Monday, November 30, 2009

Cuti2 Malaysia!-Murabbi-Mutarabbi

(tajuk Cuti2 Malaysia ini tiada kene mengena dengan sekumpulan pelajar sekolah lelaki yg lmbt pgi solat, kemudin ternampak pelajar perempuan kt dlm kelas waktu solat.. lantas menyanyikan lagu Cuti2 Malaysia)

Rasanya, jika disebutkan tentang cuti, sudah lama pelajar2 sekolah dan mahasiswa universiti bercuti.. Jadi, macam seorang yg lambat pick-up kata orang. Apa2pun, segala keterlambatan adalah disengajakan, dan saya minta maaf atas ketersengajaan itu.. (huh! ade ke dlm kamus?).. Ala kulli hal, sudi2kanlah membaca coretanku kali ini..

Tulisanku tidaklah berat mana kali. Almaklumlah, cuti sem./sekolah.. Name pon cuti.. Jadi, eloklah rehatkan segala apa yg munasabah untuk direhatkan.. Jadi, entry kali ini tak lebih hanya sekadar perkongsian pengalaman bgi mereka yg malas berfikir, tpi mungkin jauh lebih dari itu bgi mereka yg rajin berfikir spt saya..opps..

Dimulai oleh cerita pada suatu masa, ketika ku berada dalam tingkatan 3, tahun di mana aku dan rakan2 lain menharungi *peperangan sederhana besar (*baca:PMR).. Pada awal tahun itu, entah macam mana aku telah menjadi pengajar dlm masa yg sama menjadi pelajar.. Bagaimana?

Di sebuah taman perumahan, terdapat sebuah Sekolah Agama yg lebih terkenal sebagai KAFA (kelas agama fardhu 'ain) yg pelajarnya spt yg diketahui budak2 sekolah ren. kebansaan yg paginya sekolah kebangsaan, petangnya belajar agama, ataupun sebaliknya.. di sekolah itu, seorang ustaz telah berhenti kerana mendapat kerja lain yg lebih menguntungkan.. Lalu, ntah macam mana, sang pengetua sekolah telah menawarkan untukku mengisi kekosongan sebagai guru sementara.. Pening juga kepala dibuatnya..

Akhirnya, aku setuju dgn mengajar hanya sejam selepas saya habis sekolah.. huhuhu.. sekolah aku habis lebih kurg 3.30 kire habislah tugas sebagai pelajar, ambil mase 30 minit utk pergi ke KAFA tersebut, dan 4-5, aku bertugas sebagai guru pulak.. haisyy.. Pada mulanya janggal teramat.. maklumlah, baru form3.. Namun, dah lama2 rasa mcm satu perkara yg menyeronokkan.. berbakti kpd ummah.. Ye! melentur buluh biar dari rebungnya.. aku berpuas hati, selama aku bertugas di situ, banyak yg aku dpt curahkan dekat masyarakat sekarang yg bagiku ntah ape nak jadik.. haih! x tahulah.. Sepanjang mengajar, aku ambil segala kesempatan untuk memberi ape yg aku rasa perlu..

Di sebalik aku mengajar, sebenarna aku juga diajar oleh anak2muridku sebenarnya.. Ya! anak muridku mengajar macam mana perasaan guruku ketika aku bergelar pelajar.. Ketika itulah baru faham, macam mana perasaan seorang guru bila anak murid melakukan itu..ini.. Wah! bermula hari itu, aku terus cuba untuk menghormati semua guru yg ada.. huh! bukan senang, tapi mengingatkan kembali perasaan seorang guru, akhirnya aku berpuas hati dgn apa yg telah aku cuba buat..

Tiba hari guru, aku semestinya tak mengharapkan apa2 hadiah.. Semestinya, kerana aku bukanlah selalu mengajar pun.. sehari sejam jek.. itu pun ade gak yg ponteng2.. 16 Mei. aku tgk semue ustz/ustzh sudah dpt hadiah.. aku pun buat muka selambe je.. Sudah tentu, xde ape yg nak sedih.. baru form3 ketika itu, memang kalau x dpt hadiah sebagai seorang guru pun xpe.. dahla x aku x pernah bgi hadiah sempena hari guru kat guru yg mengajar aku..

Tapi, keesokkanya, aku terkejut bila seorang budak darjah1 datang dgn benda berbalut di tangannya.. "Ust. Muhammad! nah hadiah.. kakak saya malu nk kasik ustaz, die suruh saya kasikkan.." .. Patut pun.. aku pun pelik sebab aku bukannya mengajar budak darjah1 pon..Aku mengajar bdk darjah atasan je, 5,6.. "terima Kasih banyak2.." Kemudian, ramai lgi yg datang bgi hadiah.. Ya Allah, tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku waktu tuh.. Walaupun hadiahnya sama sahaja, iaitu pen, pen, dan pen lagi, namun ia mempunyai makna yg sgt besar bagiku.. Ini menunjukkan aku berjaya menjadi seorang guru walaupun baru form3! Lebih2 lagi, sebagai seorang yg masih belajar, apatah lagi untuk PMR, aku memang perlukan sebanyak mungkin pen.. hehehe..

Apa kaitannya semua ini dengan cuti sekolah?

"Ust boleh join kem hafazan sempena cuti sekolah kami hujung tahun ini?" Woha!

Setelah sekian lama, aku sekali lgi diberi peluang.. Bukan bermakna hidup2 setiap hari tidak dipenuhkan dgn mendidik.. Benar, setiap saat, sebagai seorang Muslim yg faham agama, tanggungjawab pada mereka untuk menyebarkan apa yg perlu untuk masyarakat, rakan2 terdekat, dan lain2.. "Sesiapa yg berkata لا اله الا الله maka dia adalah seorang da'ie".. Tapi, bukan mudah untuk mengajar/mendidik "rebung2" ini..

Hari2 penat melentur "buluh" yg sudah keras tpi berpeluang untuk menjadi lembut, apakata cuba buluh yg masih belum keras.. masih lagi di tahap "rebung".. Ya! generasi muda juga perlukan didikan.. Jngankan sudah sampai Universiti baru mahu mula berubah.. Fahami Islam mula dari kecik, InsyaAlllah, segalanya orait!

---------------------------------------

Special dedication to my little anak murid berasal dari Nanggroe Aceh Darussalam yg mana baru sahaja balik ke negara asal, InsyaAllah... Moga menjadi kader2 kebangkitan Islam... Kebangkitan itu pasti! Antara orang yg diberi naungan di padang mahsyar kelak ialah dua orang muslim yg bertemu dan berpisah kerana Allah.. Ada takdir, kita jumpa lagi!

1 comment:

epal said...

assalamualaikum,

cetusan minda seorang pemuda yg baik....mengimbas kenangan ku waktu disekolah yg telah berlalu.... syukran