Tapi, satu kenyataan yg anda perlu tahu ialah, isu ini setiap tahun, semakin mendapat hangat dan semakin diperjelaskan dengan baik. Nampaknya, jika ini berterusan, tak mustahil jika bola sepak diterima sebagai wasilah dakwah yg baru!

-Kanoute(kiri), bangga menunjukkan sokongan kepada Palestine selepas menjaringkan gol untuk pasukannya..

3 comments:

pecinta_Islam said...

salam ziarah..slmt menyambut bulan ramadhan
:)

manusia dod0l said...

salam..

ye, saya masih lagi berbelah bg tentang sokongan terhadap arsenal..
yg dikatakan slah satu team yg bersangkut paut dgn israel..
(minta penjelasan)

tp saya masih lagi,

cuba menyimpan impian merealisasikan team ISLAM itu..

semoga berjaya ustaz muda!

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Tentang Arsenal, mmg benar dia berkaitan dgn Israel.. Tak dpt dinafikan lagi.Tapi itu 2 tahun yg lalu, di mana Arsenal yg mendapat kit (baju) sponsored drpd Fly Emirates (syarikat penerbangan UAE)secara tak langsung terlibat dalam mempromosikan Israel.. Ini kerana, pada tahun 2007, Fly Emirates telah bekerjasama dgn negara Israel dlm program "Visit Israel 2007".. Arsenal turut serta dlm kerjasama itu dgn mengiklankannya pd iklan di tepi stadium.. Namun, program "Visit Israel 2007" telahpun tamat.. Sekian..

(Arsenal sbgi team Islam hanyalah simbolik kpd adanya harapan untuk Islam bangkit menerusi bola sepak.. itu sahaja..)