Tuesday, December 29, 2009

Malulah Kalian!

Setahun sudah berlalu.. 27/12/08, satu tarikh keramat yg sangat diingati oleh seluruh dunia HANYA KETIKA ITU, namun tidak sampai setahun saja dengn mudah dilupakan.. Namun, tetap ada yg masih mengingati, malah membuat satu perhimpunan memperingati tarikh ini. Anda tidak perlu bangga dengan adanya perhimpunan ini, malah anda patut rasa sangat malu! mahu tahu kenapa?

Ini kerana perhimpunan memperingati Gaza itu bukan diadakan di negara Islam, tetapi di London!

Jadi, bagaimana anda? Saya boleh jamin, 8/10 drpd pembaca sekalian sudah lupa akan tragedi 27/12 ini bukan? Heh, inikah yg kita banggakan sebagai seorang Islam..? Apa yg berlaku senang saja dilupakan . Hampeh! McD & KFC pun dah penuh.. Tak kira lagi Starbuck dn Nike.. (ozz.. asal tibe NIke?)..

Meskipun saya pernah mengatakan, sumbangan kewangan kita langsung tak menjadi kepentingan kepada Israel, namun itu semua simbolik kepada sikap kita yg menunjukkan kita memang sudah lupa akan Palestin.. Yang masih ikut ideologi Yahudi sambil kononnya membela nasib Palestin tak kurang juga.. Semuanya menghampakan..

-McD,KFC,Starbucks,Nike,Nokia,Nestle,Kraft,Coca-Cola,Pizza Hut,Disney,Kit-Kat,Nescafe, arghh!- Susah bukan?

yg berideologikan hedonisme, cara hidup org kafir?

-Akademi Fantasia,MyStarz LG,Raja Pop,Tom-Tom Bak,Macam2 Aznil,Sehati Berdansa,Malysian Idol,One in A Million, ARghhh!- Memang susah gile nak mati.. kan?

"Dunia itu penjara bagi orang mu'min dan syurga bagi orang Kafir. Akhirat pula penjara bagi orang Kafir dan SYurga bagi orang mukmin"

8 comments:

Anonymous said...

kata rumah xde tv. tp tahu bnyk juga pasal rancangan kat tv.ish!!
baik punya!

aku pun malu jugak sebenarnya. dengan apa yang kau tulis.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Heh.. seorang daie' mestilah peka dgn waqi' sekeliling.. x semestinya tiada TV, macam katak bawah tempurung..

Ana pun malu dengan ummat Islam di negara ini..

Anonymous said...

salam
ana nk tanye....
ana ade dengar ttg kfc sekarang malaysia punya,betul ke?

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Benda ni dah lama.. saya telah buat kajian dan hasilnya:

-Secara kasarnya, saham2 KFC di Malaysia telah dibeli, tetapi bayaran secara bulanan tetap dibuat atas logo dan nama KFC tersebut..

-KFC juga telah dikaji tidak menyalurkan hasil kpd Yahudi Zionis secara terus.

-Tapi, KFC yg memang bertapak di Amerika pasti membayar cukai2 bulanan dan sebagainya kpd kerajaan Amerika..

-Kesimpulannya, lebih baik tinggalkan jika tak perlu.. Hadis Nabi mafhumnya: "sesiapa yg cenderung kepada perkara yg syubhah (x pasti halal/haram), maka die cenderung kpd perkara haram"

Sekian........

hamba allah said...

salam

ooooooooo said...

assalamualaikum

@anon december 2009 2:09 pm

saudara, kalau takde tv pon,tidak semestinya tidak tahu.

sama jugalah dgn saudara.saudara pernah pergi russia?tapi macam mana saudara tahu orang di sana tidak makan beras sebagai makanan ruji?

kita hidup zaman berita mudah dapat.

@anon december 30 2009 253 pm

aah
kfc kat malaysia orang melayu nye rasanye.

bawah jcorp (agensi pelaburan johor,kalau salah betulkan) .

tapi sebenarnya,last2 dapt kat orang toke dia gak last2,sbb bayar nama francais.

sbnrnye,orang kalau dah hidup menurut nafsu,banyak la alasan .kalau dia kate nak bantu ekonomi orang islam bekerja,banyak lagi bukan syarikat tempat lain untuk bekerja?

matlamat takleh menghalalkan cara.negara kita bukan darurat sampai takde tempat nak kerja dah.berdoa la kat Allah ada tempat kerja tmpt laen.kita orang beriman harus mohon kepada Allah kalau bermasalah.

dan,kalau ye pon orang malaysia nye,benda tu kan berkolestrol????

mane bagus untuk kesihatan.
nabi sndiri ajar cara pemakanan yang baik. makan benda2 yang baek.yang kita ikut nafsu makan buat ape.ingat ,makan semasa lapar,berhenti sblum kenyang.

dan punca segala penyakit berpunca dari makanan.no wonder la orang malaysia banyak sakit kencing manis ke ape.takyah pelik.nafsu makan kuat.

nyway
@saudara penulis artikel,bagus tulisan ni.teruskan menulis.

aah.orang kita hangat2 tahi ayam.sbnrnye kalau nak boycot,anti produk diorang,kita takleh buat berdasarkan smgt sahaja,kena berdasarkan ikhlas kerana Allah.

buat sebab iman.buat sebab benda tu memang salah.kalau semangat sahaja kita dasarkan,takleh bawak mane.

ingatlah.mari renungkan bersama-sama.

sebenarnya banyak lagi.

bola pon same gak.orang kita cakap gung gang gung gang anti yahudi,tapi melalak memaki bile tngok bola.tu bukan ajaran islam.tapi stil,kita pertahankan benda ni.sbb ape?

biasala idup berpaksikan nafsu.

nyway,teruskan perjuangan.kita manusia memang xsmpurna,sntiasa melakukan dosa.tapi kita kena sntiasa ubah diri kita kerana sebaik2 manusia yang melakukan dosa adalah yang sntiasa bertaubat.

assalamualaikum.
semoga mendapat rahmat Allah SWT.

DuniaSana said...

Emm... Apa yang ana mahu tanya ini tidaklah termasuk dalam konteks artikel ini, tetapi harap dijawab jugalah.

Apakah hukum, contohnya di myspace, ym ataupun facebook, meng-add seseorang yang berlainan jantinya???

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

DuniaSana:

Sebagai seorang Islam, wajar kita mengelak seboleh2nya daripada fitnah. Perkara ini bergantung kpd niat, tetapi mengikut pengalaman, jika tiada keperluan yg pntg, tak usahlah membuat perkara2 sebegini yg mendatangkan ujian..

Kerana syaitan sentiasa mencari ruang untuk menyusup.. Memang jujur saya katakan, sudah lebih 10 kali mendengar, "aku mule2 mmg xde niat nk couple, tpi tetiba je rase dh terikat.. susah nak lepas"

Jika pun anda tiada apa2 niat yg jahat, apakah anda yakin yg seberang sana jugak tiada niat yg jahat?

Kesimpulannya, jika tiada keperluan, tak payahlah..