Sunday, December 6, 2009

Khidmat Masyarakat.. haisy!

Cuti satu benda yg sukar untuk diterangkan.. Merindukannya bila berjauhan, membosankan bila berdekatan.. Kebanyakkannya begitu. Segelintir menganggap cuti satu perkara yg bosan, segelintir lagi bahagia dgn cuti.. Segalanya mengikut dengan apa yg dihabiskan waktu cuti tersebut.. Jika tiada agenda, jadilah cuti yg sia2 tanpa makna.. Spt org Kafir yg x tahu tujuan hidup..

Firman Allah:
"وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ "

Maksud: "dan orang Kafir itu, bersuka ria dan makan seperti mana haiwan yg makan2 dan nerakalah layak bagi mereka"

Senang ceritanya, bagi mereka yg mengisi cuti dengan perkara yg berfaedah, amatlah beruntung.. Bagi mahasiswi U yg masih x tau masak, boleh ler ringan2kan tulang belajar memasak dengan mak.. mane tau, x lame lagi........ huhuhu..Kalau x pandai masak, kata orang nanti tak laku..
bagi bdk2 sekolah yg berangan nk masuk asrama tahun depan, boleh la berlatih basuh baju/kasut/ macam2 sendiri guna tangan.. hehehe.. kalo boleh berlatihlah kene ragging sket ke...

Bagi mereka yg faham agama, mengapa tidak berbakti kepada masyarakat dengan masa yg ada ini? Tahniah buat rakan2 yg menjadi ustaz/fasilitator di mana2, terutama yg berada di Masjid Negara, hinggalah di surau2 kecil.. Daripada anjuran badan besar2 seperti JAIS, hinggalah ke badan NGO yg kecil2 spt ABIM.. Harap2, segala amal2 kita dihitung oleh para malaikat pencatit utk dibawa kepada Allah..

Jadi, apa seterusnya?

Ketika ditanya, apakah cita2 saya? Maka saya bertanya kembali, apakah kerja yg paling boleh menyumbang kpd Islam dgn semaksima yg mungkin?


Apa ya? anda semua boleh teka? tentunya sekali, saya tak lagi pernah terjumpa dengan kerja yg paling boleh menyumbang kepada Islam semaksima mungkin selain daripada PENDIDIK.. Ya.. lebih tepat lagi ustaz/guru agama/mu'allim atau yg sewaktu dengannya..

Waktu saya bercerita dengan seorang member tentang tawaran menjadi ustaz di sekolah rendah, member saya tadi berkata, "takkanlah ko nak kerja cikgu je.. ko mesti ade cite2 lain yg lebih tinggi"..

Bagi saya, cita2 yg tertinggi (standard org awam) ialah sebagai pendidik yg mendidik masyarakat tentang AGAMA.. hinakah? tidak sama sekali... Oleh sebab itu, cuti kali ini saya pastikan mahu setiap masa bertugas mendidik masyarakat tentang agama.. Al-Qur'an.. Ya! asas Islam yg paling penting.. bilakah lagi mahu dicurah kepada masyarakat?

Ayo! sahabatku yg tidur.. Mari bangkit dan bergerak!

2 comments:

cikgu_eya said...

hohoho....

ustaz, bagus tuh ajar ngaji bebudak kecik (skolah rendah). Asasnya akan diguna pakai sampai bebila. InsyaAllah....

Ya, kerja yang boelh menjadi penyumbang semaksima mungkin. Juga, boleh dapat imbuhan pahala sendiri dengan membaca Kitabullah... ^^

Gambateh naa... ^^

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

SYukran..

Ya, mmg ana fikir awal2 lagi, apa yg ana ajar akan dibawak sampai ke besar nanti.. Oleh itu, kene fikir sebaik mungkin ape yg perlu diberi supaya x merapu2.. hehe..